Sewaktu kecil dahulu, saya selalu mengambil galah untuk menjolok atau mengait buah mangga dan setiap kali saya menjolok mangga itu saya akan meminta kawan-kawan saya untuk menyambut buah itu supaya tidak jatuh pecah ke tanah.
Selalunya yang menyambut itu tidak perlu bersusah-payah menerjah galah ke dahan-dahan; kerjanya hanya menyambut dan menerima buah-buah jolokan saya itu dengan mudah.
Peristiwa ini mengingatkan saya kepada seorang pemimpin yang nasibnya sama seperti saya menjolok buah dahulu.
Pemimpin yang saya maksudkan ialah Muhyiddin Yassin yang telah menerjah galah kepada Abdullah Badawi dan apabila Perdana Menteri itu turun yang pasti mendapat buah yang lemak itu ialah Najib, suami Rosmah Mansor merangkap Timbalan Perdana Menteri sekarang.
Sekarang Najib selesa dengan pencalonan yang penuh sedangkan Muhyiddin pula terpaksa berhadapan dengan Ali Rustam yang mendapat sokongan Abdullah dan juga mendapat doa restu daripada Najib untuk menang jawatan Timbalan Presiden.
Kata orang, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu? Ali sememangnya menjadi idaman Najib untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden kerana Ali tidak akan banyak karenah jika menjadi timbalannya.
Di samping itu, puak yang bersimpati dengan Abdullah pula akan memberi sokongan kepada Ali atas sebab-sebab yang orang ramai tahu iaitu untuk mengenepikan Muhyiddin yang mulut celupar yang menyebabkan Abdullah terpaksa berundur.
Yang menariknya lagi Najib pula berkata, “The more the merrier” apabila jawatan Timbalan Presiden itu ditandingi oleh 3 orang calon apabila Muhammad Taib juga layak untuk bertanding.
Najib mampu bercakap seperti itu kerana dia sudah selamat dan boleh tidur nyenyak sampai ke pagi, tetapi Muhyiddin masih terjaga tengah malam berkali-kali untuk menunggu hari nak siang.
Ternyata usaha Muhyiddin untuk menumpang kekuatan Najib dengan meminta supaya semua bahagian mencalonkan Najib sebagai presiden, sebagai satu usaha yang sia-sia.
Najib seperti sifatnya yang semulajadi tidak mahu memberi komitmen terhadap Muhyiddin yang bertanggungjawab menjatuhkan Abdullah untuk kepentingannya tidak mahu memberi komitmen untuk menyokong Muhyiddin secara terbuka.
Adalah natural bagi Najib untuk berasa selesa jika Ali Rustam menjadi Timbalan Presiden kerana Ali akan mudah untuk dikendalikan.
Ali akan sokong Najib tanpa belah bagi selaku Perdana Menteri.
Ali memang menyokong taat kepada sesiapa sahaja yang menjadi PM, malah keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden ini adalah tanda taat setianya kepada Perdana Menteri, Abdullah Badawi.
Jika Ali berjaya menjadi Timbalan Presiden, ramai yang berpendapat bahawa sepupu Najib, Hishamuddin Husein akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kerana Ali hanyalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.
Itulah sebabnya kumpulan Najib berusaha sepenuhnya untuk memenangkan Hishamuddin sebagai Naib Presiden.
Intuition saya berat mengatakan bahawa Muhyiddin akan mengusap jari seperti cucu saya yang berumur 10 bulan itu.
Kalau suatu ketika dahulu Tun Abdul Razak memilih birasnya Tun Husein Onn sebagai Timbalannya, tidak beberapa lama lagi Najib Tun Razak akan melantik sepupunya untuk menjadi Timbalannya.
Akhirnya kita semua dalam UMNO hanya menjadi hulubalang untuk keluarga yang sama buat selama-lamanya.
Kadang-kadang kesian juga saya tengok nasib Muhyiddin ini, tetapi apakan daya nasibnya itu adalah ditempahnya sendiri.
Sebelum sampai tarikh pertandingan itu saya cadangkan jenguk-jenguklah orang-orang Johor sendiri.
Muhyiddin tidak boleh salahkan sesiapa jika dikorbankan oleh orang yang berjaya disebabkan oleh pengorbanannya.
Muhyiddin mungkin orang pandai tetapi kebijaksanaannya kurang.
Sekian…………………………………Aspan Alias
assalamualaikum..
ReplyDeletekegopohan Muhyidin mungkin membawa padah kepada dirinya sendiri...pertandingan ini mungkin akan melihatkan kepada kita tahap kesetiaan masing masing kepada parti apabila keputusan siapa menang dan kalah mac nanti...
Sdr Aspan,
ReplyDeleteSebenarnya didlm politik, perkara biasa,kejadian org lain menjolok tetapi org lain pula yg meyambut buahnya, itulah perjuangan namanya.
Dan yg lebih malang,org yg menjolok
kadang-kadang di sengat tabuan, lebah atau lain-lain.
Manakala org yg menyambut di anggap wira kerana berjaya membawa pulang buah dng selamat, tetapi org yg menjolok terpaksa masuk hospital.
Itulah realiti politik, sebelum merdeka dulu pun begitu, org yg berjuang keluar masuk penjara ialah Ahmad Boestamam, Pak sako, dan lain-lain yg seangkatan dngnya
tetapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman yg tidak pernah pun masuk penjara, malah menjadi pegawai kerajaan british di ketika itu pula menjadi PM.......apo nak di kato.....nasib badan lah.......
Salam, Saya stuju dgn analisis tuan. Nampak gayanya Muhyidin kena bsabar sebab dia pun bukan anak siapa2...tiada kaitan dgn PM tdahulu pun!
ReplyDeleteSeperti saudara, Muhyiddin sendiri yang merelakan dirinya untuk 'menghentam' Pak Lah. Kenapa?
ReplyDeleteMemang patut Pak Lah marah dan meletakkan calon lain untuk menyaingi Muhyiddin. Pun begitu Pak Lah tidak berkempen untuk calon yang diletakkannya secara tidak dapat dibuktikan oleh sesiapa. Inipun hanya persipi orang yang terlalu bijak seperti saudara. Betulkah Pak Lah meletakkan Ali sebagai calon untuk menyaingi Muhyiddin? Atau mungkin Muhamad Taib?
Sekiranya Ali mengalahkan Mudyiddin dalam jawatan Timbalan Presiden, Mungkinkah Hisham yang akan menjadi TPM? Ini hanya congak sadudara semata.
Yang macam saudara ni terlalu ramai yang main blog. Yang inilah saya kira menjatuhkan UMNO dalam PIRU ke 12 dulu. Bukan ahli UMNO atau golongan lain agaknya.
Apa nak buat, orang umno memang tak dapat berfikir dengan waras lagi...apa ya dia orang tahu....ada masukkkkkk..itu aje...itu yang Dr. M kata ...Melayu ( UMNO) mudah lupa.
ReplyDeletekalau orang melayu ingin berkuasa memerintah malaysia, muhyiddin yassin harus menang.
ReplyDeleteAbdullah Badawi memang lemah kerana membawa keluarganya bersama memerintah malaysia.
muhyiddin yassin melawan abdullah kerana didesak oleh akar umbi yang abdullah harus meletak jawatan dari bulan mac lagi selepas pru 12 tapi degil.
tapi yang pasti perwakilan dari johor dan kedah sudah pasti menyokong muhyiddin yassin.
sekian.........pogadai
TSMY dibenci penyokong-penyokong Pak Lah kerana padang ragut mereka dah kena racun rumpai. Macamana nak meragut lagi?
ReplyDeleteDengan sekadar 'menyergah' Paklah, Muhyiddin dengan mudah mendapat pencalonan tertinggi untuk jawatan Timbalan Presiden sedangkan lawannya berhempas pulas siang dan malam malah hingga ke saat akhir barulah mendapat pencalonan yang melepasi kelayakan.
ReplyDeleteDari segi tenaga, Muhyiddin masih terlalu banyak menyimpannya sehingga Mac sedangkan lawannya penat dan lelah.
Walaupun ada menyatakan politik wang, rasuah atau sebentuk dengannya akan berleluasa, itu tidak dapat dinafikan tetapi itu bukanlah satu kayu ukuran yang boleh menjadi penentu, takut takut kayu makan tuan.
Kekuatan sebenarnya banyak bergantung kepada 'kebenaran' kerana itulah yang dituntut oleh akar umbi (majoriti perwakilan) dan sebarang bentuk pemberian dari mana mana pihak akan 'disambut' dengan poket terbuka dan senyum lebar.
Najib dan UMNO harus menilai rupabentuk mereka jika Muhyiddin bukan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk menghadapi PRU13.