Halaman iklan yang dibeli oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam akhbar berbahasa Melayu pada hari minggu lepas untuk memberikan penjelasan songsang tentang isu royalti minyak Kelantan telah pun dijawab oleh banyak pihak.
Sebenarnya keputusan Rais Yatim untuk memuatkan iklan seperti ini hanya membawa padah kepada UMNO kerana ianya melambangkan serta mempamerkan sikap tidak keruan pemimpin kita terutamanya pemikiran DSU Dr Rais Yatim.
Tindakan pemimpin kita tidak lagi berasaskan pada menghormati keluhuran undang-undang dan menyanjung usaha pemimpin-pemimpin terdahulu untuk memberi kenikmatan kepada rakyat melalui kekayaan yang dianugerahi Tuhan.
Tindakan ini juga melambangkan satu keadaan di mana pemimpin pusat sedang berusaha untuk menegakkan benang basah yang tidak dapat diterima rakyat itu.
Apa yang dilakukan ini selanjutnya menampakkan sikap memandang rendah kepada rakyat seolah-olah rakyat tidak tahu membaca segala rentak tari pemimpin-pemimpin ini.
Dalam iklan tersebut 3 batu nautika dijadikan sempadan samada Kelantan berhak ke atas minyak yang dikeluarakan oleh PETRONAS.
Jelas dalam vesting deed yang ditangani antara kerajaan-kerajaan negeri itu meliputi keseluruhan perairan negara tidak kira 3 batu nautika atau lebih.
Malahan yang dibayar royalti kepada kerajaan negeri-negeri Sabah dan Sarawak itu kesemuanya adalah pengeluaran minyak di luar 3 batu nautika perairan negara.
Saya telah pun memaparkan perjanjian ini dalam posting saya beberapa bulan yang lepas dan ramai telah membaca dan faham tentang isi kandungannya.
Apakah sebenarnya yang tersemat di dalam hati dan sanubari kepimpinan pusat untuk menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu ini?
Apakah tidak terfikir oleh pemimpin kita di pusat ini akan meyakinkan lagi rakyat serta masyarakat antarabangsa bahawasanya kepimpinan kita tidak tahu menghormati perjanjian dan undang-undang?
Bukankah tindakan ini akan mencacatkan lagi imej kepimpinan di mata masyarakat lebih-lebih lagi masyarakat antarabangsa?
Salahkah jika orang luar memandang rendah kepada kita? DAN jika kepimpinan tidak dapat membezakan antara percaturan politik dan tanggungjawab maka salahkah jika rakyat menolak mereka?
Kenapa bencinya merata-rata dan sayangnya bertompok-tompok?
Maka tindakan membeli ruang iklan pada hujung minggu lepas itu melambangkan satu perkara jelas; tindakan itu sesungguhnya mengiklankan keperibadian pemimpin-pemimpin kita yang terdesak.
Terima kasih…………………………………………………….Aspan Alias
Kepada Dato Seri Utama Rais Yatim saya bagi pihak orang ramai mengucapkan "Selamat Cari Makan!' semoga DS Najib akan menyambung kerja sebagai menteri sepenggal lagi.
ReplyDeleteAhmad Fuad Ampangan
Kesian Rais Yatim. Akhirnya dia jadi macam ni?
ReplyDeleteKesian....kesian. Kita berdoalah agar kita semua tidak jadi macam Rais ini.
Dah tua tua kalau jadi macam dia kita rasa sedih sementara menunggu hari mati kita.
ibrahimkoyan
Tidak ada bezanya Dato Rais dengan Ibrahim Ali.
ReplyDeleteSetaraf dan sepadan.
peruncit K Klawang
saya akan kempen habis habisan jangan undi parti yg gila macam UMNO ini.
ReplyDeletetindakkan mereka sudah melampaui batasan kesabaran saya.
cukuplah saya mengundi BN pada PU yg lepas...itu last sekali saya undi BN.
bak kata org sekarang, enough is enough!
sri serdang.
as a politician rais has the right to innovate means to extend his political lease, but unfortunate for him he chooses wrong issue.
ReplyDeletepity this man.
A quick reading on the advert last Sunday, tells us one thing, We are swiftly going to the drain.
ReplyDeleteTidak ada decorum dan adat langsung.
that was an act of a 'sour-grape'.
Rais is nothing more and nothing less another sycophant who does things without thinking.
ReplyDeletePlease add Rais to the list of foot soldiers of blind leaders like Najib and gang.
I wonder which side of his brain is not working well.
He has reduced himself to chief cheer leader for a Jelebu football team.
This man is full of shit.
aspan'
ReplyDeletei just wonder how am I going to regain my respect for this irritant Rais especially after knowing that he wrote the content of the advert himself.
Pleaselah Najib, please guarantee him that he stays for at least 2 or 3 terms so that he stop creating nonsense.
Kuala Sawah
Kerajaan dah jelaskan. Saya dah paham dan telah diyakini. Apa lagi nak dibahaskan.Kalau tak terima juga penjelasan yang diberi kena belajarlah undang-undang jadi lawyer dulu. Tak payah nak cerita panjang lagilah.
ReplyDeleteMengiklankan sesuatu isu untuk memberikan maklumat yang terang dan jelas kepada seluruh rakyat adalah satu usaha yang berseh dan murni untuk mengelakan dari orang yang sengaja hendak memutarbelitkan fakta kerana kononnya kerajaan tidak prihatin.
Syabas, Dato' Rais dan kerajaan!!
Haji Deraman.
i think it,s not fair for federal to allocate wang ehsan to kelantan as the state has no oil productions within its 3 nautical miles from the shores...
ReplyDelete-to be fair,rais should fight for wang ehsan to be allocated,if not for all states,at least for negri 9 as it is not as rich state as selangor...so rais would be a hero at least for negori...but now he,s laughing stock..
so for players...sell rais..buy other counter..
Anon 22.49,
ReplyDeleteKalau sdr tak faham jangan nak menyampuk. Bodoh sangatlah kamu ni.
Seorang lagi Hj Deraman, Orang panjat tiang dia panjat bendul.
Rais tu berbohong tau tak? Nampak sangat tololnya awak berdua ni.
ahmad fuad ampangan
Aspan,
ReplyDeleteDato Rais ni tak tau bila nak berhenti.
Kita di Jelebu ni selalu dibuainya dan berbohong.
Jika ada yang dia tak berkenan dia marah-marah macam dia yg beri kita makan.
Laki bini tu sama naik. Kalau dia lagi jadi calun, minta maaflah, kami tak undi dia lagi.
Kepada Dato Najib, mintalah berhentikan minangkabau ni.
Serik, terlalu serik kami dibuatnya.
Aspan, kau kenal Rais, saya pun kenal Rais ini dan ramai orang kita diNS kenal Rais ini.
ReplyDeleteDia ni kek Klumpur buleh lah nak goreng. Kek nogoghi kito dio tak buleh nak chonglah.
Dah tuo tuo pun nak berperangai macam budak-budak.
Dio tu tak habih-habih membohong oghang.
Dio tu ibarat dukun: oghang luar datang berubat, oghang kg dio tak pakai dio.
Pak chu abeh
Bro,
ReplyDeleteRais Yatim and acting with multi-faces is synonymous.
I know this for a fact. He can say different thing in front and can say something else behind you.
That was how he survives in politics.
Only who used to know him can tell about this man.
Be very careful when you say anything to him.
Silat dia bukan sembarangan dan tidak hairan kenapa Najib percaya pada dia.
Najib will believe him more than us all. Dia alim dalam silat politk ini.
Aspan, you have been decieved by him many times which you didn't realise.
Berhati-hatilah dengan Rais ini.
Dato Seri Najib, dalam kesibukkan Dato Seri berkempen tenteng isu 1Malaysia ini, saya menyokong penuh.
ReplyDeleteTetapi pulangkan budi kami menyokong Dato Seri dengan membesarakan Dato Rais ini.
Kami diJelebu sangat bermasalh dengan dia ni.
Buatlah sedikit research diJelebu supaya Dato Seri tahu siapa Rais ini.
Di akhir zaman ini telah ditunjukkan dalil-dali hari nak kiamat.
ReplyDeleteAntaranya ialah yang salah nampak benar dan yg benar nampak salah.
Yang bathil bermeharajalela dan yang haq terpendap.
Pembohongan dihebahkan dan yang benar diselewengkan.
Pemimpin membohongi rakyat yang dipimpinnya merupakan salah satu dalil juga.
Yang paling nyata ialah perempuan meyerupai lelaki dan mempunyai banyak pengaruh dalam keluarga dan institusi.
Banyak lagi dalil-dalil yang sudah timbul.
Pokonya mahu kah kita menjadi pembawa dalil? Kalau kita ingin menjadi pembawa dalil maka kita adalah dari gulungan yg songsang yg tidak benar disisi yang haq dan tuhan?
Hanya kita sendiri membuat pilihan.
Perjuangan untuk menjauhkan diri dari termasuk dalam gulungan ini memerlukan pengorbanan.
Sekian
aliff
Rais conspires with the goons in UMNO like Mustapha Mohammad and gang.
ReplyDeleteMustapaha should contest in other states because he is of no use to us in Kelantan.
din
i am sick of being deceived.
ReplyDeleteUmno is sinful party and don't blame the people cos they are led by sinful leaders.
doing away with these leaders is no more optional...it is dutiful of every responsible citizen.
Nampak sangat rais yatim ni cukup membohongi rakyat mengenai isu 3 batu nautikal ni. Mungkin dia fikir dia boleh berselindung disebalik akta tersebut - YANG TELAH DIMANSUHKAN DALAM TAHUN 1979!
ReplyDeleteMentang-mentang lah dia ada phd undang-undang, dia ingat dia boleh menipu rakyat menggunakan akta/ordinan yang telah dimansuhkan.
rais yatim ialah seorang yg mendahului org lain untuk mengibarkan bendera putih jika kalah dan dia juga akan menjdi org yg pertama mengangkat bendera merah jika menang.
ReplyDeleteorg yg lama berpolitik dgn nya akan faham sikapnya itu.
kami di ns memang ramai menjadi mangsa politik kotornya. dia bukan kira org lain, yg penting dia untung.
ikb, seremban