27 October 2009

Landskap Baru Politik

Ramai kawan dan kenalan bertanya kepada saya apa dia yang saya maksudkan ingin melihat satu landskap politik baru dan meminta saya memberi cadangan rupa bentuk landskap yang baru itu.

Pertamanya, saya ingin mengakui bahawa saya tidak mampu untuk mencadangkan apa-apa; hanya saya sudah terlalu tidak berkeyakinan tentang kaedah pelaksanaan mentadbir rakyat yang berbilang kaun, agama, budaya dan cara hidup yang pelbagai ini.

Saya mengharapkan pemimpin-pemimpin yang mampu dan berpengalaman untuk menjana bentuk yang baru yang saya tidak pandai untuk memberikan pandangan itu.

Tambahan lagi, saya bukan untuk memainkan peranan itu sebabnya saya hanyalah rakyat biasa yang hanya menulis mengikut pandangan saya sahaja dan tidak ada jalan bagi saya untuk membuat apa-apa cadangan yang formal.

Semua mesti faham bahawa blog saya ini hanya untuk saya menulis tentang pandangan peribadi saya dan tidak ada niat untuk mempengaruhi sesiapa. Hanya saya yakin yang apa yang saya tulis ini merupakan pandangan banyak pihak yang saya selalu mengadakan interaksi peribadi dengan mereka.

Tetapi apa yang pasti ialah sebelum kita mengorak langkah untuk pembaharuan itu dan ingin membawa perubahan,mereka mesti faham tentang apa sebenarnya masalah-masalah serta implikasinya dan mencari fomula pembetulannya.

Yang terpenting di sini ialah sesiapa yang ingin membawa perubahan ini mesti akhirnya membawa perkara-perkara yang berikut untuk penyelesaiannya:-

1). Penyatuan kaum yang real dengan berpaksikan pada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Negara.

2) Satu pelan yang radikal untuk semua ketua kaum-kaum yang ada duduk di meja rundingan bagi mempelopori usaha membawa politik yang baru kerana politik yang ada sekarang sudah tiada lagi mayanya untuk menjamin masa depan yang baik.

3) Penyertaan yang equitable bagi semua kaum dalam semua bidang; samada politik dan ekonomi serta bidang-bidang yang lain. Misalnya, jika orang Melayu ada 60% jumlah penduduknya maka orang Melayu perlu ada 60% penyertaan dalam bidang Legislature.

4) Peranan Raja-Raja Melayu perlu diperkuatkan dan dilindungi sebagai Institusi yang menjaga kedaulatan rakyat berbilang kaum dan sebagai penjaga kepada keselamatan negara khususnya memelihara rakyat Baginda daripada perpecahan antara kaum-kaum dalam jajahan takluk Baginda.

5) Menghalakan politik negara ke arah politik sistem dua parti dan di dalam kedua-dua pihak ini mestilah diwakili oleh kaum-kaum mengikut jumlah penduduk kaum-kaum tersebut. Dengan cara ini maka perwakilan mengikut jumlah penduduk akan wujud dalam Legislature baik di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

6) Memperkukuhkan definasi pengasingan kuasa antara Eksekutive, Legislative dan Judiciary wajib dikembalikan seperti yang pernah kita nikmati dahulu. Pencerobohan terhadap sistem Kehakiman pada tahun 1988 dahulu telah menjadikan bidang Kehakiman diragui oleh semua pihak sehingga hari ini.

Sebagai seorang rakyat yang kerdil, itu sahaja yang termampu oleh orang-orang seperti saya untuk memaparkan pandangan tetapi inilah sebenarnya perkara-perkara pokok yang paling asas yang perlu diambil kira untuk memastikan rakyat mengembalikaqn allegience yang tinggi terhadap nagara.

Bidang Kehakiman dan Judiciary perlu menjadi badan yang bebas dalam erti kata yang sebenarnya kerana dengan ini tidak ada lagi apa yang selalu disebutkan sebagai selective presecution dan selalu ada exeption kepada undang-undang yang digubal oleh Law Maker kita.

Ini adalah kemestian jika kita benar-benar mahu melihat generasi kita hidup dalam sebuah negara yang diyakini dan sebagai sanctuary yang aman dan bersih daripada noda politik dan lain-lain.

Apa pula kriteria pemimpin yang ingin membawa perubahan radikal ini? Persoalan ini wajib diselesaikan oleh pihak-pihak yang berwajib yang telah dipertanggungjawabkan oleh Perlembagaan Negara yang sedia ada.

Perlembagaan yang ada sudah cukup untuk melakukan perubahan ini walaupun telah banyak dirungkai oleh politik yang kotor dahulu.

Tetapi sebelum itu kita terpaksa akui mana-mana pemimpin yang telah tercemar nama dan imejnya tidak boleh terlibat dlm proses melakukan perubahan ini dan ini merupakan etika asas bagi melaksanakan perubahan ini.

Pemimpin yang ingin melakukan perubahan berwajib untuk menjaga nama baik peribadinya dan jika ada dikaitkan dengan insiden-insiden yang buruk seperti rasuah serta jenayah yang lain.

Jika ada tuduhan media misalnya terhadap individu pemimpin itu, dia wajib membersihkannya dahulu melalui mahkamah samada di dalam atau diluar negara.

Ini bukan perkara yang boleh diambil mudah, Ini adalah hal yang melibatkan kepimpinan negara.

Jika kita sebagai individu hidup dalam masyarakat kariah kita, Negara pula hidup dalam masyarakat antarabangsa. Nama baik Negara bukannya satu perkara yang mudah untuk dijaga dan dipelihara.

Di mana-mana kita mendengar gosip yang mengatakan Menteri itu rasuah, Pegawai Tinggi Kerajaan itu dan ini rasuah serta menggunakan kedudukan membina kekayaan keluarga, Menteri Besar itu melalui proxynya dapat kontrak yang besar dan sebagainya.

Tetapi apabila sampai Pilihanraya Umum mereka measih dicalonkan dan Pegawai Tinggi Kerajaan yang dikatakan menyalahgunakan kuasa masih naik pangkat dan ini semua membuatkan mata rakyat bertahi apabila melihat mereka.

Badan yang terlibat menangani isu rasuah pula senantiasa tidak dapat membuktikan kesalahan-kesalahan itu. Keputusan yang kita dengar hanya satu; tidak cukup bukti.

Tetapi yang menghairankan jika pihak yang berwajib mahu seseorang itu disabitkan kesalahannya mudah pula mereka untuk membuktikannya.

Contohnya, bulu Anwar Ibrahim yang halus yang tercabut di atas tilam pada 1993 dahulu dijumpai pula pada tahun 1998. Kita masih ingat pihak pendakwa telah mengusung tilam ke Mahkamah saban hari untuk membuktikan kesalahan Anwar ini.

Bak kata perpatah, "kuman di seberang laut nampak dipandang tetapi gajah dibibir mata tidak kelihatan."

Ini merupakan salah satu daripada contoh yang kita lihat dengan jelas bahawa negara kita mempunyai 2 set undang-undang; satu untuk mengorbankan orang yang dibenci, satu lagi untuk memelihara orang yang bersalah.

Maka itulah sebabnya rakyat sudah merasakan ketidakadilan ini sudah sampai mencucuk mata mereka.

Tetapi jika kita bersuara kita pula dihujani kritikan pedas kononnya kita tidak setia kepada parti dan negara.

Saya dihujani oleh seorang dua penkritik dengan kata-kata nista, kononnya saya tidak jujur dan mempunyai agenda peribadi, tetapi Tuhan sahaja yang tahu tentang tujuan saya.

Yang anehnya, mereka membuat kritikan berselindung di sebalik Anonymous dan tidak pula mahu menunjukkan identitinya. Mereka menggunakan bahasa yang kesat seperti ‘asshole’, pooraah dan kata-kata keji yang lain yang melambangkan kedhaifan mentaliti mereka.

Seorang kawan saya menasihati saya, “Let them, they are like that and that comes with their blood, and nothing you can do about it. Maybe they are ill bred as they can’t find good words to express out their feeling”. Saya setuju dengan nasihat itu.

Itulah sebabnya saya tidak berminat untuk menjawabnya kerana saya akan hanya memberikan reaksi kalau mereka memberikan sebab-sebab dan dalil tentang kesalahan yang saya lakukan.

Saya pun tidak faham bagaimana mereka ini boleh ‘menyelam air dalam tunggak’...tentunya mereka ingin menunjukkan bahawa mereka adalah insan yang kamil dan boleh mengambil alih afa’al dan asma’ Tuhan yang Maha Esa.

Tetapi yang tentunya keadilan sampai ialah semasa kita bertemu di yaumil mahsyar nanti.

Itulah sebabnya ramai antara rakyat yang sudah melampaui batas pemikiran untuk menuntut pembaharuan dalam kepimpinan negara.

Negara ini rakyat yang punya; mereka berhak untuk mengeluarkan pendapat mereka walaupun pedih telinga mendengarnya.

Rakyat berhak untuk menentukan generasi mereka terjamin kehidupan mereka dalam semua bidang. Itu bukan sahaja tuntutan bangsa dan negaranya tetapi ianya juga adalah tuntutan Agamanya yang Maha Suci.

Setakat ini dulu, kita berjumpa lagi di hari yang lain jika umur panjang.


Sekian……………………………………………Aspan Alias

9 comments:

  1. Saudara Aspan,

    Satu article yang baik untuk meraih simpati dikalangan pembaca blog saudara. Syabas !!

    Saudara kena terima hakikat bahawa pandangan orang lain terhadap saudara secara peribadi dan juga penulisan saudara berbeza-beza. Ada yang memuji dan ada yang mengeji. Ini saudara terpaksa terima apabila blog saudara dibuka kepada semua pembaca untuk membuat komen.

    Saudara mesti terima hakikat ini dan mengawal perasaan diri saudara. Ini adalah satu dugaan untuk menguji sejauh mana keterbukaan sikap saudara apabila menerima kritikan yang pedas dan yang tidak sehaluan dengan pendapat dan pandangan saudara. Saudara tidaklah boleh mengharapkan 100 peratus bahawa pendapat dan pandangan saudara sahaja yang betul.

    Ada hikmahnya, iaitu supaya saudara dapat "menaik tarafkan qualiti penulisan saudara" umpama menaik taraf jalan kampong dari jalan tanah merah kepada jalan tar.

    Yang penting dalam penulisan saudara ialah mesti ada keikhlasan, hati mesti berseh dan jangan cuba hendak menyelitkan unsur kebencian dalam penulisan saudara. Adalah lebeh elok lagi kalau penulisan saudara tidak bias dalam segala analisis saudara tentang sesuatu topik yang saudara paparkan.

    Mesti diingat bahawa pembaca blog saudara mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang muda dan ada yang tua. Ada yang intellectual dan ada yang sederhana. Ada lawan dan ada kawan.

    Akhir kata, DON'T BE EMOTIONAL-lah !!

    Saya perhatikan banyak komen-komen menyebelahi pandangan saudara sahaja. Tidak ada yang mencabar saudara. Sama ada ini satu coincidence atau sengaja saudara "pick and choose" komen-komen yang hanya memihak kepada pandangan saudara sahaja yang saudara postkan. Tidak ada challenge. It is too dry and not exciting and colurful at all. Stereotype sahaja!!

    Ini memcacatkan kewibawaan saudara sebagai penulis blog yang disegani !!!

    Fikirkanlah !!

    ReplyDelete
  2. Sdt anonymous, walaupun saya berat hendak menjawab komentar Anonymous, tapi kali ini saya mengambil keputusan untuk menjawab.

    Sayabersedia untuk diberikan kritikkan tetapi yang saya maksudkan dalam tulisan saya itu ialah mereka yang berselindung disebalik Anonymity ini menggunakan bahasa yang tidak civil seperti pooraah, asshole dan sebagainya tetapi mereka tidak memberikan hujjah.

    Hanya menggunakan kata-kata kesat bila tak dapat menafikan hujjah saya.

    Kalau sdr tengok saya terbuka dengan detail saya; nama saya, alamat saya pun ada.

    Kalau hendak berbahasa kesat bukannya dalam kita memperkatakan isu yang besar.

    Kalau tidak dapat berhujjah takkanlah memilih untuk mencaci dengan kata-kata yang hina.

    Itu maksud saya. Saya sebut ini untuk mengingatkan kita semua termasuk diri saya jika kita gunakan bahasa kesat ianya melambangkan yang kita saolah-olah tidak dididik oleh ibu bapa kita.

    Bukankah kita ini orang Melayu; ada adab dan adat untuk diperhatikan sentiasa.

    Maaf jika jawapan saya ini kasar; takut-takut ada orang menunjukkan personal prejudicenya disebalek Anonymous lagi.

    ReplyDelete
  3. Ya lah Encik Aspan,
    ramai komentar dalam blog itu melambangkan peribadi yang tidak ada temaddunnya.
    isinya tak ada tetapi memaki hamun orang lain macam tidak pernah pergi kesekolah.
    saya suka Encik Aspan tidak sorok nama bila menlis..terbuka dan berani tapi tak ada saya terjumpa istilah hina seperti 'asshole' pooraah, pundek dan sebagainya.
    jaga bahasa itu kerana ia melambangkan keperibadian.
    syabas encik aspan.

    ReplyDelete
  4. Jika dilakukan apa yg sdr sarankan itu, tidakkah akan berpecah Melayu?

    Kalau itu terjadi maka tak benarlah yg Melayu tidak akan hilang didunia.

    abb

    ReplyDelete
  5. ahamadbaba,
    Saya tidak takut, kerana 'Melayu tidak akan hilang didunia'.

    Apa yang saya takut 'Melayu akan hilang dunianya' jika kita masih leka dinyanyikan oleh unsur-unsur yang melekakan kita.

    Itulah sebabnya ramai orang Melayu termasuk diri saya sentiasa mengingatkan sumua pihak supaya kita berubah dngan landskap politik yang baru bagi kita membaharui langkah untuk kita terhindar dari musibah kehilangan dunia kita ini.

    Fikir-fikirkanlah

    ReplyDelete
  6. Sdr,
    saudara telah memberikan cadangan yg baik. Jika ada pemimpin yang boleh melaksanakan cadangan sdr untuk memperbaiki UMNO ini, tentu banyak lagi elemen-elemen yang perlu ditambah.

    Setakat yang saudara tulis itu cukup untuk elemen asasnya.

    Sdr sudah memikirkan perkara yang penting yg sedang dalam membentuk politik baru yang saudara maksudkan.

    ReplyDelete
  7. UMNOkan dah berubah. Itulah lanskap politik baru. Nak macam mana lagi, Sdra Aspan. Bagilah contoh yang praktikal yang boleh diterima rakyat. Nak buang semua pemimpin UMNO yang ada ke? Siapa agaknya yang boleh memimpin UMNO?

    Melor

    ReplyDelete
  8. Melor,
    Orang cakap pasal lain you cakap pasal lain. Aspan kata landscap baru politik. You cakap pasal UMNO.
    Melor tahu tak dalam negara kita ada parti lain selain dari UMNO?
    Aspan kata total politicallandscape, termasuklah perhubungan diantara kaum dan isu-isu yang lain.
    Sekarang parti-parti dalam BN sendiri tak senonoh.
    Aspan minta structural changes bukan perbahan dlm UMNO.

    Itu pasalnya kalau nak meraba biar kena pada tempatnya.

    Eloklah Melor baca betul betul. Kalau tak faham apa orang kata, duduklah sebagai pemerhati yang baik

    Maaflah Melur.

    ReplyDelete
  9. boy,

    What structural changes? What new political lanscape? Those are just "big words".

    That is why I ask Sdra Aspan to elaborate what he means by new political landscape. I am sure Sdra Aspan has got the right answer and would appreciate if he could respond further.

    In this instance, since I believe Sdra Aspan is an UMNO member ( please confirm, Sdra Aspan) I think it is relevent to mention about current UMNO's new political landscape with the changes of the new leadership at the helm and the changes in the UMNO constitution. That is one step forward to make UMNO relevent which can be considered as new political landscape.
    As for "totally" new political landscape to materialise as suggested by Sdra Aspan, my personal view is that I think it is just a dream. Lets be practical. The existing system that we have is OK. All you need is just to make continuous adjustment along the way as we move forward. No doubt it is a slow process but at the end of the the day the political landscape will grow into maturity when our society becomes more sophisticated and very demanding in our outlook.


    Melor

    ReplyDelete