11 May 2010

Alhamdulillah, UMNO sudah daulatkan Raja-Raja Melayu - Bhg 2

Apabila Malayan Union ditolak oleh orang Melayu dahulu kesemua Raja-Raja Melayu telah kembali mendapatkan negeri masing-masing dan memerintah dengan penuh kuasa seperti yang dahulu.

Setiap negeri-negeri tersebut merupakan negeri-negeri berdaulat dan Raja-Raja memerintah negeri-negeri masing-masing berhak mengutip cukai dan berbelanja membangunkan negeri serta jajahan masing-masing.

Jika Malayan Union itu tidak berjaya ditolak maka tidak wujud lagi negeri-negeri yang berdaulat dan akan hanya tinggal sebuah negara ‘Unitary”; tidak ada Selangor, tidak ada Negeri Sembilan, tidak ada Johor dan tidak ada negeri-negeri yang lain.

Kita harus faham kenyataan ini dahulu, sebelum kita boleh memahami kenapa pentingnya Raja-Raja Melayu kepada kita orang Melayu dan bangsa-bangsa lain yang telah menjadi rakyat Malaysia.

UMNO dan Mahathir tidak senang dengan kuasa yang ada pada Majlis Raja-Raja Melayu yang semasa itu mempunyai hak untuk menolak dan melucutkan jawatan PM.

Keadaan beliau yang tidak menentu menyebabkan beliau mencari jalan dan helah untuk mengurangkan kuasa Majlis Raja-Raja dan seterusnya melucutkan immunity dan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Kesempatan untuk bertindak untuk melakukan apa yang hendak dilakukannya sampai akhirnya apabila salah seorang dari anakanda Kebawah Duli Sultan Johor memukul jurulatih hockey yang saya lupa namanya.

Dari saat itu UMNO mendapat alasan untuk bertindak dan dari saat itu jugalah UMNO telah ‘melanyak’ kesemua Raja_Raja Melayu dan menggunakan media masa seperti Utusan Malaysia dan kumpulan The New Straits Times sebagai lidah UMNO mengutuk dan mempersendakan Raja-Raja Melayu.

Usaha yang dilakukan oleh akhbar-akhbar ini dilunaskan juga oleh semua stesyen Telivisyen termasuk TV3.

Oleh kerana nyamuk seekor dua maka seluruh kelambu dibakar dan institusi Raja-Raja diceroboh seperti menceroboh tempat persembunyian kominis didalam hutan.

Raja tetap raja. Raja-Raja Melayu tidak menjawab kerana baginda semua adalah Raja; masakan hendak berlagak seperti perlakuan ‘robust’ UMNO dan segala perlakuan ini dituntun oleh bukan sahaja oleh kita tetapi juga masyarakat antarabangsa.

Kalaulah pindaan itu secara jujur untuk mendisiplinkan Raja-Raja, perlukah media massa dengan sewenang-wenangnya mebuat tuduhan fitnah kepada DYMM Yang diPertuan Besar NS dengan menyiarkan berita yang almarhum Baginda telah memberikan tanah baginda kepada taukeh Cina untuk memilihara babi?

Kenapa Dr Mahathir tidak dapat mengawal tindakkan tidak bersopan pemimpin UMNO dan media perdana?

Apa perlunya beberapa ahli Parlimen membuat kenyataan yang Raja-Raja Melayu patut diikat dan disebat dikhalayak ramai?

Apakah itu niat sebenar orang yang memimpin UMNO semasa itu? Sedangkan pegawai tinggi British yang hendak merampas kuasa Raja Melalui Malayan Union dulu pun tidak menekan Raja-Raja Melayu sebegitu rupa kenapa pula orang Melayu sendiri yang menekan Raja mereka dengan begitu hina sekali?

Dimana letaknya temaddun kita orang UMNO? Tidakkkah pemimpin semasa itu sedar apa yang mereka lakukan itu adalah penghinaan kepada bangsa kita sendiri?

Apakah ruginya pucuk pimpinan politik dan negara jika berunding secara jujur dan berakhlak dengan Raja-Raja Melayu dan apakah hanya pemimpin Melayu yang gehara sahaja yang wajib untuk melunaskan akhlak dan budi orang Melayu?

Usaha pihak eksekutif yang diterajui oleh UMNO untuk melakukan pencerobohan ketahap yang kemuncak ialah apabila Kabinet meluluskan cadangan pihak tertentu dalam UMNO untuk membawa pindaan-pindaan kepada klausa-klausa tertentu yang berhubung kait dengan kuasa Raja-Raja Melayu khususnya yang Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong

Setiap kerajaan negeri diminta membuat pindaan yang sama didalam Dewan Undangan masing-masing untuk melupuskan setengah dari kuasa yang ada kepada Baginda Raja-Raja Melayu setiap negeri.

Diantara Bab-Bab penting dalam perlembagaan yang dipinda oleh Parlimen ialah Bab 159 (5) dan dan 181 (2) yang mana kuasa untuk memayungkan orang Melayu dibuang dan dengan ini ianya menghilangkan kuasa Raja-Raja untuk menjadi benteng kepada orang Melayu.

Sesiapa sahaja boleh membolosi kedudukkan orang Melayu selama ini sebagai yang terkandung didalam kedua-dua Bab itu.

Jika selama ini orang Melayu ada mempunyai 9 kunci untuk membentengi orang Melayu sekarang kesemua 9 mangga dan kunci itu dibuang dan orang Melayu akan terkapai-kapai jika sesuatu yang buruk berlaku kepada bangsa kita.

Untuk memberikan sokongan kepada pemimpin besar UMNO, ramai ahli-ahli Parlimen Melayu telah memberikan alasan yang Raja-Raja Melayu mesti didisiplinkan tetapi tidak siapa nampak bagaimana pindaan kedua Bab ini boleh mendisiplinkan orang Melayu.

Jika pun kita hendak berdikari kenapa keistimewaan yang ada dalam perlembagaan itu dibuang…simpan sahajalah. Suatu hari nanti ada waktunya yang orang Melayu perlu keistimewaan untuk berlindung.

Keadaan itu akhirnya terbukti apabila UMNO menggunakan sedikit-sebanyak baki kuasa yang ada untuk berlindung semasa krisis perlembagaan dan kepimpinan diPerak yang berlaku tahun lepas.

Semasa itulah kita mendengar UMNO melaungkan ,Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Terlopong mulut saya apabila mendengarnya. Dulu ada pemimpin UMNO kata Raja Melayu sudah tidak relevan lagi!

UMNO/BN tidak berani untuk memanggil sidang khas DUN untuk meluluskan titah Baginda Sultan Perak untuk membawa usul tidak percaya kepada Nizar Jamaluddin.

Akhirnya terpaksa pergi ke Mahkamah yang sudah sedia hilang kredibilitinya sejak pemecatan Tun Salleh yang tidak berdosa itu. Kalau ada pun Dosa Tun Salleh ialah keengganan beliau untuk menghapuskan ‘indepenent judiciary’ yang tidak digemari oleh Dr Mahathir waktu itu.

Dalam kes diPerak pihak UMNO telah cuba mengelirukan rakyat yang pemimpin Pakatan Rakyat engkar kepada titah Baginda Sultan Perak sedangkan yang ada rekod mencemuh Raja-Raja itu adalah dari UMNO pada tahun 1993 dahulu.

Kalau pun kita perlukan kuasa diPerak itu biarlah kita mengambil kuasa itu melalui pilihanraya kerana merampas kuasa melalui pembelian itu adalah tidak ‘legitimate’ dan kuasa yang kita dapati melalui proses yang tidak ada ‘legitimacy’ itu tidak kekal dan akan memakan diri kita sendiri akhirnya.

Lagi pun permainan ‘silap-mata’ yang dilakukan oleh Najib itu merupakan pencerobohan pemimpin Persekutuan terhadap kedaulatan rakyat dan negeri Perak mengikut semagat Persekutuan kerana rakyat telah memilih siapa yang patut memerintah mereka.

Segala-galanya dibayar. Sampai bila UMNO hendak berkuasa melalui pembayaran dan pembelian ini?

Biarlah kita tunggu waktu pilihanraya umum untuk mengambil alih kuasa; melalui rampasan kuasa itu tidak ada seninya bagi politik orang Melayu lagi.

Teringat pula saya kepada lagu Zainurin Moh Dom “ ku pujuk-pujuk ku bawa lari”.

Bersambung………………



Sekian…………………………………………Aspan Alias

24 comments:

  1. Saudara Aspan.... saya bersetuju dengan tulisan mengenai pengurangan Kuasa Raja-raja Melayu awal 90an dulu.... nyatanya ia nya akibat permainan politik yang kotor... Raja-raja Melayu adalah payung orang Melayu.... salah satu teras dalam kewujudan tamadun dan budaya Melayu.... memang agak sedih bila teringat kembali peristiwa itu......

    Hamba Allah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, kebetulan saya menijau blog malaysiatoday dan terbaca artikel pak long, 2jam saya habiskan masa utk membaca kesemua artikel since 2006 until the recent one.. betullah kata abah yg pak long memang banyak pengalaman dan banyak artikel pak long yg menarik dibaca... its not about ur article but its ur experince that blown me. apa2 pun seronok bertemu pak long di alam cyber ini.. dan abah kirim salam

    best regard
    anak angah saufi

    ReplyDelete
  3. Continue being upright bro. Younger guys want the truth and just the truth.
    Listening to some others may get incorrect history.

    ahmad saidin

    ReplyDelete
  4. Salam Aspan,

    Setahu saya penubuhan Malayan Union adalah ditentang oleh UMNO sedangkan raja-raja ketika itu ada raja-raja yang telah bersetuju dengan British.

    Kalaulah hasrat Malayan Union ini terjadi saya rasa raja-raja Melayu akan jadi seperti raja-raja di India, raja yang tiada mepunyai kuasa dan kedudukan lagi selain dari pencen raja sahaja.

    Untuk ini, saya percaya raja-raja Melayu perlu berterima kasih kepada UMNO kerana membawa penentangan ini yang memaksa British membatalkan hasrat mereka.

    Aspan mungkin boleh membaca hati TDM ketika TDM mengsyorkan imuniti Raja dihapuskan. Hakikatnya TDM berhenti secara sukarela dan 'point' Aspan mengatakan TDM membuat ini kerana nak mengekalkan kuasa adalah tidak relevan sama sekali.Lainlah kalau sampai sekarang TDM masih kekal menjadi Perdana Menteri.

    Cuba kita lihat hikmah dari penghapusan imuniti ini. Amat jarang kita terdengar perkara-perkara yang kurang enak mengenai raja=raja kerana undang-undang imuniti secara tidak langsung memaksa raja-raja untuk berkelakuan secara baik.

    Saya percaya kalau seorang itu ikhlas, apa yang dibuat walaupun kontroversial pada penghujungnya akan membuahkan hasil yang baik.

    Aspan, tanyalah diri sendiri dan tanya lah pada orang-orang lain, hendakkah imuniti raja Melayu dikembalikan seperti asal??

    Orang Kampung

    ReplyDelete
  5. Happy 64 UMNO.
    Many happy returns of the day.
    I dedicate the song When I'm 64 to my beloved party.
    To paraphase the song: "Grand-children on my knees - Khairy, Mukriz and Rosnah Shirlin."
    UMNO lahir dalam istana. Adalah menjadi tanggungjawab UMNO untuk megekalkan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
    Kita telah lihat secra terang-terangan sekarang bangsa lain dah berani mengkritik Raja-Raja kita setelah krisis MB Perak.
    Tengok-tengokkanlah cara untuk mengatasi kemelutan istana Kelantan.
    Ku Li, bangunlah untuk menjernihkan suasana sebagai bapa saudara.
    Tidak adakah dalam UMNO orang seperti Tun Razak yang pandangannya dihormati oleh Sultan-Sultan.
    Bila Tun Razak bersuara, Sultan-Sultan patuhi.

    ReplyDelete
  6. Aspan,

    Apa jadahnya UMNO ini lagi? Perjuangan pemimpinnya menyimpang jauh.
    Secara moralnya UMNO tidak ada lagilah Aspan. Yang ada pada hari ini ialah parti lain yg menggunakan nama UMNO.
    UMNO sebenarnya tidak mempunyai pemimpin seperti yg ada ini.

    Kalau ada yg kata Raja-Raja tidak berapa relevan lagi, UMNO lagilah tidak relevan.
    Kalau UMNO itu betul, masakan sokongan Melyu kepadanya sudah merosot?
    Bolehlah secara bodohnya kita menjawab UMNO kurang sokongan kerana Anwar ibrahim....
    Kalau UMNO itu betul, masakan mereka mengikut Anwar.
    UMNO pandai menyalahkan orang...tidak mengaku kesalahan sendiri.

    Bayangkan UMNO ada Naib Presiden macam Hishamudin, dan Shafie yang dari Sabah tu....Boleh ke kita letakkan harapan kepada mereka ini?

    JAWABLAH SENDIRI SENDIRI.


    Ismailhashim

    ReplyDelete
  7. Tun Mahathir mahu membetulkan kesilapannya melalui PERKASA ?

    ReplyDelete
  8. Orang kampong,

    Terima kasih kerana menziarahi saya dengan tujuan untuk berbicara secara baik.

    Ya sdr orang kampong,
    Sememangnya UMNOlah yang mengembalikan kuasa Raja dari British Malayan Union dan selepas itu tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.

    UMNO itu ialah UMNO yg asal dan yang bertindak seperti British Malayan Union pula ialah UMNO yg terdaftar pada Feb 1988 dahulu.

    Asas penubuhan kedua UMNO ini adalah berdasarkan kpd 2 keadaan yg berbeza.

    Tertubuhnya UMNO asal adalah didasarkan kpd semangat penyatuan org Melayu yang kuat sedangkan penubuhan UMNO (B) adalah berdasarkan kepada perpecahan yang wujud semasa itu.

    Saya telah menulis dengan banyaknya tentang isu ini dan untuk menulisnya lagi saya sudah rasa kemalasannya.

    Tiada siapa lagi menjawab pertanyaan saya yang saya paparkan didalam posting saya yang terakhir ini; Kalau pun nak perbetulkan Raja-Raja Melayu ini perlukah kita gunaka bahasa dan adab yang tidak baik seperti membuat fitnah terhadap AlMarhum Tuanku Jaafar yang Baginda membenarkan tanah Baginda di Lukut untuk pembiakkan babi.

    Adakah itu cara Melayu membetulkan Raja mereka? Itulah sebabnya saya merasa 'hangat' sehingga hari ini.

    Bukannya kerana apa; jika ini caranya pemimpin Melayu yang mengaku diri pemimpin kelas dunia, ini kah dia contohnya?

    Tidak terfikirkah oleh benak pemimpin UMNO yang Raja-Raja itu adalah manusia seperti kita, ada perasaan dan ada maruah.

    Seperkara lagi jika Raja-Raja tidak bersetuju dgn Persekutuan Tanah Melayu dahulu, mungkinkah pemimpin yang sombong-sombong ini mampu untuk dikenali oleh sesiapa sebagai pemimpin?

    Sdr seperti juga saya dan yg lain-lain boleh bersikap tegas tetapi tidak lah sampai kita hilangkan identiti kita sebagai seorang Melayu yang sama-sama beragama.

    Itu sahaja orang kampong.

    Jumpa lagi.

    ReplyDelete
  9. mae1000,
    Are joking or serious bro? Dr M wants to correct himself through PERKASA?

    Takut kalau seperti tikus mempaerbaiki labu saja.

    Anyway thanks for the visit.

    ReplyDelete
  10. Aspan,
    Benarkah sdr adalah sahabat kepada Raja Petra Kamarudin kerana RPK mengaku dalam Malaysia 2day yang sdr adalah sahabat nya?

    Saja bertanya kalau sudi Aspan berilah tahu.

    zainal geng

    ReplyDelete
  11. zainal geng,

    memanglah saya sahabat baik kepada RPK dan persahabatan itu agak lama juga.

    Walaupun premis politik kami berbeza tapi kami menghormati diantara satu dengan lain, kerana kami mencari kebaikkan seseorang itu dan tidak mencari kesalahan diantara kami.

    RPK is another nice friend to be with.

    ReplyDelete
  12. GEMPAR!!!! Transkrip perbualan rahsia Anwar dan bomoh Benggali,  Pajan Singh di mahkamah

    sila datang ke Melayu Bersatu untuk membaca transkrip penuh

    ReplyDelete
  13. Tuan,

    Sebagai rakyat, kita hak menegur ke? Kadang kadang bila saya baca artikel tertentu, atau komen tertentu, saya rasa kita ni kena jadi macam Kerbau/Lembu yang di cucuk hidung.

    Baik raja mahupun pemimpin, kan semua manusia, yang pasti akan melakukan kesilapan, dan "setiap yang bernyawa itu pasti mati."

    Adakah hak rakyat itu, ikut telunjuk, saja. Kita diajar untuk menghormati, tapi kita juga berhak untuk tidak bersetuju.

    Apa kata tuan, saya nak tulis tentang perkara ini, tapi sedang memastikan isu ini tidak termasuk atau boleh di kira sebagai 'sedition'.

    Salam hormat

    ** saya dah mulakan countdown untuk 222 MP kita, masa untuk menilai, yang baik dan yang teruk, bukan lama sangat -+ 1000 hari aje lagi sebelum PRU13.

    A.Alshukor
    Cinta Alam Malaysia

    ReplyDelete
  14. Bro Aspan,

    There is a fundamental flaw (mistake) in your article and its view points. Raja-raja Melayu cannot be equated with all that is Malay. To say that the Malay race and its existence is dependent upon the raja-raja Melayu is incorrect and misleading. Many successful and developed countries don't have a monarchy system. Also,countries that have monarchy systems are often swelled with monarchy related problems and issues. I am sure we can name many countries that fall into these categories. Betul tak?

    In Malaysia, kebetulan hasil daripada sejarah- kita ada monarchy system. Baiklah kita maintain- nothing wrong. Tetapi,kita juga harus ada undang-undang yang sewajarnya supaya raja-raja melayu kita berkelakuan dan bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada. Nobody should be above the law of the land. In a democracy, such as Malaysia, the will of the PEOPLE must be supreme. Have no doubt about that!!

    ReplyDelete
  15. Aspan,

    Memanglah hang ni anti Mahathir. Ada apa-apa ke yang Mahathir perkena kan hang dulu?

    ReplyDelete
  16. Salam Aspan;

    Saya memang selalu menjenguk blog Aspan kerana ketagih dengan coretan Aspan. Saya kira Aspan seorang yang pro Tengku Razaleigh, pro Pak Lah dan anti TDM. Saya pulak seorang yang pro TDM, anti Pak Lah dan neutral kepada Tengku Razaleigh.

    Sudah tentu , Kita selalu berselisih pendapat dengan keadaan politik Melayu masakini, sudut Aspan dan saya berbeza,dan sudah tentu interpretasi adalah berbeza.

    Walaupun kita boleh berbeza pendapat, saya masih menghormati Aspan kerana saya percaya Aspan seorang yang sayang pada Melayu dan tak ingin Melayu layu dalam negeri sendiri.Saya pun sayang pada Melayu juga tapi mengikut acuan saya.

    Aspan kecewa bila raja-raja Melayu dipelakukan sebegitu rupa sewaktu krisis imuniti Raja dulu. Ketika itu saya pun terperanjat kerana tak tefikir yang orang Melayu sanggup berbuat sedemikian lazimnya orang Melayu takut di dolat oleh raja dan akur apa-apa yang dilakukan oleh raja.

    Tapi zaman feudal raja telah jauh berlalu, Kita bukan hidup kurun 16 dimana raja-raja melayu amat berkuasa sekali. Kalau menonton cerita klasik Melayu, kita akan ditayangkan bagaimana cakap raja adalah satu perintah hinggakan mengambil anak dara orang ataupun isteri orang ,tidak akan dihalang. Kehendak raja akan dituruti tanpa soal.Itu dulu.

    Tapi amarah rakyat telah disimpan terlalu lama. Lazimnya kalau amarah ini tak dilepaskan secara terkawal akibatnya mungkin lebih teruk lagi. Kita lihat disetengah negara-negara terlampau banyak monarki yang runtuh kerana rakyat telah memberontak.Hendakke jadi macam tu..

    Mungkin cara kerajaan buat dulu tak beradab, tapi saya rasa ;the end justify the means'; saya rasa takkan mungkin raja akan bersetuju untuk menghapuskan imuniti mereka tanpa paksaan.

    Yang penting dalam Malaysia ni tiada seorang pun 'above the law' apabila imuniniti raja dihapuskan. Yang saya lihat sekarang ni , martabat raja dikembalikan dan raja-raja pula berkelakuan baik dan amat jarang kedengaran masalah yang ditimbulkan oleh mereka. Rakyat pun telah kembali menghormati institusi raja. Bukankah ini sesuatau yang diharapkan oleh orang-orang Melayu.

    Persoalan saya pada Aspan, Hendake imuniti raja dikembalikan?

    Kalau jawapan Aspan tidak, ingatlah yang membawa ini termaktub adalah seorang manusia yang dibenci Aspan bernama TDM.. rakyat Malaysia banyak terhutang pada jasa-jasa beliau.

    Orang Kampung

    ReplyDelete
  17. Saudara aspan,

    Sebenarnya Tun Dr mahathir banyak berjasa dan selamatkan institusi Raja-Raja.

    Beliau boleh buat tak kisah . Beliau boleh hasut orang untuk mulakan usaha jatuhkan Raja-Raja. Ini bukan mustahil kalau kita tengok gelagat pemimpin PAS , PKR atau apatah lagi DAP.

    Dr Mahathir meminda perlembagaan dan ini sedarkan Raja-Raja yang mereka juga mesti bertanggungjawab atas perbuatan peribadi mereka. Pindaan tidak sesekali hilangkan kemuliaan Raja-Raja atau gugat kedudukan Bangsa Melayu.

    Adalah baik membetulkan sesuatu bila masih boleh dibetulkan. Tak guna bercakap bila orang Melayu dah hangat hati dan bincangkan gulingkan sistem beraja. Masa itu semuanya dah terlambat.

    Kedudukan dan kelansungan Sistem beraja bukan ditentukan oleh Perlembagaan . Yang menentukan kelansungan sistem ini ialah kehendak orang Melayu sendiri. Dr Mahathir dalam Malay dilemma cakap "...The first that comes into our minds when talking about the Malays is that vast majority of them is feudalist and wish to remain so. Therefore, any movement that preaches the destruction of established monarchical order will not survive".

    Kerana orang Melayu pertahankan sisten inilah makanya ia kekal . Jika ditakdirkan BN tumbang, inilah sistem yang pertama akan dibuang. Ini kerana yang berkuasa dalam PKR ialah DAP.

    Sekiranya orang Melayu sendiri dah benci, maka Perlembagaan bersalut emas sendiri tak dapat pertahankan Sistem Beraja.

    Kita pertahan sistem tetapi bukan sifat peribadi Raja-Raja. Mereka juga manusia dan mesti bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Bukan kah ini tuntutan ugama Islam?

    Raja-Raja melambangkan Bangsa melayu. Kerana ada Raja-Rajalah maka orang Melayu boleh "claim" kedudukan sebagai bumiputera.

    Raja-Raja melambangkan asal usul negara ini. walaupun kita mahu bergerak kedepan maju, namun asas sebuah negara mesti diingat.

    Hanya kerana ada pemimpin politik Melayu kurang ajar pada Raja maka janganlah kita terus "pukul borong" tuduh Dr Mahathir gugat kedudukan Raja-Raja.

    Tetntulah kita tidak mahu berada dalam keadaan dimana seorang MB terpaksa berhenti kerana tidak mahu luluskan tanah balak pada Sultan yang akhirnya diserahkan pada seorang "towkay".

    Kini orang Melayu sudah berubah. mereka dah tak kisah berbaring atas jalanraya menghalang kenderaan Sultan. Mereka sudah boleh sebut "sembah derhaka".

    Mereka sudah boleh menghina Raja kerana Sultan tidak mahu perkenankan pembubaran DUN walaupun Raja yang sama disanjung kerana lantik mereka pada mulanya sebagai MB.

    Sudah ada yang berani cakap tak apa berceramah atau )lebih tepat jual ugama) dalam masjid dan ingkari Titah Sultan.

    Orang melayu tidak sedar atau pura pura tak sedar yang mereka sedang memusnahkan satu-satunya lambang yang masih ada yang mengingatkan dunia yang asalnya ini Negeri Melayu.

    Dan pada Raja-Raja, perbuatan berkahwin dengan wanita asing yang tak tentu hala merosakkan imej mereka sendiri.

    Ada pula yang bergaduh dalam kelab malam. Ada pula yang adik beradik bergaduh bila Sultan sedang gering.

    "Bertepuk sebelah tangan tak menjadi".Jagalah akhlak dan jangan sampai rakyat rasa bodoh untuk kekalkan satu sistem turun temurun.

    ReplyDelete
  18. Shamsul Anuar,

    Sdr belum lagi menjawab persoalan saya: Perlukah UMNO dan Mahathir menuduh seorang Raja menternak Babi.

    Soalan ini benar-benar melambangkan kerendahan akhlak Pemimpin UMNO.

    Apa perlunya menekan cara itu?

    Satu lagi yang sdr tidak sedar ialah UMNO sendiri telah membentuk ciri Feudalism dalam parti sedangkan alasan untuk memotong keistimewaan Raja itu ialah untuk membenteras perkembang feudal dalam negara.

    Tetapi sekarang fedalism itu sedang dibina oleh pemimpin UMNO yang mahu bersikap Royalist yang menebal.

    Kalau Raja yg baik kita panggil Raja berjiwa Rakyat, tetapi pemimpin UMNO setengah-tengah sedang cuba untuk menjadi rakat berjiwa raja.

    Kalau sdr tidak nampak ini maka saya tidak dapat nak berbuat apa-apa.

    Mungkin saya ini orang kampong yang tidak sesuai dgn orang Melayu yang sudah menjadi bangsa bandar yang lupa kepada asal usul mereka.

    Ingat kata-kata orang tua dahulu; seorang Raja kalau dia menjadi penyapu sampah sekali pun dia tetap Raja, tetapi jika kita letakkan mahkota dikepala 'toman' (singkek) dianya tetap sengkek'.

    Sekian

    ReplyDelete
  19. Saudara aspan,

    Betulkah Dr mahathir sebut seorang sultan ternak babi? Ada buktikah?

    Yang saya tekankan pindaan itu tidak jejaskan kemuliaan Raja-Raja. Tentu saudara masih ingat kecoh pasal seorang polis mengamuk kerana adiknya mati kerana ketawakan seorang Sultan.

    Apakah salah pindaan tersebut? Apakah salah memberi ruang keadilan untuk rakyat biasa sebelum ini tiada disebabkan Raja "above the law".

    Saya tidak setuju dengan kata-kata kononnya Dr Mahathir jejaskan kuasa Raja. Kalau Dr mahathir mahu, beliau boleh gunakan isu seorang Raja larikan kereta mewah untuk timbulkan kebencian terhadap Raja. Beliau seorang PM. Beliau boleh berbuat demikian jika itu yang beliau mahu.

    Kita sudah melihat betapa buruknya kesan dan mertabat Raja-Raja bila orang Melayu sendiri sudah sanggup berbaring atas jalanraya halang kenderaan Sultan.

    Tak kan ini pun salah Dr mahathir. Yang nyata ia adalah kesan dari bertahun tahun menabur kebencian.

    ReplyDelete
  20. Saudara aspan,

    Pada pemimpin yang ingin jadi "rakyat berjiwa raja" atau lebih buruk lagi "rakyat yang jual ugama", senang saja. Tendang mereka keluar dalam pilihanraya akan datang.

    Siapa mereka? Contohnya puak-puak yang berpuluh tahun sebut "haram mengundi MCA atau MIC" tetapi kini lebih teruk lagi sanggup jadi pecacai DAP.

    ReplyDelete
  21. Shamsul.
    Baca dua artikel saya dua tiga posting yang lalu.

    Saya yakin seorang graduate Amerika boleh memahami tulisan saya.

    Selepas memahami barulah tanya. Kalau soalannya tidak lari dari apa yang saya tulis, insyaallah saya jawab.

    ReplyDelete
  22. Hmm... Saya faham kenapa saudara Aspan mungkin tidak dapat memaafkan Tun Dr. Mahathir.... or at least tidak puas hati dengan beliau..... banyak perkara yang berlaku hasil permainan politik beliau.....memang ada..... tidak dinafikan juga jasa-jasa beliau..... Sesiapa yang terlalu mengagungkan Tun harus ingat beliau adalah manusia juga... ada berbuat silap.... Kita ni semua baiknya bersikap berpada-pada... jangan menjadi keterlaluan/ekstrim......

    Hamba Allah

    ReplyDelete
  23. Sdra Shamsul,

    1. Begitu buruk sekali sultan-sultan kita dimata sdra. tak apalah.

    2. bagaimana dengan sultan-sultan kecil dari UMNo yang mengkhianati perjuangan melayu? bagaimana dengan amalan rasuah yang menjadi amalan kroni-kroni yang berlarutan berpuluh tahun ini? bagaimana sultan-sultan baru ini menggunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan keluarga dan kroni-kroni mereka at the expense of rural folks?

    bat8my

    ReplyDelete
  24. Saudara Bat8,

    Saya bukan hipokrit. Kalau tak betul katakan tak betul. Buat apalah terjerit-jerit kata sayangkan sistem beraja tetapi sanggup pula tidur sebantal( atau lebih tepat jadi kuli) pada orang yang kalau dapat kuasa , akan pertama sekali buang sistem beraja.

    Yang saya maksudkan ialah PAS yang sekarang dah jadi "DAP ke 2".

    Saya kritik Raja-Raja untuk kebaikan. Bergaduh adik beradik ketika ayahanda sendiri sedang sakit akan jatuhkan mertabat raja itu sendiri.

    Siapakah yang akan hormat? Kalau tak kerana kuasa politik Melayu( yang dipegang oleh UMNO), dah lama sistem beraja berkubur.

    Kerana kasih dan sayangkan sistem beraja lah Dr mahathir pinda perlembagaan. Dia tak elakkan masalah. Dia tak biar pemimpin kemudian untuk selesaikan masalah yang akan menimpa.

    Hanya kerana ada pemimpin Melayu tak guna tak beerti yang pindaan perlembagaan tak betul. Pemimpin begini sudah ditendang, akan terima balasan. Dari apa yang rasa amati, ramai pemimpin PAS akan hilang kerusi kerana orang Melayu meluat tengok perangai mereka gadaikan ugama untuk kepentingan politik mereka

    ReplyDelete