1) Saya hendak bercakap tentang
masa depan politik dan lanskapnya mengikut pandangan saya yang cetek bagi
setengah pengkritik saya, walaupun saya bukan seorang yang telah berjaya dalam
politik seperti setengah pengkritik saya tuduh. Mereka
yang sudah beranggapan negatif terhadap orang seperti saya yang lantang
bercakap dan berkata dengan komitmen yang tinggi tentang ketulusan dalam apa
yang saya hendak perkatakan ini.
2) Bagi saya kejayaan seorang
ahli politik itu ialah kejayaan mereka untuk tidak terlibat dengan kerja
mungkar terhadap negara, tetapi ramai yang lain beranggapan kepada siapa yang
tidak berjaya mendapat kerja dengan kerajaan melalui politik itu adalah seorang
politikus yang gagal. Siapa yang berjaya menjadi menteri pada mereka itu adalah
ahli politik yang berjaya. Pada siapa yang tidak mendapat apa-apa dalam kerja
politiknya, itu dianggap sebagai ahli politik yang gagal (failed politician).
3) Walau bagaimana pun bagi saya
seorang yang berjaya dalam politik ialah mereka yang bijak memimpin dan tidak terlibat dengan
kerja-kerja rasuah dan salah guna kuasa seperti yang kita lazim lihat pada masa
kini. Dalam kontek politik negara kita ini, mendapat kerja sebagai menteri dan
sebagainya itu adalah kerja yang boleh memuaskan kehendak hati untuk menjadi
kaya raya dan memperkuatkan ego yang digunakan untuk menunjukkannya sebagai satu
kejayaan dalam hidup.
4) Memegang kuasa itu merupakan
‘ultimate’ bagi mereka dan apabila mendapat kuasa idaman itu mereka tidak akan
mampu menggunakan kuasa untuk kepentingan ummah, sebaliknya kuasa itu
dipergunakan untuk kepentingan peribadi mereka yang lebih menjurus untuk
kepentingan harta benda dan kekayaan diri dan keluarga mereka.
5) Itulah sebabnya belum tentu
seseorang itu menjadi menteri misalnya, dia telah mendapat kejayaan, kerana
ramai diantara mereka telah terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu sendiri adalah mereka yang
secara otomatiknya seorang pemimpin yang gagal.
6) Selalunya mereka yang tidak
mempunyai kepimpinan akan melakukan kerja hina itu semata-mata untuk menutup
kelemahan pimpinan mereka, maka itu jugalah penyebabnya kenapa politik wang itu
sudah menjadi kelaziman bagi mereka yang sedang memegang kuasa dalam kerajaan.
Mereka yang seperti ini adalah pemimpin yang gagal kerana tidak berjaya
memunafaatkan kepimpinan mereka untuk kebaikan ummah dan rakyat yang mereka
tadbir.
7) Bagi mereka ini, mereka hanya
berjaya menjadi ketua tetapi ketua-ketua yang tidak berkepimpinan dan itulah
yang sedang berlaku dinegara ini. Ketua-ketua yang tidak berkepimpinan ini lah
yang menjadi penyebab kepada salah laku pimpinan yang membawa kepada rasuah
tidak terhalang, penyalahgunaan kuasa yang tidak terbatas, retorik yang
besar-besar dan lebih-lebih lagi mereka tidak akan membuat keputusan yang betul
dalam semua keputusan yang dibuat mereka.
8) Apabila negara dan kerajaan di
tadbir oleh mereka yang seperti ini maka politik negara akan menjadi kucar
kacir kerana kebanyakan keputusan yang dibuat mereka mempunyai kecenderungan
untuk keputusan yang tidak betul dan tepat. Mereka yang seperti ini jika kekal
lama ia akan membina budaya pentadbiran yang tidak sihat dan politik yang kotor
kerana mereka tidak mampu untuk mengekalkan sokongan yang di dasarkan kepada perolehan
yang baik dari kepimpinan yang baik dan jujur. Mereka tidak akan mampu untuk
mempamirkan kemahiran dalam mentadbir negara sebagai ‘testimonial’ yang baik
untuk memimpin, sebaliknya pengekalan kuasa semata-mata berdasarkan kepada
‘otot’ yang kuat sebagai pihak yang mempunyai kuasa semata-mata.
9) Otot-otot yang kuat ini akan
mempengaruhi dan memaksa semua institusi kerajaan dan demokrasi telah dijahanamkan
kerana institusi-institusi ini tidak lagi bebas untuk bertindak mengikut kaedah
yang betul. Otot-otot ini akan menggunakan tekanan dan paksaan kepada semua
institusi demokrasi yang sepatutnya berfungsi dengan bebas tanpa pengaruh
mana-mana pihak. Pemimpin yang lemah akan memusatkan kuasa kepada mereka dan
institusi-institusi demokrasi ini hanya digunakan sebagai alat untuk kepentingan
pemimpin-pemimpin yang lemah tadi.
10) Inilah yang dialami oleh
negara ini dan ia akan tetap dalam keadaan ini selagi tidak ada perubahan yang drastik
dengan menggunakan kaedah yang agak ‘unorthodox’ yang belum pernah dilakukan
semata-mata untuk merubah acuan buruk yang telah terpakai sekian lama oleh
pimpinan kita. Kita memerlukan pimpinan yang mempunyai akal fikiran yang baik
dan betul, bukan pemimpin yang hanya membina otot yang pejal untuk menyalah
gunakan kuasa.
11) Kenapa saya mencadangkan agar peralihan dan
perubahan itu mesti dilakukan secara ‘unorthodox’? Saya hendak sebut semuanya
itu dalam posting yang akan datang, mungkin besok atau lusa.
ReplyDeleteAssalam pak,
Boleh tak pak aspan senaraikan calon yg boleh merubah suasana politik malaysia ke arah lebih baik dari sekarang.
Dari parti mana?
Bro,
ReplyDeleteYour ego was big too. Only recently u started to be a little bit enlightened due to some reason only you know. I ll give you a quote by Robin Sharma. It is up to you how you want to take it.
Robin Sharma - u wont have any story of success until you let go your victim's stories. (something to this effect).
Diri sendiri yang dah silap jangan pinpoint orang. Setakat defend diri dan lari dari masalah dapat ape? Face it! It is still going to come to you. Kalau dapat defend diri pun, macam lah Allah tak boleh bolak balikkan hati orang yang mendengar you punya defence story. Allah Maha Kuasa. You sendiri cakap Tuhan tu Maha Esa kan? Body language nak imply orang tu macam ni orang ni macam tu pun at last kot kena batang hidung sendiri buat ape? Kalau diorang meninggal pun, takde de dia nak cakap "Betul la cakap Aspan". Kalau dia mengaku pun, dia mengaku dalam hati sendiri je. Allah lagi kuasa dari Aspan.
ReplyDeleteBiarkan mereka. Mereka tidak tahu agaknya yang kalau ada roh yang menyumpah laknat, hidup mereka tidak akan tenang walaupun roh satu orang. Bak kata orang puteh, i hope karma slaps you in the face before i do.
ReplyDeleteLet them face the consequences of their foolishness, anger, lies deceits, manipulation, imply and so on. The more they do it, the more they have to cover up. The more they have to spend their energy on thinking, self defence, and excuses and bullshit. I hope you are not one of them and I am glad u left UMNO. Or if you still have a little bit of balance of UMNO jinx you have passed on to other people, I suggest you rectify it while they still have the courage to forgive (if any i am saying). Do not be a typical Malay who always put other people down and with empty unsubstantiated ego. Truth does not care who is gonna look good or bad. It is just it.
AA,
ReplyDeleteSabar. God is at work. Biarkan cemuhan dan pandang rendah orang. If we entertain, we are just one of them. Just keep your composure and carry on writing. Mereka tidak tahu yang hidup kalau takde pedoman sememangnya stressful. Orang yang stressful ialah orang yang hidup takde pembimbing. Orang yang ada pembimbing dia boleh menjalani hidupnya seperti biasa dan yakin bahawa rezeki terletak di tangan Tuhan, bukan rasuah dan mencuri harta orang ataupun baling batu sorok tangan belakang belakang. Melainkan kalau orang itu menyatakan apa yang benar dan sekadar mendefend diri. Kalau otot besar, hidup tidak tenang tiada guna. Biarlah hidup jadi tukang sapu sampah dan tidak ada kuasa, tidak ada apa apa kosong tetapi hidup tenang dan hati lunak. Tiada dendam tiada musuh tiada bencana tiada apa apa.
- Wallahualam-
Maaf cakap tuan, cuma nak luahkan pendapat untuk dipertimbangkan.
ReplyDeletePemimpin yang berakal tidak perlu berjela-jela membuang masa dan berbelit-belit untuk menerangkan sesuatu idea, pendapat mahupun pandangan.
Seperti yang tuan katakan kita tidak perlu pemimpin yang berotot besar termasuk dibahagian jari tangan.
Kita memerlukan pemimpin yang mampu bertindak sepantas kilat dalam setiap tindakan dan dalam membuat keputusan.
Sentiasalah kita berpihak kepada kebenaran kerana - the truth will set us free.
Salah. Kita perlukan pemimpin yg beriman.
ReplyDeleteSalam Tuan,
ReplyDeleteCan't wait for your next posting. Keep on writing. Mmg kita memerlukan suasana politik baru yg berbeza dari apa yg ada sekarang.
Mari Beri Pendapat
ReplyDeleteDijemput saudara/saudari meluangkan masa untuk memberikan pendapat pada link berikut.
https://docs.google.com/forms/d/12BTtyPup0d61QBXQZqDgas9gKOSPMOpTfyQfbWASQHQ/viewform
Terima kasih
Biasanya manusia cepat berubah apabila mula berkuasa..........segala falsafah dan prinsip boleh hanyut dibuai nafsu bila sudah mendapat kuasa......Pak lebai pun bole tercabut serban.........saya sudah byk kali melihat perkara ini berulang ......
ReplyDeleteSelama berdekad-dekad telah berlalu, rasuah berjaya menguasai seluruh agensi dan instituisi backbone negara kita semenjak Tun Mahathir ke Najib,
ReplyDeleteMustahil......! Negara dapat diselamatkan.
Kita perlukan pemimpin yg pandai menyusun gerakkan dgn strategi yg mantap supaya tercapai matlamat menegakan yg benar dan melenyapkan yg batil. Gerak kerja org batil yg disertai dgn perancangan strategi yg baik boleh menghancurkan dan mengalahkan org yg baik dan org yg benar setidak2nya satu abad(100) tahun.
ReplyDeleteMenjadi pemimpin yang true adalah pemimpin dapat meminimumkan nafsu diri dan keluarga kepada kehendak meterialis..banyak je pemimpin yg true jadi pemimpin yang membuang kehendak kepada material...biar nampak miskin tapi bijak menguruskan rakyat..biar rakyat papa asalkan anak bini bergaya itu lah masalahnya..
ReplyDeleteDrama King la lu.
ReplyDeleteSemua orang kau nak ajar. Kot boleh jiran jiran kau, orang orang sapu sampah yang ambil sampah rumah kau pun ko nak lecture. Bagaimana orang yang beum habis belajar nak mengajar?
ReplyDeleteSimple: UMNO is insecure. They see enemies only they can see when other
ReplyDeletepeople dont see them. The mind of the malays have been so corrupt that
speaking up the truth has become a sin. People who say the truth must just keep quiet for as long as it takes like a bloody dog who must just obey the leader even if the leader is wrong. I just hope God has mercy on the souls of this kind of people as sins are paid in cash. And it is going to be painful to purge oneself of his/her sins and surely it is not going to take one night. Hope these people have prepared for that to happen. IF there is time.