Apa yang membuatkan Tengku Razaleigh (TR) bertahan sebagai pemimpin sepanjang zaman ialah kerana kejujurannya kepada negara.
Walaupun media massa dan negara tidak langsung menyebut jasa-jasanya, beliau tetap tidak merasakan kekecewaan kerana sikap jujur dan tulus beliau itu adalah kekuatan yang natural.
Semasa orang-orang Melayu masih ‘tidur’ lagi, TR telah memulakan pengambilalihan syarikat-syarikat kepunyaan British yang telah membuat keuntungan besar di negara kita.
TR dengan ‘team’ beliau yang bekerja untuk negara telah membawa pulang syarikat Tradewind Bhd, Sime Darby dan banyak lagi syarikat yang besar kepunyaan orang putih British.
Pada tahun 1981, TR telah membuat kejutan di Pasaran Saham London dengan mengambilalih syarikat Guthries Ltd dalam operasi yang dikenali sebagai ‘Dawn Raid’.
Dalam operasi itu, TR telah menggunakan PNB untuk membuat pembelian melalui Pasaran Saham London sehingga mencetuskan ‘general offer’ yang saya sudah lupa harganya.
Dalam sekelip mata, kita telah menguasai syarikat perladangan terbesar itu dan TR adalah batang tubuh yang merancang pengambilalihan ini.
Selain itu, TR merupakan pemimpin yang dihormati di peringkat antarabangsa dan ini terbukti apabila beliau terpilih menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Dunia pada tahun 1977 sehingga 1982.
Kita mesti tahu dalam masa yang sama TR juga adalah Pengerusi Lembaga Jemaah Pengarah Bank Pembangunan Asia yang berpejabat di Manila serta Pengerusi Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Islam di Jeddah.
Dalam erti kata lain, TR telah mengetuai tiga badan kewangan antarabangsa yang mempunyai fungsi yang berlainan.
Tiada siapa yang dapat merapati rekod kecemerlangan yang dicapai oleh TR, termasuk pemimpin-pemimpin terkenal dunia yang lain.
Segala rekod kecemerlangan TR ini tidak diketahui oleh orang ramai terutamanya golongan 50 tahun ke bawah, kerana permainan politik yang tidak mahu TR menaiki tangga kepimpinan yang didorong oleh perasaan rendah diri sesetengah pemimpin negara.
TR tetap relaks dan akhirnya sekarang rakyat sudah mula mengetahui hakikat siapa TR sebenarnya.
Rakyat sudah mula merasakan bahawa TR dianiaya oleh politik kotor yang tidak ada sempadan moral ini.
Walau begitu layanan seteru politiknya, beliau tetap sabar dan membiarkan sahaja masa menentukan keadaan.
Siapa yang sanggup bersabar seperti TR dalam arena politik negara kita? Jika ada tunjukkan kepada saya, dan saya sanggup berdebat di mana-mana. Di atas pentas forum atau dalam media massa eletronik?
Bila- bila! Jemput saya. Saya akan datang dengan tangan kosong.
Sekian…………………………………………………………. Aspan Alias
yeah! yeah! yeah! Keep on campaigning. You are in the right track !! The more the merrier!! That's democracy !!
ReplyDelete