Kalau kita fikir-fikirkan, susah
hendak kita jangka apa yang akan terjadi atau kesudahan politik negara kita yang
masih berkocak ini. Adakah tindakan pembangkang berusaha dengan berbagai-bagai
inovasi tindakan politik mereka boleh membawa mereka ke Putrajaya satu-satunya
perjuangan yang ada kepada mereka ? Atau UMNO dan BN akan masih kekal menerima
mandat rakyat walaupun dengan sokongan yang mengecil?
Inovasi tindakan politik
pembangkang khususnya PKR begitu 'sophisticated' dan memaksa pilihanraya kecil
Kajang dikatakan salah satu dari percubaan untuk memperkuatkan kabilah mereka
ke Putrajaya.
Apa sahaja yang terfikir oleh
kepimpinan mereka, akan mereka lakukan walaupun tindakan mereka itu menyusahkan
rakyat dan berbagai pihak yang lain. dalam mencuba dan mencuba untuk ke
Putrajaya itu, mereka melemahkan parti mereka kerana hasilnya wujud ketidak
puasan hati diantara kepimpinan mereka dan timbul bibit-bibit perpecahan didalam
parti mereka.
Apabila terlihat bibit perpecahan
itu ia mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka, sedangkan BN sememangnya
sudah dipersepsikan sebagai parti yang lemah tetapi menyandang kuasa dalam
kerajaan. Justeru apakah kesudahannya? Itulah yang saya sentuh di dalam posting
yang lepas.
Jika BN masih kekal dalam beberapa
tahun ini ia bermakna Pakatan Rakyat masih akan menjadi pembangkang. Sebaliknya
jika Pakatan Rakyat menang ia pasti akan merupakan kemenangan kecil, itu pun
jika di campurkan jumlah perolehan kerusi dari ketiga-tiga parti komponen itu.
Maksud saya UMNO akan tetap kekal
sebagai parti ‘singularly’ sebagai parti yang paling banyak representasinya
dalam Dewan Legislatif Parlimen. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi mungkin
berkurangan dari kerusi yang diperolehi oleh PR keseluruhannya. Jika ini
berlaku kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang lemah kerana tiada
satu pun parti-parti dalam PR itu yang boleh menandingi UMNO dengan jumlah
kerusi secara individu parti dalam PR itu.
Pendeknya, Jika PR mendapat mandat
ia merupakan mandat yang kecil dan tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan yang
kuat. Ia akan menjadi seperti UMNO dan BN yang amat payah untuk mentadbir
kerajaan dengan berkesan. Dalam sistem politik kita di sini, ‘the winner takes
all, and the loser looses all’ Oleh kerana itu, menukar kerajaan dengan kerajaan
minoriti seperti kerajaan BN hari ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada
semua pihak.
Oleh itu ‘consequence’ yang akan
kita boleh rumuskan ialah perubahan yang tidak membawa perubahan (the change is
no change). Maka kita terpaksa akui yang pihak yang memerintah dengan kekuatan
sokongan 2/3 dalam Dewan Legislatif Persekutuan dan Negeri itu amat di perlukan
kalau benar-benar hendak melakukan perubahan.
Bolehkah PR dan Anwar Ibrahim
mendapat penguasaan 2/3 itu, atau mampukah UMNO boleh bertahan dengan menambah
kemenangannya dengan majoriti 2/3 itu? Tidak tahulah kalau ada yang berani
mengatakan akan wujud representasi 2/3 jika mana-mana pihak, PR atau BN
memenangi pilihanraya nanti.
Tetapi hakikat yang perlu kita
akui, tidak akan ada mana-mana pihak akan mendapat kemenangan 2/3 kepada pihak
yang menang nanti. Tidak akan ada ‘clear victor’ jika keadaan sekarang masih
wujud dalam politik negara kita. Itu kah yang kita semua mahukan? Kalau itu
yang kita mahukan biarkan sahaja keadaan sekarang berterusan.
Di sebaliknya jika kita impikan
perubahan yang benar-benar perubahan, apa kah formula terbaik untuk mendapatkan
perubahan itu dengan mewujudkan pemerintah yang mempunyai kekuatan 2/3 dalam
Dewan Tertinggi Legisltif Negara kita di Parlimen itu?
Kita perlu ingat dinegara ini
pemerintahan yang kuat ialah sokongan sekurang-kurangnya sokongan 2/3 dari
Dewan Parlimen. UMNO/BN telah lama mengalami kekuatan seperti ini, tetapi
kekuatan sokongan dari rakyat itu telah dianggap sebagai kelemahan mereka
(rakyat) oleh UMNO dan BN itu. Itulah penyebab kenapa keadaan politik negara
ini begitu berkecamuk hari ini.
(bersambung)
Pada pandangan saya, PKR telah mengambil tindakan yang kurang bijak dengan menyalahkan-gunakan process democracy di Kajang. Memang benar ia dapat mententeramkan perebutan jawatan MB Selangor di kalangan pemimpin tertinggi PKR, yang kebetulan juga berasal dari UMNO.
ReplyDeleteSaya setuju dengan Tuan Aspan, PKR telah menyusahkan banyak pihak terutamanya rakyat di Kajang. Pada saya senang saja. Adakan Pemilihan Party PKR untuk menyelesaikan perebutan jawatan MB. Sudah lama sangat tertangguh, saya rasa.
Mungkin, Pemilihan Party lebih menakutkan pemimpin tertinggi PKR, jika diambil kira kekecohan pemilihan yang lepas. Memandangkan kemelut yang melanda PKR, saya setuju dengan pandangan Tuan bahawa, Pakatan akan jadi Kerajaan yang lemah, sama seperti BN sekarang, jika mereka dapat ke Putrajaya, PRU14 nanti.
Saya rasa tak perlu mama mana pihak dapat 2/3 majoriti kerusi kerana lazim nya pihak parti politik bila mereka telah berasa mereka kuat, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat.
ReplyDeleteLihat saja di Pulau Pinang dan juga di Selangor. Nakke Lim Guan Eng dengar keluhan orang melayu disana bila beliau mendapat 'absolute power'. Timbalam ketua Menteri Melayu ditukar sesuka hati beliau, kalau tak suka ditukarnya.Dizaman BN, UMNO adalh tunjang pemerintahan Pulau Pinang walaupun Ketua Menteri adalah dari Gerakan. Ketua Menteri ketika itu tak berani lawan arus untuk menentang UMNO.
Di Selangor, dah muak rakyat komplen pasal sampah, air dan juga jalan. Apa yang dibuat semenjak 2008, saya rasa sama saja. Masalah tak diselesaikan, dan apa yang dibanggakan adalah duit simpanan rizab dah capai RM3Billion. Zaman BN dulu, PKNS banyak bina rumah kos sederhana untuk membolehkan orang Melayu mempunyai rumah. Sekarang ni apa dah jadi, PKNS lebih syok bagi pihak lain tanah untuk diusahakan dan akibatnya kos rumah melambung tinggi dari jangkauan orang Melayu. Fikirkanlah 20 tahun akan datang,orang melayu hanya mungkin mampu beli rumah flat ataupun hidup di pinggiran kota.
Saya rasa bila dah PRU dah beralu, elok pihak yang menang tu fokus dengan mandat yang diberikan dan kurangkan politik. Di Selangor, akibat masalah dalaman PKR, rakyat telah dijadikan mangsa.
Saya mohon rakyat Kajang gunakan peluang ni untuk memberi peringatan pada Pakatan, yang undi mereka tidaklah pasti dan rakyat tak suka dibodohkan dan dilembukan.
Batu Ronson
As salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSaya percaya jika Umno/BN tidak dapat majoriti lagi di Parlemen,ahli ahli Umno akan lari bercempera dan ada wakil Rakyatnya akan cross over kpd parti yg menang.
Saya percaya mereka tidak ada ketahanan diri utk menghadapi kekalahan.Mereka juga adalah yg akan menjaga kepentingan diri dengan itu akan lari menyelamatkan diri.Pemimpin yg duduk di atas pula akan lari keluar negeri buat sementara wakyu.
Nas
Apa2 saja la...........
ReplyDeleteSejarah telah membuktikan, dgn memiliki kekuatan menguasai 2/3, UMNO bertindak bermaharajalela dlm semua perkara yg tidak memenuhi aspirasi rakyat. Setelah memiliki kekuatan itu, mereka menjadi terlalu angkuh, tanpa iltizam pun untuk memakmurkan negara yg dikurniakan dgn pelbagai sumber hasil yg banyak. Dlm keadaan mendapat majoriti mudah pun, masih lagi bersikap angkuh serta merosakkan perpaduan dikalangan rakyat. Ini dapat dilihat dgn nyata pasca PRU12 dan PRU13. UMNO yg ada kini tidakpun pernah memasang nawaitu untuk kesejahteraan rakyat dan ini adalah fakta sebenar. Mereka khianat kpd rakyat dlm negara ini, menyebabkan kepercayaan yg diberikan kpd UMNO sebelum ini, beralih kpd pihak yg menjanjikan dan telah menunjukkan pembelaaan untuk rakyat. Transformasi yg dijanjikan oleh UMNO hanya kata2 gurindam muluk yg tinggal sebagai kata2 shj.
ReplyDeletePak Aspan..
ReplyDeleteApakah kita hendak meneruskan atau mengekalkan juga keadaan seperti sekarang sampai salah satu pihak dapat 2/3 majoriti.. sampai bila..?
Kita kena ingat samaada dapat 2/3 majoriti atau tidak pemerintah dan pembangkang adalah 2 kumpulan yang berbeza.. sudah tentu akan ada perbezaan bila kedua-dua menerajui kerajaan silih berganti.. akan wujud imbangan.. check and balance..
Antara Democrat dan Republican di AS amat jarang berlaku kemenangan didua-dua pehak dengan majoriti 2/3.. tapi cuba lihat bagaimana perkembangan di AS..
Bandingkan pula dinegara dunia ke3 dimana rakyat miskin terus tertindas.. walaupun mempunyai 2/3 kuasa pemeritah..
Once the power is in the hands of PR, MP's from BN will slowly jump ship. Most of the BN MP's have skeletons in their cupboard :)
ReplyDeletePak Aspan, bagi saya kebimbangan kedua2 pihak gagal mendapat 2/3 majoriti adalah realiti yg perlu di hadapi, cumanya umno perlu melalui proses berubat dan masuk Hospital seketika bagi memulihkan sakit tenatnya.
ReplyDeleteTanpa kalah dan menjadi pembangkang, umno tdk akn belajar tntg kesilapannya mentadbir negara, jadi usah byk cerita, umno perlu kalah utk dia jadi baik.
nampaknya Pak Aspan begitu teruja akan majority 2/3 , seolah memberi gambaran kalau sesebuah pakatan/gabungan gagal mendapat 2/3 majority maka tidak banyak memberi faedah kepada banyak rakyat. Pada saya mudah, walaupun menang tipis Pakatan Rakyat boleh membetul kepincangan SPR,saya yakin jika pihak2 yg bertanding mendapat "level playing field" dlm p/raya, undi popular 47% BN akan merudum mungkin jadi 20% atau kurang lagi. Kajian PR tentang p/raya umum baru ini terdapat 30 kawasan parlimen yg telah dimenangi BN pasti tewas jika tidak kerana undi awal/undi pos. BN menang 90% undi popular undi awal/pos tapi undi popular keseluruhan cuma dapat 47%.Mcm mana boleh jadi begitu? Pak Aspan...kalau nak tukar ketua polis negara, ketua Hakim negara, ketua SPRM, KSN , tukar polisi ekonomi perlu kepada majority 2/3 ke ? saya tak pasti. Tolong pencerahan.
ReplyDelete