TS Khalid Ibrahim akan memberikan
penerangan yang sebetulnya bagi menafikan apa yang di sebut oleh Rafizi Ramli,
tentang MoU berkaitan dengan air, dua hari lepas itu hanyalah andaiannya sahaja. Rafizi telah
mengkririk MoU itu dan berkata yang perjanjian itu akan melibatkan kos bagi
kerajaan Selangor itu akan mencecah harga RM20 billion dan bukannya RM9.6
billion sebagaimana yang diumumkan oleh kerajaan itu.
TS Khalid berkata beliau akan
memberikan penerangan secara besar-besaran dan mengtaklimatkan isu air ini
supaya tidak dikelirukan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. TS Khalid
berkata yang semua pihak akan dapat memahami segala yang telah dipersetujui itu
dengan memberikan pencerahan secara terbuka dan tepat dalam masa yang terdekat
ini.
Bagi saya, rakyat yang biasa
dibawah ini, wajar mendapat penerangan dengan baik. Penerangan itu boleh
dilakukan dengan mengembalikan tindakan memberikan penerangan kepada rakyat
Selangor seperti kurusus sivik yang lazim dilakukan oleh kerajaan dahulu.
Proses penerangan itu wajar dilakukan diperingkat kampung melalui penyelenggaraan setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, JKKK, di setiap kampung di
Selangor.
Penerangan melalui JKKK ini amat
perlu kerana setiap rakyat ditadbir oleh JKKK dikampung-kampung dan desa. Penerangan
perlu dilakukan oleh Jabatan Penerangan Daerah setelah semua pagawai-pegawai
penerangan daerah diberikan taklimat dan memahami segala apa yang terkandung
dalam MoU kerajaan Selangor dan Persekutuan dan setiap kampung perlu diberikan
penerangan itu.
Setelah memberikan taklimat
kepada pegawai-pegawai penerangan dan pegawai-pegawai daerah, penerangan wajar
diberikan secepat yang mungkin yang dianjurkan oleh JKKK setiap kampung itu.
Jika ada 150 orang sahaja kehadiran dalam sesuatu penerangan sivik itu, ia
sudah cukup bagi kerajaan negeri mendapat perlindungan dari fitnah dan
permainan politik sesuatu pihak terhadap kerajaan Selangor terutamanya dari ahli-ahli
parti dan pemimpin dalam parti yang memerintah kerajaan Selangor itu.
Sesungguhnya inilah yang sudah
tidak dilakukan oleh kerajaan sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.
Dulu-dulunya segala projek dan tindakan kerajaan persekutuan atau negeri,
rakyat akan diajak untuk bersama-sama melaksanakan sesuatu dasar itu dengan
memberikan mereka penerangan yang jelas dan salah satu caranya ialah dengan
mengadakan kursus sivik untuk berinteraksi secara ‘direct’ dengan rakyat
bawahan. Melalui kursus sivik itu rakyat akan merasakan yang mereka dibawa
bersama untuk melaksanakan sesuatu tindakan kerajaan itu.
Itu sebabnya dahulunya rakyat
tidak banyak membuat ‘complain’ terhadap kerajaan kerana mereka merasakan
seolah-olah mereka adalah bersama-sama melaksanakan sesuatu tindakan itu.
Mereka akan mempertahankan semua tndakan kerajaan, dalam isu kini, tindakan
kerajaan Selangor menandatangani perjanjian air yang telah lama tidak selesai
itu.
Saya berharap TS Khalid akan
melakukannya secara pantas kerana tindakan kerajaan negeri mengenai air ini
telah menampakkan unsur-unsur ‘insubordinations’ dikalangan parti PKR itu
sendiri.
TS Khalid mempunyai rakyat untuk
mempertahankan tindakan beliau itu. Maka rakyat ramai wajar diberikan
penerangan itu secepat yang mungkin sebelum ada pihak memecahkan kesatuan
rakyat Selangor kerana kepentingan politik mereka sendiri.
Tindakan TS Khalid Ibrahim melakukan
penerangan ini amat baik, tetapi ia perlu mencari jalan yang terbaik untuk
mempertahankan tindakan beliau itu dengan berhadapan dengan rakyat melalui
penerangan yang jelas di setiap kampung dan desa ini, kerana disitulah letaknya
benteng pertahanan TS Khalid sebagai Menteri Besar negeri yang paling maju
terutamanya dibidang perindusrian ini.
Saya sendiri menaruh minat yang
amat besar untuk mengetahui perkembangan tentang apa yang berlaku dalam
Selangor pada hari ini. TS Khalid tidak perlu gusar dan bimbang untuk
memberikan penerangan secara terbuka kerana akhirnya kebenaran diantara TS
Khalid menghadapi mereka yang 'tidak sebulu' dengan beliau dalam PKR itu akan terjelas
juga akhirnya.
4 comments:
Sdr Aspan,
Amat bersetuju dgn cadangan supaya dibuat penerangan kpd rakyat. Jika dulu dgn kaedah penerangan secara berdepan diikuti hebahan melalui media yg amat dipercayai pemberitaannya. Dimasa sekarang kaedah yg sama mungkin kurang sesuai dari sudut keberkesanannya, berikutan beberapa perkara menjadi galangan. Antaranya adalah kos dan masa serta lokasi untuk mengadakan sesi tersebut. Terasnya adalah kepercayaan kpd pemimpin yg berintergriti dlm melaksanakan tugas dan tanggungjawap, tanpa wujud sebarang agenda lain disebaliknya. Pemimpin dulu adalah bertanggungjawap dan amanah, tiada kepentingan peribadi yg diutamakan dan rakyat masa itu menerima keputusan pemimpin tanpa isu untuk dipertikaikan. TS Khalid mestilah berbeza dari pemimpin UMNO/BN kini yg tandus sifat kebertanggungjawapan dan amanah, mementingkan diri serta kerabat shj, angkuh pula tu.
Seeloknya kedua2 belah pihak TS Khalid dan Rafizi mengadakan forum bersama bagi memberi pendapat dari sudut pandangan masing2. Kita tahu kedua2 mereka merupakan pakar kewangan dan apa2 perbezàan pendapat antara mereka dapat dinilai oleh rakyat. Yang penting adalah nawaitu yang bertunjangkan kesejahteraan rakyat semua.
Tan Sri Khalid mesti lebih berhati-hati dan tidak terlalu teruja, berurusan dgn UMNO yg bersepadu sifat kemunafikannya itu. Seperti ada sesuatu yg akan dipermainkan oleh UMNO dlm isu ini. Masakan tempua bersarang rendah, jika tiada sebarang maksud terselindung. Memutar belit isu merupakan kepakaran hakiki UMNO. Hanya individu yg lama bersama UMNO, cukup masak mengamati tindak-tanduk UMNO.
Isu air tidak sepatutnya dipolitikkan. Selalunya bn umno walaupun bermain politik, isu-isu asas seperti air, mereka akan letakkan rakyat di hadapan. Jika kita perhatikan sebelum ini, bn umno tidak bermain politik kecaman dan kebencian. Fokus bn umno ialah bagaimana untuk memajukan negara. Bayangkan, negara sekecil Malaysia boleh menduduki top 20 negara perdagangan dunia. Fikir2kanlah.
Post a Comment