15 November 2009

Royalti bukan Wang Ehsan

Saya berasa senang hati untuk menulis tentang isu ini kerana banyak pihak yang menuduh saya sengaja mencari helah untuk mengkritik kepimpinan hari ini.

Saya berminat dalam isu ini kerana saya telah mengikuti perkembangan bidang ini disebabkan oleh penubuhan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) pada tahun 1974 dahulu adalah satu kejayaan Negara yang tidak tertera besarnya.

Lagipun pada tahun 1974 saya sudah pandai membaca dan menulis sikit-sikit dan saya seperti juga orang lain faham apa-apa yang tertulis di mana-mana tentang isu ini.

Penubuhan PETRONAS juga telah dengan cepat memberikan rangsangan pembangunan ekonomi Negara, khususnya dalam bidang pembangunan industri petroleum bukan sahaja kepada Negara kita malahan juga kepada industri ini di peringkat serantau.

Mewujudkan Petronas bukanlah satu usaha semudah membaca ABC tetapi ianya merupakan usaha yang terpaksa melalui kepayahan dan kerumitan oleh kerajaan lebih-lebih lagi kepada insan-insan yang terlibat dalam penubuhannya.

Penubuhannya memerlukan kemahiran dan kepakaran dan ditambah dengan kesedaran politik yang kuat dan segala yang diputuskan adalah disandarkan kepada kepentingan Negara dan memastikan rakyat mendapat faedah yang optima daripadanya.

Semasa itu tekanan kuasa-kuasa asing untuk menggagalkan usaha kerajaan bukannya kecil kerana mereka tidak mahu melihat usaha kerajaan dan PETRONAS itu berjaya.

Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Junus Sudin merupakan 2 orang pengarah pertama Petronas.

Setelah penubuhannya diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan maka pengarah yang lain seperti Rustam Hadi, Dato' Wan Ismail dan Dato' Manan Othman sebagai Setiausaha menyertai Lembaga Jemaah Pengarah Petronas pada tahun 1974.

Semasa penubuhan Malaysia masih ada beberapa isu yang tidak diselesaikan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Sarawak telah menyaman kerajaan Pusat untuk menidakkan kuasa kerajaan Pusat dalam hal penguasaan minyak di dalam negeri itu.

Tun Razak telah meminta Tengku Razaleigh menyelesaikan perselisihan antara Sarawak dan Kerajaan Pusat dalam isu minyak dan gas ini.

Hasil daripada usaha Tengku Razaleigh itu maka wujud persefahaman dengan Sarawak dan segala perkara yang melibat isu minyak ini akhirnya dapat diselesaikan dengan baik.

Bermula dari waktu itu semua kerajaan negeri termasuk Kelantan yang menjadi isu hari ini menyerah semua hasil minyak yang ada dalam kawasan dan perairan negara adalah hak milik Petronas dengan wujudnya Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan kelulusan penuh Parlimen.

Antara yang terkandung di dalam Akta ini ialah ‘Pemberian Hak-Hak, Kuasa-Kuasa, Kebebasan-Kebebasan dan Keistimewaan-Keistimewaan’ berkenaan dengan petroleum kepada Petronas.

Dalam surat cara itu, Kerajaan Negeri-Negeri, ‘Memberikan untuk selama-lamanya dan memindahak dan meletakhakkan kepada PETRONAS pemunyaan mengenai petroleum dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan, eksklusif untuk mencari, mengeksploit, mendapatkan dan memperolehi petroleum yang berada di pantai atau di luar pantai Malaysia. Pemberian, pemindahhakkan dan perletakan ini tidak boleh dibatalkan dan hendaklah berjalan kuatkuasanya bagi faedah PETRONAS dan penggantinya.’

Setiap kerajaan negeri telah menanda tanganinya dan isi kandungan surat cara yang sama.

Negeri Kelantan telah menandatangani perjanjian ini pada 9hb Mei 1975 antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Kerajaan Negeri Kelantan yang diwakili oleh Menteri Besar Kerajaan PAS semasa itu, Dato’ Haji Mohamed bin Nasir.

Setelah menandatangani surat cara itu maka satu lagi perjanjian ditandatangani dengan kesemua kerajaan-kerajaan negeri, termasuk Kelantan. Dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai ‘Vesting Deed’.

Perjanjian ini juga ditandatangani pada 9hb Mei 1975 antara Dato’ Mohamed Nasir, Menteri Besar Kelantan dan PETRONAS.

Dalam perjanjian dengan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga dengan mana-mana Negeri, sebagai balasan kepada pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan-kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan mengenai petroleum yang diletakhakkan oleh Kerajaan kepada PETRONAS maka PETRONAS bersetuju dan menandatangani perjanjian yang diringkaskan; antaranya seperti berikut:-

1. PETRONAS hendaklah membayar wang tunai kepada Kerajaan secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan 5% daripada nilai petroleum yang didapati dan diperolehi di Kelantan dan dijual oleh PETRONAS, agent atau kontraktornya.

2. Nilai pembayaran dikira atas harga f.o.b dan dilakukan 6 bulan sekali oleh PETRONAS atau agentnya.

3. Pembayaran tunai mengikut perjanjian ini akan dibayar 2 kali dalam tempoh setahun. Segala minyak yang dijumpai, digali dan dijual dalam setengah tahun yang pertama mestilah dibayar oleh PETRONAS kepada kerajaan Negeri pada atau sebelum 1 September setiap tahun dan segala minyak yang dijumpai dan dijual pada setengah tahun yang kedua mestilah dibayar pada atau sebelum 1 Mac tahun berikutnya.

Itulah diantara intipati perjanjian antara PETRONAS dengan kerajaan-kerajaan negeri dan kalau kita kaji sedalam-dalamnya tidak timbul isu 3 batu nautika dan sebagainya.

Perjanjian ini adalah perjanjian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Kelantan bukannya perjanjian antara PETRONAS dan UMNO negeri itu.

Sebagai rakyat negara yang berdaulat dan merdeka, hasil mahsul negara ini adalah kepunyaan semua rakyat negara tanpa mengira anutan agama, bangsa, budaya mahupun fahaman politik.

Sesungguhnya, perjanjian itu adalah perjanjian antara PETRONAS dan rakyat Malaysia yang diwakili oleh kerajaan negeri masing-masing.

Maksud yang lebih jelas ianya merupakan perjanjian antara PETRONAS dengan ‘Government of the Day’.

Dalam persetujuan-persetujuan itu tidak ada cerita tentang Wang Ehsan atau sepertinya yang lain.

Wang Ehsan itu hanyalah political invention oleh pemimpin yang tidak gentleman yang lama-kelamaan akan dilihat dan diadili oleh rakyat.

Rakyat sekarang bukan mudah untuk menerima apa-apa bentuk deceiving acts oleh mana-mana pihak kerana rakyat kini sudah pandai hasil usaha kerajaan memberikan mereka pelajaran.

Saya berhenti di sini. Terpulang kepada semua untuk menilainya. Saya mengaku saya bukan orang yang bijak pandai tetapi saya bolehlah membaca dan menulis sikit-sikit dan berfikir sedikit sebanyak.

Jika ada kebaikan ianya datang dari Allah swt dan jika ada kelemahan ianya pasti datang dari saya yang bersifat baharu ini.


Sekian…………………………………………………………Aspan Alias

30 comments:

  1. cheers for you research bro.


    amran

    ReplyDelete
  2. Sdr Aspan,

    Its a good work and now a lot of people wud know what they are supposed to know.

    Saya berharap sdr teruskan perjuangan.

    I know u can make the difference.

    nikadli

    ReplyDelete
  3. Ok now we know there is such agreement.

    Next question, Bila masanya Kelantan menghasilkan minyak atau gas di kawasn perairan negeri Kelantan?

    Wan Tik

    ReplyDelete
  4. Artikel ini adalah 100% sahih dan tidak perlu diragui.

    Kekayaan hasil bumi adalah anugerah dari Allah SWT untuk dimenafaatkan untuk umatNYA kejalan yang diredthai NYA.Petronas telah di tuboh untuk mengurus hasil tersebut sebaikmungkin.

    Tengku Razaleigh,bersama dengan team nya Dato Manan Othman, Dato Junus Sudin dan lain lain nya, telah mengasaskan pengurusan Petronas dengan begitu berkesan sekali, sesuai dengan amanah yg telah diberikan.Akad 5% kpd Negeri telah ditunaikan dengan begitu baik.

    Tetapi, apabila pengurusan di tukar dengan team baru, Petronas telah di politikan, seolah olah telah dipindah milik dari rakyaat kepada pemerentah, dan pembayaran 5% itu adalah ehsan dari pemimpin ini, dan bukan lagi akad. Dia telah mungkir janji dan menghianati perjanjian.

    Pemimpin pemimpin ini mungkin dilaknati kelak. Wallahuallam.ZB

    ReplyDelete
  5. Wang Ehsan hanya untuk Negeri-Negeri yang ditadbir oleh kerajaan bukan BN.

    Kenapa tidak beri Wang Ehsan kepada Sarawak? Bukankah perjanjian diantara Petronas dengan negri2 itu sama?

    Kenapa????? Macamlah rakyat ini bodoh sangat!

    jali-jali

    ReplyDelete
  6. Aspan,
    Kalau bangsa sendiri kena bersusah payah untuk mendapatkan apa yang dijanjikan dalam perjanjian.
    Bangsa lain tidak payah. Bangsa lain macam diSabah dan Sarawak dengan mudah sahaja memberikannya.
    Bukankah kerana diKelantan rakyatnya mengundi PAS..itu saja sebabnya.
    Sedangkan perjanjian itu adalah diantara Petronas dgn rakyat.
    Bagi Najib, hanya UMNO sahaja berhak...kepala hotak dia.

    ReplyDelete
  7. Wan Tik, the fact that Najib is trying to pay but via Wang Ehsan tells us that there are oil explored and operated in Kelantan water.

    To sdr Aspan, please don't get cowed by Wan Tik who is trying his best to bring u to another issue as you have proven that its Royalty to be paid.

    Just don't answer question like that as he as a citizen should know that simple issue.

    Lethim go to the Custom Department and I am sure the record is there.

    How on earth would the Kelantan gov is claiming if there is no oil extracted in her water.

    zain, umno

    ReplyDelete
  8. kalau Kelantan dibayar dgn Wang Ehsan, maka Sarawak juga patut dibayar dengan Wang Ehsan.

    bagaimana TS Ghani Ptail? boleh tolong nasihat DS Najib begitu?


    loyarburuk

    ReplyDelete
  9. Encik Aspan, yr writing enlightens me. Even though you just disposed part of the agreement it is sufficient for us to know all.

    I am proud of yr courage. Tell the truth.


    justin

    ReplyDelete
  10. If Petronas is not able to respect the agreement the states should rescind the contractual agreement.

    This is the best choice.


    fuadhashim

    ReplyDelete
  11. En ASPAN ALIAS

    Alang2 buat kajian, tolong huraikan maksud/tafsiran mengikut undang2.

    - `kawasan pantai dan luar pantai' bagi sesebuah negeri.

    - Vesting deed antara PETRONAS dgn Kelantan hanya terpakai kiranya minyak dijumpai dikawasan pantai dan luar pantai Kelantan mengikut tafsiran diatas (kalau ada jawapan).

    - Jika tafsiran luar pantai bermaksud 3km nautika maka adakah Kelantan berhak kepada royalti tersebut?

    ReplyDelete
  12. Somebody is trying to confuse the whole issue without knowing the truth and the whole issue just to sensationalise it.

    ReplyDelete
  13. Kluz,
    Aspan has answered yr question towards the end of his writing,

    'dipantai atau diluar pantai' dan 3 nautical miles does not apply anymore.

    zain

    ReplyDelete
  14. Datuk Aspan;
    Saya pernah di khabarkan bila Kjaan Pas Trengganu diberi royalti oleh Dr Mahathir; kjaan itu tidak dapat jelaskan kemana wang tersebut di belanjakan ? Betul ke? sila buat research. TQVM. salam.

    ReplyDelete
  15. Kerajaan PAS Trengganu tidak pernah dibayar Royalty bro.

    TKasih

    ReplyDelete
  16. Wang Ehsan kalau pun diberi kepada kerajaan negeri ianya mesti dipantau oleh kerajaan pusat tak kira sama ada kerajaan negeri diperentah oleh PAS, PKR atau BN. Kerajaan negeri tidak berkemampuan untuk merancang bagaimana hendak diagihkan wang ehsan supaya ianya dapat manfaat kepada rakyat negeri masing-masing dalam membangunkan taraf hidup mereka.

    Hakikat ini mesti diterima oleh kerajaan negeri masing-masing.Kalau tidak wang ehsan tersebut akan jadi "abu dan debu".

    Wang Ehsan ini janganlah dipolitikkan. Tidak ada siapa yang untung. We must be rational in our thinking dan janganlah hendaknya dilaga-lagakan antara kerajaaan pusat dan kerajaan negeri untuk agenda peribadi.

    ReplyDelete
  17. setengah komentar yang saya baca suka mwmpolitikkan isu yang ditulis.
    yang ditulis oleh Aspan ialah tentang samada Kelantan diberikan wang ehsan atau royalty.
    kalau anda masih tidak faham, wang ehsan datang dari kerajaan pusat sedang royalty dtgnya dari petronas.
    yang penting sekarang ada perjanjian diantara petronas dan kelantan..apa yang nak membebel.
    kepada sdr Aspan, komentar bodoh-bodoh ini jgn dilayan bro.
    mereka ini sangat kecewa kerana org sudah tahu kebenaran.
    penyokong umnom yang buta hati ini tidak suka sdr tulis benda-benda yang benar.


    zailan

    ReplyDelete
  18. Aspan, you wrote a oiece...short and concise and easy to comprehend.

    Actually Aspan, it is too immoral for the government of the day to have double standard treatment among various states.

    Why must Najib think of giving that wang ehsan ot kelantan?

    Is it not because of PAS that governs the state?

    Why are these people too undemocratic. Tell me what is wrong of voting for PAS?

    The money is rakyat's money including for those who voted in PAS leaders to govern.

    Petronas must give back the rakyat's money the way which was contractually inked.

    UMNO and its leaders is suffering from serious inferiority complex.

    Thy are giving us more clues that they should be voted out.


    realman

    ReplyDelete
  19. Aspan, you wrote a oiece...short and concise and easy to comprehend.

    Actually Aspan, it is too immoral for the government of the day to have double standard treatment among various states.

    Why must Najib think of giving that wang ehsan ot kelantan?

    Is it not because of PAS that governs the state?

    Why are these people too undemocratic. Tell me what is wrong of voting for PAS?

    The money is rakyat's money including for those who voted in PAS leaders to govern.

    Petronas must give back the rakyat's money the way which was contractually inked.

    UMNO and its leaders is suffering from serious inferiority complex.

    Thy are giving us more clues that they should be voted out.


    realman

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. I agree 100% with the view of some commentators in this blog that if Najib BN's administration is trying to give Kelantan the Wang Ehsan, then Trengganu and Sarawak as well as other states which produce oil be paid Wang Ehsan and rescind the contract signed in the 70's.
    Let see whetrher Najib can do it, as he should be fair to all states in the Federation.

    disillusioned

    ReplyDelete
  22. Offering Wang Ehsan is an ancient political manouver which Najib's boss Mahathir did.

    Najib should find new methods of decieving people bro.

    We are watching.


    Idris Penangmamak

    ReplyDelete
  23. Forget about Kelantan for a while. Some simple facts:

    Terengganu (under the reign of umno of course) enjoyed royalty payment from 1974 to 1999. That's bloody 25 years and Terengganu was still poor. Just count how many McD that they have in KT? Wan Mokhtar Ahmad was surely bloated man and yet he was never questioned by ACA.

    Terengganu (under the reign of PAS) 1999-2004 has NEVER got any royalty and that was the time wang ehsan was created by Madey. The money is channelled to Idris Jusoh and a 5 year-old will surely know what will happen to those money.

    And now they still play the same drama with Kelantan? Like hell kelantanese will vote them in the next GE. This is ought to be remembered by them

    jimbet

    ReplyDelete
  24. You have hammered the right nail jimbet!


    rahim marang.

    ReplyDelete
  25. Najib would not suvive if he still wants to go against what has been agreed with the state governments.

    We are still young to see how BN can fall if the rakyat know what the truth are.

    Just wait.

    ReplyDelete
  26. It's unconstitutional not to respect the agreed royalty payment.

    Kelantan can bring up for legal address on this issue and please don't try to find excuse not to pay the state the 5% royalty.

    Even if the Federal Government still wants to pay Wang Ehsan the state still can clain the royalty.


    puad

    ReplyDelete
  27. my excitement was high when Najib took the helm.

    But it is all crashing!!


    damak

    ReplyDelete
  28. Aspan,
    when is yr next posting??? on what topic now???


    ibrahimkoyan

    ReplyDelete
  29. Aspan,
    when is yr next posting??? on what topic now???


    ibrahimkoyan

    ReplyDelete
  30. Mano deh post yg baghu bang!

    ReplyDelete