Dalam posting saya yang lepas, saya telah menulis tentang 1Malaysia yang saya katakan satu Malaysia tidak memahami maksud slogan itu.
Saya mendapat respon yang banyak daripada orang ramai.
Ramai yang bersetuju dan tidak kurang juga yang membelasah saya kerana menulis article yang mereka anggap bertujuan untuk mempersendakan pimpinan kita khususnys DS Najib, pencipta slogan ini.
Samada anggapan mereka itu betul atau salah biar saya sahaja yang tahu kerana hanya saya sendiri yang tahu siapa saya dan niat saya untuk berkata-kata demikian.
Saya tahu mereka bukan Tuhan atau Aulia-Aulia untuk menyelam dalam Qalbi saya dan kita hanya boleh tahu di Yaumil Mahsyar nanti.
Ada yang menuduh saya tidak ikhlas; itu pun tidak mengapa kerana hakikatnya sifat ikhlas itu adalah sifat Tuhan yang Maha Esa.
Saya pun tidak berani hendak mengaku saya ini ikhlas kerana saya manusia biasa yang bersifat baharu yang amat jauh daripada sifat Tuhan yang qadim itu.
Saya takut untuk mengaku bahawa saya ini sudah sampai ke tahap sesifat dengan sifat Tuhan iaitu IKHLAS.
Kalau ada yang berani mengatakan dia IKHLAS silakanlah saya tidak berani..itu sifat Tuhan.
Saya mengakui diri saya ini kecil di sisi Tuhan, saya adalah lebih kecil daripada habuk di atas tunggul…beramal kurang, berubudiyah pun kurang...dan saya tidak tahu samada saya berada dalam keredhaannya walaupun saya sentiasa berdoa untuk berada di dalamnya.
Ada yang meminta saya bertaubat dengan Tuhan kerana kononnya saya mencerca DS Najib dan saya amat banyak dosa yang tidak terampun semata-mata kerana saya mempersoalkan 1Malaysia yang sedang digembar-gemburkan.
Saya juga mengakui saya banyak dosa tidak seperti orang yang menyuruh saya bertaubat itu…tidak berdosa dan tidak payah bertaubat.
Saidina Umar Al-Khatab pun pernah berkata, “Jika semua umat di muka bumi ini akan dimasukkan ke dalam syurga kecuali seorang, saya amat khuatir yang seorang itu adalah aku”.
Itula kata-kata Saidina Umar. Siapalah saya untuk menidakkan bertaubat itu adalah kemestian bagi sesiapa yang ingin mencapai kemukmininan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pengkritik yang meminta saya bertaubat itu.
Saya berasa envious kepada mereka yang tidak payah bertaubat dan yakin diri mereka adalah golongan yang begitu bersih yang saya tidak mampu untuk mencapainya.
Tetapi anehnya, tidak pula mereka meminta perasuah-perasuah besar untuk bertaubat. Perasuah-perasuah yang telah menjahanamkan kantung kerajaan itu terlepas pula daripada dosa.
Bagaimana pula mereka yang melindungi penjenayah-penjenayah kolar putih di kalangan mereka yang berkuasa dan mempunyai jawatan penting dalam Kerajaan?
Bagaimana pula mereka yang telah melacurkan sistem Perundangan dan Kehakiman selama ini yang telah meruntuhkan Institusi-Institusi luhur yang telah menjadi benteng kapada keutuhan dan keselamatan Negara selama ini?
Bukankah semuannya itu kerja-kerja yang berdosa? Kenapalah dalam hal dosa pahala pun ada perbezaan antara seseorang dengan seorang yang lain.
Cukuplah setakat selective persecution yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin; ‘yang ini masuk penjara tetapi yang ini jangan berbuat apa-apa, dia orang kita.’
Saya tidak faham perasuah tidak dianggap berdosa tetapi saya yang mempersoalkan 1Malaysia ini dianggap sebagai seorang penjenayah yang berdosa besar.
Tetapi ancaman-ancaman kepada saya dibuat secara perang gerilla; tidak berani untuk menunjukkan identiti mereka. Berselindung pula di sebalik nama samaran atau anonymous.
Kenapa tak buat seperti saya. Saya letak nama dan alamat dan saya berkata-kata dengan muka saya terpampang.
Secara peribadi saya hanya mempersoalkan di mana dia 1Malaysia itu?
Kalau benar 1Malaysia itu real dengan penampilan tidak mengira warna kulit, Agama, budaya dan lain-lain kenapa multiple Malaysia masih wujud dan tiada usaha ke arah merealisasikan slogan tersebut?
Kenapa orang-orang Melayu tidak ada sekolahnya, tetapi rakan-rakan kita ada sekolah Cinanya, ada sekolah Indianya, tetapi kita hanya melopong tidak ada sekolah Jenis Kebangsaan Melayunya.
Kalau benar-benar hendakkan 1Malaysia tutuplah sekolah-sekolah Cina dan India seperti di Indonesia dan Thailand dan semua anak-anak bangsanya belajar dalam sekolah kebangsaan.
Bukankah perpaduan itu hanya efektif jika diasuh daripada peringkat sekolah?
Ini hanya satu contoh yang nyata. Kalau benar itu yang kita hendak, make it real. Jangan setakat hendak nyanyikan lagu 1Malaysia sahaja.
Kalau ini kita lakukan pula maka bagaimana dengan perjuangan UMNO yang memperjuangkan kebudayaan Malaysia yang berteraskan kebudayaan Melayu contohnya?
Bab 3 perlembagaan itu merupakan teras kepada perjuangan orang Melayu. Itulah yang diputuskan oleh datuk nenek kita dahulu.
Silalah baca betul-betul Bab 3 Perlembagaan parti kita itu. Walaupun 1Malaysia tidak melanggar perlembagaan Persekutuan tetapi ianya bertentangan dengan perlembagaan UMNO yang Najib menjadi Presidennya dan kita menjadi ahlinya.
Kalau kita sudah percaya kepada perjuangan DAP mari kita sertai DAP ramai-ramai termasuk DS Najib dan dia boleh terus jadi PM jika jawatan itu adalah ultimate baginya.
Pendeknya kalau hendakkan 1Malaysia buat betul-betul. ..bubarkan UMNO jika UMNO membuatkan pemimpin kita susah untuk memimpin negara ini.
ATAU dipinda sahaja Bab 3 perlembagaan UMNO. Hilangkan semua bab-bab yang memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan hilangkan terus identiti Melayu yang ada dalam perjuangan UMNO itu.
Memang benarlah kata-kata bijak pandai; jika satu-satu bangsa itu hilang di dunia, elemen penting yang hilang dahulu ialah identitinya.
Nampaknya situasi itu sudah sangat hampir kepada bangsa Melayu kita.
Kata-kata "bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia" itu benar, tetapi kata-kata yang "Melayu akan hilang dunianya" juga benar jika pemimpin-pemimpin Melayu sudah lupa untuk memperjuangkan bangsanya sendiri.
Saya takut kalau suatu hari nanti rakyat tidak mahu lagi apa-apa daripada pemimpin.
Yang mereka mahu nanti ialah supaya pemimpin membuka mulut mereka lebar-lebar kerana nak tengok lidah jenis apa yang ada di dalamnya; lidah manusia atau……!
Elok saya berehat di sini dan saya sambung lagi dalam dua tiga hari nanti jika nyawa saya masih ada.
Sementara itu pada sesiapa yang berhajat sangat hendak memfaraidkan negara Melayu ini silalah. Puaskan kehendak hati.
Sekian………………………………………………..Aspan Alias
Najib is certainly wanting to hook-wink non Malays to support him.
ReplyDeleteHe has to do lots of acting at the site bro.
We understand that but he is going to fail in a matter of time.
watchful
Biarkan...biarkan...negara ini depa punya.
ReplyDeleteprojek-projek bini depa punya. Kita dapat kuah pun cukuplah!
Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada mulut tutup.
Sebagaimana yang saya katakan terpulanglah kepada orang ramai memikirkan segala-galanya.
ReplyDeleteNasib kita, kita yang menentukan dengan izin Tuhan.
Sdr ku Aspan,
ReplyDeleteSdr telah menulis minggu lepas tentang landskap baru politik.
Apa yang sdr mimpikan dan yg sdr mahu lihat.
Sepatutnya sdr ada cadangan yang detail selain dari yg sdr tulis itu.
danial
Aspan,
ReplyDeleteWhatever worth your writing, you are very frank and not many people would do like you.
As far as I am concerned, I agree with you that the Malays have been sacrificing a lot and our leaders are still giving in.
Nothing much we can do, as UMNO members like them to be deceived.
We are in perpetually taken for a ride, I must say.
Your opinion will only be appreciated if one remembers what you write when they are in mitigated problems; may be long after our death.
ANYWAY you have the stamina, you continue writing.
joe FELDA
Tidak ada siapa pun menafikan yang sekolah cina dan india yang ada bukan secocok dgn 1Malaysia.
ReplyDeleteTetapi slogan itu dicanang kehulu kehilir.
Tidak ada siapa dikalangan org UMNO bertanya tentang kesesuaian 1Malaysia dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin kita.
Sabar Aspan,
ReplyDeleteKau ada pemikiran tetapi masyarakt kita memang masyarakat yang tidak mahu berfikir panjang.
Dapat gaji, cukup makan dia oang happy.
Masa depan bangsanya bukan tanggungjawab mereka.
Mereka akan kata itu pemimpin punya hal.
Itu sebab mereka mudah ditipu.
sam
Joe FELDA,
ReplyDeleteUMNO is in a weak position. That's why the Malays have to sacrifice a lot. The Malays are not united. We continue to condemn UMNO and its leaders. As a result, this is what we get. Don't blame others. I think we deserve it !!
UMNO will be much stronger if the Malays and their UMNO leaders tak mudah lupa !!Simple !! Sekarang sudah terlajak !! Gigit jari je lah !!
Joe Cocker
Ikan itu busuk bermula dari kepalanya. Kalau kepala dan ketua UMNO itu rosak rosaklah UMNO itu.
ReplyDeleteIni jawapan kepada joe cocker.
For UMNO to wrest its muscle to rule like what they used to practise is over.
ReplyDeleteUMNO telah rosak sampai keakar umbinya. UMNO sudah hilang rupanya, sifatnya dan perjuangannya.
1Malaysia menjauhkan lagi UMNO dari perjuangannya. Dibawanya rakyat mengembar gemburkan slogan itu sampai orang Melayu lupa yang mereka disesatkan dalam perjuangan.
Sesungguhnya orang Melayu sudah hilang perjuangan.
Unfortunate what leaders these are of 'crab' kind.
Aspan, u are brave to write article to community who is not thinking.
ReplyDeleteEverything is collapsing. Our culture, attitude, values been and all others have are destroyed.
Let God decides bro.
sdr, betul kata sdr yang bab 3 perlembagaan UMNO jelas menunjukkan yg 1Malaysia bertentangan dengan peruntukkan dan perjuangan parti itu.
ReplyDeleteKalau macam tidak ada faedahnya jadi ahli UMNO. Lain yg buatnya.
sam
Aspan,
ReplyDeleteYou just keep your noisy mouth shut.
You an UMNO member isn't it? When you are in there u are supposed to keep quiet tuan.
That is the rule of the day if u are an UMNO man.
independent
Aspan, when you talk about subject of politics, you have to keep your ori view to yourself.
ReplyDeleteSaying it rightly is already killing you.
Just say what they want to hear and I agree to the view of 'independent' who has just said d same.
It is always natural that a weak leader is always sensitive to negative comments bro.
This is like a police state, if you realise it.
sdr independent,
ReplyDeleteSaya setuju dgn pandangan sdr. Maksud sdr tu kita mesti mengangguk macam burung balam kan?..susahlah nak dapat dari saya.
Saya dah baca bab 3 perlembagaan UMNO.
Sekarang saya dah tahu maksud penulis. Saya persoalkan lidah dalam mulut itu jenis apa.
ahliUMNO phg.
independent,kryor and ahliUMNO phg,
ReplyDeleteThanks for your advice but I am not sure whether I should stop talking.
This country is owned by everybody including me and everyone has his or her right to say anything for the country.
Sometime I don't have the patience of watching and hearing the shenanigans of leaders who destroy the basic fabric of politics especially so with Malay politics.
If one thinks that what I say is unjust just ignore me.
BUT there are many out there who want to see me writing something about certain issues relating to the current happenings.
I offer you my gratitude for your civil comments.
Thanks to you all.
Aspan,
ReplyDeleteThe crux of UMNO's problems is due to accumulation of unaddressed issues that was swept under the carpet by Mahathir, Pak Lah and Najib.
Here we are; stuck with unmitigated issues which is too numerous for weak leader to solve it.
So be it. We just watch and see the sequence of events after this.
jeff
"Melayu akan hilang dunianya" itu benar....lihat saje pemimpin2nya dari pebangkang atau pemerintah.
ReplyDelete"Bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia" itu pun benar, kerana ramai orang Melayu ada di America, Eropa, China, Afrika dan lain2 benua!
Kita ahli-ahli UMNO dikencingkan oleh pemimpin pemimpin kita.
ReplyDeleteMemperjuangkan hak org Melayu.
Memperjuangkan kebudayaan Malaysia berteraskan kebudayaan Melayu
Itu diantaranya yang ada dalam perlembagaan UMNO.
Tetapi sekarang nampaknya kebudayaan kita berteraskan kebudayaan berbilang kaum'
Maka hilanglah identiti kita Melayu.
Sokonglah! sokonglah! 30 puluh tahun lagi Melayu akan tidak ada identiti lagi.
Nanti generasi kita akan menagis tidak berlagu.
kesalnya kami tidak terkira.
Org-org cina berjuang untuk mendapatkan hak sehinggakan mereka masuk hutan pada tahun 47 dahulu dan sekarang mereka telah mendapat segala-galanya termasuk kekuatan politik.
ReplyDeleteSekarang org Melayu pula terpaksa berhempas pulas untuk mempertahankan hak mereka.
Org cina dari tiada apa-apa sekarang dapat segala-galanya.
Org Melayu pula daripada ada sikit-sikit sekarang akan hilang segala-galanya kerana kecuaian pemimpin-pemimpin Melayu.
Tak apalah kita dah tak ada lagi pejuang kental kita terima sajalah Encik Aspan.
Tak usahlah sdr berjuang lagi. latihlah anak-anak kita untuk duduk dalam hutan.
Kalau duduk dlm hutan kita tidak nampak yang bangsa kita terbiar.
Tak usah bersedih, usah menangis.
Mungkin itu nasib kita.
miskintegar
UMNO is led by businessmen. So they make good business out of us.
ReplyDeleteRemember their business partners are all Chinamen.
So what do we get? The answer is Malays are politically in destitute...full stop.
Apa yang org Melayu org Cina boleh ambil. Sekali mereka dapat haram kita tak akan ambil balek.
ReplyDeleteIngat tu.
Jangan kerana nak dapat undi kita jual maruah kita.
Ingat tu.
Hakim,
ReplyDeleteYes, everything is collaspsing. Why? Because there are people who enjoy writing with the sole intention to instigate people to champion their negative views. These are the people who enjoy to see UMNO leaders and the party down the drain. They will continue to do that until they satisfy themselves and fulfill their objectives. They will feel proud to see the collaspse of UMNO and its leaders.
What do they gain? Glory ! Glory! Glory !
They just do not have the slightest feeling of guilt. To them what they do is for the sake of the Malays. Syabas !!!!
Abu
the consequence of events is predictable.
ReplyDeletethe lost of identity that Aspan has been saying is evident.
the malays are changing for the worst and unaddressable.
the symptoms of umno's catastrophe is all clear and imminent.
the only thing to wait for the truth.
Kita minta DS Najib dicalunkan jadi Presiden DAP. Beliau memperjuamgkan perjuangan DAP.
ReplyDeleteThe truth? What truth? The truth of saying the untruth !!
ReplyDeleteThe truth is that there is no truth at all, period.
The truth is being "created" and "crafted" to be seen as the most truthful.
In actual fact nothing has come out as truthful in this article.
Just dreaming to be all the truth.
Keep on dreaming. It is free and very soothing and enjoy a cup of tongkat ali drink!!
Abu
Abu, you don't see the truth? The existence of Chinese school and Indian school and no Malay school in the country is not the truth?
ReplyDeleteOnly the Malays are sacrificing is not the truth.
Perjuangan satu bangsa, tanpa mengira kulit, agama, budaya oleh Pimpinan kita bukan the truth?
Sedangkan tuhan menjadikan kita berbagai bangsa dan puak bukan the truth?
Tanpa mengira bangsa agama dan kebudayaan itu adalah perjuangan DAP itu bukan the truth?
Itu saja dulu. Kalau soal banyak-banyak nanti Encik Abu pening pulak!
Hakim
Apa sebab Melayu akan hilang dunianya?
ReplyDelete1. Melayu tidak bijak
2. Melayu tidak cerdik
3. Melayu pedengki
4. Melayu tidak rajin
5. Melayu malas
6. Melayu suka hiburan
7. Melayu kuat iri hati
8. Melayu khayal
9. Melayu kuat lepak
10. Melayu tidak fokus
11. Melayu tidak boleh buat janji
12. Melayu boros
13. Melayu pandai cakap je
14. Melayu tidak amanah
Inilah sifat negatif Melayu.
Jangan salahkan pemimpin. Berapa lama Melayu nak hidup tempang?
Dah lima puluh tahun merdeka masih lagi nak salahkan pemimpin. Semua pemimpin salah, rasuah dll.
Sebenarnya itu hanyalah sebagai menutup kelemahan Melayu itu sendiri.
Berbagai hujah yang negatif dihemburkan terhadap pemimpin tapi Melayu itu sendiri tidak hendak melihat apa sebenarnya kelemahan yang ada pada diri mereka.
Mereka ambil rumusan bahwa segala ketempangan orang Melayu disebabkan pemimpin.
Cukuplah salahkan pemimpin !!
Abu
Abu, jawab pertanyaan saya tadi dulu.
ReplyDeleteJangan bercakap berpusing-pusing.
hakim
The Malays must go back to basic. That is the whole truth. Kuatkan jadi diri. Face the challenges head on. Remove your tongkat. Jadi anak jantan yang gagah perkasa. Jangan jadi pondan.
ReplyDeleteCan't we struggle for our survival like other races? We should reduce politiking and focus our attention how to make our life more comfortable materially and spiritually.
Kita sudah lama dimanjakan. Tapi bila dah dimanjakan kita jadi "spoil brat". Kita jadi lupa. Kita take things for granted kerana kita anggap "bapa" kita tidak akan mati.
Bila bapa dah mati kita yang telah jadi dewasa terkapar-kapar tidak ada orang yang nak manjakan kita lagi. Maka kita pun tenggalam dalam persekitaran yang mencabar. Kita hanyut tidak ada tempat berpaut, berlindung dan berpayong lagi. KITA JADI TEMPANG SEUMUR HIDUP KITA.Kita meraba-raba tidak tahu hala tuju kemana nak pergi.
Akhirnya "Razali" salahkan P Ramli bapaknya.
Itu lah hakikatnya. Tak payahlah kita asyik nak kutuk pemimpin sahaja.
Orang mungkin tidak sependapat dengan saya. Tapi itulah "the truth".
Itulah Melayu yang hilang dunianya !! Kita maseh tak sedar diri maseh lagi main politik "pondok-pondok". Mencaci dan mengeji pemimpin.
Maaflah, saya berterus terang dan ikhlas dalam pandangan saya terhadap apa yang berlaku sekarang. Jangan salahkan polisi kerajaan, jangan salahkan mana-mana pihak. Salahkan kita. Kita MELAYU !!!
Tak payahlah kita hendak cabar mencabar. Jawapannya ada pada kita semua. Sama ada nak terima atau tidak, itu hak masing-masing.
Abu
Abu, jawablah soalan saya tadi dulu. Temberanglah u ni!
ReplyDeletehakim
The existence of Chinese school and Indian school and no Malay school in the country is not the truth?- kata Hakim
ReplyDeletekomen saya senang sahaja:
Kita tak payah ada sekolah Melayu. Melayu patut masuk sekolah orang putih. Tengok Sdra Aspan tulis bahasa orang putih. Lebeh terer dari tulisan bahasa Melayu.Perfect !!
Kita mesti pandai cakap orang putih macam Sdra Aspan. Bolehlah orang Melayu bagi ceramah agama di Youtube satu dunia boleh paham dalam bahasa orang putih. Orang Melayu boleh berdakwah satu dunia.
Semangat nasionalism sempit sudah lapuk. Tak boleh pakai lagi. Kita mesti ada semangat "glokal" supaya Melayu tidak hilang dunianya sepatah kata Sdra Aspan.
Abu
Abu, you still has not answer my question.
ReplyDeleteOklah Abu don't answer me as it is embarrassing for you.
But it is typical of UMNO men.
'lain cakap lain bikin'
Abu just forget about the issuelah.
hakim
hakim,
ReplyDeleteIt is good that you stop arguing with Abu.
You gain nothing by arguing with a person like him.
He will bring you to nowhere as he his a coward who does not want to answer a simple question that you ask.
He reflects the actual mentality of current UMNO.
Jawapan loyar buruk bolehlah dia bagi.
He is not alone. Ramai dalam UMNO macam tu. Itu yang membuat UMNO dipimpin oleh org macam dia.
Padalah UMNO itu hancur. Rupa-rupanya ramai org macam Abu.
ReplyDeleteAbu...Abu....!!!
I have the right to express my opinion. It is OK with me if you disagree. I respect your views. I am not embarassed at all. Why should I be embarrassed.
ReplyDeleteI am not talking about UMNO. I am talking about the Malays. How the Malays behave and see things.
It is not a matter of argueing. It is a matter how I feel the present Malay mentality is.
The question had been answered in a very simple way. If the answer does not satisfy you and you expect to be in the same wavelength with you then it is just too bad. I am not a hypocrite. That is the truth.
To Sdra Aspan, I appreciate your liberal mindedness in posting my comments. Cheers !! That's the way it should be.
You can always expect contradictory views, Sdra Aspan. That's very healthy indeed if you respect their views no matter how ridiculous their views are. I hope Sdra Aspan will continue to let others share their views even if it goes against your conviction on certain issues. That's what a democrat should be.
I purposely made an instigating comments just to see how people will react. Unfortunately, some people are caught for being intolerant with my comments. That's the whole idea to watch how people behave. The Malay mentality, especially !!!
Thank you, Aspan. I will stop at this. I have achieved my objective for my research work on Malay mentality. I am still gathering a lot of input not only from your blog but others as well.
Abu