Hari ini saya nak buat satu cerita yang boleh kita jadikan sebagai bahan renungan kita ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan ini.
Cerita ini akan mudah difahami oleh sesiapa yang pernah pergi menonton sarkas.
Tajuk cerita ini ialah ‘GAJAH SARKAS’.
Saya dan keluarga pernah pergi menonton Royal London Circus di Bangsar beberapa tahun dahulu.
Setelah 2 kali pergi menonton, saya dapat pelajaran yang amat menarik kerana ianya boleh dikaitkan dengan pemimpin dan ahli-ahli UMNO.
Gunanya gajah ini ialah untuk mengangkat besi-besi berat untuk melengkapkan khemah-khemah untuk pertunjukan itu.
Pendek kata, kesemua kerja berat ditanggung oleh gajah.
Tetapi saya perhatikan apabila sampai waktu makan, Harimau dan Singa diberi makan daging yang lazat-lazat tetapi habuan bagi gajah hanyalah batang-batang pisang.
Apabila selesai pertunjukan sarkas tiga minggu selepas itu, sekali lagi gajah ditugaskan menurunkan khemah-khemah dan besi-besi berat dan mengangkatnya ke atas trailer-trailer yang sudah disediakan.
Singa dan Harimau hanya duduk relaks tanpa berbuat apa-apa.
Royal London Circus berpindah pula ke Shah Alam dan gajah berjalan kaki dari Bangsar ke Shah Alam.
Harimau dan Singa serta kancil naik kenderaan yang mewah ke tempat baru itu.
Gajah pula berjalan kaki sehari suntuk untuk sampai ke Shah Alam.
Sebaik sahaja gajah sampai di Shah Alam, gajah diberi makan batang-batang pisang sekali lagi sedangkan Harimau dan Singa sudah berada di kandang kekenyangan setelah makan daging-daging yang disediakan oleh ‘taukeh’ sarkas itu.
Di dalam UMNO situasinya adalah serupa.
Yang bekerja kuat untuk menyelamat dan memperkuatkan UMNO selama ini ialah ahli-ahli biasa di bawah.
Pimpinan di atas hanya relaks dengan menghabiskan masa mengumpulkan kekayaan untuk anak menantu mereka serta kroni-kroni yang berada di sekekiling pemimpin-pemimpin ini.
Yang hampir dengan pimpinan selalu berada didalam “Cigar Room’ hotel-hotel enam bintang di kotaraya.
Cerut-cerut yang mereka hisap berharga ratusan ringgit sebatang sedangkan ahli-ahli cawangan-cawangan dan bahagian UMNO hidup dalam serba kekurangan.
Jika ada apa-apa masalah kepada parti, ahli-ahli di bawah akan dimarahi dan segala kesalahan tertanggung kepada pemimpin-pemimpin di bawah.
Tetapi dua minggu selepas gajah-gajah ini sudah mula naik berang, sehinggakan ramai taukeh sarkas sudah dihumban keluar oleh gajah-gajah ini.
Gajah-gajah ini sudah mula menuntut keadilan terhadap diri mereka dan kini ramai di antara taukeh-taukeh ini sudah bersara daripada bisnes sarkas ini.
Ramai diantaranya yang dibesarkan oleh gajah-gajah ini susah hati, kerana mereka sudah biasa dengan bisnes sarkas yang sangat menguntungkan ini.
Itu sahajalah cerita ringkas saya buat hari ini.
Mungkin cerita ini tidak menarik tetapi ianya memberikan keinsafan yang mendalam terhadap diri saya yang kesiankan mereka yang tidak terbela di kampung-kampung.
Wassalam……………………………………………………….Aspan Alias
Gajah2 berang nih tengah menunggu masa yang sesuai untuk memberontak lagi ... dia pun nak kempunan nak makan kentaki kot? Ahakz
ReplyDeleteTerima kasih di atas pandangan dan semangat yang ADA dalam diri tuan. Saya selalu mengikuti tulisan tuan dan syabas kiranya ramai anak melayu seperti tuan. Teruskan tulisan dan semangatnya semoga kejayaan untuk agama bangsa dan negara kita. Terima kasih.
ReplyDelete