Akibat pergeseran dikalangan
pimpinan PKR terutamanya di Selangor, perpecahan nampaknya begitu ‘imminent’
dikalangan PKR dan ia menjejaskan kredibilitinya sebagai tunjang kepada Pakatan
Rakyat. Yang sangat diperlukan oleh PKR ialah kredibilitinya sebagai parti pemimpin
utama kepada Pakatan Rakyat yang sedang berusaha untuk menguasai Putrajaya. Jika
kekecuhan dikalangan PR telah berlaku seperti sekarang ini, matlamat ke
Putrajaya itu sudah pasti terjejas dan hajat untuk menduduki Putrajaya itu akan
terkulai ditengah jalan sahaja.
Politik negara sangat tidak
menentu. Dalam pada itu ramai yang berkata BN sendiri sedang bergolak dengan
usaha pihak Mahathir dan Muhyiddin sedang mencari jalan pintas untuk meletakkan
TS Muhyiddin menggantikan Najib yang sangat lemah itu. Tetapi seratus peratus
pilihan Dr Mahathir akhirnya tidak kekal baik kerana semua yang beliau naikkan
akan beliau jatuhkan akhirnya.
Dalam sejarah Mahathir dalam
kuasa tidak ada seorang pun yang kekal dengan Dr Mahathir. Musa Hitam, Ghaffar
Baba, Anwar Ibrahim, Abdullah Badawi dan sekarang Najib adalah pilihan hati Dr
Mahathir. Beliau yang memilih dan beliau juga yang menjatuhkan mereka dan
mangsa yang terakhir sekarang ini ialah Najib Tun Razak. Sekarang dikatakan
Mahathir akan memilih untuk menyokong Muhyiddin Yassin dan Muhyiddin ini juga
akan akhirnya tidak digemari oleh Dr Mahathir.
Oleh itu jika Muhyiddin
benar-benar menjadi pilihan dan kehendak Dr Mahathir kita boleh membuat andaian
awal yang masalah negara tidak akan selesai kerana beliau adalah pilihan Dr Mahathir.
Pilihan Dr Mahathir setakat ini belum pernah pilihan yang betul.
Dalam pada itu, Najib pula sedang
menyusun ‘alignment’ politik yang baru dan perkhabaran yang kita dengar, beliau
sedang mengusahakan untuk membawa Anwar ke kabinet pula. Ini adalah tindakan
'desperate' jika berita ini benar.
Anwar juga dikatakan bersetuju
untuk berunding dengan Najib kerana beliau sendiri berfikir yang Najib adalah
pemimpin yang begitu lemah dan mudah di kotak katikkan.. Menjadi Timbalan kepada Najib akan memudahkan
beliau menyampaikan hajat sepanjang hayat, iaitu untuk menjadi Perdana Menteri
semata-mata. Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya waimma
untuk meninggalkan rakan-rakan dalam PKR dan PR terutamanya pemimpin bukan
Melayu dalam PR itu sendiri.
Tidak terkejut jika Anwar sanggup
melakukannya kerana matlamatnya ialah untuk menjadi PM ‘at all cost’. Kedua-dua pihak BN dan Pakatan Rakyat sedang
bergelumang dengan ‘intrigue’ politik yang penuh dengan innovasi dan seninya.
Bagi setengah pendapat jika benar
Najib sedang berunding dengan Anwar, tindakan itu semata-mata akan memendekkan
jangka hayat politiknya sendiri kerana Anwar akan mentadbir negara pada
hakikatnya. Najib sedang mencari rakan politiknya setelah beliau mulai sedar di
dalam UMNO itu sendiri ada kumpulan yang sedang melakukan sesuatu untuk memaksa
Najib keluar dari Putrajaya itu.
Maka jika perundingan ini
merupakan isu yang benar, maka ia jelas politik ini dipengaruhi oleh
individu-individu yang berkepentingan sahaja. 'Belah dan retak' ini adalah hasil
dari pemainan politik individu yang tindakan mereka tidak ada kena mengena
dengan perjuangan untuk mereka (rakyat).
Tindakan Anwar dan kumpulannya
adalah berasas kerana kegilaan yang berlaku di dalam kerajaan hari ini dan
Anwar telah menggunakan isu kebobrokan dalam kerajaan sekarang ini. Di
sebaliknya reaksi gila terhadap Anwar juga ada asasnya terutamanya kepada
mereka yang boleh menelaah apa akan terjadi kepada negara jika Anwar mengambil
alih. Pihak-pihak dalam UMNO juga tahu yang mereka akan menghadapi kesukaran
yang lebih buruk lagi jika Anwar dan sekutunya mengambil alih kerajaan kita
ini.
Anwar tidak kira siapa pun untuk
ditinggalkan atau digagalkan nya jika mereka tidak memberikan laluan untuknya
menjadi Perdana Menteri kerana menjawat jawatan itu adalah ‘ultimate’ bagi
beliau. Jika perundingan dengan pihak Najib berlaku beliau sanggup meninggalkan
rakan perjuangannya jika rakan-rakan perjuangan beliau itu menjadi beban bagi
beliau. Anwar terkenal dengan sikap tidak setia kepada sesiapa asalkan beliau
berkuasa. Anwar dalam imej sebagai reformis, beliau juga seorang yang sangat
‘flirtatious’ dan beliau boleh bercengkarama politik dengan sesiapa sahaja.
Beliau merupakan ‘political actor’ yang paling hebat yang pernah kita lihat
dalam sejarah demokrasi negara.
Walaupun beliau masuk tidur
bersama DAP dan PAS, beliau akan bangun bercengkarama dengan pemimpin UMNO
diluar sedang PAS dan DAP tidur lena dan akan kembali kebilik tidur PAS dan DAP
sebelum siang hari. Besuk harinya beliau akan bangun bersama PAS dan DAP untuk
beretorik ke darat dan ke baruh untuk membawa rakyat yang ‘ignorant’ itu untuk
menghunus keris pendeknya kepada UMNO dan BN.
Tetapi tindakan menduakan rakyat
yang bersamanya itu sudah mula berbaur dan 'permainan kayu tiga' beliau itu tetap
akan terbongkar.
Sementara itu beliau masih boleh
'bermain kayu tiga' ini kerana masih ada yang percaya kepada beliau dan
merelakannya berlaku. Apabila mereka sudah tersungkur dan tidak boleh bangun
lagi kerana mengikut Anwar ini, barulah mereka akan sedar, tetapi di waktu itu
sudah terlambat untuk mengelak dari bahana politik Anwar ini.
Ramai diantara pengikut Anwar ini
akan kesaorangan sambil 'menjilat luka-luka dan kecederaan' mereka dari hasil
begitu percaya kepada Anwar yang boleh berlakon ala Bollywood dan Hollywood itu. Ramai yang telah mengalami keadaan itu
semasa beliau ber ‘glamour’ semasa
berkongsi kuasa dengan Dr Mahathir dalam UMNO dahulu.
Bagi saya ‘Anwar is a terrific
actor who can mesmerize and fascinates every ignorant being that stands and
sits before him. He knows when to sing Tamil or Hindi songs during his campaign
trail and the best of it all he knows how to act like Hindi or Tamil hero
fabulously and flawlessly’
Tidak tahulah jika kita semua ini
masih mahu dirundung malang
tanpa kesudahan dengan Anwar kita jadikan Perdana Menteri selepas ini. Jika
perbilangan ada memberi ingatan yang 'malang itu tidak berbau', tetapi memberikan
kuasa kepada Anwar itu adalah satu 'kemalangan yang sudah lama terbau' dan yang
di tunggu-tunggu.
Masa akan membuktikan ketepatan andaian ini.
Masa akan membuktikan ketepatan andaian ini.
17 comments:
Nampaknya sindrum mahathirism masih melekat pada fikiran saudara AA.
Aspan,
Tidak ada sebab Mahathir mesti jatuhkan Najib.Najib tak tidor dan Tun cuma beri nasihat sahaja.Apahal pulak Tun mahu ganggu Najib ?.Theori Aspan tak betul.
Ahli UMNO sentiasa dibelakang Najib.Apa yang Najib harus buat ialah beri keutamaan pada pengundi yang membantu BN menang di desa sana.Jangan layan sangat pengundi Cina yang hanya minat nsk bolot semua.
sukar dipastikan tentang hebatnya pergeseran pemimpin2 PKR di Selangor sebab yg menghebohkannya banyak dari media umno BN. Utusan dah byk kali kalah saman. Tapi saya fikir mungkin ada pergeseran tersebut tapi saya tak fikir PKR akan jadi lemah di Selangor.
Saya buleh bersetuju kalau Anwar dikatakan seorang political actor/flirtious atau kasanova politik. Hajatnya hanya nak jadi PM. Siapa yg tak mahu jadi PM???? Saya bekerja di sykt multinasional punye hanya seorang rakan kerja berugama Islam & Melayu. Dia tempat saya luahkan perasaan juga pergi lunch bersama. Kemudian dia slow2 jarakkan diri dia dari saya kerana mengejar cita2nya di sykt tersebut dan dia dapat apa dicitanya. Mana mungkin dia dapat mencapai cita2nya jika dia sentiasa kelihatan bersama saya di pejabat. Saya redha itu rezekinya dan saya ada bahagian rezeki saya dlm bentuk lain. Tidak dapat tidak dalam usaha Anwar mengejar cita2 maka ramai juga yg dikelilingnya terpaksa ditinggalkan...adat le tu. Anwar juga dah dapat habuannya spt kena tinju KPN, kena aib dsbnya. Yg penting beliau konsisten dlm perjuangannya , tidak kayaraya macam pemimpin2 yg berteriak hidup melayu siangmalam .
Salam Pak Aspan,
Make doa, make doa ... menangkan yang benar lagi taat kepada Allah SWT dan jauhkan yang tidak benar lagi durhaka dan merosakkan ...
Mungkin saja kita perlu melalui ujian ini kerana kesilapan kita sendiri ... sabar dan minta petunjuk dan kekuatan dari Allah Azza Wa Jalla.
Terima kasih
Bak kata perbidalan malang itu tidak berbau'
malang mendatang tidak terduga.
Yang dibariskan semua tidak sebulu'
malangnya siapa yang menepati citarasa.
Aden, mohon mengundor diri.
Memprojekkan sesuatu andaian perlu kpd rentetan serta pemerhatian berilmiah, supaya andaian yg diutarakan tidak kelihatan kosong. Bagaimana agaknya jika perkara sebaliknya berlaku? Andaikan pula jika Najib membawa beberapa orang pemimpin BN menyeberang kpd PR, lalu membentuk kerajaan yg langsung tiada bayang Mahathir. Hasilnya juga memungkinkan UMNO(B) karam di lautan birunya. Sungguhpun Najib sememangnya lemah, tetapi dgn mendapat pandangan penasihat2, tentu juga andaian ini boleh berlaku.
kegilaan yang berlaku di dalam kerajaan hari ini sebenarnya adalah Semua Perbuatan UMNO-Barang Naik. Lepas lemahkan rakyat, buat lagi kacau dengan JAIS dan isu keliru melayu...ALLAH.
Nampaknya Sultan-Agong sungguh lemah. Kalau mereka Pendekar Islam Hebat...maka dengan kata"" Allah adalah untuk semua, Siapa Keliru, dia Bodoh"....maka isu itu akan mati serta merta....
Adalah Bodoh UNDI Anwar, Lagi Bodoh dan Gila Undi UMNO-Barang Naik..... Kalau Kos hidup tak cukup tinggi...tunggu GST yah....lepas barang naik.....Barang NAIK LAGI + 10%....padan muka kalau rakyat lapar.... Bila dah Lapar dan SEDAR.....harap tuju ke Rumah2 Mewah UMNO-BN dan Kroni mereka....UKRAINE-KAN UMNO-BN... BBB - Bangun, Bangkit..Bantah dan Hapuskan UMNO-BN...dah sedar belum?? Undi Calon ABU-BERSIH bagi mereka $7000 sebulan....Ayuh!!
Pak Aspan....saya agak terganggu membaca perenggan2 akhir dlm posting Pak Aspan. Sebenarnya apa masalah besarnya kalau Anwar kita jadikan PM , kpd negara kita khasnya ?????? Adakah negara kita akan dipenuhi dgn askar2 Amerika? Adakah Anwar akan jual borong segala hakmilik negara? Adakah negara akan terus muflis sertamerta? Adakah tahap korupsi akan naik lebih teruk lagi? Islam akan diperlekehkan? Melayu merempat?
Setahu saya masa Anwar jadi menteri kewangan, hutang negara mengecut, itu fakta. Paling menariknya tak ada darahdagingnya yg kayaraya . Tak cukup best ke tu ?
Isu kalimah Allah sudah diputuskan di peringkat pentadbiran negeri dan persekutuan.
Semua pihak harus akur dengan keputusan sedia ada iaitu melarang penggunaan perkataan "Allah" dalam majalah/terbitan pihak kristian khasnya dalam majalah The Herald seperti mana diputuskan oleh mahkamah setakat ini.
Sepatutnya bila orang Islam masuk gereja hendaklah berdakwah dengan menekankan "Allah" orang Islam bukan seperti "Allah" yang mereka paham dan bukannya masuk gereja menyokong mereka menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan mereka kerana mahkamah sendiri sudah membuat keputusanyang tidak memihak kepada The Herald setakat ini.
Bolehkan mana-mana parti politik mempengaruhi keputusan mahkamah sekarang atau selepas PRU 14,15....?
Jika mahkamah sudah membuat keputusan mengapa masih ada orang politik mempolitikkan isu ini?
Salam bro,
Politicians ni are all the same. Percakapan bertukar mengikut keadaan dan masa. Semua nak rasa betul. Kot salah, dah malu pakai pulak agama. Bila dah konon ber'imej' agama, agak agak macam tak style, nak pulak dunia balik. Melawan "Tauke Alam Semesta". Maklumlah orang beragama ni selalu dianggap tidak 'fun dan sporting'. Akhir zaman lah katakan. Dah comment orang sana sini, then retract balik. Kena ingat je cakap apa kat siapa, nanti tak cerita tak sama pula. Bila dah masuk lubang yang digali sendiri, yang tak bersalah jadi mangsa, yang takde kena mengena jadi kena mengena. Semua jasa dulu dulu sekecil kecil pun diungkit nya macam orang lain tak berjasa. Diri sendiri kena balun tak boleh. Lepas tu nak tutup mulut yang terlibat ni (pasal dah kantoi busuk), buat pulak cerita sana sini (selepas berfikir panjang) nak cover balik sebagai alasan. Itu akibat dia 'playing God'. Yang dah terasa macam Tuhan pun ada. Patut lagi ke Tuhan lagi rasa 'kerdil' dan humble. In short, politicians in Malaysia only like those who like them. No learning lesson in the end. Yang dikejar tak dapat, yang dapat neraka jahanam. Nauzubillah.
Ada perbilangan Inggeris: The truth is still the truth although the person who knows (orang yang nampak ke'kantoian' para ppara orang politik) is a minority of one person. -Lebih kurang gitu lah-.
-Mahatma Ghandi-
Orang Surau Rawang
Anwar is just a good actor...and you are right AA. We together has seen and observe history of this man. I don't trust him a breath.
Sooner or a bit later the truth will emerge. bro.
Kalau terpaksa memilih antara 2 pemimpin yang baik, pilihlah yang terbaik akhlaknya. Akhlak kepada manusia dan akhlaknya dalam beramal.
Kalau terpaksa memilih antara 2 peminpin yang jahat, pilihlah yang paling kurang kejahatannya.
Hakikatnya kita perlukan pemimpin. Sekarang ini fokusnya antara DSAnwar dan DSNajib. Siapa yang akan kita pilih? Lainlah kalau ada orang ke 3!
Kajang Move adalah turning point masa depan tuju hala untuk najib dan anwar. Langkah ini masih belum dapat di dikesan oleh penganalisa politik mahupun pak AA. Semua pihak tak kira sesiapa pun, bertungkus lumus semata-mata hanya satu matlamat...iaitu berkekalan diatas gelanggang. Masih ingat..! Check mate..Mahathir dan Daim! Jikalau Anwar menang Kajang Move nanti. Penonton, pemuja, pengikut dan pembaca menanti babak terakhir ini akhirnya dah tiba masanya.
Et tu brute!
Kesilapan Anwar paling wahid adalah tidak mengambil nasihat rakannya supaya tidak menyertai UMNO dahulu. Anwar meyakinkan rakannya bahawa dia akan berusaha membersihkan UMNO dari dlm tetapi diperingatkan oleh rakannya itu, jika hendak membersihkan tong najis mestilah dari luar. Jika dari dalam pasti nantinya badan akan dicemari oleh najis itu. Anwar yakin dgn keputusannya menyertai UMNO dan menampakkan bibit2 kejayaan pd mulanya khususnya dlm penerapan nilai2 islam yg diutarakannya kpd Tun M. Beberapa kali cubaan membunuhnya, tetapi gagal dgn izin Allah SWT jua.
Benar sekali spt telahan rakannya itu, sehinggakan setelah keluar dari tong najis, masih lagi dicemari oleh mereka yg ada sifat najis itu, seumpama langau pula.
Aspan, no great good follows if Anwar stands on the way. That's it. Thanks.
Padam Mahathir, padamlah masalah ini. And that is the hard truth whether you like it or not.
Post a Comment