30 November 2016

Zahid, seruan Allah SWT ialah 'amal makruf nahi mungkar' bukannya 'amal mungkar nahi makruf'

Ramai yang meminta saya untuk memberikan komen tentang seruan Zahid Hamidi kepada semua orang Umno untuk setia kepada Najib kerana Najib memegang jawatan Perdana Menteri itu adalah ketentuan Allah SWT. Katanya kita semua mesti setia kepada Najib kerana yang meletakkan Najib sebagai Perdana Menteri itu adalah Allah SWT.

Saya tidak berapa berani untuk membuat komen ini bukan kerana takut kepada kritikan yang datang dari orang yang jujur dan berilmu kerana jika kita mendapat kritikan dari yang berilmu kita akan mendapat pelajaran dan pengajaran yang baik yang boleh kita gunapakai dan amalkan. Yang saya takut ialah kritikan dari mereka yang tidak memahami asal kejadian kita dan kenapa kita di hidupkan oleh Allah SWT di dunia ini.

Saya membaca tulisan A Kadir Jasin dan saya bersetuju dengan pandangan dan pemahaman beliau. Hanya saya ingin menokok tambah apa yang saya rasakan perlu untuk memberikan pencerahan kepada Zahid yang nampaknya menggunakan Allah sebagai modal politik beliau dalam PAU kali ini.

Sebenarnya kita di hidupkan didunia ini hanya kerana satu sebab sahaja, iaitu untuk mengESAkan Allah SWT. Tidak ada sebab yang lain. Tuhan hidupkan kita bukan untuk meletakkan Najib sebagai PM semata-mata atau menjadikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang memberikan ketaat setiaan 101 peratus terhadap Najib, ATAU pun dijadikan saya sebagai seorang pengkitik Najib bersama sama dengan yang lain terutamanya Dr Mahathir Mohamed.

Tuhan jadikan kita bukan semata-mata untuk menyokong mereka yang mencuri wang rakyat dan menipu orang ramai dengan berbagai-bagai muslihat. Tuhan tidak menjadikan Apandi Ali untuk melindungi kesalahan pimpinan yang melakukan kezaliman terhadap orang yang mereka pimpin.

Zahid sepatutnya tahu yang kita dijadikan oleh Tuhan untuk mengESAkanNya dengan melawan kezaliman dan tunduk kepada perintahNya dengan luhur dan jujur. Tuhan merupakan empunya segala-galanya dan apa-apa yang dijadikanNya itu untuk menduga sejauh mana kesetiaan kita terhadap keESAanNya. Kita di duga sama ada kita sanggup berkorban untukNya dari waktu kita lahir sampailah ke akhir kalam.

Kita di duga sama ada kita terpedaya dengan tindakan pimpinan dan sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan terhadap Allah dengan memberikan sokongan terhadap mereka yang melakukan kemungkaran dan kemurkaan Allah itu. Zahid perlu tahu yang menentang Najib ini pun adalah mereka yang dijadikan Tuhan untuk menentang kerana mereka mahu menolak memerangi kemungkaran yang dilakukan oleh mereka yang dijadikan Tuhan untuk menduga ketaat setiaan mereka terhadapNya. Bukan begitu Zahid?

Tetapi tidak menjadi perkara yang menghairankan di akhir zaman ini terlalu ramai pengikut Abdullah bin Ubai dikalangan pemimpin yang memberikan sokongan palsu kepada pemimpin yang mereka geruni. Siapa Abdullah bin Ubai ini, pandai-pandailah mengenali siapa dia itu.Saudara tahu siapa Abdullah bin ubai tetapi kenapa saudara masih bersikap seperti dia itu?

Pendeknya kita kena fikir dengan akal anugerah Tuhan yang kita ini digerakkan Tuhan untuk melakunkan plot yang menduga atau di duga. Kita boleh menjatuhkan hukum bagi mereka yang menjadi penduga itu kerana kita semua tahu apakah yang akan mereka perolehi dari lakunan sebagai pencuri-pencuri dan penjenayah kepada umat itu.

Yang lebih teruk dan hebat bencana yang mereka perolehi ialah mereka yang menyokong dan mempertahankan kemungkaran dalam hidup ini. Dosa-dosa ini melibatkan dosa-dosa yang berkaitan dengan hablumminannas.

Pandangan saya mungkin disalahkan oleh setengah pihak tetapi  di yaumil mahsyar jugalah tempat penentuannya. Yang penting bagi kita jangan kita berdakwah yang kemungkaran dengan pencuri dan melakukan jenayah itu adalah kehendak Tuhan dan perlu di pertahankan dan memberikan ketaat setiaan kepada mereka. Sifat menggalakan kemungkaran itu adalah sifat mustahil bagi Allah SWT, pencipta alam semesta itu. Yang Allah SWT seru ialah perjuangan 'amal makruf nahi mungkar', bukannya 'amal mungkar nahi makruf'.

Agama kita menganggap mereka yang makan rasuah itu sama seperti mereka yang makan daging saudaranya sendiri, saudara Zahid! 

Sekian saudara Zahid.

3 comments:

Anonymous said...

Selagi pemimpin itu adil ,tak zalim, tak menentang shariat memang wajib disokong. Allah jadikan kita untuk abdikan kepada Allah . Sebagai rakyat jelata dibawahan ini banyak pilihan tak kiralah samada berparti atau tidak lebih waras dalam membuat keputusan kerana undi adalah Allah sahaja yang tahu jadi lebih melatah dan mengampu apa yang dibuat olih pemimpin2 semuanya rakyat bolih nilai samaada pemimpin itu bangang, bodoh katak, pengampu atau pemimpin bermaruah . Patut orang belajar disekolah ugama dengan ada PhD sepatutnya berucap dengan lebih berhati untuk tidak tunjuk kebodohan.
Umno dah parah jadi ucapan yang memurahkan maruah diri akan buatkan saki baki Umno diperengkat akar umbi malu untuk mengaku Umno . Abdullah bin Ubai tu tak apa kerana dia tu bukan dalam senarai ranking untuk ambil alih kepimpinan berbanding dengan TPM yang tunjuk keberanian tetapi b...h . Abdullah bin Ubai kalau mengampu memang terpuji kerana pemimpinnya adalah makhluk pilihan Allah . Ketua DPM itu pilihan Allah ke ? . Masukkan duit dalam akaun sendiri rm2.7 billion tu pilihan Allah Ke ?
Saya cukup lama jadi ahli Umno kini dah tak bolih dengar perkataan Umno kerana meloyakan. Dicawangan saya AJK Umno dah bertebaran lari yang tinggal hanya ketua cawangan itu pun kerana ada pegang jawatan sikit kalau tak berkuburlah Umno tanpa disembahyangkan....



Odin said...

Babijan ditentukan Allah menjadi perdana menteri. Ok. Kami ditentukan Allah menentang kezaliman. Nabi Musa ditentukan Allah menentang Firaun. Amanah Allah ke atas manusia ialah mengakkan hak dan menentang kezaliman.

Anonymous said...

terserlah kebodohan zahid.

budak kecik pun tahu semua ketentuan Allah, tapi bukan semua diredhai Allah. Allah tidak paksa tetapi Allah tahu apa yg akan dilakukan setiap makhluk.

takkan lah najib je ketentuan Allah(kalau nk anggap ketentuan itu adalah redha).

anwar Ibrahim pun ketentuan Allah juga. Semua kita ketentuan Allah.

dap pun ketentuan Allah kalau ikut kefahaman zahid.

tkperlu ulas lah kata2 zahid ni. sgt bodoh hanya lambang kerendahan intelektual zahid yg tk fasih English itu.