Saya teringat akan pesanan Allahyarham Tun Abdul Razak kepada pelajar-pelajar ketika berucap merasmikan Perpustakaan Tun Abdul Razak di ITM pada tahun 1973 dahulu.
Beliau meminta siswa-siswi supaya keluar dari kampus berbekalkan ilmu yang mampu menjaga keluarga, masyarakat dan negara tanpa melupakan Agama suci yang dianuti bangsa kita.
“Jadilah graduan yang boleh menjadi nadi penggerak kepada usaha kerajaan untuk membina negara, bukan sahaja dalam pembangunan material, tetapi juga dalam membentuk sikap yang tidak membelakangkan nilai-nilai mulia bangsa kita,” ujar beliau di hadapan ribuan siswa-siswi.
“Ambillah peluang untuk belajar kursus ikhtisad dan separa ikhtisad yang disediakan oleh kerajaan melalui penubuhan Institut Pengajian Tinggi ini agar kaum kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain,” sambung beliau.
“Perlu difahami, mendiami kampus ini bukanlah semata-mata untuk menjadi manusia yang pandai, tetapi yang lebih penting ialah untuk melatih diri masing-masing untuk berfikir dengan baik sesuai dengan keadaan semasa bangsa kita yang masih ketinggalan dalam banyak bidang,” tegasnya.
Daripada apa yang saya ingat, saya amat tersentuh melihat betapa sayangnya beliau kepada bangsanya dan beliau amat khuatir sekiranya orang Melayu dan Bumiputra tidak dapat maju setanding dengan bangsa-bangsa asing.
“Saudara sekalian mesti bersyukur kerana saudara telah mendapat peluang menjadi siswa di institusi ini bagi menjadi pemangkin kepada pembangunan bangsa kita dan saudara-saudari sekalian mesti memikul tanggungjawab memajukan bangsa kita apabila sudah keluar ke pasaran pekerjaan nanti,” ujar beliau lagi.
Ucapan pemimpin-pemimpin terdahulu amat berkesan terhadap diri ramai orang termasuklah diri saya sendiri.
Kalau tidak, masakan saya masih ingat hampir kesemua isi kandungan ucapan beliau hingga ke hari ini.
Ucapan tersebut terasa keberkesanannya kerana kami boleh nampak keikhlasan beliau dan terpancar di air muka beliau bahawa beliau begitu hampir dengan kami pelajar-pelajar miskin ini.
Pemimpin-pemimpin pada hari ini tidak berkesan kerana naluri rakyat tahu mereka tidak ikhlas dan hanya bercakap bagi memenuhi kehendak teks ucapan yang telah disediakan.
Sebagai manusia yang dijadikan Tuhan dengan secantik-cantik kejadian, tentu ada naluri yang boleh merasakan samada ucapan seseorang itu jujur atau sebaliknya.
Rakyat telah nampak gaya hidup mewah yang keterlaluan pemimpin-pemimpin yang mencuri khazanah rakyat yang tidak kering keringat bekerja siang dan malam untuk membangunkan negara.
Pemimpin hari ini tidak ada pengorbanan seperti Tunku, Razak dan Hussein malahan mereka begitu mudah mengorbankan rakyat yang setia pada mereka.
Baik Perdana Menteri mahupun wazir-wazir yang lain berasa tidak selesa jika tidak memberi peluang kepada anak, menantu, isteri serta kroni masing-masing untuk mendapatkan habuan besar.
Yang lebih menghairankan kita ialah anak-anak kepada para pemimpin ini pun tidak dapat menjadikan bapa-bapa mereka sebagai contoh tauladan yang baik malahan telah melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai dan budi mulia bapa-bapa mereka.
Najib tidak mampu menjadikan ayahnya sebagai contoh yang baik. Begitu juga Hishammuddin dan anak-anak Tun Dr Mahathir.
Ironiknya, mereka yang datang daripada keluarga pemimpin-pemimpin mulia tidak dapat mendekati nilai-nilai istimewa bapa-bapa mereka itu, dan saya menganggap anak-anak inilah yang menghancurkan perjuangan bapa mereka sendiri.
Nilai anak-anak pemimpin ini dengan bapa-bapa mereka tidak ada perbandingannya: Jika kita hendak membuat perbandingan, kita bandingkanlah buah bacang dengan buah epal.
Buah bacang, jika terkena getahnya ke muka kita, akan timbul kudis yang gatal.
Rupa-rupanya, mereka ini sebenarnya bukanlah pemimpin sejati, tetapi semata-mata dapat menaiki tangga kepimpinan negara hanya berbekalkan nama dan gelaran yang ada pada bapa mereka.
Barulah kita sedar pemimpin yang sejati ialah pemimpin yang terbentuk dengan sendirinya, dan bukannya pemimpin seperti yang saya sebutkan tadi.
Pemimpin yang sejati ialah pemimpin yang berani membuat keputusan: Samada keputusannya itu mendatangkan kebaikan pada dirinya atau tidak, itu bab yang lain.
Yang penting ialah dia mempunyai keputusan dan terus yakin dengan keputusannya itu meskipun berhadapan dengan risiko peribadi dalam politiknya.
Itulah sebabnya saya amat bangga berketuakan Tengku Razaleigh (TR) kerana beliau telah mengambil keputusan dari awal lagi untuk bertanding jawatan Presiden disebabkan oleh keperluan parti dan negara.
Beliau tidak takut untuk bercakap ataupun main sandiwara dengan bercakap lain dengan orang itu dan bercakap nada lain dengan orang ini.
Walaupun risikonya ada sedikit sebanyak tetapi saya yakin risikonya tidaklah sampai hilang nyawa di badan.
Seperti kata nasihat orang tua-tua dahulu, kalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya.
Sagunya ialah kehidupan kita yang harmonis di dalam negara yang aman dan makmur di bawah pimpinan yang berbeza nilainya…insya-Allah.
Sekian……………………………………….Aspan Alias
Pan,
ReplyDeleteI didn't know that you were former ITM student. How come I seldom saw you around during that time!
But anyway those were the days, my friend. kah,kah,kah..... I know you better in and out !!
sdra aspan,
ReplyDeleteSaya perhatikan tidak ramai yang mengunjungi blog sdra sejak Nov 2006. Cuma lebeh kurang 2600 sahaja.
Yang memushkilkan saya bagaimana sdra nak sampaikan mesej berkempen untuk TR sedangkan pembaca blog sdra tidak begitu ramai mengunjunginya.
Sdra kena cari strategi yang lebeh berkesan lagi jika inginkan suara sdra didengar oleh seberapa ramai pembaca diblog sdra. Kalau tidak penat lelah yang dicurahkan oleh sdra hanya mengecewakan sdra sahaja.
My honest and sincere observation.
Assalamu'alaikum PAN..
ReplyDeleteMine was Tan Sri Arshad Ayub's words.."Budak Applied Arts aje yang boleh rambut panjang & seluar bertampal dan berjurai..." he..he..jangan marah Pan..!!
Buat masa kini jawe ni sokong Lim Guan Eng...kalau dia nak ikut model pemerintahan Saiyidina Umar..!!.
Keep on writing brother to keep me in touch with Malaysia masa kini..
Salam perantauan...
....................#Unggal
Sorry to divert your attention from your main topic. But I must tell you the latest BREAKING NEWS.
ReplyDeleteBernama quoted the government plans to build one "Hadhari Mosque" in each state this year.
Wow, Pengikut-pengikut "Mazhab" Islam Hadhari nak buat masjid mereka sendiri di setiap negeri.
Apakah bentuk dan corak aktiviti yang akan dijalankan dimasjid "HADHARI" ini nanti dan berapa billion ringgit akan dibelanjakan untuk membina masjid "HADHARI" disetiap negeri di Malaysia.
Adakah ini prioriti Kerajaan pimpinan Pak Lah walaupun keadaan ekonomi sedang dilanda dengan segala macam massalah yang dihadapi oleh rakyat.
I really don't understand the rationale !!
It really reflects how shallow the mentality of the minister who proposes such idea in the Prime Minister's Department.
Is the purpose to create more contracts to be handed over to cronies of Pak Lah within UMNO?
Rosak, rosak !!