16 January 2014

Jangan selesaikan masalah dengan masalah lain, nanti rakyat berselerak

Dulu saya selalu berkata apa yang berlaku semuanya bersebab, dan penyebab itulah yang selalu tidak diambil kira apabila bercakap dan membuat analisa terhadap apa yang berlaku pada hari ini. Saya secara peribadi dengan beberapa ramai yag lain, hampir tiga puluh tahun dahulu, bercakap dan berucap dengan panas hati dengan apa yang berlaku semasa itu kerana kami telah mengenal pasti apa yang akan berlaku selepas itu.

Hasilnya setelah tiga puluh tahun berlalu, apa yang kami jeritkan semasa itu sudah menjadi kenyataan. Penyakit yang dihadapi oleh UMNO pada hari ini ibarat penyakit ‘cancer’ penyakit yang hanya akan disedari setakat begitu lama tubuh dan kesihatan kita terbiar. AIDS juga bermula selepas lebih dari dua puluh tahun kuman atau apa-apa penyebabnya menghinggapi tubuh kita.

Apa yang berlaku sekarang dalam UMNO pun begitu. Ia bermula dengan kelalaian pimpinan tiga puluh tahun dahulu kerana semasa itu pimpinan merasa kuat dan melakukan apa sahaja yang boleh untuk kepentingan peribadi pucuk pimpinan semasa itu. Apa yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kerakusan pimpinan tiga puluh tahun dahulu. Semasa itu tidak ada siapa yang dikalangan yang berkuasa memikirkan yang kelakuan dan sifat mereka itu akan menjadikan negara seperti yang kita alami sekarang. Semasa itu pemimpin asyik membunuh roh politik negara dengan sibuk berniaga dan menjaga kepentingan perut dan kepentingan keluarga masing-masing.

Semasa itu semua pemimpin bergerak berkumpulan hanya untuk menyokong siapa yang sedang memegang kuasa tanpa memberikan sedikit pemikiran apa yang akan terjadi kepada UMNO jika budaya yang berputik semasa itu tidak dihentikan. Nah, sekarang timbul kembali penyokong kumpulan itu untuk meminta pemimpin yang memulakan masalah kepada UMNO kembali ke Putrajaya untuk membetulkan keadaan.

Saya secara peribadi tidak dapat ‘comprehend’ bagaimana pemimpin yang memulakan dan menjadi penyebab kepada masalah yang kita warisi dari kepimpinnya itu boleh melakukan pembaik-pulihan terhadap masalah yang terhasil dari budaya buruk yang bertunas semasa kepimpinannya?

Cadangan yang dilemparkan oleh seorang bekas Menteri yang meminta pemimpin itu kembali ke Putrajaya sudah pasti tidak akan membawa apa-apa perubahan. Jika ada pun perubahannya ia akan kembali kepada mereka yang bebas berfikir…’kembali ke dalam penjara dan kem-kem tahanan’ dan budaya yang ‘menang ambil semua dan kalah hilang semua’ itu akan kembali berhadapan dengan kita.

Perubahan yang diperlukan hari ini bukan perubahan kepada ‘hardware’ politik kita. Kita sepatutnya tidak lagi bercakap tentang siapa yang boleh mengurangkan tariff letrik atau pengurangan kadar tol lagi. Kita perlukan perubahan kepada ‘software’ politik itu sendiri, maksud saya roh kepada politik itu wajar dikembalikan untuk menjadikan politik, tidak kira poilik kerajaan atau pun pembangkang itu hidup dengan sihat dan bermaya.

Jika ‘software’ kepada politik itu hidup kembali maka isu tol dan harga bahan api itu akan dengan sendirinya terlerai kerana hidupnya roh politik yang sihat itu tadi. Negara tidak memerlukan pembangunan fisikal dengan cepat lagi. Kita mahukan politik yang baik dan terdasar kepada ‘political software’ yang sihat.

Yang sangat-sangat diperlukan sekarang ialah menghidupkan kembali semangat politik itu supaya kita tidak akan berhadapan dengan isu-isu rasuah yang besar dan salahguna kuasa yang begitu jelas dan pancung-memancung kepimpinan dengan zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Kita mahukan moral politik itu kembali kepada moral yang tinggi, beretika dan tidak melanggar tata susila bangsanya dan agamanya. Kita tidak mahu agama dijadikan bahan isu politik pimpinan yang lemah dan terus berusaha untuk kesatuan di antara rakyat berbilang kaum dan agama.

Pimpinan hari ini adalah hulubalang kepada pemimpin yang diminta oleh bekas Menteri kembali ke Putrajaya itu. Abdullah Badawi dulu pun adalah hulubalang kepada pemimpin ini. tetapi pemimpin ini mahukan supaya kroni-kroni yang menjadi pemimpin yang beliau wariskan itu mengikut dan tunduk kepada kehendak beliau sahaja. Kalau tidak tunduk mereka dianggap sama seperti ‘iblis yang enggan tunduk kepada Nabi Adam’ dahulu.

Jika pemimpin yang lama bersara ini tidak lagi masuk campur saya dapat merasakan ada sedikit harapan untuk mendapatkan pembetulannya. Tetapi jika beliau ini kembali kita akan bemasalah berpanjangan kerana masalah lain akan timbul pula yang kita tidak tahu berapa lama selepas itu masalah-masalah itu dapat dihapuskan.

Kita tidak mahu lagi pemimpin yang berdendam terhadap musuh-musuh politik beliau dan kerana ia akan memberikan impak yang amat buruk jika ia berlaku. Biarkan sahaja Ahli-Ahli Legislatif yang ada pada hari ini mencuba pembaharuan itu. Pemilihan pengganti kepada yang ada pada hari ini wajar dipilih dari Ahli-Ahli Legislatif Persekutuan yang terpilih rakyat dan tidak wajar ia digantikan dengan sesiapa yang memulakan masalah yang kita hadapi hari ini.

Walau bagaimana pun ‘sepandir’ mana pun cadangan bekas Menteri Penerangan itu, satu hakikat yang benar dari kata-kata dan cadangan beliau itu ialah barisan kepimpinan hari ini sudah ternyata tidak lagi berguna kepada rakyat negara ini. lagi. Daripada pemimpin menyelesaikan masalah rakyat, rakyat pula yang terbeban untuk menyelesaikan masalah yang terhasil dari kepimpinan yang sudah hilang panduan dan tertutup hijabnya untuk mentadbir negara dengan baik dan benar.

Najib sesungguhnya kesaorangan. Buat masa ini hanya beliau seorang yang bercakap dan tidak ada seorang pun Menteri lantikan beliau membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau apabila Zainudin Maiden memberikan cadangan mengembalikan Mahathir ke Putrajaya. Keadaan ini menjelaskan yang Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya berdiam diri kerana mahukan Najib cepat-cepat berundur dan ini adalah tindakan ‘insubordination’ dari rakan-rakan kabinet beliau sendiri.

Najib sudah sampai ketahap menjadi masalah nombor satu negara. Masalah yang disumbangkan Najib kepada negara sama besarnya dengan semua masalah yang disumbangkan oleh semua pihak dalam negara ini termasuk penagih-penagih dadah.

Najib akan terpaksa berhenti tidak dapat tidak dan kita wajar menerima perubahan ini secara baik. Hanya satu ‘hurdle’ lagi yang wajar dihadapi ramai, iaitu jika cadangan Zainudin Maiden untuk mengembalikan ‘hero’ nya ke Putrajaya sebagai penyelesaiannya mahu dilakukan oleh Barisan Nasional. Jika itu berlaku, pada hakikatnya tidak ada perubahan secara ‘structural’ kepada politik negara berlaku.

Negara akan terbeban lagi dengan masalah besar, malahan lebih besar dari apa yang kita alami sekarang ini. Kalau kita hendak berubah kita perlu ke hadapan bukannya ke belakang.

Pucuk pimpinan hari ini pun merupakan bekas hulubalangnya juga. Najib ibarat anak kepada beliau ini. Kita tidak pula bersetuju untuk melihat anak dimakan oleh ibunya sendiri seperti haruan memakan anak-anaknya.

Jangan kita selesaikan masalah dengan masalah yang lain pula.

9 comments:

  1. Jika keadaan menjadi semakin teruk, maka munculah pendekar kangkung umno dengan bermodalkan bangsa dan agama.Pendekar ini handal bersilat dan menepis semua kesalahan menjadi kesalahan orang lain.

    ReplyDelete
  2. Pak Aspan...
    Kenapa kita masih menunggu...asyik protes, kutuk dsb. Klau pemimpin dah x boleh pakai, nyahkan mereka dari jawatan tu, tak payah ulas lg, buang masa, buang tenaga, buang segalanya.
    Takde kekuatan kita semua ni...celiklah kita semua kita masih beretorik atas diri kita sendiri...cari perubahan segera, dah lama kita bermain dengan ayat-ayat...bergeraklah pulak.

    ReplyDelete
  3. Sdr Aspan,
    DYMM Sultan Kedah menjadi YDP Agong kali kedua, TDM pun nak merasa juga mengikut jejak itu, kalau tidak kempunan pula nanti. Pada masa yang sama, adalah beberapa perkara yang perlu disettlekan agaknya. Maklumlah, perjuangannya belum selesai dan tidak pernah akan selesai pun. Habis punah jahanam negara, berpotensi besar untuk melingkupkan lagi dan akhirnya rakyat menjadi mangsa. Melepaskan jawatan kepada Pak Lah dulu pun, semata-mata kerana sudah tersepit oleh keadaan masa itu, jika tidak kerusi PM pasti masih didudukinya. Malaysia telah disyarikatkan dan sebagai pemilik syarikat, tentulah akan mewariskan syarikat kepada anak-anaknya. Apa nama ..., selain itu dosa-dosanya akan difaraidkan kepada rakyat untuk mendapat habuan kita masing-masing.

    ReplyDelete

  4. AA, the ex premier has still lots of outstanding that he needs to settle. Just that.

    ReplyDelete

  5. Betul Aspan,

    Dah dia yg rosakan dia pula yg nak betulkan. Tak munasabh kan?

    ReplyDelete
  6. -para peniaga yg naikkan harga barang akan dikenakan tindakan undang2.
    -kerajaan tubuh jawatankuasa siasat sbb2 kenaikan barang(BODOH sangat, nak siasat apa). Siapa yg mulakan?????

    ReplyDelete
  7. Dulu kita sama-sama menyaksikan perilaku kangkung puak umno disensasikan dimedia massa utama negara, diantaranya ialah tarian punggung, hadiah kek tahi, kencing gambar pemimpin pr, bakar patung paderi dan berbagai lagi aksi mentaliti kangkung.Sekarang sudah kena batang hidung mereka sendiri apabila replika kepala disumbat kangkung.Sepatutnya mereka boleh bertahan kerana apa yang mereka buat dulu pun tidak akan dapat menyelesaikan masaalah rakyat sedangkan mereka dipihak yang punya kuasa.Bantahan rakyat yang tertindas pun boleh mereka lencongkan menjadi kepada fatwa haram/bughah,sentimen bangsa dan sentimen agama.Tanpa puak kangkung ini sedar setelah sekian lama ialah kelebihan mereka dalam puak kangkung umno untuk membuat apa saja aksi kangkung tapi terbukti tidak akan diambil tindakan.

    ReplyDelete
  8. Menambah apa yg sudah dikupas. Pertama cadangan dari mantan menteri penerangan tu melihat kan kurangnya daya analitikal beliau. Sama sprt sewaktu beliau jd menteri tdl banyak yg beliau lakukan hanya menyalak bagi boss beliau. Masih ingat gaya dan stail beliau yg menjerit2 dan memaki hamun org. Jd apa yg nak diharapkan kepada seorang Maidin? Ke teringin juga nak jd menteti lagi?
    Kedua saya setuju dgn Pak Aspan utk melihat isu sekarang dlm perspetif yg lebih besar. Maslah yg timbul adalah masalah berakar dr parti yg menunjang BN termasuk kelompok kaum Melayu yg takut dgn bayang2 sendiri. Sbab tu gendang yg dimainkan bila dikomen ditegur adalah menghujat, memaki, perang, bakar! Langsung tak mahu guna akal folirsn yg Allah karnuiakan, jumud dan raksin melulu. So jadi la pengikut2 pemimpin td sprt
    Si Lincai terus terjun dgb labu2 mereka......... wallahhualam

    ReplyDelete