Yang memungkinkan hilangnya nilai budaya, hilangnya etika kepimpinan dan perasaan kasih sayang kepada negara ialah apabila kita sudah tidak tahu lagi cara untuk mengendalikan isu yang ada di hadapan kita.
Saya lebih cenderung untuk mengarahkan pandangan dalam tulisan saya ini kepada manusia siasah yang begitu lancar mengeluarkan kata-kata cintakan negara, tetapi tidak begitu faham bagaimana hendak menzahirkan cinta mereka kepada negara yang bertuah ini.
Sebagai pemimpin yang telah diamanahkan yang paling utama ialah untuk memahami bagaimana negara ini terasas dan apabila kita memahami premis yang menjadi asas kepada kewujuddannya barulah kita memahami cara menyayangi negara.
Apabila kita sudah tahu perkara yang pokok ini barulah kita memahami cara kita mencari penyelesaian kepada apa-apa kemelut yang ada dihadapan kita.
Kita wajib mengetahui masalah pokok sebelum kita mampu untuk menyelesaikannya.
Kalau kita cuba melakukan sesuatu tanpa kita ketahui serta memahami isu sebenar, kita tidaklah ada bezanya dengan orang yang mabuk.
Orang yang mabuk kita boleh definasikan dari sudut hakikatnya; iaitu orang yang tidak tahu apa yang dibuatnya.
Tuhan kita pun tidak menerima amalan dan perbuatan orang yang mabuk; dan itu merupakan salah satu dari firmannya kalau kita mahu menerimanya sebagai manusia yang bertuhan.
Jika kita menghormati sebuah negara asing, tiada sebab kita tidak menghormati negeri-negeri yang dibawah naungan seorang Raja Melayu yang berdaulat.
Jika kita akui sesebuah negeri itu berdaulat maka sudah kemestian kita layani negeri dan rakyat negeri tersebut sebagai negeri dan rakyat yang berdaulat.
Jika kita lari dari asas ini maka yang akan kita hadapi ialah pandangan rendah mereka terhadap kita yang akhirnya kita pula yang marah dan menyimpan perasaan yang tidak baik terhadap mereka.
Kelantan dan Terengganu misalnya adalah dua buah negeri yang berdaulat maka kita wajib menerima kedaulatan negeri-negeri tersebut mengikut hakikinya. Kelantan dan Terengganu bukan jajahan takhluk kita.
Kenapa PETRONAS yang dipunyai oleh pusat itu mencari helah untuk tidak memayar Royalti kepada kedua buah negeri itu sedangkan itu sudah termaktub dalam perjanjian?
Sebaliknya kenapa Sabah dan Sarawak boleh pula mendapatkan Royalti tersebut? Kenapa ada perbezaan?
Kenapa Rais Yatim melenting dengan Tengku Razaleigh sedangkan TR memang pun menubuhkan PETRONAS itu atas arah Tun Razak untuk memberi nikmat kepada rakyat negeri-negeri tersebut?
Kenapa ada yang disayangi dan ada yang dibenci? Rais sendiri selalu menasihati kita dalam ucapan politik agar kita jangan bersikap ‘sayang bertompok-tompok, benci merata-rata'.
Kalau tidak kerana politik masakan Royalti diganti dengan Wang Ehsan yang bertentangan dengan perjanjian dan tidak menghormati negeri-negeri yang berdaulat itu tadi?
Kenapa Rais menuduh TR berdolak dalik, kenapa tidak soal samada yang diperkatakan itu benar atau tidak? Kenapa Rais lupa dengan dolak daliknya selama ini?
Apabila mengumumkan untuk membakar jambatan dengan Mahathir dengan begitu garang tetapi kenapa pula tersengeh-sengeh menghidu Dr Mahathir seperti kucing manja yang hendakkan susu ibunya apabila jatuh dan tersungkur?
Bukankah itu dolak dalik yang paling jelas?
Kenapa tidak kritik Dr Mahathir yang berucap pada 24hb Jun 2006 di Taman Melawati yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi PAS semasa beliau mengkritik Abdullah Badawi dahulu.
Kenapa tidak dikritik Dr Mahathir yang mencerca Presiden UMNO di hadapan pemimpin tertinggi PAS dan kenapa tidak nasihat Dr Mahathir untuk meluahkan perasaan melalui saluran tertentu?
Tiada siapa yang mampu menafikan ini kerana saya adalah Pengerusi Forum tersebut yang menjemput Dr Mahathir sebagai penceramah utamanya.
Sampai ke hari ini Dr Mahathir mengecam UMNO, malahan beliau bertanggungjawab besar atas kekalahan UMNO dalam banyak kerusi Parlimen dan Negeri dalam pilihanraya umum yang lalu.
Kelemahan Pak Lah memanglah menjadi penyebab utama tetapi Mahathir membuatkan UMNO bertambah parah.
Kenapa pemimpin-pemimpin kita yang benar-benar berdolak-dalik tidak dijadikan isu?
Kita masih ingat bagaimana pemimpin UMNO menghina Raja-Raja Melayu pada krisis 1993 tetapi sekarang menuduh pihak lain tidak menghormati Raja-Raja Melayu yang berdaulat tadi?
Pada sesiapa yang boleh membaca semasa itu merasakan UMNO sudah hilang wadah ketika mengkritik Raja-Raja Melayu kita. Menghentam Raja-Raja Melayu bermakna menentang perjuangan UMNO itu sendiri.
Jadi yang mana satu yang kita perlu ikut? Rakyat menjadi keliru, dan apabila rakyat keliru, perpecahan dan percanggahan persepsi akan berlaku dan akhirnya membawa padah pada negara dan rakyat juga yang akan melata.
Krisis identiti yang dihadapi oleh UMNO sekarang wajib diperbaiki jika kita masih berminat untuk mendapatkan sokongan ramai.
Berbaliklah kepada BAB 3 Perlembagaan UMNO (ASAS dan TUJUAN).
Dalam BAB itu terkandung kesemua perjuangan yang mesti dilakukan oleh UMNO dan Bab ini adalah Bab yang paling penting kerana itu melambangkan identiti perjuangan UMNO yang sebenar.
Selain dari Bab itu hanyalah atur-peraturan perjalanan parti sahaja.
Saya berharap pengakuan UMNO yang Raja itu adalah asas perpaduan rakyat saya hargai dan ramai yang menghargainya; tetapi biarlah konsisten jangan berdolak dalik lagi.
Jika hilang Raja-Raja Melayu hilanglah identiti kita. Jika kita hilang identiti, maka bangsa kita akan hilang dunianya.
Cukuplah setakat ini: secebis yang disebutkan tadi ialah untuk mengingatkan pemimpin-pemimpin kita supaya menjadi pemimpin bagi negara yang berdaulat dan merdeka, bukan menjadi pemimpin yang …………..
Akhirnya saya ingin menulis sepotong kata-kata dalam bahasa Inggeris yang pada saya sangat bernilai; ‘Everything has got a moral, if you can only find it’ (Lewis Carroll)
Sekian………………………………………………………..Aspan Alias.
Syabas Aspan. Sdr Melayu.
ReplyDeleteamir
Golak bosa den, bilo donga Rais kato Ku Li berdolak dalek.
ReplyDeleteDiolah orang yg solalu berdolak dalek.
Kojap macam tu kojap macam ni. Kito daro NS kan bang?
Kito sughuh dio bukak mulut bang!
Kito tengok lidah dio.
zubair
Kepada Dato Rais, saya mewakili rakyat Jelebu saya mengcapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat cari makan.
ReplyDeleteDin Larung.
Some UMNO leaders want Ku Li tp face disciplinary action from UMNO.
ReplyDeleteWhat a reverse opinion there?
UMNO should face disciplinary instead for influencing PETRONAS not to pay the Royalty as in the agreement.
The rakyat should take disciplinary against UMNO...don't you think so Aspan?
yahya sulung
yahya sulung is right there. Get UMNO to follow the discipline of good governance.
ReplyDeleteIf UMNO is not following the rakyat can sack them.
admiral Cheng Ho
Oil Royalty Payment Must Be Looked From Various Legal Perspectives
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, Feb 6 (Bernama) -- The question of oil royalty payment by Petronas has to be viewed from various legal perspectives related to it, so said a legal practitioner.
Datuk Mohd Hafarizam Harun said the question of who was entitled to the five per cent of the money from the petroleum sourced by Petronas, either the federal government or the state government involved, was not based merely on the Petroleum Development Act 1974 (PDA).
He said the provision of Section 4 of the PDA that provides for the cash payment by Petronas to the federal and state governments needed to be read together with several other laws.
This included the Emergency (Essential Powers) Ordinance 1969, the National Land Code 1965 and the Federal Constitution that clearly outlines the territorial rights of states and the federal government, he told Bernama Saturday.
Other provisions included the Continental Shelf Act 1966 as well as the United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS) 1982, said Mohd Hafarizam who is a senior partner in the law firm of Hafarizam, Wan and Aishah Mubarak.
"The issue now is whether the petroleum is from state waters or outside...that's the issue now," he said.
Touching on the claim raised by the Kelantan state government, especially its right on petroleum exploration as a joint venture of the Malaysian and Thailand government in the Gulf of Siam, he said although it was only 150km from Kota Baharu and 180km from Patani, Thailand, the area was outside three nautical miles equivalent to 5.5km which was the state's border.
"For the Kelantan government to make a claim for oil royalty, it must not exceed three nautical miles, that is the state's border, and outside three nautical miles to 200 nautical miles is the Malaysian government's exclusive economic zone," he said.
"So the royalty claim for petroleum exploration in the area comes under the Continental Shelf Act 1966 that clearly states that all rights for exploration and exploitation of natural resources including petroleum in Malaysia would be done by the Malaysian government," he said.