“Terimalah peralihan ini,” kata Najib dalam temuramahnya dengan Mingguan Malaysia yang saya baca pagi Ahad yang lepas.
“Kita sudah fikir apa yang terbaik untuk parti dengan adanya permuafakatan ini, bererti ia akan mengelak daripada pertembungan di peringkat tertinggi dalam parti yang biasanya membawa kepada akibat yang amat buruk pada kepentingan parti,” katanya lagi menjawab pertanyaan Mingguan Malaysia.
Sejak pertandingan jawatan tertinggi UMNO pada tahun 1987, tidak ada lagi pertandingan di peringkat itu sehingga tahun yang lalu.
Tetapi parti kita tetap retak dan pecah sehingga kita hampir kehilangan kuasa di peringkat pusat dan telah kehilangan kuasa kerajaan di 5 buah negeri.
Apa yang berlaku pada 8hb Mac yang lalu adalah bukti bahawa parti kita pecah bukan kerana pertandingan di peringkat tertinggi tetapi kerana kelemahan pemimpin-pemimpin walaupun jawatan mereka tidak dipertandingkan.
Pemilihan 1987 merupakan pemilihan yang paling hebat pernah diadakan yang menyaksikan perwakilan membuat pemilihan antara Dr Mahathir atau Tengku Razaleigh Hamzah.
Tetapi hasilnya tidak mengakibatkan rakyat menolak UMNO kerana rakyat nampak dengan jelas bahawa ianya merupakan satu pertembungan sihat antara 2 pemimpin yang ‘viable’ dan yang mampu menyumbang kepada negara.
Selepas itu, tidak ada lagi pertandingan yang berlaku di peringkat jawatan Presiden tetapi UMNO bak kata orang utara ‘pelan lama pelan lemah’.
Pemimpin-pemimpin besarnya tidak lagi mendapat penghormatan rakyat untuk membawa UMNO kepada kemenangan seperti yang dialami sebelum ini, kerana gaya dan kurangnya kejujuran dalam kepimpinan mereka.
Presiden parti tidak berupaya menunjukkan kemampuan berfikir dan bertindak secara efektif disebabkan oleh kelemahannya dalam banyak bidang kepimpinannya.
Semuanya ini dapat dinilai dan dibaca oleh rakyat yang sangat dahagakan pembelaan yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba.
Kelemahan presiden ditokok tambah pula dengan isu-isu peribadi timbalannya yang dikaitkan dengan banyak isu buruk dan hingga hari ini beliau masih tidak membuat apa-apa tindakan untuk membersihkan namanya.
Kita masih tertunggu-tunggu bila beliau akan membuat laporan polis terhadap tuduhan Raja Petra Kamaruddin tentang isu penglibatan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya.
Dalam isu seks di luar tabii Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan pada pihak polis oleh Saiful Bukhari, Najib dibayangkan oleh keadaan seperti orang yang merancang ‘conspiracy’ kotor untuk menjatuhkan kepimpinan Anwar di mata rakyat.
Ini semua menjadikan Najib seorang pemimpin yang sangat diragui orang ramai kerana tidak berani membuat laporan polis dan apa yang sewajarnya dibuat bagi membersihkan namanya.
Najib wajib mengakui hakikat bahawa imej seorang Perdana Menteri jangan sedikit pun tercalar kerana ini melibatkan kepimpinan negara, bukannya kepimpinan Persatuan Sepak Takraw Pekan, Pahang.
Maka tidaklah hairan Najib menjadi puas dan suka hati dengan perancangan Abdullah Badawi yang berjanji untuk memindahkan kuasa kepadanya pada bulan Jun 2010 dengan harapan UMNO akan menerimanya dengan mudah.
Di sinilah ‘intrigue’ Abdullah yang halus untuk mendapatkan ‘extension’ kepada kepimpinan lemahnya dengan menggunakan kekuatan Najib untuk terus berkuasa meskipun beliau (Abdullah) sudah dipandang sebagai pemimpin yang tidak releven lagi.
Dalam erti kata lain, kedua-dua pemimpin yang sudah hilang kewibawaannya ini bersekongkol sesama mereka bagi kepentingan masing-masing walaupun apa yang dikatakan peralihan kuasa itu merupakan satu tindakan yang tidak betul.
Ahli-ahli tidak dibenarkan membuat pilihan selain daripada mempersetujui sahaja perancangan mereka berdua. Sebenarnya, hanya ahli-ahli sahaja yang boleh dan layak untuk memindahkan kuasa daripada siapa dan kepada siapa.
Ternyata ini merupaka penipuan halus yang dilakukan oleh Abdullah dengan menggunakan keaiban imej Najib untuk berpaut pada kuasa yang digilainya itu.
Orang ramai berpendapat bahawa apabila sampai sahaja bulan Jun 2010 Abdullah akan terjumpa alasan kukuh untuk tidak memenuhi janji-janjinya kepada Najib.
Walaubagaimanapun, kita masih berpeluang untuk memperbetulkan nasib kita dengan pengisytiharan Tengku Razaleigh (TR) untuk menawarkan diri sebagai Presiden UMNO pada pemilihan yang akan datang.
Dengan adanya tawaran TR ini, maka rakyat masih mempunyai harapan untuk memilih beliau sebagai pimpinan unggul dalam keadaan kekosongan kepimpinan negara yang sangat mengerikan rakyat ini.
Jika tiada usaha TR maka pada pemilihan parti nanti ahli-ahli UMNO akan dipaksa untuk menerima sahaja apa yang diturunkan oleh Abdullah kepada kita di bawah ini untuk mendapatkan pengesahan dan terus berkuasa dengan rakusnya.
Kepada perwakilan-perwakilan UMNO, apa yang kita harapkan ialah agar mereka berfikir dan bertafakur sejenak sebelum mengundi.
Jika sudah berfikir dan bertafakur dahulu kami akan berasa puas dan lega.
Yang penting sekarang ialah UMNO mesti selamat untuk terus dijadikan landasan perjuangan kita di bawah kepimpinan yang boleh memberi jaminan hidup di dalam sebuah negara berdaulat yang aman rakyatnya.
Sekian……………………………………Aspan Alias
Kepimpinan Pak Lah MENJIJIKKAN !!
ReplyDeleteKalau dibiarkan keadaan begini berterusan semua ahli-ahli UMNO pun sama- MENJIJIKKAN ! Tiada lagi perkataan sekesat ini yang boleh dikatakan lagi.
Sudah tidak ada moral lagi !!!
I just cannot resist to comment on last night debate between Anwar and Shabery.First Round Anwar dah menang. TKO !! Bolehlah Shabery resign. Kualiti perdebatan berbeza sekali seperti langit dengan bumi. Hujah Shabery nyata meleset!
ReplyDeleteYes, it is unanimous Anwar has got the edge in the debate. Rakyat have given Anwar thumbs up. The debate backfired on Pak Lah's haprak and HP6 policy. Anwar got free publicity. kah,kah,kah !! Memang haprak and HP6 budak budak Pak Lah !!
Sebagai manusia kita tak tahu masa depan kita...begitu juga Najib...dia rasa enak dn puas akan merasa jadi PM pada tahun 1010! Pada tahun itu entah entah dia dalam jail..mana kita tahu...siapa masukkan dia ? Entah entah Dolah...Masa tu Dolah pun senang hati terus jadi PM hingga PRU 13...Masa tu Dolah ada alasan tak lantik orang lain ganti dia...
ReplyDeleteMelaka dulu negara Melayu yang gagah..tebilang cermelang gemilang...tapi oleh kerana pemimpin dah tak betul..Melaka dengan mudah kalah dengan Pertugis...dari sejak itu hingga tahun 1957 tanah melayu di jajah...dan dalam masa 50 tahun je Negara Melayu akan punah balik...di jajah dalam bentuk lain pula...apo nak di kato Pan...( Melaka dulu kalah pasal di lantik orang negori jadi Penglima Perang ..dia beri arahan...Seorang! Seorang !... Seorang!.. maka apa dah terjadi?seorang demi seorang askar Melaka mati!..lama lama habis mampus askar orang Melaka...Sebab itu orang takut nak ketengahkan rais...