25 January 2010

CCTV : Teknologi Raqib dan Atid yang tercanggih

Saya mengikuti program ‘Halaqah’ diAstro pada hari minggu yang lepas dan saya meminati rancangan itu akhir-akhir ini kerana rancangan ini telah banyak memberi faedah kepada penonton-penonton.

Dalam perbincangan pada hari Ahad malam itu, tajuknya ‘CCTV’ penuh dengan sindiran yang bijaksana dan memberikan pengajaran yang baik bagi mereka yang ingin belajar setidak tidaknya pada diri saya sendiri.

Jurubicaranya tidak mengata sesiapa; tidak seperti rancangan-rancangan Agama yang lain yang mana jurubicaranya sentiasa memuji diri masing-masing dan menganggap orang lain tidak beriman seperti mereka.

Kita tahu hanya Allah Ta’ala sahaja yang boleh menentukan kedudukkan seseorang disisinya, bukannyanya Nik Aziz, Najib atau Hishammudin.

‘CCTV’ yang dimaksudkan oleh rancangan itu ialah manusia sentiasa diawasi oleh malaikat Roqib dan Atid untuk mencatat segala kerja baik dan buruk kita semasa hidup dialam maya ini.

‘CCTV” yang biasa kita tengok dengan mata kita sekarang ini telah wujud selama hampir 30 tahun yang lalu, dan CCTV ini telah melalui proses pembangunan yang bertambah canggih.

Jika dulu CCTV hanya mampu berfungsi untuk merakamkan gerakkan dalam terang tetapi dengan adanya elemen ‘infra-red’ maka ianya mampu merakamkan segala gerakkan dalam gelap.

Maka kita akan lebih selamat jika kita pasang CCTV untuk menjaga keselamatan rumah dan harta benda kita semasa kita tiada dikediaman kita.

Walau macam mana pun ianya hanya boleh merakamkan apa yang berlaku dihadapan kamera CCTV itu sahaja sedangkan gerakkan yang berlaku dibelakang kamera tidak dapat dirakamkan.

TETAPI CCTV yang paling canggih ialah yang wujud sejak dunia dan alam ini wujud DAN sejak Adam alaihissalam diditempa dan kemudiannya hidup bersama Hawa dahulu. CCTV ini mampu merakamkan sekali apa-apa perlakuan yang dibelakang kamera.

Teknolojinya ialah teknoloji yang begitu canggih dan tidak ada tolok bandingnya dan tidak dapat dicapai oleh ‘science’ semasa kini.

CCTV ini dipasang oleh Tuhan dan ianya adalah percuma; tidak seperti CCTV yang biasa yang memakan belanja yang banyak untuk mendapatkannya.

Teknolojinya ialah teknoloji ‘Raqib dan Atid’ yang dapat merekodkan segala gerak tubuh dan batin kita dari mula kita lahir kedunia ini sehinggalah kita kembali kepencipta yang Maha agong yang menguasai setiap inci alam maya yang ‘definite’ dan’ infinite’ ini.

Jika CCTV ciptaan kita manusia dan ‘science’ ini hanya boleh merakamkan gerakkan dilokasi ditempat tertentu sahaja, CCTV berteknolojikan Roqib dan Atid ini boleh merakamkan gerakkan dan niat kita dimana-mana dan setiap waktu tanpa berhenti-henti.

CCTV yang berteknolojikan Roqib dan Atid ini boleh merekodkan data-data kita sepanjang hayat. Kita tidak payah ‘delete’ rekod kita seperti CCTV biasa yang mana kita terpkasa ‘delete’ apabila CCTV itu sudah penuh kapasitinya.

CCTV berteknolojikan Raqib dab Atid ini mampu membuat saringan kepada niat kita; dia akan merekodkan segala perbuatan dan niat kita untuk melakukan rasuah misalnya atau untuk membunuh seseorang.

CCTV Raqib dan Atid ini tahu jika kita seludup yang banyak wang melalui money changer dan dari mana duit itu didapati.

CCTV ini mampu untuk merakamkan seseorang yang ‘shopping’ besar-besaran dimana-mana.Ianya mampu merakamkan dari mana datangnya wang yang dibelanjakan itu.

Segala rekod dan numbor akaun dimana wang rasuah itu disimpan pun disaring oleh CCTV ini; tak kira samada akaun itu diLondon, Paris, Jerman atau dimana-mana sekali pun.

CCTV Raqib dan Atid ini mampu merekodkan niat para Hakim samada dia berlaku adil atau tidak. Ianya juga tahu samaada Hakim atau Polis bertindak ‘neutral’ atau sebaliknya.

Attorney General (AG) pun tidak terlepas dari saringan CCTV Raqib dan Atid ini. CCTV ini juga sudah rekodkan kenapa MACC payah sangat hendak membawa perasuah besar kemuka pengadilan sedang perasuah bilis mudah sahaja sampai kemahkamah.

Kemampuan seseorang pemimpin itu untuk mentadbir secara jujur pun boleh direkodkan oleh teknoloji ini.

Yang pasti segala wang yang diambil secara rasuh melalui pembelian kapal selam dan kapal terbang perang kita tentu sudah direkodkan oleh CCTV Raqib dan Atid ini.

Niat pihak tertentu nak membayar “Wang Ehsan” kepada Kerajaan Kelantan juga boleh dipantau oleh CCTV ini. Begitu jugalah niat untuk menghapuskan ‘Royalty’ minyak kenegeri-negeri pengeluar minyak....CCTV tentu sudah merakamkannya.

CCTV yang berteknoloji tercanggih ini tentunya sudah merekodkan samada seorang pemimpin benar-benar melakukan ‘sodomy’ atau tidak, dan niat orang yang mengadu itu pun ada dalam rakaman CCTV itu.

Hanya kita sahaja yang tidak ada ‘privi’ kepada apa yang direkodkan oleh CCTV Raqib dan Atid ini kerana ianya hanya untuk pengetahuan al-khaliq semata-mata.

Tetapi sekarang ini sudah banyak juga 'footage' yang dirakamkam oleh CCTV Raqib and Atid ini sudah ditayangkan kepada umum untuk tontonan ramai bagi mendapatkan pengadilan rakyat.

Wallahualam.


Sekian………………………………………….Aspan Alias.

9 comments:

  1. salam
    aspan alias sudah tertanam di minda kebanyakan orang, copy dari tulisan tuan " CCTV ini juga sudah rekodkan kenapa MACC payah sangat hendak membawa perasuah besar kemuka pengadilan sedang perasuah bilis mudah sahaja sampai kemahkamah" saya melihat macc banyak juga tangkap ikan jerung tapi persepsi anda masih lagi merendahkan macc kita kena akur nak tangkap ikan bilis ini mudah sikit sebab depa tak da duit tapi jerung2 ini sukar sikit la sebab depa banyak duit kan?..kan?? kesimpulan nya jangan lah kita mudah berperasangka kpd macc.
    mnjadi

    ReplyDelete
  2. dan cctv ni pon dah record mcm mana teoh beng hock mati..
    siapa yg trlibat,siapa sbnarnya anuar,nik aziz,dap,raja petra
    siapa yg mnjual agama utk kpntingan politik

    tak sabar rasanya mnunggu hari ituu....

    ReplyDelete
  3. Takut aku membaca tulisan you Aspan.

    Kita kadang-kadang lupa cctv ada bagi setiap kita ini.

    Apa macam rekoding cctv aku tak tahu lagi.

    Ngeri aku.


    labai mat

    ReplyDelete
  4. Aspan, org UMNO ni nampak kesalahan kecik org pembangkang. Dulu bulu Anwar yg tercicir pada tahun 1993 dulu dia jumpa pada tahun 1998.

    Bawa tilam kehulu kehilir nak buktikan Anwar main pompuan.

    anti syaitan

    ReplyDelete
  5. Penyakit yang UMNO hadapi sudah tidak memungkinkan pemimpinnya takut di saring oleh cctv yg sdr sebutkan itu.
    Pemimpinnya sydah merasakan apa-apa tentang pandangan org ramai lagi.
    Pemimpinya akan terus hanyut dan hanyut.
    Sedihlah jua tinggalkan UMNO ni, tetapi kalau sokong juga UMNO kita akan terus ditipu oleh barisan pemimpin-pemimpinnya. Jelak dan jemu saya tengak mereka sdr.
    Saya tak sanggup dihina pemimpin UMNO semata mata untuk menjaga UMNO ini.
    Nampaknya orang Melayu sudah jemu dgn perpecahan maka ramai nak bersatu diluar UMNO.


    Melayu bersatu

    ReplyDelete
  6. Tuan, the sufferings of the people will soon be nastier than the sleepy PM Abdullah's admin.
    Visually there is a look of difference but frankly the difference is just the style.
    Najib is good in showing a new look but the content is nothing more than the previous PM.
    The previous PM was definitely a weak one but de did nothing.
    The current one obviously fail to adress the economic problem.

    Najib deceives everyone with his personality, but he is hollow.
    He does have the cut to make structural changes that is badly needed.

    I am sad that many of my friends are leaving us for migration.They cannot bear the frustration anymore.

    They can't be wrong here. It is no more an isolated cases. This is a new serious phenomena of the country.

    Everyone wants to leades but no one is capable enough to take the job in this situation.

    Aspan, you and me are the ones who are going to stay here cos we don't have the opportunity to migrate.

    Susah dinegeri orang boleh kita terima, tetapi susah dinegara sendiri amat mengecewakan.

    The youngs are leaving, bringing their old parents with them to Astralia and other countries.

    We are going to have only the residues of good people.

    For certain professionals are dead here. Only politicians survive. Corruptions are blatant here.


    frustrated

    ReplyDelete
  7. Aspan...kita punya CCTV macam mana lah agaknya? Aku risau bila kau tulis secara sindiran ni.

    Aku terasa diperhatikan oleh CCTV ini sejak aku baca posting kau ni.

    Kau menysahkan hati aku aje....hehehe


    Daud pkk

    ReplyDelete
  8. Daud pkk, Aku rasa kau punya cctv ok. Kau bukan orang jahat. Hanya cctv tu mungkin rekodkan cara kau mengorat aje.

    Kau ashik kawin aje! Kerja lain kau tu ok...hahahaha

    ReplyDelete
  9. I appreciate almost all your writings except for a few.
    But your thinking of politics make you fit only for Western and does not suit with the situation here in Malaysia.
    Aspan, you must appreciate that there are no leaders anymore as good leaders has been sidelined after Husein Onn retired.
    Of course Najib is hollow in many sense but who else. At least Najib has disposed himself stylish even though there is nothing yet to be seen happening.
    I repeat at least he has the style. But Pak Lah has no style and hollow as well.


    the observer.

    ReplyDelete