Rekonsiliasi Nasional sudah mula
menjadi isu yang hangat diperbincangkan sekarang ini. Istilah ini mula
kedengaran hanya beberapa minit selepas BN mengumumkan pembentukan kerajaan
selepas memenangi kerusi yang ke 112 malam selepas pilihanraya yang lalu oleh PM
Najib. Najib dalam pengumuman ringkas
pembentukan kerajaan itu sempat berkata yang kekurangan kerusi yang dimenangi
oleh BN itu adalah oleh kerana tsunami Cina, dan kita memerlukan rekonsiliasi
nasional secepat yang mungkin.
Tetapi baru tiga empat hari ini
sahaja Najib bercakap tentang isu itu setelah hampir setahun pilihanraya itu berlalu. Sebelum Najib
bercakap untuk melakukan sesuatu untuk menuju kearah rekonsiliasi nasional itu
beberapa hari yang lepas, ada pihak-pihak yang telah memberikan cadangan itu
termasuk lah parti-parti pembangkang, PKR dan DAP.
Kata DAP dan PKR rekonsiliasi
nasional itu amat perlu memandangkan isu perkauman dan agama yang semakin hari
semakin merasuk politik negara dan akan membawa negara ke arah anarki dan
berbagai-bagai bahaya yang mungkin timbul jika isu-isu ini tidak dapat
diselesaikan. Mungkin DAP dan PKR mengambil kesempatan diatas kelemahan Najib
dan barisan kepimpinan beliau sekarang ini yang mungkin lebih mudah untuk
memaksa Najib ke meja rundingan dan mengambil kesempatan diatas kelemahan yang
dihadapi Najib kini.
Di sebelah pihak Najib pula
mungkin juga inilah waktu yang sesuai untuk bercakap tentang isu ini bagi
mendapatkan aura yang baru bagi dirinya yang begitu lemah dan menggunakan isu
perpaduan nasional itu menjadi isu untuk memulihkan sokongan ramai.
Sokongan terhadap beliau yang kini hanya tinggal sedikit sahaja, itu pun dikalangan pemimpin yang mendapat keuntungan peribadi mereka sahaja yang masih bersama beliau dalam kepimpinannya sekarang ini.
Keinginan kedua-dua belah pihak
untuk bersemuka untuk tujuan rekonsiliasi ini tentulah didorongkan oleh
sesuatu, dan saya tetap beranggapan ia adalah oleh kerana keinginan pemimpin
kedua-dua belah pihak yang sudah mahu mendapatkan apa yang masing-masing
mahukan. Dipihak BN ia tentulah didorong oleh kemahuan untuk menyambung kuasa dan
dipihak pembangkang pula ialah untuk mendapatkan kuasa yang sudah lama di idamkan
mereka dan mereka sudah begitu lama menjadi 'kembiri politik' yang tidak
berkesudahan.
Selama ini apa yang menyebabkan
rakyat begitu ‘detached’ dari parti atau kerajaan yang memerintah ialah kerana
rakyat tidak dibawa bersama dalam perlaksanaan atau penggubalan sesuatu dasar
kerajaan itu. Setiap keputusan yang diambil oleh kerajaan itu hanya
dirundingkan sesama sendiri dan mengumumkan sesuatu tindakan dan dasar itu yang
tidak diambil kira perhatian dan pandangan rakyat yang biasa.
Dalam menentukan sokongan dari
rakyat ramai semua perkara yang hendak kita lakukan wajar mendapat ‘feedback’
dari rakyat dahulu. Apabila terlaksana dasar yang telah ditetapkan itu, tidak
akan ada lagi atau sekurang-kurangnya penolakan rakyat akan berkurangan.
Sebelum pentadbiran Mahathir
dahulu setiap perkara yang hendak dilakukan terutamanya yang melibatkan rakyat
ramai, Jabatan Penerangan Daerah memainkan peranan yang penting melalui kursus
sivik setiap hari mengikut giliran kampung dan JKKK di setiap daerah itu. Semasa
kurus sivik itulah Jabatan Penerangan akan mendapat ‘feedback’ rakyat dan
setiap isu yang ditimbulkan oleh rakyat melalui Jabatan Penerangan itu akan
membolehkan kerajaan memahami apa pendapat dan perasaan rakyat terhadap perkara
yang hendak dilaksanakan kerajaan itu.
Itu sebabnya banyak yang
dilaksanakan oleh kerajaan itu tidak mendapat bantahan yang banyak dari rakyat
biasa kerana ahli-ahli jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung merupakan
pentadbiran kerajaan yang terendah dimana rakyat ramai ditadbir. Rakyat
merasakan yang mereka tidak dipinggirkan dalam melaksanakan sesuatu dasar itu
dan merasakan yang mereka ada sebahagian dari penentu perlaksanaan sesuatu
dasar itu.
Tetapi sejak tiga puluh tahun
dahulu Jabatan Penerangan Daerah ini tidak lagi berfungsi seperti itu, malahan
mereka adalah pegawai yang paling ‘under employed’ dan tidak diberikan fungsi
dan peranan yang sepatutnya dalam perlaksanaan sesuatu dasar kerajaan itu.
Dengan itu rakyat merasakan terpinggir dan tidak mempunyai tanggungjawab untuk
memberikan sokongan kepada kerajaan kerana mereka samada tidak faham dengan apa
yang kerajaan lakukan atau merasa terpinggir dari arus pembangunan negara.
Dalam isu rekonsiliasi ini adalah
amat penting bagi kerajaan membawa rakyat bersama dalam melaksanakannya kerana
'feedback' rakyat itu amat penting untuk difahami. Saya masih teringat
dipenghujung tahun tujuh puluhan dahulu, Jabatan Penerangan telah memberikan
penerangan tentang apa yang dikatakan dan difahami tentang slogan 'Muhibbah’
yang kita ramai masih percaya yang slogan iitu sahajalah yang boleh menjadi
slogan yang relevan bagi matlamat rekonsiliasi yang heboh diperkatakan ini.
Sebenarnya semuanya telah
disediakan oleh pimpinan terdahulu dengan dasar-dasar yang boleh diguna pakai
untuk jangka masa yang panjang yang mampu melepasi sempadan masa setidak-tidaknya
lebih dari lima
dekad. Tetapi oleh kerana permainan politik masing-masing mahukan masing-masing
mempunyai identiti pentadbiran yang berbeza dengan tujuan untuk menunjukkan
kelainan dari pentadbiran sebelumnya.
Maka terlupalah kepada satu
slogan yang boleh dipakai sepanjang masa bagi negara yang mempunyai
berbagai-bagai kaum dan cara hidup ini, iaitu slogan Muhibbah yang didasarkan
oleh kerajaan pimpinan Tun Razak dahulu. Sekarang ini nyata kita berperang untuk
melangsungkan hidup bermuhibbah dalam negara kerana kepincangan kehidupan dalam
masyarakat berbilang kaum sekarang ini amat menakutkan ramai.
Itu sebabnya yang lama sahaja
yang benar dan lebih hampir kepada matlamat asas kepimpinan negara iaitu perpaduan diantara kaum seperti yang
termaktub didalam dasar ekonomi baru dahulu.
Kepada saya yang tidak mahu melibatkan
mana-mana pihak, saya tetap merasakan yang usaha-usaha yang disebut sebagai
rekonsiliasi nasional yang disebut-sebut dan diperhangatkan oleh kedua-dua
belah pihak sekarang ini tidak akan kemana. Bagi saya ia hanyalah permainan
politik berpartisan yang hanya bermatlamat kepentingan parti dan kepimpinan
masing masing sahaja.
Masing-masing hendak
mempergunakan isu ini untuk kepentingan sesuatu kumpulan pemimpin sahaja.
Pendeknya ia tidak akan kemana-mana. Ramai yang mungkin membidas saya tetapi
saya tidaklah hendak mengambil 'pot' dengan bidasan mereka nanti kerana saya
yakin kebenaran akan timbul juga akhirnya.
Bidaslah, katalah apa yang hendak
dikatakan. ‘National Reconciliation’ yang disebutkan oleh pemimpin-pemimpin BN
dan pembangkang sekarang ini hanyalah retorik yang begitu kosong dan hampa
semata-mata. Bak saya kata selalu, kita boleh 'menyelam air di dalam tunggak'
dengan mudah.
Ia setakat untuk mendapatkan
tajuk nyanyian yang baru yang akan dinyanyikan semasa pilihanraya kecil Kajang
itu sahaja. Ia hanya akan menjadi nyanyian seniman dan seniwati atau biduan dan
biduanita dari DAP, PKR dan UMNO sahaja semasa diatas pentas pilihanraya kecil
itu nanti….tidak lebih dan tidak kurang dari itu. Dalam PRK itu nanti tidak
tahulah siapa yang makan siapa.
Yang pasti rakyat akan diperhambakan
kerana masalah parti masing-masing yang disaluti dengan nafsu yang besar untuk
berkuasa sahaja.
Jika seseorang pemimpin itu belum lagi berkuasa tetapi dapat melepaskan tengkuknya dari segala fitnah dan masaalah itulah pemimpin sebenar yang harus dipilih oleh rakyat.Pemimpin jenis ini pemimpin yang tiada berhutang apa2 dengan rakyat.
ReplyDeleteAnon diatas,,,
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan pandangan anda. Itu sebabnya Anwar tidak boleh menjadi pilihan kepada pimpinan sekarang, kerana Anwar berhutang moral yang baik dari dirinya.
Hutang moral itu lebih besar buruk nya dari hutang milik kerajaan sekarang.
Walu bagaimana pun Najib dan rakan-rakannya wajar dibuang ketepi kerana tidak memahami kehendak rakyat yang bergitu sofiskated dalam inginan sebuah negara yang berih dan tidak ada pemimpij yang bermoral rendah.
Jabbar
Hutang moral yang sdra maksudkan perlu dis3but secara jelas kerana kenyataan umum ini akan ditafsir mengikut persepsi masing-masing. Kita ni manusia yang hanya bol3h faham jika ia mampu digapai oleh 5 pancaidera kita. Kita tak boleh membaca fikiran dan hati manusia lain untuk mengetahui apa yang sebenarnya maksud ses3orang disebalik statement umumnya.
DeleteJadi saya simpan dahulu hasrat untuk komen s3hingga saya memahami dengan tepat apa yang sdra maksudkan dengan hutang moral anwar.
Salam,
ReplyDeleteMoral dan fitnah sangat jauh beda. Mngapa dgn hujjah sedemikian akan mnentukan kedudukan seseorg ? Kaki fitnah dan kaki rasuah pun jelas dpt mnjadi PM dan ketua negara msia ini. Mngapa sebeb negara kita sebenar telah rosak, dlm mmbuat penilaian yg bijak dan pintar. Ini semua salah pmimpin yg kita ada di msia. Sebab mereka inilah yg mmbuat rakyat yg tdk terdedah dgn media lain, selain dari media perdana yg terkwal oleh bn umno . Hingga rakyat yg ada di desa dan kpg tdk boleh mmbuat perkiraan yg bijak dan tdk lagi mmpu mmbedakan yg baik dan yg buruk.
Rekonsiliasi national, hanya kan berjaya kira nya betul2 di laku demi negara dan rakyat msia. Tdk mnjadi salah mmbuat rekonsiliasi nation. Kita tdk boleh mnduduh ia nay tk akan mmbawa faedah dan tdk berjaya. Namun adalah baik kira, di mula dari kini, bukan sekadar mnjadi isu yg tdk ada penghujung.
Klau PM najib dan PR anwar boleh melakukan Rekonsiliasi national, mngapa tdk ? Mungkin itu sebagai detik yg permulaan . Tdk lah mudah utk mncampai satu kesepakatan, namaun tdk mnjadi satu perkara yg mustahil. Jelas sejarah mmbuktikan betapa tdk seirng dan tdk senada, mereka berjumpa, dan terbukti bahawa kekusutan jelas boleh di lakukan atas kepentingan negara dan bangsa.
Salam .
Pak Aspan,
ReplyDeleteBekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meramalkan BN akan kalah sekiranya pilihanraya diadakan ketika ini kerana rakyat marah kepada BN berikutan isu kos sara hidup.
Buat masa ini kita tunggu penjelasan lanjut yang lebih jelas dari Najib sendiri apa yang dia maksudkan dengan rekonsiliasi nasional.
ReplyDeleteNajib ni kita sudah masak benar dengan stailnya: cakap lain buat lain. Kedua: dia sanggup buat apa sahaja,janji apa sahaja untuk lepaskan t3ngkoknya yang sedang tersepit. Bila dah lepas dia tak fikir 2 kali ( jangan l3 harap dia fikir sampai 10 kali sebab tu takde dalam kamus dia) untuk mungkiri janji dia. Contohnya banyak seperti janji menifesto BN PRU 13, penyelesaian 10 perkara dalam isu kalimah Allah.
Sesiapa yang menaruh harapan kepada Najib untuk bersetuju melakukan rekonsiliasi nasional sebelum mendengar dan melihat dengan bukti kukuh dia ikhlas, bersedialah untuk dipandirkan.
Bukti nak kena jelas sebab tengok macamana di tunjuk simpati kepada rakyat yang menghadapi kenaikan kos hidup hadiah Najib selepas dia menang PRU 13 - hanya potong elaun dia,menteri dan pegawai kanan seciput je. Pembaziran lain masih seperti biasa.
ReplyDeleteThis is politics Aspan. Those who talk much about reconciliation are the once who are going to fail it.
For reconciliation the person to do it must be from some where else, I mean Najib and his group should stay away. LKS should not get involved and so do LGE.
The person who must be out of the meeting and discussions from the start should be Anwar Ibrahim and Dr Mahathir.
All the busy leaders of the day should stay outside and smoke cigars.
Enough of these peoples' shenanigans. We are just fed up with these names in Malaysian politics la.....
Dalam prk kajang umno bn sudah kering modal dan hanya bertindak menyerang peribadi Dsai.Puak umno bn pura-pura tidak tahu bahawa setiap satu isu yang mereka bangkitkan tetap akan berkesudahan dengan sendirinya mendedahkan dua atau lebih pekung didada mereka.
ReplyDeleteDulu-dulu saya ingat semua sampah akhirnya boleh dijadikan baja. Tapi rupa-rupanya silap...rupa-rupanya ada sampah yang tak berguna sampai bila-bila; contohnya Anwar Ibrahim, yang kerjanya tak lain...tak habis-habis menyusahkan orang kerana nafsu politiknya.
ReplyDeletepak aspan pun satu, zaman ni mana ada pemimpin yg tak jaga anak beranak, kroni n adik beradik, pak as pun kalau jd pemimpin confirm cmtu juga.tapi yg melampau sangat mcm BN & the gang tu kita x mahu la.kita sama2 berdoa semoga Allah kurniakan pemimpin yg terbaik antara yang terjahat. pak as bekas umno, dari tulisan2 pak as, nampak masih ada lagi kasih syg kat umno
ReplyDeleteAssalam.Hakikatnya slogan Muhibbah lebih sinonim dengan selera rakyat malaysia yang berbilang kaum dari dulu hingga ke saat ini.Slogan retorik seperti 1 Malaysia hanya berjaya mencipta topeng-topeng kepura-puraan yang akhir telah memakan diri kerajaan BN.
ReplyDeleteApa perlunya rekonsiliasi pada waktu perpaduan perkauman sudah ditahap yang kronik.Pelajar-pelajar sekolah mnengah kebangsaan kini melalui satu trauma perkauman yang serius. Ejekan yang terang-terangan isu kangkung dihamburkan kepada pelajar-pelajar melayu yang hanya mampu berdiam diri.
Perlunya kita membuat risikan dan analisa jujur khususnya di peringkat sekolah-sekolah menengan kebangsaan sebelum kita duduk berbincang tentang perpaduan parti-parti politik yang sememangnya satu sandiwara yang sungguh menjijikkan.
Anak-anak kita yang akan membentuk malaysia maju pada masa hadapan.Mereka-mereka yang harus kita dekati dan menyatakan apa iatu semangat MUHIBAH yang diamalkan dahulunya dan perlunya semangat itu dikembalikan dan diremajakan.
As salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSeperti biasa amat tertarik semua perkara yg di tulis oleh Pak Aspan.
Buah fikiran yg boleh diambil oleh pimpinan negara baik yg besar ataupun yg masih kecil.
Sudah tentu kita inginkan negara ini akan terus maju,makmur dan rakyatnya sentiasa dapat hidup bersama aman dan damai.
Betul jugalah kata Pak Aspan tentang slogan Muhibbah itu.
Sepatutnya konsep/gaya hidup muhibbah ini di jadikan amalan semua peringkat rakyat.
Munkin mereka yg berumur 20 ke 35 tahun sekarang telah terlewat kerana sistem pendidikan yg berasingan.
Kita boleh pupuk semula muhibbah ini kpd generasi baru melalui sistem persekolahan/pendidikan satu bumbung.
Ini memang perlukan perbincangan rekonsilasi di peringkat pimpinan semua kaum di Malaysia tidak kira mereka berada di dalam parti politik baik pemerentah atau pembangkang.
Akhirnya dlm PRK Kajang kelak rakyat setempat juga akan merasa nikmat durian runtuh dari projek projek mengambil hati baik dari Federal atau Negeri!
Wassalam
Nas
Saya setuju dgn slogan muhibah..lagi bagus slogan muhibah+harmoni..
ReplyDelete