Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menghadapi masalah dalaman yang agak serius dan keadaan ini menjejaskan perjalanan parti itu sebagai salah sebuah komponen kepada Pakatan Rakyat (PR) sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.
PKR sedang dalam pencarian dan dalam keadaan sekarang hanya kematangan barisan kepimpinan mereka sahaja mampu untuk mempertahankan dan mengelakkan parti itu dari berkecai politik dan perjuangannya (jika ada perjuangan).
Dalam perkembangan terbaru ini kita dapat belajar satu kenyataan bahawa asas kewujuddan sesuatu parti itu adalah fakta yang terpenting untuk menentukan sesebuah parti itu akan kekal sebagai parti yang efektif atau sebaliknya.
PKR wujud dalam keadaan perpecahan rakyat dan pemimpin. Perpecahan diantara Dr Mahathir dan Anwar menyebabkan Anwar dipecat dari UMNO dan semua jawatan dalam kerajaan pada tahun 1998 dahulu.
Anwar bersama penyokong nya berindak untuk bersama dalam sebuah parti baru dinamakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sejak itu parti ini telah berkembang dan akhirnya berjaya menjadi komponen penting dalam barisan alterntif, yang dikenali Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PAS.
PKR telah berjaya membawa iklim yang berlainan dalam politik negara dan kerjasama diantara 3 parti tersebut memang tidak mampu dan tidak patut dipersoalkan oleh sesiapa.
TETAPI akhir-akhir ini,ramai diantara pemimpin PKR sudah tidak sehaluan diantara satu dengan lain terutamanya setelah Anwar dihadapkan kemahkamah diatas tudahan liwat.
PKR kini menjadi parti yang mendapat sokongan yang ramai tetapi tidak mempunyai pimpinan yang bersatu untuk menjaga parti ini sebagai wadah perjuangan.
Keretakkan ini mula melebar apabila sudah ramai dikalangan kepimpinan parti itu sudah bersedia untuk mengambil alih kepimpinan partinya jika Anwar disabitkan bersalah didalam kes liwat yang dihadapi beliau.
Beberapa orang diantara nama besar dalam PKR merasakan mereka boleh menjadi pemimpin nombor satu dan berangan-angan untuk besar untuk menggantikan Anwar.
Apakah yang kita pelajari dari keadaan kelm kabut yang melanda parti ini?
Apa yang kita lihat berlaku dalam parti PKR juga berlaku dalam UMNO.
Bezanya UMNO mampu untuk melindungi keadaan seperti ini dari penglihatan ramai kerana ianya berkuasa dalam kerajaan pusat dan parti ini mempunyai jawatankuasa disiplin yang dipengaruhi oleh pucuk pimpinannya.
Kalau kita kaji, ciri persamaan diantara PKR dan UMNO memang jelas dan nyata.
Ciri yang saya maksudkan itu ialah kedua-duanya tertubuh diatas perpecahan pemimpin-pemimpin dan ahlinya.
UMNO yang ada pada hari ini adalah parti yang tertubuh pada tahun 1988 hasil dari perpecahan pemimpin dan dan ahlinya selepas pemilihan tahun 1987 yang lalu.
Dr Mahathir telah menghalang segala usaha untuk menghidupkan UMNO (asal) yang telah dibatalkan pendaftarannya oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1988.
Dr Mahathir telah menubuhkan parti yang baru yang dinamakan UMNO (baru) untuk menyelamatkan kedudukkan beliau dan rakan-rakannya.
Beliau telah membawa sebahagian besar ahli-ahli UMNO (asal) untuk menyertai UMNO (baru) dab beliau menjadi ahlinya yang pertama dan diikuti oleh isteri beliau sebagai ahli nombor 2.
Dato Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman,Tun Razak, Husein Onn dan ratusan pemimpin yang memperjuangkan kemerdekaan tidak menjadi ahli UMNO yang sekarang ini kerana ahli nombor 1nya ialah Dr Mahathir.
Ramai yang tidak bersetuju diatas tindakkan Dr Mahathir itu enggan untuk menyertai UMNO (baru) berjuang pula dana parti sementara Semangat 46 dengan tujuan untuk menghidupkan UMNO (asal) jika diberi mandat oleh rakyat.
Oleh kerana parti yang baru yang menggunakan nama keramat UMNO itu parti itu bejaya menambat hati dan mendapat sokongan rakyat walaupun ianya merupakan parti yang baru.
Lagi pula yang menubuhkan parti baru ini ialah mereka yang sudah berada dalam tampuk kuasa kerajaan khasnya oleh Perdana Menterinya sendiri.
Oleh kerana ASAS kewujuddan parti ini adalah diatas perpecahan maka perpecahanlah yang menjadi elemen yang kekal dalam parti ini.
Setelah 10 tahun penubuhan UMNO ini maka pada 1996 berlaku lagi perpecahan; kali ini Anwar Ibrahim yang sudah pun menjadi Timbalam kepada Presiden pertama UMNO (baru) ini berpecah dan wujudlah parti yang lebih baru, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 1998 yang lalu.
PKR dipimpin oleh Anwar Ibrahim walau pun kita masih tidak ada kenyataan yang beliau telah menjadi ahli parti itu sehingga kehari ini. Kenapa beliau berbuat demikian itu beliau sahajalah yang tahu.
Jika UMNO (baru) yang ada pada hari ini tertubuh pada tahun 1988, PKR pula tertubuh pada tahun 1998 yang lalu. Parti-parti ini wujud diatas perpecahan.
Dr Mahathir tubuh satu parti (UMNO baru) dan Anwar tubuh satu parti lagi (PKR).
Kini UMNO berusia 23 tahun, PKR pula berusia 13 tahun.
Jika UMNO (asal) wujud diatas asas penyatuan segala kelompok Melayu untuk berjuang diatas landasan penyatuan dengan sifat asih mengasih diantara satu dengan lain, kewujuddan UMNO (baru) dan PKR adalah dari perpecahan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.
Ketiga-tiga parti (S46, UMNO baru, dan PKR) ini wujud kerana perpecahan ramai pemimpin dengan Dr Mahathir Mohammad dan ini merupakan salah satu dari ‘jasa’ dan warisan beliau kepada negara yang kita cintai ini.
Itulah sejarah yang akan tercatat oleh sejarawan-sejarawan yang akan menjadi bahan rujukkan sejarah bagi generasi kita yang akan datang.
Sekian……………………………………………Aspan Alias
catan yg rinkas tetapi boleh memberi fahaman yang mendalam.
ReplyDeletesyabas sdr.
Yes, true, fictitious things do not last long.
ReplyDeleteOnce the ori one goes the fictitious replacements will only be usable for a brief 'shelf life'.
These days whether it's UMNO and Pakatan, it is all the same.
daniel
Aspan,
ReplyDeleteBoth side of the deep divide is not trustworthy to lead.
I hope there will be a third front to take the mantle.
Please, please and please!
sorry to kacau u again Aspan.
daniel
I am praying for TDM to live long enough to witness his inherent.
ReplyDeleteI hope he really see the damages he created and leave them for us to endure miserably.
ex senate
ex senate
ReplyDeleteTDM is seeing before his eyes the destructions perpetrated during his 22 yrs rule. Allah itu maha Adil.
Kerrosakan kepada sistem kehakiman, bermulanya rasuah dan politik wang dsbnya dimulakan oleh TDM.
Satu perkara yang tidak disentuh oleh sdra Aspan - Apabila UMNO lama diharamkan, sebahagian besar orang melayu menjadi binggong, terkejut.
Kedua, diawal penubuhan UMNO(Baru), sambutannya agak slow. Mungkin orang melayu masih terkejut. Ditempat saya di kelantan, untuk menubuhkan cawangan dan bahagian begitu sukar sekali. Camner mereka nak dapatkan ahli baru? - ada sekumpulan ahli UMNO(Baru) terpaksa mengisi sendiri borang keahlian UMNO(Baru) mana-mana ahli UMNO lama tanpa pengetahuan mereka.
Maka ramailah yang terkejut apabila mendapati diri mereka telah menjadi ahli UMNO(Baru) tanpa pengetahuan mereka.
Bagaimana saya tahu? Maaflah, saya sendiri masa tu salahs eorang yang mrngambil upah untuk mengisi borang-borang keahlian tersebut berpandukan daftar/rekod ahli UMNO lama.
bat8
semua ahli2 umno tahu..tapi buat2 tak tahu....demi kepentingan masing2..
ReplyDeleteyang tak tahu tu generasi ahli umno yang muda2...celik2 belajar politik..baca UMNO yang bracket (BARU) dah ditiadakan dari semua berita 2 di suratkabar dan tv..
bagi mereka sama jer...
tq
Syabas saudara Aspan dengan tulisan saudara,Semoga sehat sekeluarga.
ReplyDeleteKita yang seangkatan ni tak lupa akan semua peristiwa2 yang berlaku dimasa itu. Saudara sebagai ahli politik yang aktif pada masa itu banyak menyimpan cerita2 yang orang lain tidak tahu secara detail.
Teruskan menulis kerana saudara mempunyai pemikiran yang tajam dan banyak idea tentang politik dan pemerintahan atas pengalaman saudara sendiri. Itu bezanya pemimpin pemuda dahulu dengan sekarang. Jika ditakdir Team 'B' dahulu menang saudara confirm jadi menteri. Gurau je tapi memang layak pun.
Saudara tulis lah sedikit kesah perjuangan Ku Li bukan nak bodek tapi supaya generasi baru ni tahu siapa beliau dan jasa2 beliau dan pendirian politiknya terutama didalam membangunkan ekonomi orang melayu.
Wassalam,