24 March 2014

Perjuangan demokrasi barat, dalam amalan seperti politik Korea Utara

Keputusan pilihanraya kecil Kajang memberikan kemenangan kepada PKR dengan majoriti yang lebih mengecil. PKR mengekalkan kerusi N25 itu dengan kekurangan majoriti sebanyak 1,400 undi dan ia tidak memberikan apa-apa perubahan kepada lanskap politik tanahair khususnya di Selangor. PKR mendapat 16,741 dan BN pula mendapat 11,362 undi dan majoritinya ialah 5,379 dan ia jelas berkurangan dari majoriti yang diperolehi CC Lee dalam PRU yang lepas.

Dari awal lagi blog ini telah memberikan tanggapan yang PRK ini merupakan satu tindakan yang membazir dan tidak memberikan faedah kepada mana-mana pihak. Dengan kemenangan PKR dan Wan Azizah ini kita hendak juga mengetahui apakah nilai tambah kepada PKR selepas ini?

Bagi saya ia hanya menambahkan keyakinan rakyat yang PKR sedang mula menghadapi zaman malapnya kerana PRK ini tidak boleh menambah apa-apa kebaikan kepada politik negara dan Selangor khususnya itu.

Pandangan ini tentunya mendapat bantahan dari setengah pihak tetapi masa akan menentukan yang pandangan setengah pihak yang lain yang PRK Kajang ini hanyalah untuk menutup kelemahan parti yang memerintah negeri Selangor itu. Di samping itu ia hanya memberikan nafas kepada beberapa orang individu politik yang hanya akan relevan semasa keadaan yang bercelaru sahaja.

Sekarang kita juga tertunggu-tunggu apakah keuntungan kepada PKR dan rakyat dalam tumpuan untuk menguasai Putrajaya sebagaimana yang di heboh dan di laungkan semasa mula-mula kerusi N25 ini dikosongkan oleh CC Lee lebih sebulan yang lepas.

Jika sebab utamanya ialah kerana perebutan kerusi Menteri Besar Selangor diantara TS Khalid dan Azmin adalah sebab utamanya CC Lee meletakkan jawatan beliau apakah kemenangan Wan Azizah ini akan membuatkan TS Khalid meletakkan jawatan dan memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk mengetuai kerajaan Selangor itu?

Tetapi yang diketahui umum ialah kenyataan yang TS Khalid adalah anak didik Wan Azizah dan kita mahu juga mengetahui apa yang akan terjadi jika Wan Aziziah benar-benar-benar ditekan untuk menjadi pengganti kepada TS Khalid.

Jika itu yang terjadi dan ia disokong pula oleh Azmin, seperti yang beliau nyatakan dalam kempen seminggu yang lalu maka Azmin akan senyap dan tidak bertindak terhadap Menteri Besar yang baru itu maka sekali gus kita akan memahami sikap Azmin yang hanya mahukan TS Khalid keluar dari kepimpinan kerajaan Selangor sahaja dan siapa yang mendapatnya selepas itu beliau akan sokong asalkan sahaja bukan TS Khalid yang menerajui kerajaan negeri terkaya itu.

Apa pun ‘sequence of events’ di Selangor selepas ini ia menunjukkan dan memaparkan beberapa isu besar yang bakal dan telah pun terbina terhadap PKR ini.

Saya sekarang sudah mula meyakini tuduhan setengah pihak yang PKR ini adalah parti untuk keluarga semata-mata atau sebuah parti yang tidak berkepimpinan. Meletakkan Wan Azizah itu menunjukkan parti itu hanyalah untuk keluarga pemimpin utamanya dan yang lain itu hanya penumpang yang aktif sahaja.

Kalau kita semua mahu mengakuinya PKR lah parti yang membawa isu kronism dan kepentingan keluarga terhadap UMNO sejak PKR ditubuhkan. Saya sendiri mengkritik UMNO sebegitu kuat kerana isu kuasa yang berpindah dari bapa kepada anak didalam UMNO itu. Tetapi PKR sendiri mengamalkan sindrom itu dan elok kita bertanya apa akan terjadi jika PKR menjadi tulang belakang pentadbiran kerajaan di Putrajaya dan semua negeri dalam Persekutuan ini?

Setidak-tidaknya anak-anak atau keluarga terdekat dalam UMNO itu hanya mengambil alih kepimpinan ketua keluarganya setelah ketua keluarga kepimpinan itu sudah tiada dalam kepimpinan atau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Hishamudin menjadi orang UMNO yang kuat dan menjadi pemimpin parti itu setelah Hussein Onn lama meninggalkan beliau dan keluarga beliau.

Semasa Tun Razak meninggal dunia Najib masih lagi bermain karom dan beliau diangkat menjadi PM setelah bapanya meninggalkan kita hampir 40 tahun  kemudian. Dr Mahathir meninggalkan jawatan yang beliau pegang dengan kuat selama 22 tahun itu, hanya melihat Mukhriz sampai ketahap hanya sebagai Menteri Besar selepas 11 tahun bapanya meninggalkan jawatan yang paling berkuasa itu.

Itu pun isu ini sedang menjadi isu hangat dan ramai diantara ahli-ahli UMNO sendiri sudah mual dengan kuasa yang berpindah kepada ahli keluarga pimpinan dalam parti itu. Tetapi perpindahan kuasa dari bapa kepada anak atau kepada isteri dalam PKR dan parti-parti yang bersekutu di dalamnya dilakukan secara ‘direct’ dan cepat. Jika ini keadaannya adakah kemungkinan yang penyakit yang sama akan berlaku jika PKR dan sekutunya menjadi kerajaan di Putrajaya jika diberikan mandat?

Apakah kita akan membudayakan amalan politik di Korea Utara dalam mana kepimpinan dan kuasa politik negara itu akan hanya berpindah setelah pemimpin itu mempunyai anak yang sudah melampaui baligh sahaja? Kenapa laungan demokrasi yang begitu berkumandang, tetapi dalam amalannya, kita mempraktikkan amalan seperti kepimpinan Korea Utara dalam mana kepimpinan negara itu bertukar daripada Kim Jong Il kepada Kim Jong Un, anaknya yang berpendidikan barat itu.

Tidak salah juga jika PKR mahukan cara perpindahan kepimpinan seperti yang berlaku di Korea Utara itu, tetapi janganlah melaungkan perjuangan anti-kronism dan sebagainya pula. Pilihan adalah kehendak parti itu sendiri tetapi mesti tentukan yang cara dan kaedahnya itu mesti selari dengan apa yang diperjuangkan olehnya.

9 comments:

  1. With the conviction on Anwar, PR has no more chance to propose anyone to be the PM.

    Anwar will be serving 31/2 years in prison and he can only be back to active politics five years after serving the sentence and by then he would be 78 years old.

    So PKR hasn't that prospect anymore bro.

    ReplyDelete
  2. perkara paling pokok disini ialah kezaliman kpd Anwar Ibrahim , Anwar berasa dirinya dizalimi maka dia perlu berbuat sesuatu.Mana2 manusia pun akan membuat perkara yg sama jika dizalimi. Jika 16 tahun yg lepas Anwar diminta secara baik meletak jawatan TPM kerana dikatakan masalah buruk akhlaknya, saya fikir tidak mungkin ada reformasi, Kajang move dsbnya. Menyalahkan Anwar atas segala kecelaruan politik masakini adalah tidak adil.
    saya rasa ramai pihak harus kembali kepada prinsip asas maksud kezaliman dan dizalimi. Anjing kurap pun kita dilarang oleh Allah SWT menzaliminya, inikan Anwar Ibrahim yg sebahagian kita mahu dan sangat percaya seorang yg bermasalah akhlaknya , ramai diantara kita mengambil risiko mendokong kezaliman terhadap Anwar Ibrahim atas sebab yg salah atau tidak berpandu pada Ugama. Sangatlah tidak berbaloi, dunia & akhirat. Tkasih.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Kadang2 saya naik pelik dengan Obssession orang PR dgn Anwar. Minta maaf saya bukan anti Anwar, tapi perjuangan bukanlah kita tag kepada individu. Kita terima Anwar sebagai boss PKR, tapi kalu dia tak dak orang lain pun ada. Contohnya TGNA dgn PAS, saya Hormat TGNA tapi bila dia bukan MB Kelantan orang lain akan dipilih. Bagi saya semua mereka adalah pemimpin tapi tak lah sampai saya fanatik sangat sampai seolah macam saya tanpa belah bahagi dgn Ulama Muktabirin

    Ni nak cerita sikit, Ada blogger pakai nama Tulang Besi (Malaysia Waves) dok hina MB Khalid sampai dikaitkan dgn perbuatan hina. Tak bolehlah macam tu. Saya tau la dia fanatikus (Fanatik Tapi Takut Macam Tikus) - Fanatikus Anwar. Kutuk UG (Malaysia Waves sebut tapi Mana Wujud tu) Kutuk Khalid ( Orang Bagus TB Malaysia Waves hina).

    Yang Suci adalah Saudara Anwar Sajaa. So jgnlah terikut ikut style fanatikus. Nak tengok example sila refer to Tulang Besi Writing at Malaysia Waves.

    Harap2 Bapak Aspan Alia boleh cc dkt brader Tulang Besi ni. Kita komen kat halaman dia, haram dia tak jawab

    ReplyDelete
  4. Satu lagi komen, Obsesi penyokong PR terhadap Anwar sebiji sama dengan rakyat Korea Utara dgn pemimpin parti mereka. Contohnya bila ada ura-ura PAS jumpa pemimpin UMNO melenting, bila Anwar jumpa pemimpin UMNO mereka ini kata itu bagus.

    Bagi saya Kajang PR menang. BN status quo sebab mereka kalah seat Kajang waktu PRU 13. Yang kalah adalah golongan anti Khalid MB. Pemimpin yang bagus macam Khalid perlu dipertahankan kerana dia mendapat mandat rakyat Selangor walaupun pemimpin PKR mungkin tak gemar kat dia.

    Golongan anti Khalid MB menyumpah seranah waktu MOU water supply dengan Federal Govt. Kemudian pemimpin PR semua setuju lepas briefing dengan Khalid. Yang kutuk2 termasuk Malaysia Waves dgn Malaysia Chronicle terus menikus bila clearance diberi oleh pemimpin PR. (Yang ni saya kata Fanatikus = Fanatik + Tikus).

    Bagi saya Anwar adalah Now and historical leadership. Pemimpin depan adalah orang2 macam Nasution, Salahuddin, Tony Pua dan lain2

    ReplyDelete
  5. First off I want to say superb blog! I had a quick quesstion that I'd
    like to ask if you don't mind. I waas interested to know how you center yourself
    and clear your head before writing. I have had a hard time clearing
    my mind in getting my ideas out there. I do take pleasure in
    writing however it jus seems like the first 10 to 15 minutes
    are generally wasted just trying to figure oout how to begin.
    Any ideas or hints? Many thanks!

    Here is my web-site ... harley for sale brisbane

    ReplyDelete
  6. ... dua-dua pun sama... UMNO=PKR... dtg dari satu lobang yg busuk hanyir!!! PAS pun dah nampak ke arah itu... bila pilihanraya ja berlumba-lumba calonkan anak menantu... dah mcm terikut-terikut fi'il perosak negara! Na'uzubillahiminzalik.... saya rindukan PAS sewaktu kepimpinan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor... lembut tp tegas penuh berhikmah...

    ReplyDelete
  7. ... sedih bila kepentingan dan kebajikan rakyat dikesampingkan demi memuaskan nafsu segelintir 'pemimpin gila'. Namun nak buek camno... dah rakyat yg pilih nak hidup macam tu... nak jadi kuli pengampu sampai mampuih... khususnya org melayu yg takut pada perubahan. PKR=UMNO lebih kurang dgn PAS ... bole jadi gilo dgn puak pembongak ni!!!

    ReplyDelete
  8. mmg prk kjg majoriti pkr kurg dr pru13..namun lihat dikwsn majoriti melayu menampkkn perubahan sehinggakn di sg sekamat tdk sangka dimenangi pr. skit sebyk memberi impak kpd bn khususnya umno..
    lg satu jumlh pengundi menurun dr 88% ke 72%..pastinya de kurgnya undian itu..mmbazir mmglah tp bgaimane pula prk balingian????
    setiap pihak de strategi masing2..
    soal menteri besar slgr..ts khalid sendiri telah menyatakn kpd sultan slgr dia tidak letak jwtn..so ushlh dihebohkn ttg azmin gdh dgn khalid..

    ReplyDelete
  9. Balingian tetap dan pasti milik BN -PBB.Rakyat Sarawak amat cerdik dan mengamalkan Budaya Mengenang Budi dan Semangat "Equal Partners "akan menjadikan Rakyat Balingian walaupun Calun Yussibnosh Balo itu Kristian ; Rakyat akan tetap mengundi BN.Politik PKR yang di pimpin olih Anwar tidak di terima olih Rakyat Sarawak kerana Anwar pernah berjanji 700 juta untuk bina jalan "Pesisir Luar Bandar "tapi ianya sekadar "ABU DUA SUDUK -habuk pun Tak Ada".Balingian milik BN-PBB.

    ReplyDelete