14 March 2010

Politik yang terlalu mahal harganya

Politik dinegara kita ini sangat mahal untuk seseorang bergiat. Sudah menjadi budaya dan pakaian politik dinegara ini bahawa pemimpin mesti mendekati rakyat untuk mendapat sokongan.

Biarlah pemimpin itu tidak membuat kerja dikementerian mereka dan tidak bertemu dengan anak isteri mereka; yang penting mereka mesti senantiasa disisi rakyat. Begitulah takrif mereka tentang isu mendekati rakyat.

Sudah menjadi tuntutan orang ramai yang pemimpin itu mesti selalu turun kekawasan dan jika seseorang itu memegang jawatan diperingkat pusat seperti diMajlis Tertinggi mesti menjejajah seluruh negara supaya dapat secara fisikal yang pemimpin-pemimpin itu dekat dengan semua rakyat.

Kalau pemimpin-pemimpin itu berbohong pun tak mengapa; mereka mesti turun padang dan itulah dia namanya pemimpin rakyat.

Menteri Besar terpaksa menerima jemputan melepaskan anak itek dan ayam. Selepas itu bergegas pula pergi ketempat yang lain lepaskan anak ikan keli pula dan ini semuanya proses 'mendekati rakyat'.

Tidak beberapa tahun dulu DS Najib pergi ke Bukit Bintang untuk meresmikan tandas awam dan ini lah sedikit dan secebis contoh tentang 'idiosyncrasy' yang jelas dalam politik kita yang belum lagi terhakis.

Enam bulam kemudian baru disedari kolam ikan dan itek tadi ditutup pula. Tetapi itu tak mengapa kata mereka; yang penting anak ikan itu dulunya diresmikan oleh YAB Menteri Besar.

Itulah sebabnya pemimpin yang berjawatan dalam kerajaan terpaksa menaggung kos yang besar dan terpaksalah mencari wang tambahan untuk membiayai perbelanjaan penjelajahan itu.

Bagi mendapat sumber kewangan itu maka pemimpin-pemimpin terpaksa ‘bergadai’ dan terus ‘bergadai’.

Bergadai yang saya maksudkan disini ialah mengadaikan maruah dan harga diri sebagai pemimpin dengan menggunakan wang pihak lain dahulu dan yang memberikan wang untuk penjelajahan ini akan dikembalikan dengan peluang perniagaan yang ada dibawah kuasa pemimpin yang berjawatan dalam kerajaan tadi.

Juara Rakyat adalah satu program baru oleh pimpinan untuk menghampiri rakyat dan perbelanjaannya adalah besar. Saya diberitahu Juara Rakyat yang pertama diUlu Selangor baru-baru ini memakan belanja melebih 1 juta ringgit.

Kalaulah 1 juta ringgit itu diberikan kepada pelajar-pelajar kita yang tidak mendapat tajaan keluar negara, sudah tentulah jumlah wang yang besar itu dapat meringankan beban ramai ibu bapa yang bertungkus lumus mencari sumber kewangan bagi menghantar anak-anak mereka menyambung pelajaran.

Kita andaikan jika sebuah negeri menganjurkan Juara Rakat sekali sahaja sudah tentulah ianya akan menelan perbelanjaan melebihi 15 juta ringgit yang dalam keadaan sekarang dianggap sebagai pembaziran yang sangat besar.

Kesemua perbelanjaan ini adalah dari wang rakyat dan pembayar-pembayar cukai sedangkan kita sedang menghadapi masalah ekonomi yang bukan kecil.

Ini lah cara kita untuk mengambil hati rakyat dengan berpesta dan berbelanja engan jumlah perbelanjaan yang begitu besar kerana kita hendak kekal berkuasa.

Cara ini sudah menjadi amalan sejak hampir 25 tahun yang lalu. 25 tahun dahulu program Semarak telah membelanjakan jutaan wang rakyat dan pembayar cukai, kadangkala ada atur-cara mengarak rumah beramai-ramai dengan sebagainya.

Juara Rakyat kini pula dianjurkan macam program Jom Hebuh anjuran TV3tetapi berbeza dengan Jom Hebuh hanyalah dari segi umur manusia yang hadzir sahaja. Membawa rakyat dengan ratusan buah bas bukan sedikit belanjanya tetapi faedahnya tidak seberapa. Wal hasil balek asal, kata seteangah pendapat mereka yang hadzit itu.

Cara ini melambangkan cara berpolitik bagi pemimpin yang lemah, kerana dunegara maju tidak ada politik mendekati rakyat secara ini.

Kita tidak menafikan yang pemimpin perlu mendekati rakyat terutamanya dengan pengundi-pengundi kawasan sendiri tetapi tidak memlakukannya tanpa mengira masa dan sumber kewangan yang perlu diadakan.

Sebenar yang perlu mendekati hati rakyat ini adalah Dasar Kerajaan yang menyenagkan mereka. Rakyat mahu melihat dasar yang benar-benar menjiwai dan hampir dengan rakyat.

Lanjutan dari itu rakyat mahu merasakan nikmat dengan mengimplimentasi dasar yang digubal itu dengan baik.

Kalau dasar disenangi rakyat, implimentasinya pula dilakukan dengan baik tanpa elemen rasuah dengan salah guna kuasa, dengan sendirinya rakyat akan menyokong kita.

Sejak dua lebih dekad yang lalu penyalah gunaan kuasa terlau jelas. Misalnya projek kerajaan untuk rakyat yang berniali 500 juta ringgit menjadi 1 billion. Kita tidak boleh berfikir yang rakyat itu buta dan pekak.

Rakyat bukan menentang projek mega tetapi ikutlah harga yang sebenarnya dan janganlah diberikan projek tersebut hanya kapada pihak tertentu sahaja untuk memeras wang dan keringat rakyat.

Jika perkara itu berlaku dalam tujuh lapan tahu boleh jugalah ralyat bersabar tetapi kalau ianya berterusan maka itu sudah mencabar kesabaran rakyat.

Kita perlu mengambil contoh dari negara-negara yang maju, tetapi jika kata negara-negara tersebut melakukan perkara betul kita akan dihentem dan mengatakan yang kita ada acuan sendiri.

Kalau dahulu kita mengatakan Abdullah Badawi flip=flop dan berbagai-bagai lagi nama yang di berikan kepada beliau, zaman pimpinan sekarang juga apa kurang sikap flip=flopnya.

Keputusan hendak mengumumkan GST sekarang ditunda apabila rakyat mempersoalkannya. Sekarang kita telah diberitahu yang pengenalan GST akan ditangguhkan kesuatu masa yang akan ditentukan.

Kerajaan telah berjanji untuk membuat semakkan kepada ISA (Akta keselamatan dalam Negeri) tetapi sehingga sekarang ianya masih tidak kedengaran usaha kearah itu. Kalau tidak ada semakkan berilah tahu rakyat yang kerajaan tidak bercadang untuk menyemaknya dan pertahankanlah akta itu.

Pengumuman Model Ekonomi Baru (MEB) yang sepatutnya telah diumumkan ditanggukan beberapa kali dan akhirnya telah ditetapkan pada penghujung bulan Mach ini, tetapi ianya akan diumumkan dalam dua peringkat pula.

Janji untuk membawa 18 kes berprofil tinggi kemuka pengadilan sampai kehari ini tidak dilakukan.

Pengumuman untuk menghapuskan subsidi minyak akhirnya telah ditarik balek dan ianya mengegmbirakan rakyat tetapi tindakakan tolak tarik ini menjadikan rakyat tidak lagi mengambil pusing dengan apa yang dikatakan oleh kepimpinan.

Dalam beberapa perkara diantara yang banyak isu itu, ianya hanya melambangkan satu fenomena; pimpinan tidak membuat dan berfikir sedalam-dalamnya sebelum menjanjikan sesuatu.

Saya bukanlah hendak menghentam kromo dan membuat kritikkan semata-mata untuk mengkritik tetapi rakyat yang sudah lama boleh memberikan pandangan untuk kebaikkan kita semua melalui pengalaman yang banyak dalam kehidupan ini.

Dulu-dulunya setiap rancangan kerajaan yang melibat rakyat yang ramai kerajaan akan memberi tahu rakyat keseluruhannya dahulu.

Pihak kerajaan akan memberitahu pimpinan UMNO sampai keperingkat cawangan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) dan semua jabatan kerajaan supaya JKKK ini akan dapat memnyampaikan hasrat kerajaan itu kepada orang ramai dikampung dan keriah masing-masing.

Penghulu mukim akan membawa ahli-ahli JKKK ini kebilek mesyuarat diibu negeri-masing-masing dan diberikan taklimat dengan terperinci.

Apabila ini dilakukan maka rakyat tidak akan lagi membuat berbagai andaian yang negative terhadap tujuan kerajaan itu.

Sebagai seorang yang pernah bekerja disebuah agensi kerajaan, saya dan rakan-rakan sentiasa berada dikampung-kampung unutk menerangkan segala perkara yang akan diumumkan setahun sebelum itu.

Kami mendapatkan feedback dari orang ramai terlebih dahulu maka apabila dilancarkan dan diumumkan rancangan kerajaan itu tidak lah banyak tentangan dan spekulasi yang negatif.

Semasa itu tidak perlu SEMARAK dan tidak perlu JUARA RAKYAT dan tidak ada retorik pemimpin-pemimpin. Tidak payah juga menyewa ratusan bas untuk mengangkut orang-orang kamping yang banyak kerja untuk dilakukan untuk keluarga mereka. Biasiswa sudah tidak ada lagi, kalau ada pun hanya pinjaman.

Rakyat kita bukan seperti rakyat dinegara German dalam mana pelaran adalah percuma. Rakyat kita dikampung-kampung perlu bertungkus lumus untuk memberikan pendidikkan kepada anak-anak mereka.

Dulu ada perhubungan dua hala kerajaan dengan rakyat membuatkan rakyat merasakan mereka tidak ditinggalkan dalam proses membina dasar-dasar penting kerajaan untuk mereka.

Sekarang ini bak kata orang Negeri Sembilan, ‘hanya mendengar khabar yang sudah masak’ Mereka tidak dibawa bersama sebelum satu- satu dasar digubal.

Sekarang perkara itu tidak dilakukan lagi, maka itulah sebabnya rakyat sudah menjauhkan diri dari kerajaan dan memilih untuk tidak mengambil tahu lagi tentang segala apa yang dilakukan oleh pentadbiran kerajaan,

Tetapi sikap setengah pihak mengambil sikap negatif dengan teguran-teguran seperti ini dan berfikir saolah-olah kami ini adalah rakyat jajahan mereka; tidak boleh memberikan pandangan.

Kita harus ingat, negera ini juga adalah negara kami; kami berhak untuk bersuara.

Kita memberikan pandangan bukan untuk membangkang tetapi untuk diberikan sedikit perhatian tentang pandangan kerana akhirnya kerajaan juga yang akan tumbang jika tidak memikirkan aspirasi rakyat yang rindukan keseronokkan bernegara yang mereka nikamti dahulu dan sekarang sudah tiada lagi..

Menjadi ‘cheer leader’ kepada pemimpin yang tidak mampu memimpin akan merosakkan negara akhirnya.

‘Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak ada gunanya’.; Itu kata-kata orang tua-tua dahulu. Jika kata-kata ini juga tidak digemari terpulanglah kepada semua, Tanyalah selera sendiri.

Masalahnya apabila tiba musibah kepada negara mereka yang tidak bersalah pun akan menerima padahnya. Itulah sebabnya rakyat marah dan bising-bising.



Sekian………………………………….Aspan Alias

13 comments:

  1. Kesian! Kesian kat pemimpin dan kesian kat rakyat.

    Kesian..kesian.

    ReplyDelete
  2. Jgn lupa aspan, bila bersaman dengan org kuat mesti hulur sedikit sebanyak.

    Org kuat nak tukat tyre kereta, nak tukar rim baru kereta dan macam-macam lagi.

    Nak raya kena hulur lagi sebab nak car rumah.

    Lagi seorang dtg kerana bini nak bersalin.

    Upah itu upah ini nak diseleasaikan. Macam-macam lagi.

    Org miskin macam kau jgn bergiat...duit..duit...duit!


    AZK, penyokong kau

    ReplyDelete
  3. The dispositions of Najib with his walkabout is very unnatural.

    Going on populist like approach would in the end kills his own natural self.

    It is outdated and can't hold any advantage for him.


    damien tan

    ReplyDelete
  4. Apapun rakyat sudah makin sedar setiap sen yang dibelanjakan untuk menabalkan Wakil Rakyat adalah datang dari duit mereka.

    Sebab itu wakil rakyat tidak boleh berfikir mereka adalah juara rakyat kerana mereka hanya dipilih mewakili suara rakyat.

    Rakyat tak suka jika sebelum jadi YB hartanya ala kadar tetapi bila jadi YB hartanya mengalahkan tujuh keturunan.

    Rakyat juga dah tahu menilai yg mana kurik yg mana kendi, yg mana molek yg mana keji.

    Kerana itu pemimpin tidak boleh lagi memakai kosmetik untuk menampal kehuduhan mereka hatta di Sabah dan Sarawak pun sedikit demi sedikit kosmetik itu semakin luntur. Hanya masa yang akan menentukan.

    Mohdi

    ReplyDelete
  5. Salam Sdr Aspan,

    Perkara semacam ini terjadi kerana bahana akibat putaran gila.Ianya bermula dengan perbuatan pemimpin- pemimpin disemua peringkat yg terlalu inginkan menjadi ketua/pemimpin.Dalam usaha mencari sokongan(popularity),lebih-lebih lagi mereka yg kualiti kepimpinannya tidak seberapa atau tidak menonjol tetapi mempunyai wang,mereka ini memilih jalan mudah dengan cara kaedah pemberian sagu hati dalam berbagai bentuk,termasuklah wang rinngit yg disebut duit rokok atau duit kopi.Perbuatan ini menjadi pembuka jalan kearah kecenderongan ahli-ahli atau penyokong-penyokong untuk sentiasa mengharap kepada pemberian daripada sesiapa saja yg cuba menampilkan diri sebagai ketua.Dari situ bermulalah putaran gila ini.

    Diperingkat terbawah mereka berebut-rebut menampilkan diri untuk menjadi agen atau wakil kepada sesiapa yg ingin menawar diri menjadi pemimpin,lebih-lebih lagi kepada mereka yg berada diluar kawasan berkenaan tetapi berasal dari tempat tersebut yg mempunyai kedudokan dan kewangan.Bila ada lebih ramai yg menawar diri untuk menjadi pemimpin maka pembayaran menjadi lebih rancak dan nilainya makin tinggi.Mereka yg menjadi agen-agen itu pula menjadi lebih berselera dan terbuka tuntutannya.Kumpulan merek a bertambah menjadi lebih ramai dan akhirnya merebak menjadi satu fenomena dan amalan biasa didalam parti UMNO.Kemudian amalan itu telah naik taraf meningkat menjadi POLITIK WANG atau RASUAH,sebenarnya.

    Sifat mengharap dan meminta-minta ini telah menjadi satu penyakit yg merebak begitu terok yg melemah dan bolih merusakkan UMNO.Keadaan inilah yg mewujudkan persepsi bahawa UMNO kini terlalu korup dan "rotten to the core".

    Askar Tua

    ReplyDelete
  6. Sdr Aspan, tidakkah sdr terfikir yang sekarang sudah ada internet dan itu boleh menjadi alat untuk berhubung secara terus dengan rakyat tentang apa yang kerajaan hendak lakukan.

    Saya hendak sdr jawab dari segi ini. Tidakkah mencukupi saluran dari internet itu.

    yusuf masai

    ReplyDelete
  7. sdr yusuf masai, terima kasih kerana memberi pandangan yang saya anggap bernas.

    Saya nampak kehadziran internet dizaman cyber ini memberikan sokongan dan bantuan terhadap kegiatan penerangan kepada rakyat terutamanya didesa-desa.

    Tetapi ada masalah sedikit. Tidak semuanya ada acess kepada internet seperti kita.

    Mengikut pengalaman saya nampak jika kita orang kampung berkumpul dan mendapat penerangan dari pegawai penerangan daerah katakan, orang ramai boleh berinteraksi dan mendapat jawapan secara terus dan tidak akan dapat elemen-elemen yang negative merosakkan isu yang berbangkit.

    Itulah sebabnya pegawai penerangan diperingkat daerah, seperti yg saya cadangkan itu perlu diberikan taklimat lengkap terlebih dahulu untuk mempersiapkan diri menghadapi masyarakat.

    Walaubagaimana pu jika pihak kerajaan ada cara yg lain kita terimalah tetapi setakat ini belum lagi.

    Model ekonomi baru yg bakal diumumkan mesti mendapat penerangan menyeluruh agar ianya difahami oleh masyarakr desa yang mana menjadi tulang belakang sokongan kepada UMNO khususnya dan BN amnya.

    Itu sahaja sdr. Terima kasih diatas pandangan dan interaksi jujur sdr.

    ReplyDelete
  8. Aspan, your brave and upright opinion and issues are noticeable. I know you from far and I wish to give you a little bit of gratitude for being what you are.

    You possess your opinion dearly and never shirk.

    Your clear minded man you are can change a few or many.

    Enjoy your retirement bro.

    ReplyDelete
  9. Aspan,
    Memang begitu cara berpolitik org Melayu nak buat macm mana?
    Saya pun tak bersetuju tetapi itulah budaya yg diajar oleh politik kita.
    Saya rasa jgn sdr jadikan sebagai isu pekara itu.

    ReplyDelete
  10. Guys, KJ's top cybertrooper has 'revealed' to me KJ's latest achievement,

    nak tau ape bacalah di SINI

    I guarantee you will like this posting

    If you don't laugh just tell me and I will come and give you 10 hits on your blog today

    ReplyDelete
  11. aspan said:

    ..Kalaulah 1 juta ringgit itu diberikan kepada pelajar-pelajar kita yang tidak mendapat tajaan keluar negara, sudah tentulah jumlah wang yang besar itu dapat meringankan beban ramai ibu bapa yang bertungkus lumus mencari sumber kewangan bagi menghantar anak-anak mereka menyambung pelajaran.

    Saya amat bersetuju dengan keyataan ini. UMNO kini bagaikan parti berpesta-pestaan dan berjamu-jamuan. Ini belum dicampur program-program melancong dan melencong. Membelanjakan wang dengan cara yang silap untuk mendapatkan hasil yang tidak seberapa.

    Bagaimanakan UMNO nak jadi juara rakyat sekiranya, UMNO (pemimpin parti dan ahli) juga berfikiran sebagai kerajaan.

    UMNO perlu membezakan fungsi sebagai parti politik dan fungsi kerajaan. UMNO sebagai parti politik perlu sedar akan garis pemisah antara parti politik dan kerajaan. UMNO bukan kerajaan. UMNO hanya parti politik. UMNO juga perlu kritis terhadap kerajaan. Membela hak rakyat di mana perlu, bukannya membela setiap tindakan dan perlaksanaan kerajaan walaupun membebani rakyat. Menjadi Juara Rakyat seharusnya berpihak pada rakyat bukannya menjadi agen membenarkan segala dasar dan perlaksanaan dasar kerajaan.

    UMNO perlu menguasai kerajaan dan bukannya kerajaan menguasai UMNO. Masalah paling besar, kebanyakan rakyat gagal memahami konsep pemisahan parti dan kerajaan. Keterbukaan anggota eksekutif kerajaan yang juga kepimpinan tertinggi parti dalam menerima kritikan dan teguran dari kalangan parti juga satu masalah yang sukar ditangani. Politik cara Malaysia, terlalu sukar untuk berubah.

    Flip-flopping of the present government pun satu yang perlu ditangani; pembentangan GST Bill dan Model Ekonomi Baru, skim baru harga minyak, penarikan subsidi dan banyak lagi. Menteri Kerajaan asyik nak bercakap bila ditanya press, mulut bercakap lebih laju dari otak berfikir. Kerana terlalu mengejar populariti, banyak masalah timbul akibat perlakuan sendiri.

    ReplyDelete
  12. deepthroat,

    You understand issues indeed. I know you are not against the government like me but you and me are just concerned what our generation is going to be like if this carelessness is not taken to the attention of our leaders.

    We are in dire need to prepare to inherit proper government for our generation to enjoy in perpetuity.

    Somehow my intuition tells us that there is something wrong somewhere which is of our concern as responsible citizen.

    I am not a mechanic but if my car jerks, i know there is something wrong with the engine and that needs an urgent attention to address it swiftly.

    OR else the engine might just burst and need total overhaul which is certainly too expensive to bear.

    I appreciate your views dearly bro.

    ReplyDelete
  13. Have to go on getting leaders to realize that they have got to keep abreast with change of time.

    Let anybody say anything they wish. Just break the herds mentality in our race.


    doyan

    ReplyDelete