05 December 2006

6. Mahkota dengan sengkek

Perhimpunan agung UMNO baru-baru ini jelas menampakkan pertembungan antara kebenaran fakta dan budaya penyampaian yang tidak sempurna. Akibatnya ucapan perwakilan-perwakilan dianggap menyentuh isu-isu sensitif dan mengakibatkan respon yang tidak positif dari parti-parti komponen BN. Di sebaliknya pula adalah nyata apa yang di katakan oleh perwakilan itu adalah benar. Melayu sudah hilang kuasa ekonomi hasil dari pengabaian Dasar Ekonomi Baru(DEB)yang telah diterima dan dihormati oleh semua bangsa. Kita sudah tidak boleh lagi bertindak untuk menyempurnakan semangat DEB kerana kita kini dipimpin oleh pemimpin lemah yang tidak mampu untuk mendapatkan penghormatan dari pemimpin dan ahli-ahli parti komponen yang lain. Kita tidak lagi mampu untuk menyatakan kepada pemimpin BN yang lain bahawa orang melayu dan bumiputra masih memerlukan bimbingan untuk mencapai sekurangnya 30 peratus pegangan ekuiti dalam negara kita. Ada parti komponen masih lagi tidak yakin yang Bumiputra hanya menguasai hampir 19 perataus kekayaan negara masa ini. Malahan angka ini termasuklah kekayaan yang dipegang oleh badan-badan yang mempunyai kepentingan bumiputra, seperti Felda,Tabung Haji dan lain lain. Yang menyedihkan lagi pucuk pimpinan kita tunduk kepada tekanan Lim Keng Yeik serta pemuda MCA. Tanpa segan-silu pucuk pimpinan Umno terus memberi amaran kapada perwakilan-perwakilan yang menimbulkan isu ekuiti bumiputra di perhimpunan agung.

Masalahnya sekarang ialah pemimpin UMNO tidak ada kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran yang begitu mendesak dari pemimpin-pemimpin komponen. Sebenarnya merekalah (MCA/GERAKAN) yang mendapat keuntungan besar dari perhimpunan agung UMNO baru-baru ini. Oleh kerana perwakilan-perwakilan kurang bijak membuat 'deliberations', maka inilah padah yang kita hadapi. Keadaan ini memperjelaskan yang perpaduan antara kaum sudah mula terhakis dan ini memerlukan kepimpinan UMNO yang benar-benar mahir dalam mentadbir negara yang mempunyai 'diversities' dalam budaya, agama adat resam dan cara hidup.

Sebelum ini tidak ada bunyi suara sumbang yang datang dari parti komponen seperti yang berlaku akhir-akhir ini. Sekarang suara itu semakin hari semakin lantang. Akhirnya kita pula yang tunduk dengan mengambil tindakkan keatas tiga orang perwakilan kita. Kita didenda kerana bercakap benar. "Saying right thing is forbidden". Kalaulah begini sampai bila pemimpin kita terpaksa berubah pendirian apabila mendapat kritikan dari MCA dan Gerakkan. Kalau benar kita sayangkan bangsa kita, kita wajib meletakkan jawatan apabila kita sudah tidak diyakini oleh orang ramai. Setidak tidaknya itu boleh membuktikan yang kita benar-benar hendak menjaga kepentingan rakyat, khususnya kepada orang melayu. Tidakkah Pak Lah inginkan nama yang harum yang akan disebut-sebut oleh generasi yang akan datang?

UMNO lebih dipandu oleh kehendak bangsa asing dari cuba mendengar keluhan bangsa sendiri yang menjadi ahlinya. Ramai pemimpinnya menjadi kaya raya dan setiap yang kaya raya itu mesti ada bangsa asing di belakangnya. Bagaimanakah pemimpin-pemimpin ini hendak mendengar keluhan kita? Setiap kejayaan mesti ada bangsa asing di sebaliknya termasuk kejayaan Monsoon Cup di Terengganu baru-baru ini. Pemimpin kita kini sudah menjadi bahan ketawa orang lain. Mereka yakin mereka boleh mendesak apa-apa yang perlu bagi kepentingan mereka disebabkan kelemahan pimpinan UMNO. Sesungguhnya kalau dikaji dari segi hakikatnya UMNO kini hanya bergantung kepada bangsa asing untuk 'survivalnya'. Lain-lain perkataan hampir keseluruhan kepimpinan merupakan boneka kapada bangsa asing.

Kepimpinan sebenarnya lahir secara natural di dalam diri seseorang itu. Kualiti kepimpinan itu boleh dilihat dari etika seseorang itu memimpin. Kita ada pemimpin-pemimpin seperti ini di dalam UMNO tetapi malangnya mereka ini dipinggirkan. Di negara maju keluarga Perdana Menteri serta keluarga ahli-ahli jemaah kabinetnya dicegah untuk berniaga dengan kerajaan, walaupun perniagaan kecil. Itu etikanya yang di pakai oleh kepimpinan negara maju yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Dulu Pak Lah mendapat sokongan ramai kerana hendak membawa kepimpinan beretika. Tetapi anaknya mendapat kontrak-kontrak besar dari Petronas dan yang lain-lain. Mana dia menteliti kelas pertamanya? Apabila ditanya kenapa dia membantu birasnya di dalam kes Oil For Food Iraq, dengan selamba dia menjawab, "Takkan tak boleh rekomen kut!". Itu jelas membayangkan yang beliau tidak mampu untuk memimpin negara kita. Beliau tidak ada beza dengan kita yang 'sepak kertas' dibawah ini. Beliau akan merasa tersinggung bila rakyat tidak yakin dengan kata-katanya. Jadi teringat pula kapada kata-kata "Bodohnya tak boleh di tegur, cerdiknya tak boleh diikut". Yang sengsara akhirnya rakyat jelata.

Rakyat akhir-akhir ini sudah sampai ke persimpangan. Mereka sudah mula melihat kepada alternatif. Mereka sudah sedar bahawa UMNO di bawah kepimpinan sekarang tidak boleh diharap lagi. Mereka rata-rata sedar bahawa kalau UMNO bertindak seperti musuh kepada ahli yang inginkan kebaikan maka hayat UMNO kita ini dikhuatiri akan berakhir. Janganlah menggunakan agama untuk menutup kerja-kerja tidak beretika dengan mengutamakan keluarga. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Belajarlah etika kepimpinan kelas pertama dulu sebelum menyebutnya di khalayak ramai.

Di Singapura, cenderahati yang diterima oleh menteri-menteri dipulangkan kembali ke khazanah negara. Mereka tidak dibenarkan membawa pulang hadiah-hadiah itu. Begitu sekali tinggi etika kepimpinannya. Itulah sebabnya mereka sudah mampu untuk menjajah kita. Mereka tahu ramai pemimpin disini mudah dibeli. Di sini etika di letak ke belakang. Bila disoal pemimpin kita berselindung di sebalik undang-undang. "Tunjukkan bukti," katanya. Maka itulah sebabnya etika adalah lebih tinggi dari undang-undang kerana etika datang dari displin dan harga diri yang tinggi.
Displin yang tinggi membuatkan negara mereka kuat dan mampu membeli harta strategik kita. Mereka tahu kalau bayar komisyen kapada orang yang berpengaruh dengan kepimpinan, pasti boleh lulus. ADA FULUS, BOLEH LULUS.


Akhirnya mari kita renung kata orang tua-tua dahulu, "Kalau raja itu menjadi tukang sapu sampah dia tetap raja, tetapi kalau sengkek dipakaikan mahkota sekali pun, dia tetap sengkek."

WASSALAM

3 comments:

  1. Sdr Pengarang,
    Saya amat setuju dengan pandangan saudara berkenaan dengan pentadbiran negara dibawah perdana menteri yang ada sekarang ini iaitu Dollah Badawi. Nak panggil Pak Lah pun saya tak sanggup kerana ketidak perahatinannya terhadap bangsanya sendiri tidak merupakan sebagai seorang bapa yang bergelar 'bapak'. Dollah ni hanya layak dipanggil bapak kepada anak2nya dan menantunya. Lebih dari itu, tidak layak langsung. Kita fikir dia ni tempat yang amat selesa untuk kita menumpang. Rupa2nya dizaman dialah, kita semua susah. Susah amat sangat. Kita ni ashik ditipunyanya. Orang yang melantiknya jadi perdana menteri pun ditipunya, apa lagi kita semua. Macam sawi kita dibuatnya. Kawan2 rapat dia semua ditipunya. Kita fikir dia yang berimejkan berugama tak sanggup melakukan penipuan dan kemunafikan. Rupa2nya kita silap.

    Teringat sebuah cerita yang pernah saya baca hasil nukilan pendita Iran bernama Idries Shah. Buku yang menceritakan kisah 'penjaga makam'yang berlaku di Pakistan pada zaman dahulu. Ceritanya lebih kurang begini;

    Sebuah makam di utara Pakistan dijaga dan dikelolakan olih seorang tua dan dibantu olih anak lelaki yang berumur hampir 16 tahun. Selama hampir 23 tahun dia menjaga makan tersebut. Dari umurnya 55 hingga 78 tahun.

    Dizaman itu, makam biasanya tempat persinggahan pedagang2 dari negara2 barat dan timur singgah untuk melepaskan lelah dan sambil bertukar2 barangan dagangan. Biasanya pedagangan tersebut akan berhenti berbulan2 dan kesempatan itu diambil untuk bertukar2 ilmu sementara barang dagangan mereka habis terjual atau ditukar dengan barangan lain. Ada pedagang yang meneruskan perjalanan selepas pertemuan di makam tersebut. Dipendekkan cerita, makam tersebut adalah makam yang amat popular dan terbilang.

    Olih kerana makam biasanya ada kaitan dengan tempat pengkebumian orang alim, maka sudah tentulah tempat itu dikunjungi olih pedagang berugama islam dan juga penuntut2 islam. Penjaga makam tersebut juga mestilah orang islam yang berilmu dan dihormati olih pengunjung2nya.

    Adat dan budaya ketika itu, anak2 muda yang berumur lebih 16 tahun, keluarga mereka akan mengalakkan mereka keluar mengambara untuk mencari ilmu. Tidak terkecualilah dengan penjaga makam tersebut yang mempunyaai seorang anak lelaki yang berumur 16 tahun. Memanglah berat hati orang tua itu hendak melepaskan anak mudanya mengembara berseorangan, tetapi sudah menjadi sistem persekolahan dizaman itu, begitu rupanya, maka mahu tak mahu, penjaga makam tersebut terpaksa juga merelakan anaknya pergi.

    Tiba masanya, sebelum anak muda tersebut memulakan pengembaraannya, pada malam sebelumnya bertanyalah ayahnya kepada beliau tentang arahtuju perjalanan anaknya. Anak tersebut menerangkan kepada ayahnya "Ayah, kalau bolih saya nak mengambara sampai ke Mekah. Dari sini saya akan ke Bokhara, dari Bokhara akan ke Kabul dan seterusnya ke Mekah". "Syukurlah" sambut penjaga makam tersebut, "sesungguhnya itulah jalan yang amat baik dan jalan itu jalan yang penuh dengan ilmu" tambah orang tua tersebut. "Hanya beberapa pekara yang ayah minta pada kamu, kalau kamu pulang nanti, ayah mahukan kamu mengambilalih pentadbiran makam ini. Ayah pun dah tua. Bila kamu mengambil tempat ayah kelak, jagalah baik2 dan jangan biarkan orang yang tak tahu asal usul makam ini masuk campur mentadbirkannya. Makam ini 'keramat'. Salah tadbir, buruk padahnya" penjaga makam itu mengingatkan anaknya. "Insyallah, ayah akan saya lakukan segala amanat ayah itu" jawap anak tersebut. Keesokan paginya sebulum anak tersebut bertolak untuk mengembara, penjaga makam tersebut menghadiahkan seekor keledai, sedikit makanan dan sebungkus pakaian sebagai bekalan. "Asalammualaikum ayah" sambil anak tersebut memulakan langkah pengembaraan.

    Setelah hampir dua minggu mengembara untuk menuju Bukhara, dengan kehendak Allah SWT, hampir dengan sempadan Bukhara, maka keledainya jatuh sakit dan mati. Anak ini merasakan perjalanannya akan sukar kerana tanpa kenderaan. Sambil menangis dia mengali kubur untuk menanam keledainya. Setelah ditimbus keledai tersebut, dia duduk diatas kubur tersebut dan memikirkan bagaimana hendak meneruskan perjalanannya. Dia menadah tangan, memohon petunjuk dari Allah untuk memudahkan perjalanannya. Sambil dia berdoa dengan lelehan air mata, maka lalulah rombongan pedagang dari negara arab dan mendekatinya. "Kasihan anak ini diatas kematian ayahnya" kata salah seorang pedagang tersebut tanpa bertanya pekara sebenar berlaku kepada anak tersebut. Mendengar kata tersebut, maka pedagang2 yang lain dengan tanpa usul periksa lagi, terus mengumpulkan makanan, pakaian dan medirikan khemah untuknya untuk tinggal disitu. Pedagang2 tersebut terus berihat disitu untuk beberapa hari sebelum meneruskan perjalanan mereka.

    Memikirkan bahawa dengan tidak menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dan mendapat keuntungan dan kemewahan maka dia terus merahsiakan cerita sebenarnya. Khemah tersebut dihiasinya, dia melakukan sedikit bercucuk tanam dengan benih2 sayuran yang ditinggalkan olih pedagang tersebut. Ayat2 quran digantung disegala sudut khemah dan akhirnya tapak kubur keledai tersebut tak ubah merupkan sebuah makam saperti yang berada di Pakistan. 'Makam Keledai' tersebut semakin masyur di kalangan pedagang baik dari Cina mahu pun dari Arab. Akhirnya tempat tersebut menjadi tempat pertukaran barangan dagangan dan ilmu. Untuk menyesuikan diri sebagai penjaga makam yang berilmu dan berimej ugama, anak muda tersebut rajin berazan dan kadang kala mengimankan jemaah waktu sembayang sehinggakan pengunjung2 makam tersebut mengelarnya "ULUL ALBAB". Kemasyuran 'makam' di sepandan Bukhara ini meyebabkan tidak ramai lagi yang berkunjung makam yang sebenarnya di Pakistan kerana dengan ujudnya 'makam' baru ini, seolih2 pedagang2 dari barat dan timur ini telah mempunyai lebuhraya baru.

    Ditakdirkan Allah SWT, datanglah ribut pasir melanda dan meyebabkan pedagang dari Cina tak dapat mengunakan jalan baru dan melencung kejalan lama dan singgah di makam di Pakistan. Bertanyalah penjaga makam tersebut "Kenapa dah lama tak datang. Dah lama berhenti berdagang ke?. "Sebenarnya kami tidak mengunakan jalan lama lagi. Ini pun kerana ribut. Kalau tidak kami terus ke sempadan Bukhara. Disana ada makam besar yang dijaga olih seorang anak muda yang digelar Ulul Albab. Tempatnya cantik. Banyak buku ada disana. Penjaganya pandai menjadi imam. Kalau kamu hendak melihatnya, marilah ikut kami kesana" kata pedagang tersebut.

    Orang tua tersebut bersetuju mengikut pedagang tersebut ke 'makam' yang dimaksudkan. Ingin sangat dia bertemu dengan Ulul Albab yang di maksudkan. Manalah tahu agar bolih dapat ilmu keagamaan yang baru. Sesampainya mereka di 'makam' tersebut, pedagang yang membawanya menunjukkan Ulul Albab yang dimaksudkan. Alangkah terperanjatnya apabila mengetahui bahawa Ulul Albab itu adalah anaknya. Berpeluk2kanlah mereka.

    Waktu sedang sunyi, semua orang sedang tidur, maka bertanyalah si ayah kepada anaknya berkenaan dengan asal usul 'makam' tersebut. "Saya minta ayah rahsiakan, jangan diceritakan kepada sesiapa pun bahawa 'makam' ini sebenarnya kubur keledai yang ayah bekalkan kepada saya dulu' jelas anaknya. 'Jadi kami tak ke Bukhara ke' tanya orang tua tersebut. 'Tidak ayah" jawabnya. "saya tak ke Bukhara, tidak ke Kabul dan tak sampai kemana2 kerana keledai mati" tambah anak tersebut. " tapi kenapa kau sanggup panggil ianya 'makam'?. Tanya orang tua itu lagi. "orang yang panggil makam. Bukan saya!. Apabila orang panggil makam dan mendatangkan keuntungan bagi saya maka saya diamkan saja. Tambahan pula ayah pernah mengatakan, sekiranya saya balik dari Mekah kelak, saya dikhendaki balik ketempat ayah untuk menjaga makam. Sekarang ini, tanpa ke Mekah, saya telah mengujudkan 'makam' yang saya jaga sendiri" hujah anak tersebut." Tetapi kamu telah berbohong, bukan saja pada manusia tapi juga pada Allah SWT. Dan Kamu sanggup menerima gelaran Ulul Albab" hujah orang tua tersebut dengan nada kesal dan marah. 'Tapi ayah, zaman sekarang ni, zaman Islam Hadhari, kita kena adjust dengan keadaan semasa. Asalkan kita tak keluar islam ada untung kita sapulah" jelas anak tersebut. "Astaghafirullah, apa nak jadi dengan kamu wahai anak ku" keluh orang tua tersebut "kalau macam itu, ayah nasihatkan kamu berentilah jadi penjaga makam ini. Aku takut ramai orang2 disini akan rosak nanti" tambah ayah dengan nada yang amat kesal dan amat malu dengan sikap anaknya.

    MORAL CERITA DIATAS:
    Pak Lah yang kita anggap orang baik, alim dan berhemah dan berakhlak tinggi dari sudut agama, sebenarnya tak ubah saperti anak yang menjaga '
    "makam" keledai. Kita aja menganggap dia alim dan baik. Sebenarnya dia mengunakan agama untuk politiknya. Kita hormat makam kerana ada hubungkait terus dengan Allah dan penjaganya juga semestinya orang alim. Tapi makam yang dijaga PakLah adalah kubur keledai. KITA SEMUA KENA TIPU DENGAN PAK LAH.

    ReplyDelete
  2. tGapg3 The best blog you have!

    ReplyDelete
  3. sCMYhy write more, thanks.

    ReplyDelete