Najib sedang menghadapi tekanan
lebih hebat dari apa yang dialami oleh Abdullah Badawi semasa Abdullah masih
Perdana Menteri dahulu. Semasa Dr Mahathir mundar mandir ke darat dan ke baruh
membidas Abdullah, masih ramai pemimpin dan ahli UMNO yang mempertahankan
Abdullah Badawi. Kumpulan Abdullah telah memberikan reaksi yang agak kuat
terhadap tindakan Dr Mahathir, sehinggakan Dr Mahathir sendiri telah dimalukan
oleh Abdullah. Dr Mahathir telah di gagalkan oleh perwakilan Kubang Pasu untuk
beliau menjadi perwakilan ke perhimpunan agung UMNO pada tahun 2006 dahulu.
Di sebaliknya sekarang ini tidak
kedengaran suara mempertahankan Najib dikalangan pimpinan UMNO selain dari
sekali sekala kedengaran Ketua Pemuda Khairy membela beliau dalam beberapa
isu. Sesungguhnya Najib merupakan seorang ‘orphanage leader’ yang hanya dapat
pembelaan mungkin dari isterinya sahaja. Satu dua insiden kedengaran Ahli
Parlimen Kota Belut, seorang Menteri baru yang bernama Rahman Dahalan yang
membela Najib dengan sambil lewa sahaja.
Kalaulah keadaan ini berlaku
semasa tahun tujuh puluhan dahulu, seorang Perdana Menteri yang berada dalam
situasi seperti Najib ini pasti akan meletakkan jawatan jika
sudah ada tanda-tanda pemimpin mereka itu tidak mendapat sokongan padu dari
ahli partinya. Pemimpin itu tidak akan bertahan kerana takut partinya akan
perpecah belah dan mereka rela melepaskan jawatan tertinggi mereka demi
kelangsungan perpaduan diantara ahli parti dan rakyat.
Saya ingin mengingatkan
insiden-insiden yang masih segar dalam ingatan saya tentang isu isu ini yang
anak-anak muda sekarang mungkin menganggapnya sebagai ganjil. Walaupun ia berlaku
lebih tiga puluh tahun dahulu saya tetap ingat dan menjadikan sikap yang
diambil oleh pucuk pimpinan semasa itu sebagai tauladan baik yang sepatutnya di
ikuti oleh pimpinan hari ini.
Tetapi ia tidak ditauladani lagi
kerana nilai kepimpinan sekarang sudah jauh berbeza kerana nilai yang baik
dahulu itu tidak di gilapkan oleh pucuk pimpinan yang bernafsu kuat untuk
berkuasa berseorangan. Nilai kepimpinan seperti itu sudah dianggap ‘out-of-
date’ kata setengah yang baru main politik, hari ini.
Tun Hussein Onn merupakan contoh
yang terbaik untuk kita buat contoh dalam isu ini. Selepas sahaja beliau
ditentang oleh Hj Sulaiman Palestin sebagai Presiden UMNO pada tahun 1978
dahulu, beliau terus mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan
jawatannya pada pemilihan 1981 nanti. Beliau tahu walaupun beliau memenangi
undi dengan majoriti yang sangat besar, beliau tahu ada sedikit dikalangan
pimpinan dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong beliau.
Beliau juga tahu yang beliau
telah di sabotaj oleh Timbalannya sendiri yang tidak sabar mahu mengambil alih
kepimpinan negara dari beliau. Hakikatnya penyertaan Hj Sulaiman Palestin untuk
menandingi beliau adalah dari galakan ‘invisible hands’ yang mahu beliau
berundur secepatnya kerana mahu mangambil alih kepimpinan negara itu. Beliau
mengundurkan diri bukan kerana penolakan rakyat yang ramai tetapi oleh kerana
‘insubordinations’ yang dilakukan oleh pimpinan yang hampir dengan beliau.
Menyedari keadaan ini beliau
mengambil keputusan untuk memberikan sahaja jawatannya kepada orang yang tidak
sabar mahukan jawatan itu. Maka pada tahun 1981, Hussein tidak mempertahankan
jawatannya dan memberikan laluan kepada Dr Mahathir secara percuma.
Pada perhimpunan itu dalam ucapan
penangguhan Dr Mahathir telah mengucapkan kepada semua pihak kerana memberikan
sokonagn terhadap beliau menerajui negara dan dengan nada yang jelas beliau
telah meminta semua pihak memberi tahu beliau yang jika ada tanda-tanda yang
menunjukkan ada yang tidak menyokong beliau lagi, supaya memberitahu beliau. Kata
beliau yang beliau akan mengundurkan diri secara terhormat.
Beliau berkata demikian kerana
beliau tahu yang Hussein bersara kerana kerenah beliau sendiri dan kata-kata itu
tidak lebih dari mulut manis dengan janji-janji yang tidak akan terkota. Pada
perhimpunan itu jugalah Dr Mahathir memulakan permainan politik 'pecah perintah'
dengan berlaganya dua tokoh Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pertandingan
yang amat sengit buat pertama kalinya dalam sejarah kewujudan parti UMNO itu.
Dr Mahathir merasakan semua yang
berada disekeliling beliau itu meresahkan beliau. ‘Inferiority complex’ yang
menebal dalam diri beliau membuatkan beliau tidak boleh selesa dan siapa sahaja
yang mempunyai kepimpinan tidak disenangi oleh Dr Mahathir. Secara sistematik
mereka yang berkepimpinan hilang dari barisan kepimpinannya dan akhirnya beliau
dikelilingi oleh mereka yang ada sekarang ini yang tidak pernah diperlukan
pemikiran mereka oleh Mahathir.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir
semuanya tidak perlu berfikir kerana hanya beliau sahaja yang boleh berfikir.
Ahli-ahli kabinetnya tidak perlu berfikir dan tugasan mereka amat mudah dan
senang...hanya jadi burung balam dan bertepuk tangan jika beliau perlukan
tepukan itu. Segala institusi demokrasi dikuasai oleh eksekutif dan sampai ke
hari ini institusi itu belum lagi 'kebah dari sakit' hasil kerja tangan Dr
Mahathir itu.
UMNO mula berpecah belah dan buat
kali pertamanya rasa resah gelisah dikalangan ramai pemimpin kerajaan dari UMNO
mula timbul. Dalam masa lima
atau enam tahun pentadbiran beliau, sudah mula terserlah budaya pemimpin yang
ingin menjadi kaya raya.
Budaya rasuah mula berputik
dengan cepat melalui projek 'express' dengan penganugeraham kontrak secara
runding terus yang kini sudah menjadi budaya dalam kerajaan semata-mata untuk
memberikan ‘duit luar’ yang begitu besar jumlahnya tanpa memikirkan isu-isu yang
berkepentingan rakyat. Inilah warisan Dr Mahathir yang paling besar kepada
negara.
Budaya songsang pentadbiran
kerajaan hari ini bermula dari Dr Mahathir dan ianya diwariskan kepada
pentadbiran Pak Lah dan sekarang kepada Najib. Acuan ini sudah begitu 'terpahat'
ke dalam sistem pentadbiran negara kita dan siapa pun dikalangan yang ada dalam
MKT parti itu semuanya dari acuan itu.
(bersambung)
ReplyDeleteAA, saya percaya dengan apa yg sdr katakan. tetapi jika UMNO boleh berubah dengan kita menolak semua kepimpinan hari ini, saya yakin UMNO boleh berubah. Ramai yg kata sudah tidak boleh lagi brubah, tetapi saya rasa boleh, asalkan saja giatkan usaha lagi. Jangan mengalahlah tuan.
Saya tidak mempunyaikeyakinan pihak yang menyokong pembangakng melalui komen yg aya baca. Mulut mereka busuk dan bercakap macam orang tidak sekolah. Susah jugak saya nak yakin jika penyokongnya bercakap kasar dan tidak bertemadun itu.
Kalau berbahasa yang baik apa salahnya. Tetapi tidak mahu mereka memperbaiki budaya mereka.
Saya tidak dapat menerimanya. Saya suka baca tuan AA punya tulisan kerana bahasanya baik dan tersusun dan seperti orang yang bersekolah.
tapi apa pun, tuan AA teruskan menulis dan bersabar dengan kerenah mereka yang tidak berbudaya ini.
Asalkan tuan menjaga tata susila bangsa kita dengan berbhasa baik selagi itulah tidak ada yang boleh merosakkan tuan. Sabar ya tuan AA?
Tun Hussein melepaskan jawatan PM kpd Mahathir, disebabkan wujudnya penolakan beliau dlm pemilihan parti. Walaupun dia masih menang besar, tetapi terdapat permainan jijik didalangi Mahathir maka diapun menyerahkan jawatan kpd Mahathir. Satu sikap luhur oleh Tun Hussein. Tunku juga menyerahkan jawatan PM kpd Tun Razak juga didalangi oleh Mahathir. Walaupun banyak kekalahan dlm PRU 1969, Perikatan masih membentuk kerajaan. Tunku turun bukan kerana masalah dlm pemilihan parti, tetapi lebih kpd untuk negara hasil kerja jijik individu yg sama. Rasanya tindakan Tunku lebih luhur lagi. Pewarisan kemudiannya yg dikendali dgn rakus terutamanya dimulai oleh Mahathir itulah yg menjahanamkan sosio kemasyarakatan Malaysia. DEB, Dasar Pelajaran Negara dan seruan muhibah yg dirancang dgn baik, apa sudah jadi di tangan Mahathir. UMNO bukannya boleh diletakkan lagi di atas landasannya semula kerana landasan yg ada itupun tidak betul untuk diikuti. Tiada gunanya mengharap UMNO boleh berubah semudah cadangan tuan, melainkan UMNO perlu dihantar ke bengkel untuk dirawat sepenuhnya. Dan itu akan memakan masa juga untuk UMNO kembali pulih, apakah ada lampu Aladin yg boleh mempercepatkan proses pemulihan ini? UMNO yg ada kini tidak memiliki prinsip untuk dibanggakan, from top to the bottom. Dan Najib menambahburukkan lagi keadaan.
ReplyDeleteUMNO ibarat keretapi dari JB tujuannya hendak ke Padang Besar setibanya di Gemas, Mahathir memasuki landasan ke Tumpat dan tergelincir pula di Gua Musang. Landasan UMNO kini adalah salah dan terpesong arah tujuannya, sedangkan penumpang sedang memikirkan bahawa mereka sedang menuju ke Padang Besar.
Tindakan Tun Husin Onn itu harus di puji. Beliau sanggup melepas kan jawatan setelah ada yang berani melawan beliau. Berapa ramai kah para pemimpin UMNO-BARU hari ini yang sanggup bertindak demikian walau pun pelbagai kata nista telah di lemparkan dan siap dengan bukti.
ReplyDeleteBenar bahawa keimanan se seorang bapa itu tidak akan di warasi oleh si anak. Sebagai contoh anak nya yang bernama Hishamuddin. Masih lagi mau berlenggang di anjung kuasa walau pun hanya menang seciput. Kemenangan itu tulin atau pun tidak wal-llah-wak-lam.
Pada pendapat saya selagi muka muka yang ada itu masih di situ UMNO-BARU tak akan berubah. Tetapi siapa dari kalangan mereka yang mempunyai tanggung-jawab, amanah dan mempunyai akhlak yang mulia???
AA
ReplyDeleteApa yang disuarakan tuan tu memang betul dan elok diteruskan untuk menyedarkan orang melayu yang ramai dalam hayalan ,mimpi,contented ,complecent ,penakut ,pengecut dan seumpamanya.Kita kena belajar terima kenyataan bukan harapkan diampu dinyanyikan dll..hinggakan lupa bangsa ugama dll
Assalamualaikum pakcik Aspan,
ReplyDeleteTindakan Tun Hussein Onn melepaskan jawatan, pada dasarnya memang 'gentleman'. Tetapi melepaskan jawatan kepada orang yg rakus kuasa, saya rasa tindakan yang kurang wajar. Sedangkan masa itu UMNO masih ramai pemimpin yang baik-baik. Allahu a'lam, saya masih budak kecil di sekitar hujung 70an - awal 80an.
Salam...
ReplyDeleteBrader tak boleh samakan zaman Tun Husein dg zaman sekarang..Zaman dulu org jeles Kemeterian Kerja Raya, sbb sapa jd menterinya pasti hidup mewah.Masa tu PM pun payah nk buat duit. Tp kini semua kementerian boleh jana pendapatan sampingan, hasil dasar yg diperkenalkan Tun M. Zaman Tun M, org sanggup tembak saingan, sanggup jd mangsa bomoh demi nk jadi org besar2 dlm parti. Org besar, maka akan besarlah jugak wilayah dan sumbernya. Brader cuma tampilkan susur galur kepimpinan UMNO, tapi brader perlu sedar skla dulu dan sekarang berbza. Dimana Mokhzani dan Mirzan kini andai bapanya pemandu teksi KL. Maka begitulah juga Najib. Mana mungkin anak beranaknya nk suruh jd cikgu, dan paling besar pun Pensyarah Kanan. Cukup ke anak cucu hanya tumpang pencen, sedangkan PM yg sebelumnya berkubu dlm bongkah emas.
Sayang sekali Hussein Onn telah melepaskan kuasa kepada Raja Pedukang nombor satu. Secara tidak langsung, Hussein juga ada peranan menjadikan Raja Pedukang ini merosakkan negara ini sampai kesan buruknya terpaksa ditanggung oleh rakyat zaman sekarang. Selain dari projek mega menelan belanja jauh dari yg sepatutnya, apa sumbangan dan jasa Raja Pedukang 22 tahun ini buat?
ReplyDeletesri hartamas
Renungan masa yang lalu sungguh Nostalgia......tapi Realiti hari ini perlu diMainkan sampai Perubahan Kelam Kabut berlaku. Apa guna seorang dua tokoh UMNO-BN mampus atau bersara.....Ideologi sesak Islam Cult UMNO dan Hina maruah melayu berterusan. Yang saya harap ialah KERUNTUHAN Ekonomi....yang akan berlaku tidak lama lagi.....dulu 1987 nostalgia UMNO-lama-Baru...OPS lallang, di guna untuk butakan rakyat dalam keadaan ekonomi yang teruk...Kali ini dengan Internet...barang DAH NAIK, Rakyat ditipu, diHina, Dipanggil Ubah Corak Hidup, Dipermaikan dengan Nama ALLAH...coraknya sama...Harap Outcome Kali ini Berlainan....amaran kepada Pekida, 3 Line, Samseng UMNO - Sulu..PDRM....Kali ini Harap UMNO ubah hidup kat Lokup Hotel Sg. Buloh!! .......Ukraine-Kan Malaya....Sabah-Sarawak masa gemilang awak akan sampai tak lama lagi.... BBB - Bangun Bantah bangkit!!
ReplyDeletePak Aspan...saya dengar di Singapura menteri2nya dan PAP hanya recruit yg terbaik sahaja terutamanya dari segi akademik. Ramai yg 1st class degree dlm kabinetnya. Kita pun ada 1st class degree menteri iaitu Tok Pa. Saya rasa kalau KJ yg grad Oxford masuk umno dari cawangan dia setakat setiausaha cawangan aje sampai ke usia tua.Bukan maksud saya org2 yg degree biasa aje & tak berdegree tak mampu bekerja dgn baik.Tapi jgn lah buang masa dgn orang yg tak layak tapi nak berak besar jugak. Contohnya Jamaludin Abu Bakar yg terliur jugak nak jadi MB Perak masa kemelut nak lantik MB Perak , lepas p/raya 2008. Nasib baik Ir. Nizar yg jadi MB.
ReplyDeleteDi dalam umno sudah tidak ada lagi pemimpin2 terbaik. Orang2 yg petah,bermaklumat mcm Dr Dzulkefly Ahmad, Husam Musa, Rafizi, Nik Nazmi...memang tidak ada dlm umno pun. Bila ajak berbahas/debat, bagi alasan bodoh2 pulak.
Setuju dgn saudara abu muhammad, melayu tergadai prinsipnya kerana kebebalan yg tidak sepatutnya.
ReplyDeleteZaman Anwar TPM & Menteri Keewangan x siasat ke ada rasuan ke tak?
ReplyDeletePak Aspan..
ReplyDeleteJelas sekali Pak Aspan telah mengakui behawa Dr Mahathir lah yang menjadi punca kepada semua kerosakan yang berlaku pada Umno Khususnya dan rakyat Malaysia amnya..
Banyak memperakui Disebalik kejatuhan Abdullah, Dr Mahathir lah yang telah memainkan peranannya dan sekarang Najib juga kelihatan mempunyai nasib yang tidak menentu..
Renungkanlah .. kerana perjuangan Mahathir "belum selesai"
T kasih.