26 March 2014

Anwar jangan berselindung di sebalik telunjuk

Anwar Ibrahim berkata di lobi Parlimen yang beliau akan mencari jalan bagi membawa isu yang mensabitkan beliau bersalah dalam kes sodomi2 yang beliau anggap tidak adil ke Parlimen. Beliau juga akan membawa kes yang mensabitkan Karpal bersalah di Mahkamah Tinggi yang berkait dengan isu ‘sedition’ terhadap Sultan Azlan Shah baru-baru ini.

Bagi Anwar apa sahaja penghakiman yang tidak memihak kepada beliau itu adalah penghakiman yang tidak adil. Tetapi semua penghakiman mahkamah yang memihak kepada beliau semuanya adil. Beliau belum lagi berhenti menuduh yang penghakiman oleh hakim-hakim di Mahkamah di Malaysia ini adalah penghakiman yang mengampu UMNO.

Tetapi begitu banyak agensi-agensi dan badan yang berada di pihak UMNO telah memihak kepada Pakatan Rakyat dan Anwar, tidak pula di sebut dan diakui sebagai satu tindakan penghakiman yang adil. Bagi Anwar mahkamah mesti mengikut telunjuk beliau dan memihak kepada kemahuan dan kehendak beliau sahaja. Jika tidak beliau akan bawa ke Parlimen dan ke jalanraya untuk mendesak dan menekan badan kehakiman untuk menjadi alat kepada kemahuan peribadi beliau.

Mahkamah hanya diakuinya sebagai adil jika ia tidak memihak kepada kepada pihak lawan beliau. Seluruh dunia menganggap tindakan terhadap Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 dahulu adalah tindakan yang sungguh zalim dan tidak adil. Tetapi Anwar merupakan pemimpin yang telah bersama Dr Mahathir dan pimpinan UMNO baru semasa itu melakukan tindakan tidak adil terhadap badan kehakiman negara.

Mahathir pun tidak seteruk Anwar dalam bidasan beliau terhadap Tun Salleh Abas dan empat hakim Mahkamah Agung yang di pecat semasa itu dan tidak ada apa pun tindakan Anwar untuk memberikan simpati terhadap hukuman terhadap badan kehakiman semasa itu.

Anwar bukan tidak tahu yang tribunal yang di tubuhkan oleh Mahathir semasa itu dilakukan dalam tempuh sehari sahaja untuk memastikan yang Tun Salleh tidak sempat untuk mendengar rayuan beberapa ahli UMNO yang telah merayu ke Mahkamah Agung untuk menghidupkan UMNO asal itu. Semua orang tahu yang jika Tun Salleh sempat mendengar rayuan beberapa ahli UMNO untuk menghidupkan UMNO itu, parti yang menyudahkan perjuangan kemerdekaan itu akan kembali sembuh dan hidup seperti biasa.

Anwar tidak selayaknya bercakap tentang ‘independence of judiciary’ itu kerana kepada mereka yang mengingati sejarah akan mengakui yang Anwar merupakan orang yang paling kuat menyokong Dr Mahathir untuk melenyapkan badan kehakiman sebagai badan bebas dan berintergriti. Anwar merupakan proponen besar dalam penghakisan badan kehakiman yang bebas itu.

Anwar boleh bercakap seperti sekarang ini jika semua manusia yang melihat kezaliman beliau bersama Dr Mahathir terhadap badan kehakiman semasa itu telah mati dan tidak seorang pun yang hidup lagi di dunia ini.

Isu sodomi terhadap Anwar ini juga telah membuatkan badan kehakiman masih dituduh sebagai agen UMNO walaupun badan itu telah banyak membuat penghakiman yang adil termasuk memihak kepada Pakatan Rakyat dalam banyak isu saman menyaman diantara beliau dan Pakatan Rakyat terhadap agensi-agensi berkepentingan kerajaan seperti Utusan dan yang lain-lain.

Semua perlu bertanya kepada Karpal siapa yang menyediakan ‘Statutory declaration’ (SD) terhadap tindakan sodomi Anwar dahulu terhadap Azizan Abu Bakar. Jika Karpal jujur, beliau akan memberikan jawapan yang sejujurnya.

Jika begini sikap pemimpin ini, jika ada yang mahu dan mempunyai masa untuk melakukannya, elok diadakan forum-forum tentang isu sejarah yang masih baru jika disingkap dengan sebenarnya.

Anwar perlu menghentikan sikap bermuka-muka seolah-olah semua manusia dalam negara ini diperlakukan sebagai ‘disuruh pergi dipanggil datang’. Sikap memperlembukan pemikiran manusia terutamanya kepada yang masih muda ini amat tidak jujur sekali.

Buatlah apa sahaja untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri itu tetapi janganlah sampai memperbodohkan manusia lain. Bolehlah Anwar menyorokkan kesalahan dirinya tetapi janganlah menyorok disebalik telunjuk sendiri.

Anwar mesti berfikir yang tidak semua yang mendengar ucapan dan retorik beliau itu melopong mulutnya dan mengambil sahaja apa yang beliau perkatakan. UMNO sangat susah untuk mempertahankan tuduhan liar Anwar ini kerana mereka semua dalam kabinet dan Majlis Tertinggi parti itu semuanya mengikut Anwar mengampu Dr Mahathir membuta tuli semasa itu.

Masing-masing, baik Anwar dan mereka dalam Majlis Tertinggi semuanya satu kelompok pengampu Dr Mahathir semasa itu. Mereka semuanya sama sahaja. Mereka semua ini yang telah menyesatkan UMNO dan rakyat negara.

67 comments:

Anonymous said...

... marah bonar pak aspan dgn makhluq Anwar ni ye...;-)...
... Malaysia dan segala sistem yg ada di dalamnya jadi mcm ni bukannya hanya kerana pemimpin PEMBONGAK tetapi lebih utama sebab ada rakyat yg suka jadi PENGAMPU .... 'otak di tapak kaki'!!!

Anonymous said...

As salam pak aspan,

sudah lama saya mengikuti blog ini. apa yg saya dapati semenjak akhir- akhir ini pak aspan asyik membantai PR. kenapa ye..... dulunya tidak.....

kalau BN tk ada tokoh yg layak untuk memimpin negara ,PR pun tak ada , jd siapa lg yang layak. pandangan pak aspan kadang-kadang tergantung.

maaf atas komen ini. sekadar untuk percambahan minda.

Anonymous said...

Kita bukan lah suka sangat dengan Anwar tetapi pak Aspan marah sangat dengan dia tu, apa hal. Sabagai Negara yang dikata demokarisi,tak salah dia buat begitu. Ini bukan pasal mahkamah tidak ikut kemahuannya, kita sebagai rakyat yang kurang afif dengan undang undang dapat mentafsir memamang tiada keadilan baginya kerana UMNO memandang dia sebagai musuh. Selagi dia tidak disingkirkan selagi itu UMNO tidak akan senang dan dapat menjalankan agenda penyelawingan mereka. Diri itu Anwar perlu dijahanamkan, soal benar atau pun tidak semua pertuduhan terhadapnya adalah tidak penting. Apa perlu pak Aspan marah-marah dengannya. Ada kah pak Aspan pendokong dan pengalak kemungkaran? Harap jangan jadi pengampu, kita rakyat tidak akan terbela, kos sara hidup akan sentiasa menhimpit yang senangnya adalah macai seperti EZAM...adakah pak Aspan nak ikut kejalan itu. Senang didunia belum tentu senang diakhirat nanti...Maaf atas komen jika tak betul.

TBK said...


Sdr ku AA,

T kasih diatas pencerahan sdr tentang isu ini.

Yes, true, I salute you for being brave to tell the truth.

Thus man cannot be trusted as he is good actor and performer as well.

Some how I sure the commentators will be saying things out of the topic you write. They will go with personal attacks against you.

They won't argue against what you say about Anwar being the one of those who destroyed the judiciary together with his estranged boss, you know who.

I personally feel sorry for those who support him.

raus said...


Good historical content.

Anonymous said...

Semua orang tahu Hakim2 selepas episode pemecatan Salleh Abas adalah golongan yang bongok. 'Bongok' ni bermakna, mereka bolih diarahkan & diperkuda olih Mahathir untuk memberi satu2 keputusan. Kalau tak caya, pergi jumpa bekas Hakim Negara Eussoffe Chin...betul tak apa saya cakap ni. Dia masih hidup lagi. Jadi trend Hakim2 bongok ni berterusan.

Sila En. Aspan bagitahu. Sebab apa Mahkamah Rayuan yang telah menetapkan pendengaran kes pada bulan April 2014 telah tiba-tiba ubah fikiran dan tukar tarikh pendengaran pada bulan Mac 2014 sebelum pencalonan PRK Kajang?

Saya tak berasa hairan kelak kalau Mahkamah Persekutuan melepaskan Anwar nanti kerana tujuan Mahkamah Rayuan adalah ikut arahan Umno supaya Anwar digagalkan bertanding.

Isu pokok ialah bukan isu Anwar...Isunya ada kebebesan kehakiman dan perlunya Hakim membuat keputusan mengikut undang2 dan bukan mengikut Umno.

Kalau kita tengok gelagat bekas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor yang berkempen untuk BN di PRK Kajang dan gelagat bekas Hakim Negara...apa namanya... yg sekarang menjadi Pengerusi badan tajaan Perkasa, bagitulah mentality Hakim2 melayu yang ada sekarang.

Satu lagi nak tahu...the intelligent and smart malays rarely takes up law. Only the average malays took up law because their academic qualifications is so average that they are not qualified to take up dental, accountancy, engineering or other professional courses. Itu sebab you tengok Hakim2 bengong belaka.

Anonymous said...

Tuan AA, apa yang jelas sememangnya kehakiman di Malaysia tidak bebas. Walaupun ada keputusan yang berpihak kepada PR, kita perlu lihat realiti. Satu dua keputusan yang betul tidak menggambarkan sistem kehakiman di Malaysia telah berubah. Saya tidak faham kenapa saudara aspan suka mengungkit kisah anwar dalam BN dahulu. Bukankah anwar sendiri telah mengakui dia ada buat kesilapan ketika berada dalam BN dulu? dan mungkin penjara dan aib yg beliau lalui satu kaffarah buat kesalahan beliau dahulu dan menjadi iktibar untuknya. Hakikatnya sekarang dia bersama dengan PR yang memperjuangkan perubahan dlm negara ini. Bahkan jika mana2 pimpinan umno beralih mengubah sokongan kepada memperjuangkan keadilan wajib kita dokong, kerana kita menyokong apa yang dibawa bukan batang tubuhnya. Almarhum Ust. Fadhil Noor, Tn Guru Nik Aziz semua tahu sejarah anwar, mungkin lebih mengenali anwar dari tuan sendiri tetapi mereka bersama kerana apa yg diperjuangkan bukan kerana siapa anwar. Saya terasa seolah2 kebencian tuan kepada anwar begitu mendalam sehingga jika anwar telah berubah ataupun bertaubat pun pasti tuan tidak akan percaya. Harapnya saya salah dalam hal ini.

Unknown said...

Anwar telah melalui berbagai bagai ujian dan hukuman yg tak masuk akal dgn bukti yg menjijikkan bayangkan klau kita di tmpat beliau adakah kita mampu menghadapinya..beliau boleh memilih utk mencari kesenangan hidup tp beliau menjadikan dirinya sbg pemangkin gerakan reformasi rakyat utk menentang kebobrokan dan penyalahgunaan kuasa dan rasuah pemerintah..saya bukan fanatik anwar tp kita memerlukan pemimpin seberani dan seteguh pendirian seperti beliau utk menentang kjaan hari ni yg korup klau pak aspan seberani anwar pun saya akan sokong 100%...

Anonymous said...

Salah tu Aspan.

Anwar tu bersih , sebersih kain putih. Mamak kutty lah yang bertanggjawab kerana ketika itu Anwar tidak berkuasa.

Jangan burukkan Anwar, tak mungkin dia silap, dia anugerah Tuhan.

Batu Ronson

rom said...


I hate to say this AA. I am long time PAS member but I couldn't take and stomach Anwar to lead PR.

In the last GE I only voted PR for Parliamentary seat, but chose to vote for BN at the state level just because the candidate was from PKR

As far as I am concerned Anwar is not morally fit to lead this country.

Anonymous said...

Apo jadi jang oiii...ekau pun percayo dengan liwat tu...

Anonymous said...

setiap kali anwar tuntut keadilan atas kes liwat sdr akan bukak cerita anwar semasa dlm umno.

mengapa masa anwar dan Mahathir salah guna mahkamah ketika itu tak ada seorg pun termasuk sdr yg lantang bersuara menentang anwar dan Mahathir. mengapa sdr tak kumpul kan rakyat dan buat demo.

Kes tuntutan saman dan kes liwat tak sama. Kes liwat bermotifkan politik selama lamanya tak akan adil . Apakah krn kesilapan yg lalu hak anwar utk tuntut keadilan dinafikan.

Anonymous said...

Anwar dajal sama dgn Mahathir. Bila kedua2 berkelahi dia orang heret rakyat .Saya sangat bersyukur kedua2 mereka ini brkelahi. Banyak hikmah.

ahmad som said...


Tuduhan Anwar meliwat itu fitnah. Tuduhan Anwar dia difitnah itu benar. Sekarang Anwar boleh buat apa kesalahan sekali pun mahkamah jangan hukum dia.

Dia tidak boleh dihukum, nanti dia kata itu political conspiracy.

Hanya Anwar yang terbaik, walaupun dia hjanya mempunyai pelan untuk menjadi PM, tetapi tidak ada pelan untuk negara.

Siapa dia ni sampaikan dia rasa dia difitnaah sedangkan dia sensdiri tahu dia itu bersalah. Ramai pula yang percaya dia ni.

Dah nak terbalik dunia ni.

Anonymous said...

Aku dah penat. Aku tak sokong demonstrasi untuk reformasi 2 itu. membodohkan diri aku sahaja. Siapa yang masih mahu di perbodohkan pergilah sokong reformasi gila tu. Kekesalan aku hanya satu...lambat sangat bagi aku untuk mengetahui reformasi itu bukan untuk negara, tapi untuk Anwar. lebih baik aku jaga mak bapak aku...

Anonymous said...

Marah sungguh AA dgn Anwar...knp ya. Ese x tau la apo yg AA mnta kek Nwar maso Nwar dlm UMNO dlu...tp yg pasti mesti Nwar x bagi kan tuan AA? Hahahaha. Bkn nk ngato Nwar tu boto....tp kes liwat 2 ni...dgn bukti yg ado....ese mntalah tuan AA nyatokan pendirian tuan AA ttg perkaro trsobut...Andai kato lah apo yg puak BN dakwo ttg Nwar ni mmg bonar sebonar bonar eh....x kuar jel lansung den raso Nwar ni....Ntah la...cubo bygkanlah...lotak lah pemimpin bosa UMNO kek kasut Nwar...x kiro la sapo....Najib ko...Udin ko...Hisham ko....agak eh...berkokok x deh lagi....
Cam ni ha lah tuan AA....org tak pedulilah kok Nwar jd PM ko tidak....yg org pedulikan BN yg korup tu bulih diganti supayo Malaysia ni tak tergadai......
Lagi satu tuan AA....sudah2 la tu...jgn la marah bona dgn Nwar tu....sobab x boghi apo yg tuan AA minta....cubo tanyo dio balik...napo x boghi apo yg tuan mnta tu dlu....
Assalamualaikum. ...
- sangharimaukumbang-

RD. said...

Saya harap anak muda (dari yang masih tingkatan 3 hingga yang berumur 27 tahun) membaca apa Pak Aspan tulis ini. Mungkin kamu semua tidak mengetahui kerana belum lahir atau masih bayi semasa Anwar dipecat dari UMNO pada 1998.

Tidak dinafikan bahawa anak-anak muda telah berjaya di pengaruhi minda mereka oleh Anwar yang membawa imej warak. Pada mereka Anwar difitnah untuk melenyapkan cita-cita politiknya.

Hakikat sebenar adalah kerana perbuatannya sendiri. Jika difikirkan secara logik, mana mungkin boleh difitnah sesaorang sebegitu rupa. Lihatlah bepuloh-puloh rakan-rakan yang mula-mula menubuhkan PKR dan reformasi telah keluar dan ramai juga yang telah menentang beliau sekarang. Zulkiflee Nordin yang membela beliau pada Sodomy 1, pun tarik-diri sebagai peguam. Karpal Singh tidak mewakili Anwar pada 1998 kerana, rakyat masih ingat lagi tuduhan beliau di Parliament, setahun sebelum itu. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa gelaran Al-J**** diberi oleh Mat Sabu pada tahun 1997, ketika Karpal mengelar beliau seorang peliwat di Parliament, kerana Anwar sebagai TPM, membawa imej warak.

lanlah said...

Tuan. Kalau mahu kepada kebaikan berhentilah bercakap mengenai keburukan. Tuan terlalu fokus kepada negatif.

Anonymous said...

Bagi saya anuar itu ada punca dia bersalah. Kempen dia membenci UMNO sangat melampau bagaikan Melayu UMNO itu keturunan syaitan. Langsung tiadak rasional, mengutuk berlebihan dan tidak menyentuk kebaikan yang ada.
Bukti2 yang mahkamah bentangkan dan komen2 diberi menunjukkan Anuar seorang peliwat. Saya hanya berpegang kepada bukti dipercayai umum. Saya andaikan saya tidak salah dalam hal ini. Gambaran tuan beri juga jelas dan saya yakin....

mail said...


lan lah,

Benar, jika mahu kepada kebaikan berhenti bercakap tentang keburukan.

Jadi Anwar berhenti bercakap tentang keburukan yang beliau sendiri cipta untuk kebaikan.

Apa kebaikan yang Anwar bercakap sekarang ini?

Anonymous said...

Anoy 01:50...
Kebodohan apakah itu reformasi untuk anwar? Ko lahir zaman bila? Ke masih hancing pering masa tu... Kalau tak faham jgn komen... Takde pun org suh campur adukkan reformasi ngan jaga mak bapak...

Anonymous said...

Berani kerana benar.. Bodek kerana wang! Kah kah kah

Anonymous said...

Tak ada tokoh yg boleh diharap utk menjatuhkan kerajaan BN. Tokoh yg ada idea tak ada karisma mempengaruhi rakyat. Faktor2 utk menentang kemungkaran BN memang banyak, tetapi tokoh yg nak mengerakkan rakyat..... lembap.... penakut..

awang batuburok said...

Tuan Aspan,

Memang benar Anwar telah rosak semasa bergelumang dalam tangki najis UMNO yg kononnya beliau nak cuci bermula tahun 1982 sehingga ditendang oleh ketua gerombolan syaitan yg dikenali dlm tahun 1998.... Itu dah jadi fakta sejarah hitam yg tak dapat dinadikan.

Tuduhan liwat adalah isu yg berbeza yg melibatkan aqidah dan kanun jenayah islam yg sangat serius yg perlu kembali kpd kaedah dan hukum syariat yg ditetapkan oleh Allah SWT dan melangkaui isu politik kepartian.

Kita tidak boleh membalas dgn melakukan kezaliman dgn tujuan utk membalas kezaliman yg beliau terlibat dahulu...

Kaedah yg sebenarnya ialah beliau perlu dibicarakan secara berasingan untuk kedua2 kes yg berbeza. Tidak boleh dihukum secara borong utk dua kes yg berbeza.

Saya yakin tuan AA masih percaya kpd prinsip "rule of law" adalah hak untuk semua insan, termasuk Anwar. Wallahualam.

Anonymous said...


pak aspan,

saya bukanlah penyokong AI dan bukan juga berjiwa BN. tetapi bg saya penilaian secara kasar memang apa yg berlaku keatas AI berhubung perbicaraan sebelum2 ini memang dilihat tidak adil telah di buat oleh kerajaan.(terpilih), bermotifkan politik.

dalam bahasa pasar " nampak sangat".

maaf.

sekadar pandangan.


Anonymous said...

Salam Pak AA,

Itu hak saudara untuk memberi pandangan.

Bagi saya, apa yang penting ialah RAKYAT Malaysia perlu di beri perhatian dslam segala aspek kehidupan. Hak Rakyat.

Saya tidak kira UMNOkah, PRkah, kalau 100% memebela rakyat saya sokong.

Tapi hakikatnya, adakah RAKYAT Malaysia sekarang betul-betul hidup selesa? di bela sewajarnya?

Adakah kepimpinan UMNO BN berjaya untuk memeberi keselesaan sekurang-kuranngnya 95% RAKYAT Malaysia?

Apakah "adil" jika kita kata PR tidak berjaya, sedangkan belum di uji lagi kepimpinan PR dalam mentadbir negara?

Adakah semua krisis ini soal Anwar, Mahathir atau RAKYAT Malaysia???

joseph said...


Bro, Anwar will serve at least 31/2 years sentence, after which he has to wait for another 5 years to be able to hold political positions.

By then he will be 78 years of age. Some may hate to hear this but that is a crude fact that everyone has to accept.

So DAp and PAS are just wasting their time to take him as the leader to alternate the current leadership.

It's not anybody's fault but he (Anwar) has himself to blame. Struggle for the nation bro, please don't struggle for Anwar's personal.

Hard to accept, but as long as DAP and PAS fight for Anwar they will never get near to power, and just forget about having transformations for the country.

Anyhow you can choose to fight for Anwar but you have to sacrifice you chance of getting to power.

DAP and PAS sholud just accept this plain fact of politics and you will move forward unhindered.

The country needs changes instantaneously..... now...now...

Anonymous said...


joseph,

True, Anwar is hampering PAS and DAP in the march to Putrajaya.

If they fail to get Putrajaya, they have themselves to be blame.

But...

Anonymous said...

Kutuk la anwar,pak AA.untung2 dpt jawatan mcm bos tabung haji walaupn xlulus spm.

Anonymous said...

KITA BUKAN NAK SOKONG BATANG TUBUH ANWAR TETAPI JARANG JARANG DIA BANGKITKAN KEBURUKAN PERBADI LAWAN DIA. APA YANG DISERANGNYA ADALAH SALAHLAKU URUS TABIR NEGARA DAN BERMACAM MACAM RAUSAH YANG DILAKUKAN OLEH PENTABIR NEGARA. RAKYAT DIPERBODOHKAN UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN MENJADIKAN DIRI KAYARAYA. TENGUK SAJA SEBAGAI BUKTI KEBANYAKAN PEMIMPIN UMNO KAYA DAN SENANG HIDUP. KALAULAH ORANG LAIN SELAIN ANWAR JIKA DIMALUKAN DAN DIAIBKAN, KITA PERCAYA MEREKA TIDAK TAHAN LAMA, HILANG SEPI DIBAWA ZAMAN. TIDAK SALAH KITA SOKONG PEMBAHARUAN DAN TUKAR PEMIMPIN DAN PARTI UNTUK MEMERINTAH NEGARA UNTUK KEBAIKAN. AMERIKA,UK, AUSTRILIA, JEPUN, KOREA DAN LAIN LAIN NEGARA. PEMIMPIN YANG PARTI MEREKA KALAH JIKA BERSALAH DIHADAP KEMAKHAMAH SEPERTI DIKOREA DIMANA PERSEDEN DIDAKWAH...KERANA INILAH PEMIMPIN DI NEGARA KITA TAKUT DAN BERMATI MATIAN MEMPERTAHANKAN KUASA DENGAN APA CARA SEKALI PUN HINGGA MENGUNAKAN AGEN AGEN KERAJAAN UNTUK MENEKAN RAKYAT DENGAN UGUTAN. BUKAN KAH NAMANYA MENIPU DAN TIDAK DEMOKRATIK. ORANG ORANG YANG MENDOKONG DAN MENEGAKAN KEMUNGKARAN ADALAH DAJJAL SEBENAR. MEREKA KHAYANAT PADA DIRI SENDIRI...CUBA RENUNGKAN DAN FIKIR SECARA WARAS..

cucu mamak kutty said...

semua org pernah buat silap,samaada kesilan besar atau kecil...bila dah sedar,kena le perbetulkan agar kesilapan itu akan terus m enyusahkan org lain...sekali buat silap,jgn sampai ke mati terus2an silap....buka mata,buka otak,jgn kerana dendam dan kebencian kita terus nak hentam,jadikan mohamad taib sebagai contoh terbaik....dia tak malu untuk perbetulkan kesilapan...aku tabik dgn mike tyson tu

Anonymous said...

Anuar pun satu tak habis habis masalah beliau dari dulu sampai sekarang.Duit lawyer saja(legal fees) pun juta juta boleh tanggung 200 kanak berlajar dari kinder sampai kolej.

Beitu banyak masalah mana nak tumpu pada "prinsip utama" "service for d people"Entah lah ...

Suffian said...

Assalamualaikum....Pak Aspan

umur saya pada tahun Anwar dipecat TPM ialah lewat 20 an. Dlm minggu pertama dipecat Anwar melawat Tok Guru Harun Din di Bangi dan beliau disambut dgn meriah disana. Rakan lama semasa di Abim / Presiden PAS Almarhum Fadzil Noor antara terkehadapan membela Anwar dgn menubuhkan GERAK. Saya tidak fikir 2 tokoh ini telah/sanggup melakukan kerja sia2 dlm hal Anwar ini.
Jelas sekali Pak Aspan menafikan hak Anwar utk mendapatkan pengadilan yg adil dari mahkamah semata2 beliau bersama Dr Mahathir semasa Dr M memusnahkan sistem kehakiman kita 1987. Pak Aspan pun mengakui memang kehakiman kita sudah pincang. 1987 Anwar tak silap saya hanya naib presiden umno & menteri kapasitinya. Betul..Anwar telah silap kerana berada bersama Dr M semasa kehakiman dipondankan, tapi saya fikir penjara 6 tahun, diaibkan 16 tahun ini juga boxing Rahim Noor sekurangnya2 mampu off set sikit silap/salah Anwar tapi Pak Aspan nampaknya masih tak puas hati.
Tentang SD yg disediakan oleh Karpal tu tak payahlah dramatik sangat, itu sebahagian daripada modus operandi konspirasi...Azizan & Umi jumpa pemimpin2 pembangkang dahulu mengadu moral buruk Anwar @ TPM, beri gambaran kununnya Anwar menguasai polis secara mutlak. Hakikatnya Dr M sendiri adalah menteri dalam negeri ketika itu dan operation manager kospirasi liwat - Aziz Shamsudin ialah deputy menteri KDN. Karpal & Mat Sabu telah masuk perangkap Aziz Shamsudin via Umi Hafilda.
Anwar telah membina imej warak beliau sejak dari muda lagi hinggalah hinggalah kes liwat disensasikan pd usia beliau 51 tahun. Bukannya mudah utk mencalarkan reputasi baik yg telah dibina bertahun2...samada reputasi tersebut dibina dgn ikhlas atau sebaliknya, itu kita kena serah pada Allah SWT.
Sudah2 lah berdendam dengki khianat pada Anwar Ibrahim, beliau cuma nak jadi PM (sapa tak mau) beliau pun bukannya kayaraya macam Taib Mahmud, Mokhzani, Lim Liong Sick, Khir Toyo dan lain2 tu. Tkasih.

Anonymous said...


Jika ada yang mengakui Anwar dah bersalah dan sekarang telah bertaubat ia bermakna pengakuan ini adalah pengakuan yang benar. Jadi apa yang salahnya jika AA menyebutnya sekarang?

Anwar telah mendapat pengadilan di mahkamah tetapi dikatakan penghakiman tidak adil.

Jadi keadilan mahkamah mana yang hendak Anwar pergi? Dalam appelanya pun Anwar menggunakan mahkamah yang sama?

Apa yang membuatkan semua keputusan mahkamah mesti berpihak pada Anwar? Elok jangan pergi mahkamah sebab jika keputusannya berpihak pada pihak lawan nanti dikatakan mahkamah tidak adil lagi!

Bak kata AA, kalau keputusan tribunal terhadap Tun Salleh dikatakan benar oleh Anwar kenapa sekarang nak kompalin mahkamah tak adil?

Apa yg dikatakan AA itu tidak salah jika pengomen membuat komen yang tidak lari dari tajuk.

Pokonya sekarang mengaku atau tidak yg Anwar menyokong penyingkiran Tun Salleh dulu? Itu isunya. Jangan lari dari tajuk.

Nanti kalau dapat kuasa nanti Anwar akan kembali seperti semasa dalam kerajaan dulu.

Buang hakim pun akan disokong oleh Anwar.Masalahnya ada rekod tentang sikap Anwar ni.

Kalau alasan Anwar sudah taubat, kenapa tak terima yang Mahathir pun mungkin dah taubat.

Jadi hentikan 'name calling' terhadap Mahathir. Ini tidak, Anwar tak boleh di kata, tetapi ramai diantara anda tidak berhenti mengata Dr mahathir.

Tolonglah, jangan berat sebelah. Hentikan memanggil Mahathir mamak, kerana ramai yang munghkin tidak tahu, datuk Anwar itu bangsa apa?

Siasat sikitlah!


permatang pauh

Anonymous said...


Let's be fair and practical. Let support Anwar five years after he completes his sentence

Anonymous said...

.... setuju bro... kalau dah tahu sistem kehakiman dah 'rosak' dek madet ngan anwar dulu... fight back... bagi jadi betul semula... bukannya ungkit cerita lama pastu dok melalak 'padan muka' sbb bersengkongkol rosakkan sistem kehakiman dahulu. yg sudah tu sudah lah.... mangsa sistem kehakiman sekarang bukannya anwar saja... rakyat pun terbeban... renungkanlah.... ini bukan sbb anwar!

Anonymous said...

... batu api dah curah minyak tuuuu....
dlm Islam tiada siapa yg Ma'sum kecuali Rasulallah...
... batu ronson memang bijak dlm 'curah minyak' ni....

Anonymous said...

then... who are morally fit to lead this country? UMNO? ... Najib? Is he morally fit? tadak pemimpin 'beli tanah berpaya yg dah dibajak oleh 2 tuan tanah... sampai lunyai '... tp di Malaysia ni ada... itulah pemimpin yg morally fit kot?!"

Anonymous said...

pak aspan,

permasaalahan yang tuan alami kini,
menggambarkan juga permasaalahan keseluruhan generasi malaysia sekarang.

apakah permasaalahan nya...???...

proton...kereta nasional kita...
selama banyak tahun, masaalah windscreen pintu proton tidak dapat dirungkai dan diperbaiki...

adakah masaalah windscreen pintu proton suatu masaalah yg begitu rumit sehinggakan tiada siapa di malaysia tidak dapat/boleh memperbaikinya langsung?...
tentunya tidak kan?
ianya masaalah yg taklah rumit sangat...
tetapi,
keseluruhan rakyat membiarkan saja masaalah ini berlanjutan.....
sehinggakan proton sinonim dgn windscreen pintu yg tak berfungsi.....

mengapa?...
sebab semua kita berbudayakan 'sikap tidak apa'...
dan
'sikap tidak apa' ini lah yg kian hari kian menghancurkan negara kita....

bn dgn 'sikap tidak apa' tentang kelemahan2 mereka
pr dgn 'sikap tidak apa' tentang halatuju2 mereka
marhaen dgn 'sikap tidak apa' tentang hak2 mereka
dan
tuan aspan dgn 'sikap tidak apa' tentang berdendam dgn anwar

jom lah kita jauhi dari 'sikap tidak apa' ini
jom lah kita dekati tinggi maruah
jom lah kita sukai perkara2 yg baik2...

semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah

wallahuallam

sn............

Anonymous said...

The old Irish saying that “To believe a liar makes you a liar too” has never been more appropriate than today’s world where the Internet allows our common enemy to use the very people they’re deceiving and manipulating to spread their lies.

Jane Duncan said...

Malays are generally vain. Their simplistic minds and attitudes make them what they are: so simple and vain, until these two "mamaks" came along. Gone are vanity, and simplicity, many have turned greedy! The "bodeks" among Malays find bodeking as an easy and quick way to richness! The "mamaks, however, fitting their origin, is amused by Malay simple-mindedness and continue their manipulation on the Malays until today. The quick-rich contented Malays suddenly find it very comforting to marginalise themselves and withdraw from main power scenes but subtlety push their "daggers" among mediocre politicians who were once in their camps. Of course the Chinese are enjoying all these, because in their opinion Malays are inferior species whom they can easily ride on. Just look are their remarks on Malays. Certaily this bountiful country has become "the land" for opportunists and money makers. Only when it facilitates them, then this country is perceived good, but if not, vice versa. If happiness is only measured in $$$$, then the rakyats have long been deceived by too many politicians, traders, lawyers,hawkwers, sellers, money changers, restauranters and all. The Malays, again all vain and simplistic have long allowed themselves to be manipulated! My dear sisters, brothers, mothers and fathers, sons and daughters, wake up!, what have we done to ourselves??? Bismillah.

Unknown said...

Jika seseorang itu diadili dgn benar dan betul melalui pendakwaan yang benar dan betul serta saksi yang benar dan betul...rakyat redho. Jika dihalusi dgn minda yg waras dan terbuka, tanpa memihak, pasti, kita akan nampak kecacatan dan kepincangan yg berlaku. Perjalanannya, tindakannya dan keputusannya sangat tidak memihak kepada yg tertuduh.
Tidak kira siapa, badan kehakiman perlu memberatkan tidak bersalah kepada yg dituduh selagi pendakwa tidak dapat membuktikan yg dituduh bersalah.

bad said...


Jika ada barang yang hilang, mereka akan meneliti mereka yang terkenal dengan kes curi untuk memulakan penyiasatan. Jika seseorang itu pemabuk, jika kedapatan botol arak bertempiaran pemabuk itu adalah orang yang paling hampir menyebabkan botol arak bertempiaran itu adalah sipemabuk itu. Begitu jugalah yang berkait dengan sodomi, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Politik is about perception bro.

redho said...

Saudara saudaraku,

Jatuh kerajaan bkan krana kroni,sbab mereka ni macam org mabuk todi,sdah makan yg haram mau tambah lgi , itu lumrah banyak ahli politik Umno/Bn tk terperi , tpi Anwar dahsyat sekali , tpi AWAS jika USA kuda tunggangan Yahudi pada Anwar amat suka sekali,itu bkn tersirat tp tersurat , bkan kebencian ku pda Anwar atau sukaku pada Umno,tpi Yahudi/Nasrani pd Anwar amat suka sekali, apa itu pun sdra/sdri masih buta mata hati ,bgitu cra Amerika mlayani Yelsin utk di pinngirkan Gorbacev,sbab yelsin adalh pda mreka alat kehancuran USSR , ni tingal melayu lapuk dan kesultanan usang mau d goncang , siapa lg ayam tambatannya kalau bkan si Nuar proksinya , lihat dgn mata kepala tetapi berpikir dengan panduan Mata Hati!

bull said...


redho,

Apa yg you kata itu benar...tapi penyokong membuta tuliAnwar ni terfikir ke semuanya itu?

It's not that I hate Anwar buat I hate kuasa luar more.

Nak cakap dengan penyokong Anwar tentang isu ini?....sorry lah redho. They are bunch of american agents.

ralph said...


The shenanigans and the pranks of Umno started well before Anwar was sacked from Umno.

Why didn't he do it then? Instead Anwar was the main man to support all those wicked deeds of Umno.

Why only now?? I was still in service with the government then. Anwar was in the cloud 9 and he was too glamorous to realize the sequence of events that would follow with his glamorous living especially when he was the Deputy to his mentor Mahathir.

History will repeat itself and Anwar is not that special to make the change.

One cay allege this blogger as a disappointed person, but what about anwar? Isn't his disappointment for make him bring everyone to the street in recent years?

Just a sincere reminder that this man (anwar) is not sincere and can never be one now and in the future. He is a leader who was sacked from Umno bringing along all Umno DNA's with him.

Anonymous said...


Ralph,

what you write is just what I want to hear. He was overly glamorous and was just waiting at the doorstep of mahathir to get to his ultimate...ie the Premiership.

honestly, in the quiet I was too happy to see that he was not at the helm then. Or else only god knows what happens now.

He would have run down everyone who was not with him.

Pet

RD. said...

Kepada sesiapa yang masih muda pada 1998 dan mengetahui Anwar Ibrahim sila baca di pautan ini.

http://socialistmalaysia.tripod.com/oldstuff/news0812.html

Saya telah lama mengetahui bahawa ramai yang menyokong Anwar adalah mereka yang menerima habuan atau mendapat untung darinya.

Anonymous said...

satu fakta yang banyak orang tak faham atau buat2 tak faham..Anwar bebas dari tuduhan meliwat Saiful dulu atas sebab Anwar sendiri yang tak mahu beri keterangan bersumpah dalam mahkamah yang mana Anwar boleh disoal oleh peguam dan pendakwa tapi Anwar sendiri begitu takut nak berdepan dengan situasi itu dan dia pilih bagi statement yang entah apa2 hentam sana sini..jadinya pihak mahkamah terpaksa bebaskan Anwar atas nama keadilan..kalau cakap kat ceramah Anwar memang hebat tapi rupanya dalam mahkamah pengecut bagaikan tikus mondok..

Anonymous said...

Bersyukur sebenarnya Anwar disepak keluar UMNO. Kalau orang macam ni jadi PM, dah mampos negara ni kena jual. Tetapi ada lagi di kalangan Team Wawasan masih lagi memegang tampuk pemerintahan negara.

Sebenarnya rakyat diperbodohkan. Mereka tak tahu bila bab bisnes, PKR dan UMNO boleh duduk semeja berunding. Contoh terbaik di Pulau Pinang dan Selangor. PAS dengan hasil balaknya yang dia dapat dari taukey Cina.

Siapa yang perjuang agenda negara sebenarnya? Nik Aziz? Takkan hari-hari kena dengar tazkirah sahaja?

Kalau penyokong jalanan PR bijak, mereka patut tendang keluar Anwar dan keluarganya daripada persada politik negara. Banyak lagi yang lebih layak.

safar said...


Ada yg berpendapat mengisahkan perkara silam tentang Anwar itu tidak bermoral. Tetapi itu jugalah yg dilakukan oleh Anwar dan penyokongnya, bercakap tentang masa silam semua bekas rakan politiknya dalam BN dahulu.

Kalau pihak lain bercakap pasal silamnya itu tidak bermoral, tetapi jika Anwar dan penyokong-penyokongnya bercakap pasal masa silam pihak musuhnya itu kewajipan dan perjuangan.

Apa semuanya ini? kebanyakan isu yang disebut setiap ceramah Anwar dan PKR ialah kisah silam pihak musuhnya.

Double standard!! Orang lain buat tidak bermoral, sendiri buat itu perjuangan!

Anonymous said...


Penyokong DSAI marah kerana beliau dipecat dari Umno. Kenapa marah, bukankah Umno itu haramjadah? Suruhlah Anwar apply masuk Umno balik. Kalau diterima tentu Umno haranjadah ini akan kembali baik kepada kamu semua.

Jelaskan pendirian anda!

senyum said...


Saya terbaca komen-komen penyokong Anwar dalam banyak blog, semuanya kaki mencarut dan bercakap macam orang tidk pernah kesekolah.

Tidak boleh berbeza pendapat mereka maki dengan kata-kata kotor. Dulu cyber trooper Umno macam tu. Kini sudah jadi budaya dalam pembangkang.

nak berbahas tidak boleh, jadi terpaksa mencarut, membabikan orang dan bermacam macam kata nesta lagi.

Macam manalah perjuangan Anwar nak berkat, serupa Najib dan Modin jugak.... Kesian mak bapak mereka dapat anak-anak kaki maki dan mencarut bila yidak dapat nak melawan perbahasan.

Syukurlah mereka tak jadi kerajaan.

masam manis said...

senyum,

Setuju dengn sdr. They have no decorum in criticizing their opponents, and with that kind of values and mentality, they still expect us to follow them.

Like leader like followers. Maki hamun iu sudah menjadi darah daging mereka. I guess this is the biggest contribution of Anwar to the society...to create vulgar society within his followings.

mo said...

Salam semua...
Penilaian yg amat jelas adalah kerajaan bn umno ini telus dan adil , Jawap nya tdk...bukti media perdana, lihat dgn mata dan mata hati, apakah adil dan terbuka ?

56 tahun rakyat di perbodoh dgn info yg sangat tdk adil pada rakyat. Di mana info mmberikan keuntungan yg hanya pada kepentingan pmimpin bn umno. Mungkin bro Aspan yg bijak sana boleh mmberikan respond yg lebih baik ?

tq wasalam.

Anonymous said...

ooooo.... thanks for your sympathy..but do you feel sorry to Najib/rosmah supporter and ex PM madet as well???

Anonymous said...

nak melalak camno. nak berdemo camno.waktu tu samo-samo dalam satu tong tengah dok kaut harta negara. dah kayooo juto-juto harto baru la bole melalak itu tak botul ini tak botul... yang botul ekau jo. yang dah lopeh tu bior je la. Anwar tu pun bolum tontu umur panjang...

Anonymous said...

tak salah dakwa dia, hukum dia pun ok kalau dah salah. tp sebegitu banyak repot salsh laku/rasuah pemimpin BN... sekoq pun tak didakwa... ini baru pelik... dunia dah nak terbalik

Anonymous said...

bukan mamak saja perangai huduh... lanun-lanun 'seberang' pun sama. yg sialnya ada pengampu tahap gaban yg mengangkat puak ni jadi kepala negara

Anonymous said...

agree especially regarding DNA

Anonymous said...

betoi tu... contoh ezam tu ksn... jadi pengarah komunikasi MOF... gaji 15900 blm masuk elaun..
besar betul habuan dia

Suffian said...

sekali lagi saya mohon pada Pak Aspan dan sekalian pembahas, beri saya sedikit clue atau lead (bukan bukti) yg Anwar Ibrahim kayaraya, isterinya kayaraya, adikberadiknya & isterinya kayaraya, anak2nya kayaraya dan kroni2nya yg kayaraya yg beliau tolong dgn cara yg salah.
bagi saya ini sangat penting kerana dari situ kita buleh menilai keikhlasannya dalam perjuangan & politik. Kita semua tahu kalau kayaraya melalui jalan politik memerlukan seorang itu melakukan rasuah & penyelewengan kuasa. Orang politik yg memegang jawatan kerajaan atau berkuasa, ianya tidak memberi apa2 nilai kepada rakyat terbanyak. Orang sebegini selalu bertembung dgn kepentingan rakyat vs $$$ rasuah yg menjadi ketagihannya. Umpama seorang pilot yg ketagihan arak...mampukah dia mengendali pesawat dgn baik ???????
Lihat sahaja di Mesir , Israel & Amerika tidak perlu lagi menembak peluru/bom ke atas rakyatnya....cuma perlu meneruskan bantuan $$$ @ rasuah kepada angkatan tenteranya . Orang yg berkuasa yg rasuah & bermasalah juga adalah bala kepada negara. Kita semua tahu bahawa kita dgn mudah sekali hilang Tanjung Pagar kepada Singapura , Israel membunuh saintis2 Iran & Islam bukan perkara baru....khabarnya MH370 ada membawa jurutera2 syarikat barat tapi rakyat negara China ????? Keluarga2 penumpang MH370 di China masih berteriak mohon penjelasan dari krjn kita ????? Pihak manakah yg paling rapuh utk dikambinghitamkan ??????

a wahab, kluang said...


Ada yg menuduh penulis blog ini tidak menyebut tentang semua kecelarun yang dilkukan oleh UMNO semata-mata kali ini penulis yang saya hormati ini mengkritik Anwar. Kepada sesiapa yang membaca terus menerus pandangan pak AA, beliau telah membelasah Umno lebih dari belia mengkritik UMmno, malahan kalau dibaca artikel ini juga nampak yang beliau juga memberikan kritikan keada UMNO. Semata-mata beliau memberikan pandangan nagatif terhadap Anwar yang saya bersamanya dituduh beliau ini sudah kembali kepada Umno. Itu sebab saya tidak lagi menyokong perjuangan Anwar akhir-akhir ini kerana sikap laku penyokongnya yang tidak berbudaya dan sempit fikiran. Rosak negara jika ada pemimpin yang mempunyai penyokong yang tidak sanggup menerima berbezaan pandangan. Kerpada pak AA, jangan susahlah, kebenaran akan akhirnya timbul. Yang penting saya mengenali sdr sejak 30 tahun dahulu dan saya tahu sdr tidak mempunyai jiwa untuk sendiri tetapi berkata benar sentiasa sehinggakan sdr sendiri menjadi lilin sentiasa. Tak mengapa sdr AA, jgn harapkan apa-apa seperti mereka ini.Hanya berdoa satu hari nanti sdr akan buktikan kebenarannya.

roslan jingga said...


suffian,

kalau AA tak jawab saya yg jawab. Sdr nampaknya tidak habis-habis dgn sikap fanatik sdr terhadap seseorang. Artikel ini tidak menyebut tentang rasuah dan isu siapa yg kaya raya. Artikel ini sebut tentang orang yang berteriak terhadap kecelaruan Umno yang Anwar sendiri menjadi penyebabnya. Ini juga isu besar untuk menentukan samada seseorang itu layak menjadi pemimpin yang boleh diyakini.

Bukan rasuah sahaja yg tidak melayakan seseorang untuk memimpin tetapi pemimpin yang merosakan pemikiran dan membina persepsi buruk seseorang lain swedangkan dia sendiri merupakan penyebab kepada isu yang di bawanya kedepan. Faham tu?

Suffian said...

Roslan Jingga....anda menyebut orang yg berteriak terhadap kecelaruan Umno yg Anwar sendiri menjadi penyebabnya .
Saya jawab...Anwar dah 16 tahun disepak keluar dari umno , maknanya kecelaruan umno selama 16 tahun ini ialah angkara Anwar ??? saya tak paham apa relevannya Anwar dgn umno lagi selain sebagai rival dalam politik tanahair .
Anda menyebut tentang pemimpin yg merosakkan pemikiran orang lain...
Saya jawab....saya mohon anda lebih spesifik dalm hujah anda itu, kalau tidak ianya sekadar hujah retorik. Tkasih.

Anonymous said...

http://jebatmustdie.wordpress.com/2014/03/28/korupsi-kolusi-dan-nepotisme-kkn-the-anwar-way/

refer di atas contoh org2 yg jd kaya raya kerana Anwar semasa dia berkuasa dulu... ni mungkin sebahagian daripada list pasal kronisme/nepotisme yg masuk paper masa dekat2 anwar kena tendang keluar dari umno dulu

Org muda2 yg tahu anwar masa depa sekolah dulu mungkin tak tahu tapi org yg hidup bekerja n cari makan zaman anwar berkuasa dulu tahu..

sayang nya ledakan teknologi maklumat tak sehebat sekarang

Anonymous said...

Anak muda sekarang.. Kail panjang sejengkal lautan luas diduga juga.. Walaupun tidak tahu hujung pangkal cerita. Semua nak jadi juara. Sejarah dilupakan.. Demi kepentingan diri dan ketua. Negara lain seboleh boleh pinggirkan kuasa dunia luar, tetapi Anwar bersungguh2 mengajar penyokongnya bawa masuk tangan luar ke malaysia untuk campur tangan bidang kehakiman. Biar dijajah semula?