22 April 2010

PRK Hulu Selangor - BN dalam keadaan kritikal?

PRK Hulu Selangor merupakan PRK yang sangat sengit dan membawa begitu besar kesannya kepada landskap politik negara jika dipandang dari sudut untuk menentukan arah pemikiran dan persepsi rakyat terhadap BN dan PR.

Kemenangan Datuk Zaid akan memberikan impak dan lonjakkan baru bagi pembangkang dan kemenangan BN pula akan memberikan harapan BN untuk menunjukkan kepada dunia yang BN sudah kembali pulih dari penolakkan rakyat dan masih ada peluang untuk bertahan.

Ini bukan kali pertama PRK diadakan; ianya sudah berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan dan jika seseorang Ahli Legilatif yang dipilih rakyat mengosongkan kerusi melalui perletakkan jawatan atau meninggal dunia, maka pilihanraya kecil diadakan bagi kawasan yang terlibat.

Selalunya jika pilihanraya kecil diadakan, Perdana Menteri tidak pernah terlibat dalam siri kempen PRK itu. Penglibatan PM hanya kita saksikan hanya semasa Abdullah Badawi dan Perdana Menteri Najib.

Dr Mahathir semasa beliau menjadi PM, sejauh ingatan saya tidak pernah menjejakkan kaki beliau didalam kawasan pilihanraya kecil; ianya sudah cukup dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin dibawah naugan beliau sahaja…dan mendapat kemenangan.

DIHULU SELANGOR, kali ini PM Najib akan berkubang disana selama 4 hari sehinnga hari mengundi.

Didalam sesuatu pilihanraya kecil jika Perdana Menteri sendiri yang datang ianya mebayangkan satu perkara yang jelas; iaitu BN dalam keadaan kritikal dan PM sendiri terpaksa hadzirkan diri dan terlibat sama untuk berkempen.

Sejauh mana PM Najib memberikan kesan tidak siapa yang dapat menilainya. Tetapi kenyataannya, jika PM sendiri terpaksa datang keHulu Selangor, itu menunjukkan BN dalam keadaan kritikal.

Selalunya begitulah hakikatnya. Pengalaman-pengalaman lama saya ada sikit-sikit.


Sekian……………………………………………Aspan Alias.

17 comments:

  1. Saya hadzir kerana saya pekerja peti undi. Kami diarah pergi.

    Kedatangan menyambut PM itu adalah lebih kurang 500 orang.

    Pengundi Btg Kali.

    ReplyDelete
  2. Panasnya cuaca diKKB, malas betul untuk pergi kempen.

    Semalam saya pergi berjalan rumah kerumah. Bila tuan rumah nampak simbul dacing mereka seolah olah marah kpd BN dan tak jemput pun kami masuk kerumah.

    Letih! Letih! Kenapalah letak lagi calun MIC. Letih betul kita dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. hisham,

    we have mutual feeling and experience.

    How now?

    kelvin

    ReplyDelete
  4. pengundi Btg Kali,

    Rosmah datang ke tidak semalam?

    rudy

    ReplyDelete
  5. I was at PM Najib's function in Sentosa but he was in his usyal rhetorics.

    Zahari Zain

    ReplyDelete
  6. Let's vote fo BN to reduce the loss margin...heeeeeeee

    ReplyDelete
  7. Apalah sebabnya sdr menyokong Zaid dengan begitu serius?

    Kalau Zaid menang dapatlah saudara menunggang kuda ye?

    ReplyDelete
  8. Anon 20;33,

    Soalan yg saudara tujukan kepada saya telah saya jawab dlm posting saya yang lalu.

    Berhubung dengan tafsiran sdr yang saya akan dapat tumpang berkuda dgn Datuk Zaid itu saya tak dapat nak jawab.

    Tetapi kalau saya menunggang kuda semata-mata untuk menunggang, rasanyanya itu adalah senaman yang baik dan ianya adalah salah satu dari dua bentuk senaman yang digalakkan oleh Rasulallah.

    Berkuda dan memanah adalah dua perkara yang disukai Junjungan kita. Tak Salahkan?

    Kalau pun salah saya rasa sdr pun ada kesalahan yg lain; hanya saya tidak nak ambil; tahu hal peribadi manusia lain.

    TK

    ReplyDelete
  9. katakan kepada saya sdr Aspan, Salahkah DS Najib datang berkempen? Silakan ber jawapan!

    Abu

    ReplyDelete
  10. Sdr Abu,

    Saya tidak ada mengatakan adalah salah bagi DS Najib datang berkempen. Hanya yang saya kata sekarang ini PM sendiri kena datang kempen kerana BN tidak sekuat dulu. Dulu dulu PM tak payah datang kerana BN kuat dan selesai kerja dengan kelolaan pemimpin dibawah beliau sahaja.

    Sekarang ini DS Najib terpksa datang dan itu pun yg beliau patut lakukan kerana party kelolaan beliau tidak sekuat dulu.

    Itu maksud saya.

    ReplyDelete
  11. Najib hadir atas kapasitinya sebagai pengerusi BN. beliau perlu hadir untuk menjamin kemenangan BN. jika aku adalah Najib, aku akan buat perkara yang sama.

    eh..Anwar pun ada jugak di Hulu Selangor ye....

    ReplyDelete
  12. Bro,

    1. tahniah kerana masih berupaya melayan budak-budak yang akan mewarisi negara ini dimasa depan...hehe.

    2. inilah anak-anak standard dan keupayaan anak-anak melayu kita yang akan bersaing dengan dunia global dimasa hadapan. I wish am not there anymore when these youths helm our nation.

    3. Lastly, syabas kepada sdra kerana berjaya menarik budak-budak ni ke blog sdra. it shows that your blog does carry some weight..:)

    bat

    ReplyDelete
  13. Sdra patut bersama Zaid berkempen naik kuda kepang!!

    ReplyDelete
  14. Anon 21:35,

    Is that a joke? Tell me. If it is, I shall try to laugh.

    ReplyDelete
  15. My Longest Yard,

    Yes it's true. I just want to emphasize that these days in by election PM has to come down to the ground campaigning. Not like before bro. That was all I said and there is nothing wrong for him to come down.

    Thanks

    ReplyDelete
  16. No need to laugh lah! You know what I mean. If you don't then just take it as it is, period.

    Anyway,your article reflects your inclination. You are wearing 2 hats as far as this PRK is concerned. I don't know how to classify you. Where you stand? There is an element of hypocrisy in you as far as politics is concerned. That's my sincere assessment of your political standing after reading most of your articles.

    Salam bahagia!!

    ReplyDelete
  17. Anon 23 April 2010 07:00,

    Aspan cuma luahkan pendapat dia, just try to be neutral, i didnt see anything wrong with his view. I'm not a voter, but it seem to me, he's try to be neutral on certain issue. Be it Bee End or Pi Key Arr... sama saja dia balun... the only thing is, Aspan UMNO member...

    ...adioss....

    ReplyDelete