Di antara foto saya dengan Tunku yang dirakam pada tahun 1988. |
TUNKU telah berjaya membina
sebuah negara merdeka setelah berjuang bersama rakan-rakan seangkatan beliau
dengan menjawat jawatan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955
dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31
Ogos 1957. Semasa beliau menjadi Perdana Menteri jugalah Persekutuan Malaysia terbentuk setelah Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung dengan Semenanjung Tanah
Melayu pada 16 Setember 1963 dahulu.
Beliau bersara sebagai Perdana Menteri
pada 1970 setelah beliau merekodkan kecemerlangan sebagai Perdana Menteri
Pertama Malaysia Merdeka. Dalam masa yang sama beliau merupakan seorang Perdana
Menteri yang mashyur terutamanya dikalangan negara-negara Komanwel dan
merupakan seorang Perdana Menteri yang dihormati masyarakat antarabangsa.
Diantara sumbangan beliau ialah penyingkiran Afrika Selatan dari Komanwel
dengan cadangan dan desakan Tunku Abdul Rahman. Tunku merupakan seorang penyumbang
besar kepada tamatnya kerajaan apartheid Afrika Selatan itu.
Tunku seorang yang minat dalam
bidang sukan dan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tahap kecemerlangan
sukan amat tinggi dikalangan negara serantau. Diantara acara sukan yang sangat
dikenang ramai ialah Pesta Bola Merdeka setiap tahun, mengambil sempena tarikh
dan waktu menyambut kemerdekaan negara setiap tahun. Banyak lagi acara sukan
antarabangsa telah di usahakan oleh Tunku. Sukan yang beliau minat secara
peribadi adalah golf dan beliau bermain golf hampir sepanjang usia beliau yang
sihat dan bertenaga.
Sepanjang hayat Tunku, beliau
telah mengorbankan seluruh kehidupan beliau kepada negara dan semasa beliau
meninggal, beliau tidak mempunyai apa-apa kekayaan seperti bekas-bekas pemimpin
negara sekarang ini. Dan rekod kecemerlangan perjuangan beliau, telah diketahui
umum yang beliau telah mengorbankan segala harta yang beliau ada untuk
membiayai perjuangan kemerdekaan di samping mendapat bantuan rakyat yang
bersama bergolok dan bergadai untuk mencapai sebuah negara merdeka yang kita
semua perolehi hari ini.
Sebagai generasi yang jauh muda
dari beliau, saya secara peribadi merupakan peminat kepimpinan yang amat kuat
terhadap Tunku dan saya sempat berkenalan dan berbaik dengan beliau semasa
pengakhir hayatnya. Saya berbangga sebagai seorang individu yang beliau kenali,
walaupun saya mengenali beliau hanya semasa beliau sudah lama bersara dan dalam
kesihatan yang sudah menurun.
Saya sempat berulang kerumahnya
di Bukit Tunku beberapa hari dalam setiap minggu untuk memberikan penghormati
kepada beliau. Walaupun beliau sudah kurang jarak penglihatan beliau, saya
tetap merasakan kebanggaan untuk bersama Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia, beberapa
tahun akhir hayat beliau.
Sikap dan sifat ‘magnanimous’
beliau susah untuk dicari ganti dan beliau sebenar-benarnya menyayangi rakyat
berbilang kaum dinegara ini Tunku orang yang sangat sederhana dan begitu tinggi
nilai kemanusiaannya. Tunku amat susah untuk dicari ganti.
Sifat periang beliau amat
menyenangkan semasa berada bersama beliau walaupun dalam usia beliau yang sudah
lanjut dan tidak lagi mempunyai kesihatan yang seperti sedia kala semasa saya
mendekati beliau.
Tunku pernah bercerita yang
beliau semasa mudanya sangat nakal dan malas belajar. Tunku pernah berkata
beliau pernah mendapat kad ucapan tahniah dari ramai kawan-kawan semasa di London kerana beliau
lulus peperiksaan yang beliau tidak dudukinya. Beliau hairan bagaimana mereka
mengucapkan ‘congratulations’ kepada beliau sedang beliau tidak pun duduk
peperiksaan itu.
Rupa-rupanya yang berjaya
cemerlang itu ialah Tunku Abdul Rahman Tuanku Muhamad (Yang diPertuan Agong
Pertama) dari Negeri Sembilan yang berjaya dan bukannya beliau. “Depa ingat
ayah yang lulus periksa, depa tak tau yang lulus periksa tu ialah Tuanku Abdul
Rahman dari NS. Ayah periksa pun tak duduk, macam mana boleh luluih!” katanya
tersenyum kepada saya.
Satu lagi peristiwa yang tidak
dapat saya lupakan ialah apabila saya bertanya kepada beliau kenapa masih hisap
rokok dalam usia 85 tahun. “patik nak tanya, kenapa ayah hisap rokok lagi. Ayah
kan dah tua?”
Tunku dengan pantas menjawab, “Biak pi lah…
memang patut mati pun, umur ayah sudah 85 tahun. Dulu ada sorang doktor selalu
minta ayah berhenti hisap rokok, takut kalau ayah mati cepat. Tapi ayah buat
tak tau aja. Sampai sekarang ayah hidup lagi”
“Doktor mana yang nasihat tu
ayah?” saya terus bertanya. Tunku jawab, “Adalah sorang doctor tu. Dia pun dah
mati lama daah!” jawabnya sambil gelak kecil dalam keadaan kurang tahap penglihatan
itu. Sesungguhnya beliau mempunyai ‘sense of humor’ yang tinggi dan amat selesa
bersama beliaudalam keuzuran beliau itu.
Saya tidak dapat melupakan
pemimpin ulung kita ini walaupun saya hanya mengenali beliau semasa hujung
hayat beliau dan kita wajar mendoakan roh beliau agar sentiasa berada sebaris
dengan roh-roh syuhada dan sentiasa dalam keampunan Allah swt. Hasil perjuangan
dalam kehidupan, beliau meninggalkan negara yang merdeka.
Mangkatnya Tunku dalam keadaan
sebagai orang biasa, tiada harta dan anak-anak beliau tidak mempunyai apa-apa
kekayaan yang beliau tinggalkan untuk mereka. Beliau tidak ada jet mewah dan
beliau tidak meninggalkan anak-anak dengan ‘business empire’ yang besar-besar
dan tidak ada keturunan beliau yang beliau letakkan sebagai pemimpin besar
negara dan negeri. Tunku tidak pernah menggunakan kedudukan beliau untuk
menyusahkan rakyat membayar hutang perniagaan anak-anaknya.
Jasa Tunku amat besar kepada
negara dan kita bersyukur dengan apa yang ada pada kita hasil perjuangan beliau
dengan rakan-rakan seperjuangan beliau yang semuanya sudah tiada lagi bersama
kita kini. Kehadiran Tunku dalam dunia ini semata-mata untuk negara Persekutuan
Tanah Melayu, Persekutuan Malaysia
dan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Tunku juga memainkan peranan
dikalangan negara-negara Islam dengan usaha gigih beliau menubuhkan OIC selepas
beliau bersara dari jawatan awam negara kita sebagai Perdana Menteri. Amat
besar jasa beliau kepada dunia dengan ubudiah yang bernilai tinggi kepada
kehendak agama dan umat keseluruhannya. Beliau tiada slogan yang besar-besar dan
tiada retorik dalam kepimpinan beliau.
Al-fatihah
Pemimpin sebenar ialah pemimpin yang berusaha memimpin dan menyatukan rakyat.Hanya pemimpin berjiwa penjajah sahaja yang memecah belahkan rakyat,boros dan mengaut kekayaan untuk diri sendiri.
ReplyDeleteKebanyakan pemimpin sekarang asyik memboyotkan perutnya dengan menggambil kesempatan mengaut segala hasil harta rakyat, tak kisah dengan cara apa sekali untuk mendapatkannya,rasuah pasti tak lari itulah antara cara mau cepat kaya..tengok saja mereka kaya raya naik jet lagi berlibur..
ReplyDeletePak Aspan,
ReplyDeleteSifat peribadi Tunku ada positif dan negatifnya. Namun keseluruhannya saya bersetuju bahawa Tunku Abd Rahman selaku bekas PM dan bapa kemerdekaan Malaysia adalah jauh lebih baik berbanding PM PM Malaysia yang lain.
Selaku anak kelahiran Kedahm kebanyakan kami mengenali hati budi beliau, ramah, baik hati dan sememangnya suka bergurau. Ini jauh beza jika dibandingkan dengan seorang lagi bekas PM berasal dari Kedah.
Tunku kembali ke Pencipta tanpa kekayaan yang gah samada untuk diri mau pun keturunan beliau. Ini jauh beza dengan bekas PM kelahiran Kedah yang menggunakan kedudukannya mengaut kekayaan negara untuk kaum kerabatnya. Malah dipenghujung usianya yang kian hampir dengan alam barzah, ketamakan bekas ini semakin menjadi jadi.
Sikap haloba bekas PM kelahiran Kedah keturunan Kerala ini malah sanggup meninggalkan legasi ketamakan beliau melalui anaknya Mukhriz, dan ketamakan serta sifat haloba ini kelihatannya akan bersama mengiringi jasad dan rohnya sampai ke liang lahad kerana tidak ada tanda tanda pun sedikit penyesalan akan perbuatannya itu.
Saya yakin Allah akan memberi pembalasan sewajarnya terhadap hambanya yang ingkar dan menzalimi orang lain, kalau tidak di dunia ini...akan terlaksana jua diakhirat nanti.
Secara peribadinya Tunku memang merupakan seorang pemimpin berjiwa besar. Parti dokongannya pula diharamkan oleh mahkamah dan dibuat pula klon yg baru, semuanya berpunca oleh serakah manusia bernafsu 'toot' (tidak gamak untuk disebutkan). Kemangkatan Tunku diluar keahlian parti klon baru itu, yg nyata kini sedang merosakkan kehidupan rakyat majmuk di negara kesayangan Tunku ini. Diandaikan Tunku masih lagi hidup sekarang, tentu sekali jiwanya merana, menyaksikan Malaysia yg diimpikannya sedang bergelumang dgn pelbagai kemungkaran hasil kerja parti klon tersebut. Al-Fatihah.
ReplyDeleteSalam Pak Aspan....
ReplyDeleteSatu catatan sejarah yg menyentuh hati dan perasaan rakyat marhain spt saya.
Memang menyedihkan apabila kepimpinan negara telah dikuasai oleh "syaitan syaitan yg dikenali" bermula dlm tahun 1980an.
Rakyat perlu bangkit membuat perubahan utk menyelamatkan negara yg tercinta ini.
kedah telah mengeluarkan 2 bapak. artikel ini mengisahkan bapak yg pertama, semua orang tau siapa dia (al-fatehah utk almarhum), & sekoq lagi ialah bapak penswastaan, bapak inilah punca kpd segala penderitaan rakyat sekarang.
ReplyDelete"Sikap haloba bekas PM kelahiran Kedah keturunan Kerala ini malah sanggup meninggalkan legasi ketamakan beliau melalui anaknya Mukhriz, dan ketamakan serta sifat haloba ini kelihatannya akan bersama mengiringi jasad dan rohnya sampai ke liang lahad kerana tidak ada tanda tanda pun sedikit penyesalan akan perbuatannya itu""
ReplyDeleteReally ??? My happiest life during the tenure of dr. Mahathir being a Malaysian PM..i was 12 years old on 1982...yeeh ..semoga allah memberkati segala jasabaik dr. Mahathir dan juga Allahyarham Tunku Abdul Rahman.. agaknya apa contribution orang yang selalu suka kondem orang ni... Dr. Mahathir..saya masih merindukan harga petrol seliter rm1.10 semasa pemerintahan ayahanda..everything was cheap..now...semua mahal..BN..Pakatan all bullshit..UMNO is bulshit..Pakatan is BUllshit + hyprocrite..Malaysian love hyprocrite people because we are hyprocrite...
Mudah2an roh Tunku mendapat keampunan dan dirahmati Allah
ReplyDeleteAnon 13:59
ReplyDeletePd usia 43 thn, sepatutnya bincanglah dgn matang serta berakhlak. Kebanyakan ulasan kami adalah dr orang jauh lebih berusia drp anda. Banyak peristiwa bersejarah negara telah kami lewati, termasuklah peristiwa 13 mei 1969, ketika itu anda belum dilahirkan lagi. Dimasa itu gula dijual pd harga 25 sen sekati dan masih belum menggunakan sistem metrik iaitu 42 sen sekilo. Pucuk paku tidak laku untuk dijual.
ReplyDeleteAnon 13.59
Kalau ye pun nak ambik upah, buatlah kerja yang halal....
Pada masa sekarang ..ADAKAH LAGI PEMIMPIN YANG TIDAK MENGUMPUL HARTA ..
ReplyDeleteSIFAT IKHLAS .. AMANAH ..
HANYA UNTUK PERUT SENDIRI DAN 7 KETURUNAN ..
SERUPA SAJA PEMIMPIN DIDALAM @ DI LUAR..