TS Taib Mahmud akan bersara
sebagai Ketua Menteri Sarawak dan pengumuman persaraan beliau telah membawa
banyak spekulasi politik yang begitu liar kadangkalanya. Beliau akan bersara
hujung bulan ini selepas mengetuai kepimpinan negeri itu selama 33 tahun. TS
Taib telah berkuasa begitu lama dan beliau telah berpegang kepada kuasa rakyat
yang memandatkan beliau melalui BN Sarawak sejak lebih dari tiga dekad.
Salah satu isu yang timbul
akhir-akhir ini Taib telah dikatakan berpesan supaya kepimpinan yang baru menjaga
Sarawak dan mesti mempertahankan Sarawak ‘at
all cost’. Ia bermakna Sarawak mesti mengekalkan apa yang sedia ada dengan
tiadanya UMNO menyusup masuk ke Sarawak.
Sarawak sememangnya berbeza dengan Sabah dan tidak ramai yang memahami Sarawak dengan rapi. Sarawak
mempunyai identitinya tersendiri sebagai sebuah negeri yang tidak wujud parti
UMNO, parti yang menguasai Kerajaan Persekutuan.
Sarawak
terkenal sebagai sebuah negeri yang tidak boleh dibolosi oleh UMNO sejak dari
dulu, tidak ada parti dalam BN Sarawak berada di Semenanjung. Malahan tidak
pernah kita melihat perhubungan sesebuah parti dalam Sarawak
dengan parti-parti di Semenanjung selain dari melalui mesyuarat dan
perbincangan dalam pimpinan BN Persekutuan.
UMNO pernah mencuba untuk
mengembangkan sayapnya di Sarawak melalui beberapa orang pimpinan persekutuan
dari Sarawak dan kesemua diantara mereka yang
mencuba untuk membawa UMNO di Sarawak telah menerima ajal politik mereka dengan
mudah dan senang. Di Sarawak UMNO adalah sebuah parti yang seolah-olah dianggap
sebagai parti pembangkang. DAP mampu masuk ke Sarawak
dan telah memenangi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu dua kerusi
Parlimen, tetapi tidak UMNO. PAS telah berjaya menubuhkan cawangan di Sarawak.
Semuanya ini adalah kerana
kekentalan Taib Mahmud menolak kemasukan UMNO itu dengan jelas dan nyata.
Seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan untuk bertapak di negara
ini, UMNO seolah-olah diharamkan bertapak di Sarawak.
Justeru isu samada UMNO akan
masuk ke Sarawak selepas pengunduran Taib
Mahmud nanti menjadi tajuk yang besar dan perbincangan dan pemikiran rakyat
sehari dua ini. Abang Abu Bakar benar-benar terbakar politik beliau kerana cuba membawa
masuk UMNO ke negeri kenyalang itu pada suatu ketika dahulu. Justeru adalah
menjadi keyakinan ramai yang UMNO tetap di ‘haramkan’ untuk bertapak di Sarawak
kerana ia akan membenamkan politik mana-mana individu yang cuba untuk membawa UMNO ke Sarawak.
Tetapi yang lebih besar lagi yang
mahu dilihat rakyat ialah sejauh mana kekuatan PBB dan pimpinannya setelah
bersaranya TS Taib nanti?. Bagaimana pula perhubungan diantara parti-parti
dalam BN Sarawak nanti? Bagaimana pula perhubungan dengan kerajaan persekutuan
pula?
Jawapan-jawapan kepada
persoalan-persoalan diatas tentulah berbeza sedikit sebanyak, bergantung kepada
siapa yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negeri dari Taib nanti. Kalau
Abang Johari yang mengambil alih apa pula keadaannya berbanding Adenan Satem
mengambil alih. Jika Awang Tengah mengambil alih apa pula perbezaannya dengan kedua-dua
Abang Johari dan Adenan Satem.
Semuanya akan berbeza diantara
seorang dengan seorang yang lain yang mengambil alih kepimpinan negeri itu.
Tetapi apa yang dijangka mempunyai persamaannya siapa pun diantara mereka
bertiga yang mengambil alih itu nanti, UMNO tidak akan dapat bertapak di
Sarawak kerana jika UMNO berada di Sarawak, negeri itu akan terpaksa meng'import'
budaya politik UMNO yang telah terlihat menyebabkan Sabah mempunyai masalah dan
sekarang berbeza dengan Sarawak yang masih seperti dahului politiknya.
Politik Sabah dipengaruhi dan
dihimpit oleh kuasa Persekutuan kerana UMNO menjadi tunjang politik negeri Sabah. Pimpinan Persekutuan masih boleh membuat
‘political trading’ dengan pimpinan di Sabah dan Sabah tidak seperti sebelum
UMNO menapak di sana.
Malahan UMNO mempunyai seorang Naib Presiden dari Sabah
buat kali pertamanya.
Ada baiknya jika UMNO tidak
bertapak di Sarawak kerana telah terbukti Sarawak masih mampu bertahan sebagai
sebuah negeri yang berstatus ‘equal partner’ dengan Persekutuan Tanah Melayu,
sedangkan Sabah seolah-olah tidak dapat dilayan sebagai ‘equal partner’ kerana
UMNO yang memimpin negeri itu. Sabah nampaknya
seperti negeri-negeri di Semenanjung dan seolah-olah tidak ada perbezaannya
dengan negeri Perlis di utara Semenanjung.
Perjanjian Persekutuan Malaysia
itu sekarang seolah-olah bukannya perjanjian diantara Persekutuan Tanah Melayu
dengan Sabah dan Sarawak, tetapi seolah-olah Perjanjian diantara Persekutuan
Tanah Melayu/Sabah dengan sebuah negeri lagi iaitu Sarawak. Kedudukan Sabah
dalam realiti politiknya seperti sama dengan Perlis dan Melaka dalam
perlaksanaan perjanjian persekutuan itu.
Sarawak masih sebuah negeri yang
digeruni atau dihormati oleh pimpinan persekutuan dan tentulah rakyat Sarawak
mahu kedudukannya sekarang tidak berubah seperti apa yang terlihat berlaku
kepada Sabah kerana kehadiran UMNO di negeri
itu sejak tahun 1990 dahulu.
Rakyat Sabah telah diperguna oleh
pimpinan persekutuan pada tahun 1990 dahulu untuk ‘survival’ pimpinan Kuala
Lumpur yang hampir tersungkur dalam pilihanraya 1990 dahulu jika tidak dibawa
masuk UMNO secara tergesa-gesa pada tahun itu. Rakyat Sabah sanggup untuk
membubarkan parti-partinya di Sabah untuk membuka jalan bagi UMNO untuk
menambah kekuatan mereka yang telah tersedia susut semasa itu.
Sehingga sekarang UMNO kekal
berkuasa di negara ini kerana pengorbanan Sabah
untuk kepimpinan UMNO yang hampir tersungkur dalam pilihanraya 1990 dahulu.
Bayangkan jika rakyat dan pimpinan Sabah semasa itu tidak menerima kemasukan
parti itu di Sabah, UMNO sudah lama menjadi
bahan sejarah negara.
Maka itu lah sebabnya ramai
diantara rakyat Sabah sudah mula berpendapat yang mereka sejak 1990 dahulu
seolah-olah telah ‘membela harimau atau ular sawa dalam reban’ mereka sendiri.
Itu sebenarnya yang ditakuti oeh
kebanyakan rakyat Sarawak atau setidak-tidaknya
ditakuti oleh Taib Mahmud seorang selama ini. Mungkin itulah sebabnya TS Taib
berpesan kepada Ahli-Ahli Parlimen BN dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri
Sarawak, “Lindungilah Sarawak dengan
sesungguhnya”.
Hakikatnya kita tahu yang paling ditakuti oleh Sarawak ialah kemasukan UMNO dan pengaruh parti itu kedalam Sarawak yang memungkinkan negeri itu akan hilang identiti siasah mereka suatu hari nanti. Sarawak telah belajar banyak dengan hanya memerhatikan apa yang terjadi kepada jirannya, Sabah setelah UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah sejak 1990 dahulu.
Hakikatnya kita tahu yang paling ditakuti oleh Sarawak ialah kemasukan UMNO dan pengaruh parti itu kedalam Sarawak yang memungkinkan negeri itu akan hilang identiti siasah mereka suatu hari nanti. Sarawak telah belajar banyak dengan hanya memerhatikan apa yang terjadi kepada jirannya, Sabah setelah UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah sejak 1990 dahulu.
Orang tua kalau berpesan bermaksud orang muda kena ikut kerana ada hikmah dari pesanan tu
ReplyDeleteKita kena faham bahawa negeri Sarawak sentiasa akan bertindak sebagai penyokong kepada siapa saja yang berada putrajaya.Tetapi kadang2 manusia diputrajaya tu bijak tak boleh diikut-bodoh tak boleh diajar, jadi Sarawak kena tegas dan jangan berpaling kepada segala tindakkan yang akan menghakis hak dan merugikan Sarawak.
ReplyDeletePesanan Taib Mahmud itu memamg tepat....susah tentu penyangak@penyamun A akan "extra carefull " akan penyangak@penyamun B. Jika selalu menonton filem2 Hollywood kita melihat betapa tidak harmoninya jika 2 penyangak saling berurusan atau close deal.
ReplyDeleteSebab depa tahu yg depa ni masing2 penyangak@penyamun.
Lihat saja betapa korapnya Taib Mahmud bila bekas menantu buat tuntutan mutaah 100 juta.
tuan Aspan langsung x menyebut nama Alfred Jabu sebagai pengganti Taib Mahmud sedangkan beliua adalah timbalan ketua menteri, mungkinkah pada pandangan tuan Aspan hanya orang islam sahaja yang layak menerajui sarawak
ReplyDeleteBUJANG SENANG calon terbaik KM Sarawak. Siapa berbalah... ngap saja. BUJANG SENANG tak gila politik... itu pun kalu masih hidup lagi laaa
Deletealbert magic...mmg benar, hanya org islam sahaja yang layak menjadi KM Sarawak.....
ReplyDeleteTan Sri Adenan akan mengambil jawatan KM Sarawak yg ke5 dan sbg seorang Penguam sudah pasti Hak "Equal Partners " Sarawak dapat dipertahankan.Adenan is a very firm , knowledgeable , no nonsense and a strong charismatic guy. HE HAS PROVEN HIMSELF TO TAIB AND PBB THAT HE IS A SERVANT LEADER WHO DON'T EXPOUNCE TO MONEY POLITICS .Dia kalah kpd Abg
ReplyDeleteJohari pada pemilihan Parti PBB
1998 kerana tidak menggunakan wang dan semua orang tahu.Saya yakin TS Adenan akan dapat menjaga Hak Rakyat Sarawak dan sudah pasti UMNO tidak akan mengembangkan sayapnya ke Bumi Kenyalang.TS Adenan akan meneruskan Agenda Politik Pembangunan "ala Adenan" dan sbg Pemimpin Melayu Sarawak tulin yg Pertama ; HE WILL BE A LEADER TO WATCH FROM BORNEO AND SYABAS TS ADENAN..".UUUUUUuuuu-kata favourite Adenan "