Perdana Menteri kita sudah
dihinggapi penyakit bisu. Banyak isu yang beliau mesti jawab tidak terjawab.
Semakin hari semakin bertimbun isu terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi terhadap
isu beliau sendiri. Sikap beliau kini, menyumbang kepada persepsi rakyat yang
beliau sudah hilang penguasaan terhadap kerajaan dan negara.
Sindrom bisu yang beliau
hadapi telah membawa banyak spekulasi yang liar dan tidak menentu. Mungkin
beliau mahukan keadaan tidak menentu ini dijadikan alasan untuk beliau melakukan
tindakan drastik terhadap banyak pihak. Tetapi beliau tidak menyedari yang
musuhnya dalam parti sendiri kian berkembang dan melarat.
Najib tidak memerlukan
pembangkang untuk bermusuh. Beliau mempunyai rakan-rakan yang melakukan
‘insubordination’ terhadap diri dan kepimpinan beliau. ‘Having the kind of
friends within his Cabinet and UMNO ruling party, he does not need any enemy
outside UMNO anymore’.
‘Recipient’ terbesar kepada
keadaan ini akan membolehkan BN kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Itu
pandangan Daim Zainuddin sendiri. Daim berpendapat Najib tidak menyumbang
apa-apa kepimpinan kepada negara dan kata-kata ini di sebutnya semasa berjumpa
dengan UMNO Bahagian Merbok baru-baru ini dan berita ini tersebar luas dalam
media ‘alternatives’ negara.
Berita usaha setengah pihak dalam
UMNO yang inginkan Najib digugurkan dari jawatan Perdana Menteri ini semakin
nampak kebenarannya. Najib masih membisu dan tidak nampak apa tindakan yang
boleh memberikan keselamatan dan keselesaan kepada kedudukan beliau. Najib
semakin hari semakin hilang keyakinan terhadap beliau, bukan sahaja dari orang
ramai malahan dari rakan-rakan sendiri dalam kabinet beliau.
Mereka yang menjadi penyokong
kuat beliau sendiri mendiamkan diri, tidak berkata apa-apa kerana mereka juga
ada banyak perkara yang mereka hendak jaga dan segala-galanya akan punah ranah
jika Najib berhenti dari jawatannya. Politik dalam UMNO ada kewujudan
kezalimannya. Apabila seorang pemimpin itu sudah tidak disukai, beliau akan
menjadi tempat lemparan segala perkara yang busuk dan tidak baik.
Apabila sudah jatuh mereka yang
makan dari tangannya itu sendiri akan menyepak dan menerajang pemimpin itu.
Mereka di keliling Najib yang telah mendapat banyak keuntungan itu, akan lebih
menjaga apa yang mereka dapati dari Najib dari membela Najib sendiri. Mereka
akan meninggalkan Najib dan akan terus mencari jalan untuk mendekati mereka
yang akan mengambil alih kepimpinan nanti.
Ramai yang mula bertanya, siapa
yang patut mengambil alih kepimpinan Najib sekarang ini?
Ada yang mencadangkan supaya Dr Mahathir
kembali ke Putrajaya dan menjadi Mentor Perdana Menteri. Ada yang menyokong dan ada yang tergelak
mendengar cadangan itu. Kepimpinan seseorang itu bergantung kepada sikap dan
cara masing-masing. Dr Mahathir telah
kita lihat cara dan sistem pentadbiran beliau. Maka jika Dr Mahathir kembali ke
Putrajaya maka apa yang kita telah alami selama beliau mentadbir akan kembali
sebagai budaya dan cara beliau mentadbir.
Yang pasti akan kita lihat ialah
mereka yang mempunyai bakat untuk memimpin akan terhakis samasekali. Malahan
kekosongan pimpinan hari ini adalah hasil kerja beliau. Terjadilah Pak Lah
sebagai Perdana Menteri dan Najib sebagai penggantinya adalah bekas tangan
beliau, malah selama ini pun beliau telah pun menjadi Mentor Perdana Menteri.
Sekarang beliau di minta kembali
dan tahu saja lah apa yang akan kita tengok dan saksikan. Budaya bergaduh
dengan semua pihak ini, adalah budaya ciptaan beliau. Itu kita sedang jelas
terlihat kini. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri beliau bergaduh dengan
semua pihak. Bergaduh dengan peguam-peguam, bergaduh dengan kesatuan sekerja,
bergaduh dengan hakim-hakim malahan yang
paling hebat sekali bergaduh dengan Raja-Raja Melayu.
Beliaulah menjadi Raja, beliau
juga menjadi hakim, beliaulah ketua kesatuan sekerja dan beliaulah
segala-galanya. Negara seolah-olah beliau yang punyai dan bukan rakyat yang
demokratik yang punya. Beliau telah merobohkan segala institusi demokrasi sehingga
hari ini semua institusi demokrasi diperguna oleh UMNO dan BN atau lebih tepat
lagi oleh Perdana Menteri.
Bak kata perpatah ‘ayah kencing
berdiri anak kencing berlari’. Pimpinan hari ini cuba
meniru gaya
beliau mentadbir dahulu tetapi tidak berapa menjadi. Seandainya beliau kembali
bagaimana keadaan semasa beliau sudah tiada kerana pada anggapan penyokongnya
beliau ada ‘indispensible’. Boleh lah beliau mentadbir kembali jika pasti
beliau boleh hidup sehingga umur 120 tahun misalnya.
Beliau tidak pernah membina
kepimpinan semasa berkuasa, dan itulah sebabnya pemimpin seperti Najib boleh
dijadikan Perdana Menteri. Semua pemimpin didikan Tun Razak telah beliau
hapuskan sehinggakan hanya beliau seorang yang hidup tercegat dan diminta oleh
penyokongnya sebagai pemimpin yang tidak dapat diganti sampai bila-bila.
Jika beliau berada di Putrajaya
nanti, mungkin yang pertama beliau lakukan ialah dengan membunuh UMNO itu
dahulu. UMNO sekarang itu adalah UMNO baru dan jika beliau hapuskan UMNO ini
apa pula UMNO yang akan dinamakan?
ISA mungkin akan kembali kerana
Mahathir tidak mampu bertahan jika tidak ada ISA. Kita mungkin melihat kita
akan membayar kerugian perniagaan anaknya seperti beliau pernah lakukan pada
tahun 1996 dahulu menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan Mirzan.
Panjang lagi untuk ditulis,
biarlah kita berhenti setakat ini sahaja. Nanti marah pula
penyokong-penyokongya. Kita tidak kuasa untuk terus bergaduh lagi.
19 comments:
Saudara Aspan,
Hilang rasanya seri kehidupan jika asyik-asyik UMNO, Mahathir, UMNO, Mahathir seperti negara ini tiada ramuan lain untuk dihidangkan. Rencahnya pula rasuah, kroni, samsing, fitnah, boros dan lain-lain lagi. Mereka ini tiada perisa yang menyelerakan, malah telah menjadi toksid beracun kepada kesejahteraan negara. Malaysia menjadi tenat adalah disebabkan oleh majoriti individu dalam UMNO terutamanya kepimpinan gaya Mahathir. Cukup cukuplah mereka membawa wabak selama ini, janganlah diteruskan lagi. Kita perlukan penawar dan pelindung dari terkena wabak penyakit bawaan mereka itu.
pm kangkung bukan saja dihingapi penyakit bisu malah terdedah dengan jenayah kecurian telor.Kita tidak tahu berapa biji telur yang hilang, mungkin tinggal 1 atau tiada telor yang tinggal kerana kita sedia maklum peguam perancis scorpene amat terbukti pakar dan pandai mencuri telor.
AA
KJ paling sesuai mengganti PM Najib
Bila Tun M dikembalikan ke Putrajaya, tentulah orang macam Rafidah Aziz pun mahu dikembalikan juga. Anak Maidin yang buat cadangan itu juga sebenarnya dengan niat mahu dia juga dikembalikan semula. Al hasil balik asal.
SIAPA PUN YG MENGAMBIL ALIH,UMNO PASTI BUNGKOS!! RAKYAT SUDAH ILANG CAYA PD UMNO!ABU!!
Anonymous 17:02.
Saya suka pilihan perkataan luahan tuan, SERI KEHIDUPAN, RENCAHNYA RASUAH, TIADA PERISA, TOKSID BERACUN dan WABAK PENYAKIT. Perkataan ini memang kena tepat sasaranya umpama bull's eyes kepada penimbak
Anon 23:04,
Saudara kata siapa pun memimpin Umno itu parti itu akan kalah. Saudara, saya pun penyokong Pakatan Rakyat, tetapi jangan saudara takbur. Ini lah masalahnya kita dari PR ni, terlalu takbur seolah-olah Tuhan bukan penentu yang sebenarnya.
Jadilah seorang dewasa.
65% rakyat bangga lihat Malaya retak dibwah UMNO-BN...... Allah ada mata dan harap Allah runtuhkan ekonomi Malaysia supaya rakyat BBB....Bangun Bangkit Bantah dan Tangkap / Ctizen arrest ketua UMNO-BN!
AA...True bro...true...
I am one of those who supports Dr M and fancy him greatly, but he should now take care of himself by staying outside and just smoke cigars.
Please lah!! Doc, you just stay away. We are trying to solve the grave problems we inherited from you lah!!
Sdra adalah penyokong PR dijari semasa mengetok keypad komputer semasa menitip komen ini tetapi jiwa dan pemikiran adalah UMNO Baru 120%.
Cerita UMNO Baru ketandusan pemimpin pelapis selepas Mahathir bukan perkara baru dan begitu teserlah hatta semasa TDM masih lagi menjadi Presiden UMNO Baru kepada sesiapa sahaja yang memerhati. Mahathir juga pernah melahirkan kemecewaannya dalam isu ini beberapa kali....Disini saya dapat mengenali sdra.
Isu ketandusan pemimpin UMNO Baru bukan lagi masaalah politik s3mata-mata dalam keadaan negara kita yang kucar kacir dalam serba serbi kerana sehingga PRU 14 UMNO BARU tetap akan menjadi tonggak kerajaan BN.
Kalaulah ketidakstabilan dan pelbagai kemelut yang kita hadapi sekarang ini baik dibidang ekonomi dll hanya melibatkan dan memberi kesan kepada ahli-ahli UMNO BARU yang seramai 3.4 juta orang sahaja, tak siapa nak ambil peduli. INI MELIBATKAN S3LURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERJUMLAH 29 JUTA ORANG.
Setuju benar dgn pandangan tuan. Sesekali tukar selera pulak. Najib pun 'tukar selera' jugak... dok ada yg segar.. pi pilih daging 'rotten'... tu sebab kerap lupa janji...
Macam mana nak jawab kangkung banyak sangat kena suap dlm mulut........................
No wonder kangkung can trigger May 13.....Just watch how lack of coffee can trigger panic in Airplane II. I rest my case
http://www.youtube.com/watch?v=Gd6aLnPHqeE
Tuan, Teori Rahman secara kebetulannya memang benar Najib PM terakhir. Malaysia sekarang tak perlu lagi PM dari Umno. Semuanya dah busuk macam bangkai tikus..
Mamat 23.04 ni sudah takabbur. Cerita yang sama kita dengar sebelum PRU 13 dulu.Akhir nya UMNO dapat 88 kerusi dan PR dapat ciput 89 aje.PEU 14 diramalkan UBN menang lagi.Apa lu kata ?.
bat8, sdra juga penyokong tegar PR dan bukan dari UMNO (Baru +Lama).Kita kena melihat realiti politik negara dan diakui bahawa "..sahingga PRU 14 UMNO BARU tetap akan menjadi tonggak kerajaan BN." Suka tak suka Najib tetap PM kita.Apa salah ke ?.You tell me siapa yang layak jadi PM menggantikan Najib dari PR ?.Tak ada siapa tahu.
MACAMANA PUN SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SEBAB ALLAH BIJAK MEMILIH PEMIMPIN TERUTAMA DR MAHATHIR SEMASA PEMERINTAHANNYA BANYAK BUMIPUTDRA YANG HIDUP SENANG LENANG BELUM PERNAH KITA DENGAR ADA ORANG YANG MATI KEBULURAN SEMASA PEMERINTAHANNYA DIA TIDAK MENGANIAYAI RAKYAT. CUMA DIA KACAU ORANG ATAS-ATASAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN RAKYAT. ALLAH YANG BIJAKSANA
Post a Comment