Petang semalam, sabtu 16hb Disember saya bertemu dua orang kawan yang minta saya cuba mendapatkan pekerjaan untuk anaknya yang baru sahaja pulang dari Australia dengan membawa ijazah Bachelor in Commerce. Mereka begitu rungsing dan kecewa kerana anak mereka amat sukar untuk mendapat pekerjaan walaupun telah melalui temuduga beberapa kali. Saya pun bertanya kenapa anak-anak mereka gagal untuk mendapat pekerjaan, kerana saya juga menhadapi masalah yang sama. Anak saya adalah graduan dari United Kingdom.
Setelah membuat perbandingan antara kami, maka didapati kebanyakan syarikat menjadikan bahasa mandarin sebagai ‘compulsory’ untuk bekerja dengan mereka. Saya telah menyemak akhbar-akhbar lama dan meneliti ruang ‘iklan pekerjaan’. Hampir 80 peratus iklan-iklan itu membuktikan yang bahasa mandarin telah dijadikan syarat untuk bekerja di negara ini. Nampaknya bangsa melayu sudah mula terpinggir dan tiada siapa yang ke hadapan untuk membetulkan keadaan ini. Hendak kita harapkan pemimpin UMNO, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengenal masalah rakyat yang dipimpinnya.
Saya amat bimbang dengan apa yang terjadi ini, kerana saya tahu dan sedar tidak ada siapa di kalangan pemimpin negara termasuklah pemimpin yang menghunus keris sedar tentang apa yang berlaku, jauh sekali untuk menyelesaikan masalah besar ini. Negara ini negara kita yang telah ada dasar-dasar yang digubal untuk kita orang-orang melayu, tetapi syarikat-syarikat ini mengadakan syarat tambahan ini secara terbuka tanpa segan silu kerana mereka tahu pemimpin-pemimpin kita sedang lena dengan pangkat-pangkat besar yang penuh glamour.
Inilah bukti-bukti yang nyata bahawa pemimpin-pemimpin kita yang ada di atas itu hampir semuanya adalah pemimpin palsu, yang hanya pandai beretorik dengan sokongan media perdana yang berat sebelah. Orang ramai sudah sampai naik jemu dan muak melihat pemimpin bercakap tentang semangat melayu. Dengan syarat tambahan ini maka peluang pekerjaan hanyalah dikuasai oleh bukan melayu. Melayu akan ketinggalan di dalam bidang pekerjaan walaupun ada bergulung-gulung ijazah dari dalam dan luar negara.
Mana melayunya Abdullah Badawi, mana dia kepimpinan Najib, mana dia Hishamuddin yang menghunus keris ke hulu ke hilir dan mana dia pemimpin-pemimpin yang lain dalam UMNO yang mengaku berwibawa dan bersemangat melayu? Tidak ada seorang pun di dalam majlis tertinggi bercakap tentang masalah melayu yang dipimpinnya. Saya cadangkan kepada PM supaya berhenti membawa usul pencantuman Utusan dengan NST, dan cerita ‘ Mergers and acquisitions’. Selesaikan masalah ini dahulu kerana ini isu penting. Jangan hanya memikirkan untuk melaksanakan projek besar yang boleh membayar komisyen kepada orang yang saudara kasihi sahaja. Orang yang saudara tidak kasihi ini juga perlukan perlindungan. Kalau tidak mampu, saya cadangkan supaya saudara berhenti sahaja. Jangan menyusahkan rakyat. Rosak betul UMNO di bawah kepimpinan sekarang ini.
Apabila UMNO kalah nanti yang akan dipersalahkan ialah kami di bawah ini. Bila ditegur dia marah, tidak ditegur kita menyampah. Menteri-menterinya asyik mengampu PM sahaja, dan kalau tidak puas hati bercakap di belakang. Bila di depan PM dia tunduk pula. Yang sengsara rakyat di bawah. Dalam tulisan saya esok atau lusa saya akan ceritakan tentang penyakit kurap. Mungkin cerita ini sesuai dengan keadaan kepimpinan hari ini.
Tunggu. WASSALAM.
Setelah membuat perbandingan antara kami, maka didapati kebanyakan syarikat menjadikan bahasa mandarin sebagai ‘compulsory’ untuk bekerja dengan mereka. Saya telah menyemak akhbar-akhbar lama dan meneliti ruang ‘iklan pekerjaan’. Hampir 80 peratus iklan-iklan itu membuktikan yang bahasa mandarin telah dijadikan syarat untuk bekerja di negara ini. Nampaknya bangsa melayu sudah mula terpinggir dan tiada siapa yang ke hadapan untuk membetulkan keadaan ini. Hendak kita harapkan pemimpin UMNO, mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengenal masalah rakyat yang dipimpinnya.
Saya amat bimbang dengan apa yang terjadi ini, kerana saya tahu dan sedar tidak ada siapa di kalangan pemimpin negara termasuklah pemimpin yang menghunus keris sedar tentang apa yang berlaku, jauh sekali untuk menyelesaikan masalah besar ini. Negara ini negara kita yang telah ada dasar-dasar yang digubal untuk kita orang-orang melayu, tetapi syarikat-syarikat ini mengadakan syarat tambahan ini secara terbuka tanpa segan silu kerana mereka tahu pemimpin-pemimpin kita sedang lena dengan pangkat-pangkat besar yang penuh glamour.
Inilah bukti-bukti yang nyata bahawa pemimpin-pemimpin kita yang ada di atas itu hampir semuanya adalah pemimpin palsu, yang hanya pandai beretorik dengan sokongan media perdana yang berat sebelah. Orang ramai sudah sampai naik jemu dan muak melihat pemimpin bercakap tentang semangat melayu. Dengan syarat tambahan ini maka peluang pekerjaan hanyalah dikuasai oleh bukan melayu. Melayu akan ketinggalan di dalam bidang pekerjaan walaupun ada bergulung-gulung ijazah dari dalam dan luar negara.
Mana melayunya Abdullah Badawi, mana dia kepimpinan Najib, mana dia Hishamuddin yang menghunus keris ke hulu ke hilir dan mana dia pemimpin-pemimpin yang lain dalam UMNO yang mengaku berwibawa dan bersemangat melayu? Tidak ada seorang pun di dalam majlis tertinggi bercakap tentang masalah melayu yang dipimpinnya. Saya cadangkan kepada PM supaya berhenti membawa usul pencantuman Utusan dengan NST, dan cerita ‘ Mergers and acquisitions’. Selesaikan masalah ini dahulu kerana ini isu penting. Jangan hanya memikirkan untuk melaksanakan projek besar yang boleh membayar komisyen kepada orang yang saudara kasihi sahaja. Orang yang saudara tidak kasihi ini juga perlukan perlindungan. Kalau tidak mampu, saya cadangkan supaya saudara berhenti sahaja. Jangan menyusahkan rakyat. Rosak betul UMNO di bawah kepimpinan sekarang ini.
Apabila UMNO kalah nanti yang akan dipersalahkan ialah kami di bawah ini. Bila ditegur dia marah, tidak ditegur kita menyampah. Menteri-menterinya asyik mengampu PM sahaja, dan kalau tidak puas hati bercakap di belakang. Bila di depan PM dia tunduk pula. Yang sengsara rakyat di bawah. Dalam tulisan saya esok atau lusa saya akan ceritakan tentang penyakit kurap. Mungkin cerita ini sesuai dengan keadaan kepimpinan hari ini.
Tunggu. WASSALAM.
Hunus kersi untuk potong kek buat apa? Bertanding jawatan pun tak pernah...
ReplyDeleteBeno ckp yeop tu, bangsa kita skrg dah banyak yg lupa diri, lupa kpd t/jwb pada ugama, bangsa & negara. Ape yg mereka pikirkan kantong dia berisi. Mereka hidup dlm kepuraan dan sanggup menikam dr belakang utk mencapai matlamat mereka. Sebelum sesat lebih jauh, tolehlah kebelakang dan ingat janji kita pd Allah.
ReplyDeleteIt is true that every vacancy in the newspapers is stating the words “mandarin language as a compulsory”. I, myself have been experience it before when I’m looking for a job before I knew I was offered to continue my study. Mostly, the requirement must be fluently speaking mandarin. It is quite disappointing because they putting such requirement for the job vacancy. Some people, they are desperately looking for a job. Other requirement suits their qualification for the job but then when it comes to the language, it’s very disappointing and causing the job seeker to find other vacancy.
ReplyDeleteIt made me thinking for awhile that we are Malaysian and our national language is the Bahasa Malayu and our second language is English. When did the Mandarin become a compulsory language for job application? Is it only happen or required in the private sector? If it so, why doesn’t the government put the Bahasa Malayu as a compulsory or must be fluently speaking Bahasa Malayu in their job requirement in the government sector? It is obviously that this is Malaysia and everyone is speaking the Bahasa Malayu and when it comes to international, only English is the language to be spoken. We don’t speak Mandarin to foreigner and even the foreigner does speak English when they are asking for direction.
I think the matter of the language does not catch the attention of our leaders because no one ever complain about it and our people just give up right away when their job application was turn down by the job employment. It is a fact that the Bahasa Melayu is still having it weakness in job application. It was causing confusion to certain people because Mandarin language is on top of our national language. Why did we learn Bahasa Melayu if we don’t practice it in our job? We speak Malays language very well but when we are looking for a job, it was the Mandarin language become compulsory. Why not English become the compulsory language? At least it makes sense a little bit and we do understand if English become the compulsory language because it’s the international language.
We are facing the jobless among the graduates and there are many of them still jobless and trying hard to find a job but their application was turn down because there are not applicable because of the “third” language. Our graduates are qualified and well-trained but still jobless. Mostly, we can see the Bumiputras are among the jobless and they have a good resume to present and they have certificate in hand to prove that they are qualify for the job but still they are jobless and working in restaurant or franchise.
It was very disappointing that there are no action taken by those who are responsible for this matter because this is one of a big issue to talk about and there are too many jobless out there desperately looking for job. We should have spoken up on this matter.
Melayu mula terpinggir.
ReplyDeleteDi manakah agaknya hala tuju Melayu itu sendiri. Adakah kita masih berada di takuk lama dan masih menunggu keajaiban untuk menyelamatkan bangsa kita dari terus hanyut di dalam arus kotor politik dan hasad dengki.
Apabila berbicara tentang bangsa Melayu, jangan sesekali anda berani mengeluarkan kata – kata kesat. Apabila anda berbicara tentang sikap Melayu, jangan sesekali anda katakan Melayu mudah lupa. Jika anda berbicara tentang Melayu, jagan sesekali menganggap Melayu itu malas. Secara jujurnya, Melayu adalah satu bangsa yang sangat sempurna. Melayu adalah satu bangsa yang tiada cacat celanya. Bangsa yang tidak boleh ditegur.
Namun, apalah daya seorang manusia itu untuk menolak tentang sikap buruk diri masing – masing. Tidak kisahlah bangsa Melayu, Cina ataupun India, yang pasti sikap buruk diri sendiri yang menjadi punca. Di dalam blog Aspan Alias ini contohnya, secara terangnya menyatakan bahawa barisan pemimpin Umno sahajalah yang sangat nampak cacat celanya. Kita tahu, Umno adalah untuk Melayu, tapi pengarang perlu juga tahu, adalah tidak adil mempertimbangkan kewibawaan hanya kepada sebelah pihak. Mana perginya sifat kemelayuan yang sempurna ini?
Berkaitan dengan isu kerja yang dibangkitkan oleh saudara penulis, jelas dapat kita lihat, bahawa kepincangan dalam mencari pekerjaan menjadi semakin teruk. Saya bersetuju dengan apa yang penulis ingin sampaikan. Semakin banyak peluang pekerjaan yang diiklankan akan menagih penggunaan bahasa Mandarin sebagai syarat kelayakan. Di sini lah bangsa Cina mengambil kesempatan dalam menguasai ekonomi. Mengusik isu berkaitan dengan bahasa pula, saya sedikit pelik terhadap bangsa Melayu ini sendiri. Mengapa terlalu banyak perubahan dari segi ejaan sesuatu perkataan itu? Sungguh pelik. Kadang – kadang seperti membuka pekung di dada sendiri. Kita sendiri seolah – olah memberitahu bangsa lain, bahawa kita kurang yakin dengan bahasa kita sendiri. Ada saja yang tidak kena. Tidak cukup dengan itu, hendak diajarkan pula Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris. Sedangkan bangsa sendiri pun masih tidak dapat menguasai subjek tersebut, hendak ditambahkan lagi dengan penggunaan bahasa lain. Ke mana arah tuju bahasa Melayu itu sendiri? Terlalu mengejar bahasa lain padahal bahasa sendiri yang tergadai. Namun, Melayu adalah bangsa yang tidak boleh ditegur.
Melayu terlalu takut untuk mencuba sesuatu yang baru dan sangat suka berhasad dengki di dalam perniagaaan. Betulkah apa yang diperkatakan saya ini? Bila sahaja sampai kepada perkara berkaitan ekonomi, ramai bangsa Melayu yang menyorokkan kepala ke dalam cengkerang, tidak ubah seperti kura – kura sifatnya. Betulkah begitu? Apa yang terjadi sebenarnya adalah kerana bangsa Melayu itu sendiri yang terlalu memandang tinggi bangsa lain dan masih merasakan kita tidak akan mampu berbuat apa – apa. Dan kita masih duduk selesa menunggu tanpa perlu berusaha.
Bangkitlah Melayu. Bangsamu bukan untuk dipermainkan. Bangsa kita ini bukan untuk dijadikan bahan jenaka. Bangsa kita ini bukan untuk dipijak – dipijak. Bangsa kita ini bukan untuk digadaikan. Jangan biarkan propaganda politik memecahkan kita walaupun hakikatnya memang begitu sekarang ini. Sanggup bersalam peluk dengan bangsa lain namun dengan bangsa sendiri, caci maki yang dilemparkan. Tidak cukup dengan itu, mengaitkan lagi tentang hukum syurga neraka ke atas saudara sendiri. Membuka lagi pekong di dada sebesar – besarnya.
Sebagai sebuah bangsa yang ingin maju dan dihormati, marilah kita berdamai. Demi kepentingan bersama dan bukan untuk kepentingan politik. Bersatulah Melayu! Bersatulah sebelum bangsamu hancur. Bersatulah Melayu!
Melayu mula terpiggir, situasi inilah yang ditakuti oleh kaum Melayu kini kerana negara sendiri mula dicabuli oleh bangsa lain. Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa iaitu bangsa Melayu, Cina, dan India hidup dengan aman dan harmoni pada dahulunya. Tapi kini sudah mula timbul bermacam-macam isu yang berkaitan dengan pergaduhan antara kaum, penindasan kaum dan sebagainya. Antara isu yang hangat diperkatakan ialah isu Melayu mula terpinggir. Tidak hairankah, mengapa tuan rumah yang menetap di rumah sendiri terpinggir oleh pendatang yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki pada mulanya dahulu.
ReplyDeleteMungkin kita tidak sedar, tapi kini perkara ini sudah mula nampak dengan jelas sedikit demi sedikit. Apa yang jelas sekarang adalah isu pengambilan kerja dikalangan kaum Melayu terhadap majikan Cina. Kebanyakan syarat untuk kemasukan pekerja adalah mahir dalam berbahasa Mandarin. Jelas disini mereka saling membantu bangsa mereka sendiri. Tidak kurang bezanya daripada bangsa India yang saling bantu membantu bangsa mereka sendiri.
Pada pendapat saya, isu ini mungkin terjadi akibat daripada rasa cemburu ataupun tidak puas hati bangsa bukan Melayu kepada bangsa Melayu. Berikutan dengan hak orang Melayu yang mendapat keistimewaan kemasukan ke universiti secara mudah. Jadi kebanyakan bangsa lain tidak puas hati terutamanya bangsa Cina. Jadi sebagai pembalasan meraka juga mengenakan syarat-syarat seperti mahir berbahasa Mandarin untuk bekerja dan kadang kala syaratnya adalah berbangsa Cina.
Dari sudut ekonomi pula, peratusan kemiskinan yang tertinggi didominasi oleh kaum Melayu sendiri. Sebaliknya bangsa lain yang kaya raya di negara kita ini. Ini merupakan salah satu petunjuk yang jelas menunjukan melayu dipinggirkan di negara sendiri. Sebagai contoh, kaum Cina kebanyakkannya berniaga untuk mencari duit. Pelanggan mereka pula adalah Melayu. Pada kebiasaannya mereka akan mengambil kesempatan ataupun menipu di dalam perniagaan. Hal ini menunjukkan bahawa sekali lagi Melayu sudah mula dipinggirkan.
Dari segi akedemik pula,terdapat banyak tanda-tanda yang dapat dilihat yang Melayu dipinggirkan. Antaranya adalah ramai diantara orang Melayu yang suka menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina untuk mempelajari bahasa Cina. Mengapakah kita harus mempelajari bahasa mereka sedangkan mereka tidak langsung berminat akan Bahasa Melayu? Tambahan lagi, Bahasa Mandarin juga telah diselitkan dalam silibus pembelajaran bagi bahasa ketiga di kebanyakkan universiti di Malaysia. Kerana sikap risau degan peluang pekerjaan masa hadapan, ramai siswa yang berebut-rebut untuk mempelajari bahasa tersebut.
Apa yang membuatkan perkara ini lagi menyakitkan hati adalah bila kaum lain memandang rendah terhadap kaum Melayu. Mereka mengutuk dalam bahasa mereka yang segelintir daripada kita tidak faham. Sudahlah menumpang di negara orang, sila tolong bersopan terhadap sesama warganegara.
Pada masa kini, sudah terdapat banyak istilah “tempat Cina” di ibu kota. Terdapat kompleks membeli belah seperti Low Yat Plaza, Bukit Bintang Plaza, Sungei Wang Plaza dan bermacam-macam lagi. Kini mereka telah mendominasi tempat pula setelah mendominasi ekonomi negara kita ini. Kita pula yang menjadi takut apabila berada di tempat sedemikian walhal ini adalah tempat kita sendiri, negara asal kita sendiri, mengapa kita perlu berasa takut.
Dari pandangan mata saya, kaum Melayu kini sudah dipandang remeh oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia. Tiada apa yang boleh dibanggakan. Kebanyakan jaguh-jaguh sukan yang ternama mewakili Malaysia adalah terdiri daripada bangsa bukan Melayu contohnya Dato Lee Chong Wei. Ini membuatkan masyarakat dunia tidak kenal siapakah penduduk asal negara Malaysia ini. Apa yang mereka tahu ialah rakyat Malaysia ini terdiri daripada kaum Cina.
Apa yang telah penulis sampaikan ada benarnya. Bangsa Melayu seakan-akan semakin hilang kelebihan mereka di tanah air sendiri. Mengapa semua ini terjadi? Mengapa bahasa Mandarin menjadi syarat bagi syarikat-syarikat yang ada untuk mengambil pekerja? Mengapa tidak dijadikan kebolehan untuk berbahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita sebagai syarat utama untuk bekerja? Ini adalah satu persoalan yang mampu untuk mengundang pelbagai masalah jika ia dibiarkan berlarutan.
ReplyDeletePerkara ini perlu dikaji hingga ke akar umbi. Mungkin ramai yang mengetahui hal ini tetapi mereka tidak nampak gambaran yang lebih besar bahawa bahasa Melayu semakin diketepikan, dan ianya turut bermakna kita bangsa Melayu semakin tergugat di negara sendiri. Ianya berlaku secara perlahan-lahan dan tidak mustahillah sekiranya kita kehilangan kuasa untuk memerintah suatu hari nanti. Jika perkara tersebut menjadi realiti, boleh dikatakan kita terlalu mengambil ringan tentang hal yang melibatkan maruah kita sebagai bangsa Melayu.
Nama-nama jalan di Malaysia kita sendiri telah pun menggunakan nama-nama orang India dan orang Cina. Jalan Loke Yew dan Jalan Tun Tan Siew Sin merupakan contoh kepada nama-nama jalan yang menggunakan nama bangsa lain selain bangsa Melayu di negara kita. Sedangkan nama jalan pun boleh diperlakukan sedemikan, apatah lagi perkara-perkara lain yang sebenarnya mampu untuk memberi impak kepada kita tetapi dianggap remeh seperti syarat-syarat untuk bekerja? Berbalik kepada syarat utama untuk bekerja di sesetengah syarikat itu, ia juga mampu untuk menyebabkan kita orang Melayu bersungguh-sungguh untuk mempelajari bahasa Mandarin. Apa yang yang mereka fikirkan, semakin fasih berbahasa Mandarin, semakin tinggi peluang mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Situasi ini saya saksikan sendiri sewaktu para pelajar mahu mendaftar untuk matapelajaran bahasa ketiga yang diwajibkan untuk setiap pelajar semester ketiga ikuti. Saya terdengar perbualan dua orang pelajar dan dari apa yang saya dengar, mereka bersungguh-sungguh untuk mengikuti kelas bahasa Mandarin kerana mereka merasakan bahasa tersebut dapat membantu mereka dimasa hadapan. Tidak dinafikan bahawa sekiranya seseorang itu mampu untuk menguasai pelbagai bahasa maka peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan akan menjadi cerah. Apa yang menjadi tanda tanya disini, mengapa kita menganggap bahasa tersebut sangat penting untuk masa hadapan?
Ekonomi kita telah dikuasai oleh bangsa Cina dan bangsa merekalah yang secara puratanya lebih kaya berbanding kita bangsa Melayu. Ini negara kita. Mengapa mereka mampu mengatasi kita sedangkan kita telah lama bertapak di negara ini. Bangsa Cina pada asalnya dibawa masuk oleh British untuk mengerjakan lombong biji timah di negara kita. Lama-kelamaan, jumlah mereka semakin meningkat. Sama juga juga seperti kaum India. Mereka dibawa masuk ke negara kita untuk bekerja di estet-estet getah. Kedua-dua bangsa tersebut pada asalnya tidak mempunyai apa-apa tetapi hasil usaha mereka, teruatamanya bangsa Cina, mampu untuk menguasai ekonomi negara kita.
Hal ini perlu ditangani segera dan semua pihak perlulah terlibat sama. Jangan hanya pandai menuding jari menyalahkan orang lain. Mengapa tidak kita semua menggembleng tenaga untuk menyelesaikan permasalahan ini bersama-sama? Bercakap tentang kerjasama, ia juga satu masalah yang rumit. Untuk bekerjasama pun dilihat sebagai sesuatu yang susah untuk dilakukan. Kita orang Melayu berpecah. Mana tidaknya, masing-masing ada agenda mereka sendiri. Memanglah mudah bagi kaum lain untuk mengambil kesempatan diatas kelemahan kita ini. Sedarlah cepat wahai orang Melayu. Jangan tunggu negara berpecah-belah baru nak sedar.
Melayu mula terpinggir
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Aspan Alias, melayu di zaman sekarang in semakin terpinggir dan disisihkan. Banyak faktor yang menyebabkan melayu terpinggir. Melayu itu sendiri boleh menjadi penyebab orang melayu terpinggir dan orang bukan melayu juga boleh menjadi penyebab orang melayu terpinggir. Orang melayu sudah berbeza dengan melayu yang dahulu. Pada pendapat saya, melayu dahulu adalah melayu yang kuat. Melayu yang mana perjuangannya hanya untuk membela dan memartabatkan bangsa melayu. Akan tetapi, melayu yang berada di zaman yang serba canggih ini hanya mementingkan diri mereka sahaja. Hanya memikirkan keuntungan untuk diri mereka sendiri. Oleh kerana itulah kaum cina mengambil peluang yang ada untuk mejatuhkan melayu dan meminggirkan melayu. Saya merasakan bahawa, jika di rujuk kembali dengan tajuk yang dikemukakan oleh Aspan Alias iaitu melayu mula terpinggir jawapannya memang melayu terpinggir. Yang membuat melayu itu terpinggir adalah melayu sendiri. Ianya ibarat melayu menanam ubi dan cina hanya datang untuk mengambil hasil.
Jika di bandingkan melayu dahulu dengan melayu sekarang terlampau banyak bezanya. Melayu dahulu bersusah payah untuk memerdekakan tanah mereka sendiri. Melayu dahulu bersusah payah dalam menjaga tanah mereka sendiri. Mereka lindungi dengan sepenuh hati mereka. Maruah melayu di bela dan apabila cina dan india datang ke Malaysia setelah di bawa masuk oleh British. Dan apabila tanah melayu hendak di beri kemerdekaan oleh pihak British, melayu mula risau dan wujudlah akta 153 yang melibatkan ketuanan melayu. Maka terjagalah martabat melayu di ketika itu. Namun saya berpendapat sekarang yang melayu itu sudah semakin manja. Macam kelebihan yang terdapat pada melayu sekarang ini harus digunakan untuk meningkatkan diri lagi. Akan tetapi, kelebihan yang terdapat pada melayu sekarang ini di gunakan hanya untuk menyelamatkan diri.
Situasi ini berbeza dengan bangsa cina. Kawan saya pernah berkata, “aku orang cina……aku kena belajar betul-betul untuk masuk universiti…..kamu orang melayu kalau tak belajar pandai-pandai pun boleh masuk universiti….” Dari sini kita dapat lihat bahawa, kaum cina perlu bersusah payah untuk membolehkan mereka hidup senang. Tidakkah kita berasa pelik kenapa isi pendapatan setiap rumah adalah tinggi bagi orang cina dan kita sebagai kaum majoriti dan kaum yang banyak diberi kelebihan berada di tempat kedua?? Jawapannya adalah kerana kita terlampau selesa.
Oleh kerana itulah, kaum cina yang terpaksa bekerja keras akhirnya berjaya menjadi tauke dan bos-bos di syarikat ingin mengambil kaum mereka sendiri atau membuat kelayakan yang lebih meyebelahi kaum mereka sendiri. Inilah cara mereka untuk memberi peluang pekerjaan kepada kaum mereka. Saya merasakan ini semua bukanlah salah pemimpin atau salah salah kaum-kaum lain. Sampai bila kita sebagai kaum mengharapkan belas kasihan undang-undang yang sememangnya menyebelahi kita. Asyik berharap dan tidak berusaha itulah yang melalaikan kita dan pabila kaum lain sudah mula maju ke depan dan melebihi kita, mulalah kita berasa tidak puas hati dan mengharapkan sesuatu akan dilakukan dari pemimpin. Sekali lagi kita berharap.
Di sini saya berpendapat bahawa, pemimpin berbangsa melayu perlu mengerahkan orang melayu agar berusaha keras untuk melindungi negara serta mruah bangsa melayu itu dari dijajah oleh orang lain. Persoalan melayu mula terpinggir ini harus di jawab oleh orang melayu itu sendiri. Tidak perlu tuduh menuduh kaum lain cuba meminggirkan kaum melayu kerana itu akan menunjukkan melayu yang lemah. Melayu yang asyik perlukan bantuan. Melayu yang asyik berharap. Kalau bangsa cina boleh berjaya di dalam negara yang bukan negara mereka, mengapa melayu tidak boleh berjaya dalam negara mereka sendiri. Hanya melayu yang mampu memartabatkan melayu itu sendiri.
Melayu terpinggir bukan kerana Melayu itu bodoh atau dunggu. Tapi ianya adalah kerana Pemimpin Melayu tidak Cerdik!, bayangkan lebih 50 tahun memerintah dengan kakitangan kerajaan pun majoritinya Melayu. tapi tak dapat buat apa-apa untuk bangsa sendiri yang kaya ... ananda krisnan, vincent tan dan lain-lain semua mereka ini berususan dengan Pemimpin Melayuuuu! dan pegawai-pegawai kerajaan Melayu.
ReplyDeleteMana perginya saban waktu dok 'Hidup Melayu!!!' lebih 50 tahun dah.