25 May 2008

Pemimpin mesti latih diri untuk berfikir

Ramai tidak puas hati dengan cara pemimpin-pemimpin UMNO membuat penyelesaian terhadap isu-isu yang dihadapi oleh parti sekarang ini.

Mereka (pemimpin) masih lagi tidak faham apa sebenarnya masalah parti kita yang bernama UMNO ini.

Kita tidak boleh merasa letih atau jemu memikirkan isu ini kerana ianya melibatkan masa depan negara, bangsa dan generasi kita.

Kita hanya menghadapi satu masalah:- Pemimpin-pemimpin kita tidak mampu berfikir dan tidak mahu berusaha untuk berfikir secara jujur.

Sesungguhnya bukan mudah bagi rakyat untuk meninggalkan BN atau UMNO, tetapi tentulah ada sebab yang tidak boleh diterima sehingga mereka sanggup membelakangkan kita.

Kita imbas kembali sejarah yang masih baru dan kita mulakan dengan peristiwa ’87.

Peristiwa ’87 telah membawa masalah kepada UMNO hingga UMNO terbatal oleh kerana permainan kotor sesetengah pihak dalam UMNO, tetapi masalah itu hanya melibatkan manusia pemimpin dalam parti.

Pergolakan hanya sekadar dalam lingkupan kepimpinan UMNO sahaja dan UMNO serta BN masih dapat sokongan dua per tiga dalam parlimen walaupun kehilangan Kelantan dan 13 kerusi di Sabah.

Begitu juga peristiwa mencemaskan pada tahun ’99 yang mana isu Anwar telah membawa perpecahan kepada barisan kepimpinan UMNO tetapi BN tetap selesa dengan kemenangan dua per tiga di Parlimen.

Pilihanraya 2004 telah memberikan BN kemenangan yang paling hebat kerana rakyat mahukan pertukaran pucuk pimpinan.

Siapa sahaja yang memimpin semasa itu akan mendapat sokongan yang besar.

Oleh kerana pemimpin yang barunya Abdullah, maka dialah yang mendapat sokongan itu.

Pendeknya, pergolakan-pergolakan yang berlaku ketika itu belum lagi membuat rakyat jemu kepada UMNO kerana isunya tidak melibatkan kelemahan pimpinan.

Dalam ‘period’ itu perkara-perkara yang lain tetap berjalan dengan lancar dan rakyat tetap bersama BN walau siapa pun yang memimpin.

Semasa itu sesiapa pun yang memimpin, baik Mahathir ataupun Anwar mahupun Tengku Razaleigh rakyat tetap bersama BN kerana kerajaan berjalan mengikut cara yang biasa diterima mereka.

Walaupun bibit-bibit perubahan negatif dalam budaya politik itu sudah mula berputik, tetapi ianya belumlah sampai ke tahap yang membolehkan rakyat bertindak membelakangkan kita.

Tetapi kini keadaan sudah berlainan, kerana rakyat sudah memandang rendah terhadap UMNO kerana pemimpin-pemimpinnya dianggap sebagai orang-orang yang tidak boleh diyakini.

Rakyat terasa benar dengan kelemahan pemimpin-pemimpin kita kerana barisan kepimpinan mempunyai ‘disposition’ yang begitu negatif sehinggakan mereka tidak lagi memandang UMNO sebagai pelindung kepada mereka lagi.

PM dengan isu negatif anak dan menantunya begitu meluas sampai ke akar umbi dan saya pernah terjumpa seorang wanita tua yang tidak mahu mengundi BN kerana bencikan Khairy.

Saya hairan dengan insiden ini seolah-olah orang tua itu mengenali Khairy sedangkan membaca dan menulis pun dia tidak tahu.

Ini membayangkan betapa seriusnya isu menantu PM ini kepada rakyat dan pengundi, sehinggakan parti pembangkang tidak payah lagi bersusah-payah kerana mereka mendapat ’bantuan’ menantu PM sendiri.

“Bro, Khairy is damn influential! Because of his influence the Pakatan Rakyat won handsomely in Kedah, Penang, Perak and Selangor and almost wiped off Wilayah Persekutuan,” kata seorang besar UMNO seraya menyindir.

Najib pula dihantui oleh isu peribadi yang memberikan impak negative terhadap dirinya sendiri serta kepada BN dan UMNO.

Najib dipalitkan dengan isu isterinya, isu komisen pembelian peralatan perang di kementeriannya dan isu Altantuya yang begitu negatif baginya dan moralnya beliau tidak layak dari segi moralnya untuk memimpin.

Samada cerita itu benar atau tidak, kita tidak tahu, tetapi sebagai pemimpin besar negara, Najib begitu lalai sehinggakan isu yang buruk ini menjadi buah mulut rakyat di mana-mana.

Rakyat sudah tidak lagi mempercayai beliau dan telah gagal sampai ke optima selaku pengarah pilihanraya baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin lain sarat dengan isu-isu masing-masing:- Ada menteri besar menjadikan negeri pimpinannya sebagai kepunyaan adik-beradik, ada menteri yang skandal dengan puteri UMNO dan bermacam-macam lagi.

Pendek kata, UMNO sudah dianggap parti yang kotor oleh rakyat kerana imej pemimpinnya yang tidak baik.

Apabila terlihat sahaja pemimpin UMNO di mana-mana orang ramai akan teringatkan rasuah, salahguna kuasa, kaya-raya, cerut mahal-mahal, perempuan-perempuan cantik, raba punggung pekerja hotel dan lain-lain yang merosakkan parti.

Bagi rakyat, tiada apa lagi yang ada pada UMNO untuk dipertahankan, maka mereka memandang alternatif yang paling hampir bagi mereka.

Orang Melayu pilih PAS dan PKR, orang-orang Cina memilih pula DAP dan PKR dan orang-orang India memilih DAP dan PKR.

Malahan orang-orang Cina pun telah memilih PAS di dalam PU12 baru-baru ini dan ini menunjukkan PAS telah mula mendapat keyakinan orang-orang Cina secara beransur-ansur.

Sekarang pemimpin-pemimpin yang sama bercakap tentang pembaharuan dan mencatur barisan kepimpinan parti.

Mereka memilih pemimpin di antara mereka yang tidak senonoh, dan ini membuatkan rakyat bertambah mual mendengarnya.

Itulah sebabnya Tengku Razaleigh adalah orang yang paling layak sebagai pengganti di kalangan yang ada kerana beliau tidak sebaris dengan kepimpinan di Majlis Tertinggi parti yang ditolak rakyat itu.

Renungkanlah serangkap pantun ini,

Kalau mencari tempat mandi,
Pertama pantai keduanya teluk.
Kalau nak cari pemimpin negeri,
Pertama pandai keduanya elok.


Sekian sahaja…………………………………………. Aspan Alias.

3 comments:

  1. "biar mati anak jgn mati adat" itulah pepatah melayu ....

    BODEK.....itulah sudah menjadi ADAT dalam UMNO...itu yg diterapkan dari dulu sampai sekarang.....

    ingat UMNO ingat PROJEK......nak kaya cepat masuk umno berbekalkan skill bodek.....itu yg penting...itulah perspektif org2 umno ....bukan nak mengata tetapi realiti

    kalau UMNO memperjuangkan MELAYU...orang melayu sepatutnya sudah berjaya.....da lama dah

    yang berjaya hanya kroni,adik-beradik,kenalan rapat dan kaki bodek.....itulah yang dilaungkan dalam perjuangan tetapi realitinya tidak disebut.....

    mempergunakan dan memperjuangkan hak melayu untuk kepentingan diri sendiri....

    joe
    carcoon71

    ReplyDelete
  2. Joe, pandangan saudara itu lah yang sebenarnya realiti dalam UMNO.

    Saya percaya kepada pembodek yg saudara sebut itu akan berlalu jika kita dapat pemimpin yang kuat.

    Oleh kerana pemimpin kita lemah maka pembodek akan bercambah kerana mereka perlukan pembodek-pembodek yang sdr Joe katakan itu.

    Itu sebablah saya berjuang menentang pembodek2 ini.

    Joe, ouropinion is mutual!

    ReplyDelete
  3. salam saudara aspan,

    hope tht u will continue writing n fighting...perjuangan laksana kata-kata....teruskan untuk agama dan negara.......

    INSYALLAH ....


    joe
    carcoon71

    ReplyDelete