24 January 2014

Kalau nak berubah mara ke depan, jangan berundur ke belakang

Perdana Menteri kita sudah dihinggapi penyakit bisu. Banyak isu yang beliau mesti jawab tidak terjawab. Semakin hari semakin bertimbun isu terhadap kerajaan, lebih-lebih lagi terhadap isu beliau sendiri. Sikap beliau kini, menyumbang kepada persepsi rakyat yang beliau sudah hilang penguasaan terhadap kerajaan dan negara.

Sindrom bisu yang beliau hadapi telah membawa banyak spekulasi yang liar dan tidak menentu. Mungkin beliau mahukan keadaan tidak menentu ini dijadikan alasan untuk beliau melakukan tindakan drastik terhadap banyak pihak. Tetapi beliau tidak menyedari yang musuhnya dalam parti sendiri kian berkembang dan melarat.

Najib tidak memerlukan pembangkang untuk bermusuh. Beliau mempunyai rakan-rakan yang melakukan ‘insubordination’ terhadap diri dan kepimpinan beliau. ‘Having the kind of friends within his Cabinet and UMNO ruling party, he does not need any enemy outside UMNO anymore’.

‘Recipient’ terbesar kepada keadaan ini akan membolehkan BN kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Itu pandangan Daim Zainuddin sendiri. Daim berpendapat Najib tidak menyumbang apa-apa kepimpinan kepada negara dan kata-kata ini di sebutnya semasa berjumpa dengan UMNO Bahagian Merbok baru-baru ini dan berita ini tersebar luas dalam media ‘alternatives’ negara.

Berita usaha setengah pihak dalam UMNO yang inginkan Najib digugurkan dari jawatan Perdana Menteri ini semakin nampak kebenarannya. Najib masih membisu dan tidak nampak apa tindakan yang boleh memberikan keselamatan dan keselesaan kepada kedudukan beliau. Najib semakin hari semakin hilang keyakinan terhadap beliau, bukan sahaja dari orang ramai malahan dari rakan-rakan sendiri dalam kabinet beliau.

Mereka yang menjadi penyokong kuat beliau sendiri mendiamkan diri, tidak berkata apa-apa kerana mereka juga ada banyak perkara yang mereka hendak jaga dan segala-galanya akan punah ranah jika Najib berhenti dari jawatannya. Politik dalam UMNO ada kewujudan kezalimannya. Apabila seorang pemimpin itu sudah tidak disukai, beliau akan menjadi tempat lemparan segala perkara yang busuk dan tidak baik.

Apabila sudah jatuh mereka yang makan dari tangannya itu sendiri akan menyepak dan menerajang pemimpin itu. Mereka di keliling Najib yang telah mendapat banyak keuntungan itu, akan lebih menjaga apa yang mereka dapati dari Najib dari membela Najib sendiri. Mereka akan meninggalkan Najib dan akan terus mencari jalan untuk mendekati mereka yang akan mengambil alih kepimpinan nanti.

Ramai yang mula bertanya, siapa yang patut mengambil alih kepimpinan Najib sekarang ini?

Ada yang mencadangkan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya dan menjadi Mentor Perdana Menteri. Ada yang menyokong dan ada yang tergelak mendengar cadangan itu. Kepimpinan seseorang itu bergantung kepada sikap dan cara  masing-masing. Dr Mahathir telah kita lihat cara dan sistem pentadbiran beliau. Maka jika Dr Mahathir kembali ke Putrajaya maka apa yang kita telah alami selama beliau mentadbir akan kembali sebagai budaya dan cara beliau mentadbir.

Yang pasti akan kita lihat ialah mereka yang mempunyai bakat untuk memimpin akan terhakis samasekali. Malahan kekosongan pimpinan hari ini adalah hasil kerja beliau. Terjadilah Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Najib sebagai penggantinya adalah bekas tangan beliau, malah selama ini pun beliau telah pun menjadi Mentor Perdana Menteri.

Sekarang beliau di minta kembali dan tahu saja lah apa yang akan kita tengok dan saksikan. Budaya bergaduh dengan semua pihak ini, adalah budaya ciptaan beliau. Itu kita sedang jelas terlihat kini. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri beliau bergaduh dengan semua pihak. Bergaduh dengan peguam-peguam, bergaduh dengan kesatuan sekerja, bergaduh dengan hakim-hakim  malahan yang paling hebat sekali bergaduh dengan Raja-Raja Melayu.

Beliaulah menjadi Raja, beliau juga menjadi hakim, beliaulah ketua kesatuan sekerja dan beliaulah segala-galanya. Negara seolah-olah beliau yang punyai dan bukan rakyat yang demokratik yang punya. Beliau telah merobohkan segala institusi demokrasi sehingga hari ini semua institusi demokrasi diperguna oleh UMNO dan BN atau lebih tepat lagi oleh Perdana Menteri.

Bak kata perpatah ‘ayah kencing berdiri anak kencing berlari’. Pimpinan hari ini cuba meniru gaya beliau mentadbir dahulu tetapi tidak berapa menjadi. Seandainya beliau kembali bagaimana keadaan semasa beliau sudah tiada kerana pada anggapan penyokongnya beliau ada ‘indispensible’. Boleh lah beliau mentadbir kembali jika pasti beliau boleh hidup sehingga umur 120 tahun misalnya.

Beliau tidak pernah membina kepimpinan semasa berkuasa, dan itulah sebabnya pemimpin seperti Najib boleh dijadikan Perdana Menteri. Semua pemimpin didikan Tun Razak telah beliau hapuskan sehinggakan hanya beliau seorang yang hidup tercegat dan diminta oleh penyokongnya sebagai pemimpin yang tidak dapat diganti sampai bila-bila.

Jika beliau berada di Putrajaya nanti, mungkin yang pertama beliau lakukan ialah dengan membunuh UMNO itu dahulu. UMNO sekarang itu adalah UMNO baru dan jika beliau hapuskan UMNO ini apa pula UMNO yang akan dinamakan?

ISA mungkin akan kembali kerana Mahathir tidak mampu bertahan jika tidak ada ISA. Kita mungkin melihat kita akan membayar kerugian perniagaan anaknya seperti beliau pernah lakukan pada tahun 1996 dahulu menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan Mirzan.

Panjang lagi untuk ditulis, biarlah kita berhenti setakat ini sahaja. Nanti marah pula penyokong-penyokongya. Kita tidak kuasa untuk terus bergaduh lagi.

19 comments:

  1. Saudara Aspan,
    Hilang rasanya seri kehidupan jika asyik-asyik UMNO, Mahathir, UMNO, Mahathir seperti negara ini tiada ramuan lain untuk dihidangkan. Rencahnya pula rasuah, kroni, samsing, fitnah, boros dan lain-lain lagi. Mereka ini tiada perisa yang menyelerakan, malah telah menjadi toksid beracun kepada kesejahteraan negara. Malaysia menjadi tenat adalah disebabkan oleh majoriti individu dalam UMNO terutamanya kepimpinan gaya Mahathir. Cukup cukuplah mereka membawa wabak selama ini, janganlah diteruskan lagi. Kita perlukan penawar dan pelindung dari terkena wabak penyakit bawaan mereka itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju benar dgn pandangan tuan. Sesekali tukar selera pulak. Najib pun 'tukar selera' jugak... dok ada yg segar.. pi pilih daging 'rotten'... tu sebab kerap lupa janji...

      Delete
  2. pm kangkung bukan saja dihingapi penyakit bisu malah terdedah dengan jenayah kecurian telor.Kita tidak tahu berapa biji telur yang hilang, mungkin tinggal 1 atau tiada telor yang tinggal kerana kita sedia maklum peguam perancis scorpene amat terbukti pakar dan pandai mencuri telor.

    ReplyDelete
  3. AA

    KJ paling sesuai mengganti PM Najib

    ReplyDelete
  4. Bila Tun M dikembalikan ke Putrajaya, tentulah orang macam Rafidah Aziz pun mahu dikembalikan juga. Anak Maidin yang buat cadangan itu juga sebenarnya dengan niat mahu dia juga dikembalikan semula. Al hasil balik asal.

    ReplyDelete
  5. SIAPA PUN YG MENGAMBIL ALIH,UMNO PASTI BUNGKOS!! RAKYAT SUDAH ILANG CAYA PD UMNO!ABU!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamat 23.04 ni sudah takabbur. Cerita yang sama kita dengar sebelum PRU 13 dulu.Akhir nya UMNO dapat 88 kerusi dan PR dapat ciput 89 aje.PEU 14 diramalkan UBN menang lagi.Apa lu kata ?.

      Delete
  6. Anonymous 17:02.

    Saya suka pilihan perkataan luahan tuan, SERI KEHIDUPAN, RENCAHNYA RASUAH, TIADA PERISA, TOKSID BERACUN dan WABAK PENYAKIT. Perkataan ini memang kena tepat sasaranya umpama bull's eyes kepada penimbak

    ReplyDelete
  7. Anon 23:04,

    Saudara kata siapa pun memimpin Umno itu parti itu akan kalah. Saudara, saya pun penyokong Pakatan Rakyat, tetapi jangan saudara takbur. Ini lah masalahnya kita dari PR ni, terlalu takbur seolah-olah Tuhan bukan penentu yang sebenarnya.

    Jadilah seorang dewasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdra adalah penyokong PR dijari semasa mengetok keypad komputer semasa menitip komen ini tetapi jiwa dan pemikiran adalah UMNO Baru 120%.

      Cerita UMNO Baru ketandusan pemimpin pelapis selepas Mahathir bukan perkara baru dan begitu teserlah hatta semasa TDM masih lagi menjadi Presiden UMNO Baru kepada sesiapa sahaja yang memerhati. Mahathir juga pernah melahirkan kemecewaannya dalam isu ini beberapa kali....Disini saya dapat mengenali sdra.

      Isu ketandusan pemimpin UMNO Baru bukan lagi masaalah politik s3mata-mata dalam keadaan negara kita yang kucar kacir dalam serba serbi kerana sehingga PRU 14 UMNO BARU tetap akan menjadi tonggak kerajaan BN.

      Kalaulah ketidakstabilan dan pelbagai kemelut yang kita hadapi sekarang ini baik dibidang ekonomi dll hanya melibatkan dan memberi kesan kepada ahli-ahli UMNO BARU yang seramai 3.4 juta orang sahaja, tak siapa nak ambil peduli. INI MELIBATKAN S3LURUH RAKYAT MALAYSIA YANG BERJUMLAH 29 JUTA ORANG.

      Delete
    2. bat8, sdra juga penyokong tegar PR dan bukan dari UMNO (Baru +Lama).Kita kena melihat realiti politik negara dan diakui bahawa "..sahingga PRU 14 UMNO BARU tetap akan menjadi tonggak kerajaan BN." Suka tak suka Najib tetap PM kita.Apa salah ke ?.You tell me siapa yang layak jadi PM menggantikan Najib dari PR ?.Tak ada siapa tahu.

      Delete
  8. 65% rakyat bangga lihat Malaya retak dibwah UMNO-BN...... Allah ada mata dan harap Allah runtuhkan ekonomi Malaysia supaya rakyat BBB....Bangun Bangkit Bantah dan Tangkap / Ctizen arrest ketua UMNO-BN!

    ReplyDelete

  9. AA...True bro...true...

    ReplyDelete

  10. I am one of those who supports Dr M and fancy him greatly, but he should now take care of himself by staying outside and just smoke cigars.

    ReplyDelete

  11. Please lah!! Doc, you just stay away. We are trying to solve the grave problems we inherited from you lah!!

    ReplyDelete
  12. Macam mana nak jawab kangkung banyak sangat kena suap dlm mulut........................

    ReplyDelete
  13. No wonder kangkung can trigger May 13.....Just watch how lack of coffee can trigger panic in Airplane II. I rest my case

    http://www.youtube.com/watch?v=Gd6aLnPHqeE

    ReplyDelete
  14. Tuan, Teori Rahman secara kebetulannya memang benar Najib PM terakhir. Malaysia sekarang tak perlu lagi PM dari Umno. Semuanya dah busuk macam bangkai tikus..

    ReplyDelete
  15. MACAMANA PUN SAYA BERSYUKUR KEPADA ALLAH SEBAB ALLAH BIJAK MEMILIH PEMIMPIN TERUTAMA DR MAHATHIR SEMASA PEMERINTAHANNYA BANYAK BUMIPUTDRA YANG HIDUP SENANG LENANG BELUM PERNAH KITA DENGAR ADA ORANG YANG MATI KEBULURAN SEMASA PEMERINTAHANNYA DIA TIDAK MENGANIAYAI RAKYAT. CUMA DIA KACAU ORANG ATAS-ATASAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN RAKYAT. ALLAH YANG BIJAKSANA

    ReplyDelete