30 March 2014

Dr Mahathir sudah berada diluar negara semasa kejadian Memali

Isu Memali kembali menjadi perhatian selepas Tun Musa Hitam, (TMH) bekas Timbalan Perdana Menteri pertama kepada Dr Mahathir yang juga mengetuai Kementerian Dalam Negeri, pada tahun tragedi itu berlaku. Isu ini pernah di sebut dalam beberapa isu politik dalam pertengahan lapan puluhan dahulu dan saya sendiri pernah mendengar penerangan yang di berikan oleh TMH sekali dua dalam tempoh itu.

Saya tidak berniat untuk bercakap tentang isu ini dengan tepat kerana dalam artkel ini saya hanya hendak mengulangi apa yang di sebut oleh TMH semasa itu. Saya masih ingat dengan jelas penjelasan TMH bagi menjawab tuduhan setengah pihak di dalam dan luar UMNO semasa itu yang mengaitkan nama TMH dengan kejadian di Memali itu.

Kami pernah mendapat penerangan dari TMH apabila ada pihak dalam UMNO sendiri menjadikan isu Memali ini semasa pertandingan parti dalam tahun 1987 dahulu. TMH telah kehadapan memberikan penerangan kepada kami yang beliau telah pergi ke Lapangan Terbang Subang untuk memujuk Dr Mahathir supaya membatalkan lawatannya ke negara China kerana isu Memali ini adalah isu yang amat serius. Negara memerlukan Dr Mahathir ada bersama dalam menangani isu Memali yang kian memuncak semasa itu.

TMH berkata Dr Mahathir tidak mempedulikan pujukan beliau itu dan terus juga terbang ke Jepun, sebelum memulakan lawatannya ke negara China itu. Akhirnya berlakulah kejadian Memali itu pada 19hb November 1985 itu sehari sebelum Dr Mahathir memulakan lawatan beliau kenegara China semasa itu. Pada pendapat saya Dr Mahathir tidak berada dalam negara semasa itu kerana beliau tidak mahu menerima pujukan TMH untuk membatalkan lawatan beliau ke China yang telah di uruskan terlebih awal.

TMH telah menyatakan yang Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya itu walaupun TMH merasakan yang lawatan itu boleh dibatalkan dan secara diplomatiknya kita mampu memberikan sebab kepada negara China kenapa lawatan itu terpaksa dibatalkan. Tetapi Dr Mahathir tetap juga pergi dan TMH tidak dapat berbuat apa-apa kerana Dr Mahathir tetap mahu meneruskan lawatan beliau ke China itu. Ini lah yang diberitahu oleh TMH jika ia boleh membantu Dr Mahathir yang berkata beliau sudah lupa tentang dimana beliau berada semasa kejadian berdarah Memali itu berlaku.

Kenyataan TMH di Kota Baru yang Dr Mahathir semasa kejadian itu berlaku agak berbeza dengan apa yang beliau terangkan kepada kami penggiat parti pada tahun 1987 itu kerana kejadian itu berlaku sehari sebelum beliau memulakan lawatan ke negara China itu.

Kalau tidak salah pendengaran saya semasa itu, begitulah yang diterangkan oleh TMH dalam menjawab isu yang dimainkan oleh setengah pihak dalam UMNO semasa itu. Tetapi kita wajar juga mendengar penerangan atau jawapan Dr Mahathir dalam isu ini.

Tentunya perkara ini akan timbul keadaan sebenarnya kerana lawatan rasmi Perdana Menteri selalunya ada rekodnya tercatat.

Dr Mahathir telah berjanji untuk meneliti kesahihan kenyataan TMH itu, kerana beliau berkata kejadian itu terlalu lama untuk di ingati dengan sepenuhnya. Mungkin TMH sendiri ada fakta yang beliau lupa kerana ia berlaku tiga puluh tahun dahulu.

Tetapi setakat ingatan saya Dr Mahathir sudah keluar negara semasa kejadian Memali itu. Tidak kiralah samada Dr Mahathir tidak mahu membatalkan lawatannya keluar negara itu, tetapi yang saya rasa pasti semasa kejadian itu Dr Mahathir tidak berada dalam negara.

Tetapi untuk mendapatkan kesahihannya kita tunggu sahaja apa yang akan diperkatakan oleh Dr Mahathir nanti, kalau pun beliau mahu memberikan jawapannya.

30 comments:

Anonymous said...

Mengikut posting ini, ia menunjukkan kenyataan yg dikeluarkan oleh individu yg sama iaitu TMH, jelas kontradik antara 1985 dan 2014. Pastinya salah satu adalah betul atau hampir betul sedangkan yg lagi satu adalah langsung tidak betul, tetapi yg mana satukah yg betul itu? Sekiranya kenyataan pd 1985 tidak betul, mungkin juga TMH berusaha untuk melindungi TDM drp kemarahan rakyat Kedah khususnya dan pemimpin UMNO amnya. Aktiviti cover-mengcover sesama pemimpin UMNO adalah amalan biasa dan menjadi rahsia umum. Hasilnya TDM tidak dibenci majoriti sekalian rakyat dan cemuhan ditujukan pd TMH. Sekiranya TMH vokal menegur TDM, akibatnya adalah spt yg ditanggung oleh DSAI. Persoalannya, yg mana satukah diantara dua kenyataan TMH itu yg benar2 betul? Apakah TDM ada keberanian jantan untuk menyaman TMH, jika kenyataan terkini adalah tidak betul?

ayor tawor. said...

Dr M akan sentiasa lupa jika ada fakta dan bukti kukuh di dedah kan ..yang dia tak lupa ialah anwar musoh utama dia , walau apa cara sekali pun anwar mesti di sekat ..kenapa ?

mae said...

walaupun Tun Mahathir ada dalam negara, tapi nampaknya Tun Musa yang mengendali urusan memali.

Anonymous said...

ayor tawar

anwar perlu disekat kerana air maninya terlepas ke jubur saiful..

yang itu pun kau tak faham

Anonymous said...

Jgn kita berteka-teki, mrk berdua lebih tahu dan Allah lebih mengetahui...niarlah Allah yg uruskan sgl kebenaran atau kebatilan mrk........tunggulah!

abuamir said...

Macam biasalah semua pemimpin umno dari dulu lagi tak boleh dipercayai. Hanya penyokong umno totok aje yg angap pemimpin mereka sebagai dewa dan kata2 mereka seolah-olah wahyu yg wajib dipatuhi. Semua yg dikatakan pembangkang walaupun dengan bukti serta fakta semuanya fitnah. Semua pemimpin umno itu maksum dan suci.

Bilalah penyokong umno ni nak sedar sehinggakan dah keluar umno pun tetap berkarat juga.Apa yg berjaya umno terapkan ialah -Hidup Melayu X3 tetapi dibelakang penyokong umno mereka bersama para cukong berpakat sapu harta rakyat dan kekayaan negara.

Hidup Melayu X3

madey kutty selalu terlupa kecuali anwar musuh utamanya dan bila anaknya nak jadi PM..............Melayu mudah lupa???

RD. said...

Saya rasa, memang benar Tun Musa Hitam ada pergi jumpa Dr.M di Lapangan Terbang, sebelum bertolak ke China. Tetapi ianya sebelum kejadian Memali. Tujuannya adalah kerana, ketika itu ada ketegangan kaum. TMH khuatir akan berlaku rusuhan kaum seperti 1969. Sebagai Menteri KDN, beliau tidak yakin dapat menanganinya seorang diri. Saya percaya insiden Memali dicetuskan untuk ‘meneutralkan’ ketegangan kaum, ketika itu.

Satu hakikat lain yang Musa Hitam tidak beritahu ialah, pada masa kejadian Memali, ketegangan kaum amat meruncing. Di Sg.Way, ramai operator kilang sudah mula tidak datang kerja dan production terhenti. KL mulai lenggang kerana orang tak berani keluar rumah. Akhbar Cina /Melayu asyik kutuk-mengutuk dan mencemuh cadangan/menyokong kerajaan untuk menempatkan guru-guru Melayu di SRJK.

Akibat serangan Polis di Kg. Memali, keesokan hari, semua akhbar menukar tajuk utama mereka. Radio dan TV memainkan lagu-lagu patriotik dan mesej: ‘Jangan Dengar Khabar-khabar Angin’, sama seperti suasana pasca 13Mei,1969. Secara otomatik, keteganggan kaum terus reda dengan sendirinya. (Pada 1987, terjadi lagi ketegangan kaum atas sebab yang sama, nasib baik diredakan oleh amukan Prebet Adam).

Pasukan polis yang mengempur Kg.Memali bukan datang dari Balai Polis Baling, tetapi Sg.Petani. Harus diingat, pada 1970~80an, Polis dan tentera asyik bergaduh dan ramai yang mati, terutama di bandar Ipoh. Tentera marah kerana ada yang mempunyai saudara-mara di Memali. Mereka juga marah kerana tidak diberitahu terlebih dahulu. Bila menentang komunis, mereka di minta untuk tolong, tapi dengan orang kampung yang bersenjata senapang tembak tupai dan parang, mereka tidak diberitahu.

Sehari selepas kejadian Memali, Balai Polis Baling telah di kepong oleh tentera-darat yang berkereta perisai V150, lengkap bersenjata dari Kroh (Pengkalan Hulu). Beratus orang askar telah menggoncang pagar dan mengancam untuk serang Balai. Ahli-ahli keluarga di dua block penghuni, berpelukan, menangis ketakutan.
Musa Hitam bergegas datang dengan helicopter, mendarat di padang Jam (ketika itu Padang masih besar), sebelah Masjid yang dipisahkan Balai Polis oleh jalan kecil ke Kg. Lubok Pedati/Kg. Bawah Gunung, untuk mententeramkan keadaan.

Kalau tak percaya, tolong tanya Musa Hitam, benarkah beliau telah berjaya menyuraikan pertempuran antara polis dengan tentera di Baling, sehari selepas kejadian Memali?
Yang jelas Musa Hitam, sebagai KDN telah mengambil tindakan kejam terhadap bangsa sendiri untuk meredakan ketegangan kaum.

Anonymous said...

Tun Musa hanya sebagai menteri dlm negeri. BOS ttp BOS. Yg memberi jwtn dia juga yg boleh mengarah. Bukan yg memegang jawatan yg suka-suka berbuat mengikut kemahuannya....

norman88 said...

Salah Musa Hitam adalah krn dia cover boss dia pada ketika itu

Anonymous said...

Ayor tawor... saya rasa TDM tak perlu risau siapa saja yang menjadi PM, hatta si aljubb tu, asalkan PM tersebut baik dan bijak... tapi kalau dah menjadi buah mulut dan orang takut dgn kejahatannya, bukan sahaja TDM yang tak suka aljubb jadi PM, rakyat biasa pun sudah pasti benci untuk menjadikan aljubbb sebagai PM... bukan sahaja musuh negara, musuh perpaduan, malah musuh agama...

kampong lad said...

musa cuma kata mahathir ada didlm negara, adakah ini bererti mahathir yg bagi arahan? isunya siapa yg bagi arahan.ada lagi pegawai kanan atm & pdrm yg masih hidup.

Anonymous said...

Saya terpanggil utk menulis di sini kerana sekiranya say tidak, saya akan terlibat dalam dosa membiarkan fitnah berleluasa. Ayah saya adalah seorang pegawai polis yg terlibat secara langsung dgn peristiwa Memali (pegawai atasan). Beliau mengesahkan yang pihak berkuasa polis hanya mengambil tindakan setelah Dr M berlepas ke luar negara. Maka memang benar yg Dr M tidak berada di negara ini ketika berlakunya peristiwa Memali. Samada pihak tuan dan pihak pembaca ingin menerima apa yg saya nyatakan disini sebab fakta, terpulang lah. Tetapi nasihat saya, elakkan berbuat fitnah walaupun org itu kita benci. Hanya Allah Maha Mengetahui.

abubakar said...


abuamir,

Sdr pun sama. Anwar buat apa pun betul, dan kami buat aa pun salah.

Kalau AI betul masakan dia lari ke kedutaan Turkey apabila perkara itu mua-mula terbongkar? Anwar pandai, berjaya dia memperbodohkan semua orang termasuk sdr.

Anonymous said...

Itulah kata orang tua2 kalau berhadapan dengan keling dan ular, pukul keling dahulu. Lidah ular bercabang lidah keling pun bercabang juga.

Gua pun tilak caya sangat sama ini Musa.

Anonymous said...

Pak Aspan, ingat tak dimana pak aspan pada hari anak pertama pak dilahirkan? Ingat tak dimana pak aspan masa diberitahu tun razak sudah meninggal? Ingat tak dimana pak aspan ketika peristiwa 13 mei?
Peristiwa2 diatas adalah contoh2 kpd sesiapa shj samada pemimpin atau org biasa akan mengingati kerana ia memberi kesan dan manifestasi yg mendalam kpd sel-sel otak yg pasti akan mendaftarkanya secara ' permanent ' kecuali org itu mengidap amnesia. Apakah TM tidak dapat ingat dimana dia berada pada hari 14 org terkorban di Memali?
TM kata dia tak ingat tp pak aspan sudah pasti dia di China?

Anonymous said...


Anon 11:07,

Benar jangan percaya kepada keling dan keluarganya. Itu sebab saya tak percaya kepada Anwar kerana penyokong-penyokongnya buat tak tau aje yang atoknya itu keling juga.

Kami orang penang, kami taulah... Kalau anda tidak percaya pada Mahathir sebab dia keling, kenapa ada yang percaya Anwar yang juga dari pada keling tu??

Anonymous said...

Apa kesan pendedahan TMH ke atas TDM sehingga jawapan TDM tidak seperti normal? Apa perlunya denial or approval through saying words only? Tak ada hitam putih kah?

Anonymous said...

Anwar dan Musa ada mereka yg kecewa semasa pentadbiran Mahathir. Musa kecewa kerana Anwar diberi muka oleh Mahathir manakala Anwar pula dipecat kerana salah laku. Bezanya Musa tak ke penjara kerana tak melawan walaupun banyak kes boleh disabitkan manakala Anwar lawan tetap lawan dan ke penjara.,Sekarang mereka berdua yang kecewa ini seolah olah bergabung untuk lepas dendam mereka pada Mahathir. Nasib baiklah kedua dua kaki betina ini tak jadi PM.

Anonymous said...

Akhirnya Mahathir. Musa .Ghafar. Anwar. berkelahi sesama sendiri. Yg jadi mangsa rakyat. Pemimpin bangap bebal dan pembohong. Seorang cakap kat Cina seorang cakap dlm negara. Itulah sebenarnya UMNO. sentiasa memperbodohkan rakyat.

Anonymous said...

Anon 11:27,
Isu yg dibincanglan adalah mengenai TMH seorang melayu. Ada 2 statement yg berbeza. Anda sendiri mengatakan Mahathir itu keling tetapi TMH adalah melayu. Jadi, statement TMH yg mana satu anda nak percaya ni. Jangan melencongkan isu ini kpd individu lain pula.

Anonymous said...

Pak Aspan,

MSO tanya siapa pembohong TDM ke TMH? Yang saya tahu ke2nya UMNO.
specis UMNO ni memangnya kaki kelentong.

Anonymous said...

Jawapan macam ni tak perlu rujuk pada Musa dan Mahathir,mungkin kedua-dua dah lupa. Rujuk aje pada pak cik Google untuk cari kebenaran.

Musa cakap beliau jumpa Mahathir di airport untuk meminta Mahathir batalkan pemergian ke Cina atas sebab krisis (tak pasti krisis Memali ke kerana ketika itu belum berlaku lagi). Logikke jawapan ni atau pun sebenarnye seperti kebiasaan dulu, kalau PM keluar negeri dan juga kembali, Timbalan Perdana Menteri dan juga menteri-menteri yang lainnya berbondong ke airport untuk menghantar ataupun menyambut kepulangan PM.

Batu Ronson

badri said...


AA,

You are telling the truth about what Tun Musa said at one political function at Equitorial Hotel in 1987. I was there with you listening to what Tun Musa was trying to explain the issue on Memali.

Thanks for the gentle reminder. Dr Mahathir just ignored appeal from Tun Musa for him to cancel the official visit to China as memali was then was in serious situation.

Thanks AA

Suffian said...

Sultan Kedah tika itu kini YDP Agung kita sendiri menziarah pusara dan menyiram air mawar kpd syuhada Memali, jelas menunjukkan pembunuhan tersebut tidak harus berlaku . Tun Musa & Dr M memang bersalah atas kejadian tersebut.
Ada tak balu2 & anak2 yatim syuhada Memali dibela dan diberi pampasan ?

RD. said...

PAS ada buat kutip derma untuk balu dan keluarga mangsa akibat trajedi Memali. Berapa banyak yang mereka dapat, saya pun tak tahu. Kalau pasal 'Tabung Memali' ni, kena tanya Mat Sabu.

Kerajaan ada bagi pampasan, kalau tak silap RM20,000, tapi ditolak komisen RM3000 sebagai yuran perundangan. Duit lawyer la kot. Itulah alasan yang diberi oleh orang PAS yang mengendalikan urusan pampasan.

Cg Non Memali, lebih tahu.

http://www.youtube.com/watch?v=00JZ5zMHcyg

Lenggang Kangkung said...

Kita tunggu buktinya..

RD. said...

Sehingga hari ini, Kg.Memali adalah kubu kuat PAS.

Kalau nak pergi berkelah di Lagoon Air Panas Legong (ikut jalan lama) akan lalu Kg.Memali. Di jalan ke Legong inilah, komunis telah ambush PPH yang menyebabkan 7 terbunuh, satu cedera parah. (Itu pun, kerana berlakon mati), pada 1979.

ibni ismail said...

Salam.

Seperti tidak percaya bila membaca berita tentang pernyataan Musa Hitam ini. Mungkin tuan boleh tolong dapatkan pengesahan dari Tun Musa sendiri.

Terlalu banyak bukti yang jelas menunjukkan kehadiran Tun M di China pada kejadian tersebut. Lebih elok kita siasat/bertanya ahli ahli rombongan tun pada masa itu yang kalau tidak silap antaranya adalah Lee Lam Thye (setiausaha agung DAP pada masa itu).

Anonymous said...

bukan Musa Hitam tp UMNO!!!

Anonymous said...

dua-dua aku tak percaya! lebih-lebih lagi UMNO penang, lagi aku tak percaya.. semua kling!