Salah satu dari janji-janji Perdana Menteri YAB Abdullah Ahmad Badawi semasa mula-mula mengambil-alih kepimpinan negara pada Oktober 2003 dahulu ialah untuk memerangi rasuah.
Selalunya apabila Perdana Menteri membuat satu-satu ketetapan, ianya akan disambut oleh Ahli Jemaah Kabinetnya dan mereka akan bercakap tentang isu itu di mana-mana mereka berucap.
Tetapi dalam isu rasuah yang disebut oleh PM Abdullah Ahmad Badawi ini, saya belum pernah mendengar seorang pun menteri berucap yang menyokong tindakan menghapuskan rasuah ini.
Kenapa menteri-menteri ini tidak menyahut usaha Abdullah Ahmad Badawi ini melalui ucapan-ucapan mereka?
Ramai yang hendak mendengar mereka melaungkan perkataan seperti, ‘mari kita benteras rasuah! Kita sokong PM untuk membawa sesiapa yang rasuah ke pengadilan!’ dan sebagainya.
Kenapa mereka yang bergegar-gegar bercakap, dan yang tunjuk garang, mengambil sikap membisu tentang isu rasuah ini?
Kita hendak dengar menteri seperti Dato’ Seri Nazri Aziz berucap dengan nada yang garang dan lantang dalam isu rasuah ini seperti dia berucap dalam isu-isu yang lain.
Saya juga kepingin hendak dengar Tan Sri Muhyidin Yassin berucap dalam majlis-majlis besar membidas mereka yang rasuah.
Kenapa Dato’ Seri Ali Rustam, Dato’ Seri Shahidan Kasim, dan yang lain-lain tidak menjadikan isu rasuah ini sebagai isu yang wajib disebut di dalam majlis-majlis rasmi, sedangkan penyakit rasuah ini adalah penyakit nombor satu sekarang ini?
Kenapa? Kenapa? Dan mengapa????
Saya tidak ada jawapannya. Mungkin orang lain boleh menjawabnya.
Wassalam..

saya rasa govt mouthpiece kena main peranan utk menerbitkan iklan macam iklan2 'tak nak' kempen anti merokok, berbudi bahasa spt dalam adegan beri tempat duduk dalam lrt, tahun melawat malaysia spt PM terang bersalam stail melayu.
ReplyDeletepunchline iklan terbaru mungkin bunyi gini : NAK TAK NAK? Kecik besor semua TAK NAK, NAK (anak!). adegan bapak jawab soalan anak tentang halehwal rasuah.
wallahu 'alam.