Sokongan orang Cina dan juga sebahagian orang Melayu menolak BN seperti yang berlaku kepada PERIKATAN pada pilihanraya umum 1969 akan terjadi pada PRU yang akan datang. Itulah maksud saya dalam posting saya yang sebelum ini.
Jika kita tidak bersedia untuk memperbaikki dan memberi tumpuan kepada usaha meyakinkan rakyat maka kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita telah terang-terang gagal untuk menjaga mandat rakyat selama ini.
Kalau tidak masakan mereka menolak kita kalau kita berbuat perkara yang betul. Keadaan ini, sebagaimana yang saya katakan selalu mesti bersebab.
Masakan orang ramai menolak kita jika mereka nampak apa yang kita lakukan itu adalah atas dasar yang meyakinkan semua pihak dan dasar-dasar itu terlaksana dengan baik sepertimana yang sepatutnya dilakukan.
Isu krisis keyakinan yang dihadapi oleh UMNO dan BN pada hari ini adalah 'real' malahan ramai berpendapat ianya adalah lebih sirius dari kepimpinan Abdullah dahulu.
Malangnya kita masih tidak mempunyai keyakinan untuk mengakui kesilapan kita, malah jika ada orang yang terbuka memberi kritikan dan pandangan berbeza mereka akan dinesta dan dihujankan dengan kutukan yang bertubi-tubi.
Saya telah menulis tentang isu ini hampir 3 tahun dahulu dan sehingga hari ini masih saya memperkatakannya dengan cara yang terbuka. Saya komited dengan apa yang saya katakan dan saya berani bertanggungjawab.
Saya sentiasa berdoa agar apa yang saya gambarkan yang akan terjadi itu tidak akan berlaku.
Tetapi saya tidak dapat menafikan intuition saya yang begitu kuat bahawa kita akan kecundang jika kita masih tidak mahu mengakui hakikat kelemahan kita.
Katakanlah apa yang saya dan ramai lagi doakan itu tidak termakbul; maksud saya BN akan menerima nasib seperti PERIKATAN pada tahun 1969 dahulu; apa akan terjadi dan apa yang patut kita lakukan tanpa berlakunya kekecohan seperti yang berlaku selepas pilihanraya 1969.
Kalau kita dasarkan kepada demokrasi ‘Westminster Abbey’ kita hanya terima sahaja dan kita akan memilih sekali lagi dalam pilihan raya umum berikutnya dan menolak pula apa yang telah kita pilih dalam pilihanraya yang akan datang.
Jika kita seorang demokrat yang sebenarnya ianya bukanlah perkara yang boleh menjadikan keadaan kucar-kacir. Kita terima sahaja dan itu pun yang sepatutnya kita lakukan kalau pihak pembangkang sudah menjadi kerajaan.
Kita pilih pula kerajaan BN kembali jika kerajaan alternatif tidak menjalankan tugas kepada rakyat dengan baik seperti yang diharapkan semasa membuat pemilihan itu.
Tetapi sementara hendak menunggu pilihanraya yang berikutnya saya rasa pimpinan kita sekarang akan gagal menjalankan tugas sebagai pembangkang yang baik.
DS Najib akan menang di Parlimen Pekan. Walaupun beliau tewas di banyak peti undi kampung dan pekan tradisional tetapi beliau ada gugusan Felda Cini dan kem tentera yang boleh menyelamatkan beliau.
Kalau Tengku Razaleigh masih diberi tempat untuk bertanding di Gua Musang, itu satu lagi kerusi selamat BN.
Shahrir Samad jika diberikan kesempatan untuk mewakili JB, juga merupakan satu lagi kerusi selamat BN.
Yang lain-lainnya seperti Hishamuddin dengan kuasa kewangannya yang kuat akan memenangi kerusi yang beliau sandang. Dikawasan-kawasan Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassin dan beberapa kerusi Parlimen BN yang lain di Sarawak dan Sabah mungkin masih boleh dimenangi dengan majoriti yang lebih kecil.
Persoalannya mampu kah Najib bersama beberapa orang yang duduk dibarisan pembangkang dan menjadi pembangkang yang baik?
Sudah berdekad-dekad hidup dalam keseronokan, dengan glamour dan hidup dalam kemewahan yang tidak tertera, bagaimanalah beliau akan menghadapi situasi menjadi pemimpin pembangkang.
Begitu juga kepada yang lain-lain yang selalu ditunggu dengan bunga manggar dan kompang dan menerima pujian dan sanjungan setiap tuan rumah yang mereka kunjungi.
Jika parti alternatif itu pula memerintah dengan sedikit baik daripada BN sebelumnya maka BN sebagai pembangkang tidak akan boleh nak bergerak lagi dan akhirnya mati begitu saja tanpa batu nisan.
Jadi kepada pemimpin-pemimpin serta penyokong-penyokong membabi buta terus menerus mengkritik saya dan orang-orang seperti saya mesti mengambil sikap menghormati pandangan yang berbeza dari kami kerana jika apa yang kami perjuangkan ini berjaya ianya ialah untuk menyambung ‘keglamouran’ pemimpin yang saudara sokong juga. Mesti faham hakikat ini.
Satu hakikat yang wajar diterima ialah untuk menjadi kerajaan alternatif yang lebih baik dari BN jika diberikan mandat oleh rakyat bukanlah satu tugas yang susah untuk dilakukan.
Hanya jangan berbohong dan jangan terlalu berretorik sudah cukup untuk membezakan pemerintahan BN dan pemerintahan parti alternatif.
Samalah keadaan perbezaan antara Pak Lah dan DS Najib. DS Najib hanya pastikan yang beliau tidak tidur dalam majlis-majlis dan dalam mesyuarat-mesyuarat sudah cukup untuk menunjukkan perbezaan antara beliau dan Pak Lah. Siapa saja yang mengambil alih tempat Pak Lah akan nampak lebih baik.
Jika dengan kehilangan sokongan kaum Cina dan sebahagian dari kaum Melayu terhadap BN dalam pilihanraya yang akan datang membawa kepada perubahan kerajaan saya amat tidak berkeyakinan yang BN yang akan menjadi barisan pembangkang yang berkemampuan untuk kembali diyakini rakyat dalam pilihanraya selepas itu.
Itulah sebabnya saya acapkali mencadangkan supaya kita mulakan pembetulan dengan memulakan era baru dengan ‘new political set-up’.
Cari seorang pemimpin Melayu yang berpengalaman dan berkemampuan untuk kembali memulakan rundingan yang baru dikalangan pemimpin semua kaum dan melakukan ‘constructive reconstruction’ yang berlandaskan kepada persetujuan semua pihak.
Kita terpaksa lakukan seperti yang dilakukan oleh Tunku Abd Rahaman semasa memulakan negara merdeka dengan mengadakan perundingan dengan semua pihak dan semua kaum.
Perkara yang sama dilakukan oleh Tun Abd Razak semasa negara menghadapi krisis 1969 dahulu selepas negara menghadapi krisis 13 Mei yang menyaksikan insiden hitam dalam sejarah negara.
Saya membuat cadangan ini kerana semua tahu jika UMNO tewas kali ini parti ini tidak akan bangun lagi kerana ahli-ahli dan pemimpinnya sudah berdekad-dekad dalam kesenangan dan kemewahan yang kadangkala sudah sampai ketahap kufur nikmat.
Bukti yang BN akan susah untuk bangun kembali apabila menjadi pembangkang boleh kita lihat diSelangor dan Pulau Pinang serta negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.
Kini usaha mencari satu nama yang berkemampuan untuk menjuarai UMNO diSelangor dan Pulau Pinang adalah satu isu yang tidak kunyung selesai sehingga kesaat ini.
Selalunya yang boleh membantu usaha memperbaikki keadaan dalam UMNO ialah dari peranan pemudanya. Tetapi bersetuju kah atau tidak yang Pemuda UMNO pada hari ini boleh diibaratkan sebagai kumpulan pemuda 'mati pucuk' dan tidak lagi mempunyai 'consequence' dalam masyarakat.
Sejak zaman kepimpinan Hishammudin Husein Pemuda UMNO hanya berucap dengan ucapan yang bunyi guruh, tetapi bergerak seperti siput babi yang menjalar dicelah-celah pokok bunga.
Kelemahan ini diwariskan kepada seorang pemimpin pemuda kalau tidak silap saya bernama Khairy Jamaludin yang tidak ada 'cut' sebagai seorang pembawa perubahan.
Kalau pandang dari jauh siKhairy ini mengendalikan Pemuda UMNO seperti mengendalikan Persatuan Sepak Takraw sahaja.
Bak kata seorang sahabat saya yang menyamakan pemimpin UMNO ibarat ‘ayam daging’ dan pemimpin pembangkang ibarat ‘ayam kampong’.
Ayam daging kerjanya hanyalah mematuk makanan dari pagi hingga kemalam dan akan dibawa dengan lori-lori ke tempat penyembelihan apabila cukup umurnya 40 hari untuk santapan ramai.
Kalau ayam daging dikeluarkan dari reban dia akan mati kerana tidak tahu mencari makan, kerana selalu disuap dan disediakan makanan.
Ayam kampong selalunya berbadan lebih kecil kerana mencari makanan sendiri, mengutip disana sini, tetapi dagingnya lebih manis dan sedap dimakan.
Oleh kerana itu beringatlah sebelum masa untuk jatuh itu sampai. Janganlah sentiasa berada didalam ‘state of denial’. Jangan menyesal di kemudian hari.
Bak kata perpatah ‘sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya’.
Sekian…………………………………….Aspan Alias
Abang Aspan,
ReplyDeleteAbg kata Pemuda mati pucuk?....stuju bang!
ariff samat
Salam Bro
ReplyDelete1. Saya sudah jadi follower. 2. Mohon kebenaran CnP posting. 3. Selamat berblog ~ BH
bRAVEhEART,
ReplyDeleteBoleh saja bro. Thanks for the visit.
Saudara Aspan,
ReplyDeleteMungkin juga Barisan boleh menjadi pembangkang yang baik... baik dari segi adab sopan dan dalam mengkritik Pakatan sebagai kerajaan.
Cuma, itu belum cukup kerana kualiti kerja ketika menjadi pembangkang itu persoalan (mungkin ok sebab dah terhantuk baru nak terngadah..)
~ OnDaStreet
Bro Aspan, ..there are those who thinks being in a parti pembangkang is " glamorous and advantages "
ReplyDeleteSalam, betul tu abang aspan, pemimpin melayu umno masih tidur, terutama kat kedah nie, walaupun sahabat sendiri kat dato mukhriz dan dato nawawi aku telah cakap terus terang, tindakan terpulang kepada hangpa berdua, pasal aku tak ada kepentingan, pas kat kedah cerdik oii, bukannya bodoh sombong macam pemimpin umno. Salam "Anak Baling"
ReplyDeleteBro
ReplyDeleteI teringat Sime Darby dulu pernah nak ambil Instiute Jantung Negara. Rasuah yg dah jadi dan tak jadi..... nasib baik bro....
Encik Aspan,
ReplyDeleteSaya sudah jemu dengan sikap PM yang flip-flop. Dulu kita kata Pak Lah flip=flop. Rupanya yg sekarang ni lebih flip-plop.
Bila mendapat reaksi rakyat yg tak bersetuju, dia ubah keputusan.
Najib tak keruan. Berhenti tak mahu pulak.
dahari
Pemimpin kita sekarang ini bukan nya flip flop malah lebih berat lagi. Apabila menagani isu "policy" atau melibatkan rakyat, dia akan test market dahulu dan akhirnya membuat keputusan mengikuti arus yang ramai. (keputusan selamat aka playsafe) Tidak kah boleh dia membuat keputusan tepat dengan di nasihati oleh memteri2 beliau?
ReplyDeleteBro Aspan,
ReplyDelete1. Nak dapat bayangan bagaimanakah UBN akan berfungsi sekiranya menjadi pembangkang di parlimen nanti - look at UBN/UMNO Kelantan. Inilah bayangan yang tipikal nanti. Sikap-sikap ADUN UMNO di Kelantan lebih kurang sikap pemimpin-pimimpin peringkat nasional jugalah.
2. Mereka jadi lost tribe dalam DUN. Neiher here nor there. Letih, lesu, hilang arah dsb. Mind you, UMNO menjadi pembangkang dalam DUN Kelantan sudah 20 tahun!
3. Setelah 20 tahun mereka masih tak reti-reti bagaimana hendak berfungsi menjadi pembangkang. Pun begitu sikap arrogant masih menebal dalam diri mereka. Akibatnya mereka gagal berfungsi sebagai wakil rakyat pembangkang.
4. Dengan mengambil iktibar dari UMNO Kelantan, saya setuju dengan bro aspan, apabila UBN telah menjadi pembangkang di parlimen - masa nak pulih menjadi at large! tak tahu bila boleh menang PRU lagi
bat8
Saudara Aspan,
ReplyDeleteSelalu saya baca blog saudara...tapi tak pernah komen..
Hari ni pun saya bukan komen tapi rasa terharu...nampak jelas kerisauan saudara yg ikhlas tentang masalah BN dan UMNO ni....
Tetapi malang mereka yang berkuasa sekarang ni tak rasa apa2 pun...kemewahan yang melampau...melupakan mereka tentang kelemahan dan betapa kecilnya mereka sebenar nya di bumi ini....
Zahirnya mereka amatlah besar dan kaya ...tetapi secara batinnye..spritualnya..amatlah kecil dan lemah..malah teramatlah bodoh...
sedangkan untuk memperbetulkan keadaan sekarang bukan nyer susah sangat pun....lansung tak susah..tapi heran kenapa mereka..tak boleh lakukannya...
Saudara
ReplyDeleteSaban hari saya membaca blog ini, semakin murung jadinya saya.
Saya memusabah diri bagaimana parti kesayangan saya menjadi seperti yang anda bentangkan.
But I like to comfort myself. Ini orang cyberworld yang cakap.
Berapa kerat sangat yang baca, dan berapa ramai yang komen.
UMNO masih tegak di luar sana.
Jadi bila saya membaca posting ni, nak menangispun ada. Ketawa terbahak-bahakpun ada.
Sungguh mengelikan hati bila membaca diskripsi saudara tentang watak seperti KJ dan Hishamuddin umpamanya.
They don't have balls or cojones.
Khairy umpamanya tidak berani kerana bila-bila masa dia boleh hilang kedudukannya.
Najibpun memang flip-flop. Padan muka kita, buang yang flip-flop dapat pengganti juga flip-flop.
So much for change of leadership.
Tetapi kenapa ya Tun M berdiam diri dengan cara Najib ni?
UMNO jadi pembangkang?? Hmm cantik juga tu. Dia nak bangkang apa? Semua program dia yang susun, orang yang dapat nanti sok cuma sambungkan sahaja. Anything goes wrong "oh... kita cuma menyambung apa yang telah UMNO buat"... "kena ikut proses" ... hehehe... nak bangkang apa ye?
ReplyDelete...adioss....
Kalau BN jadi Pembangkang selepas PRU13, BN akan lenyap dari muka bumi ini.
ReplyDelete1. DAP yg berasal dpd PAP Singapura akan pastikan apabila dia membentuk Kerajaan bahawa ia akan terus berkuasa sampai Kiamat.
2. Lihatlah bagaimana pembangkang di Singapura jika berkemampuan sedikit akan diheret ke mahkamah dan dimufliskan sehingga tidak boleh berfungsi lagi.
3. Ini juga akan dilakukan oleh DAP di The Republic of Malaysia. Di Malaysia lagi senang sebab mahkamah adalah proDAP.
4. Kaum Cina sangat licik. Lihatlah bagaimana mereka telah memilih seorang pornstar sbg presiden MCA. Sebab orang ini ada kelebihan boleh memujuk DS Najib utk menunaikan berbagai2 permintaan kaum Cina. Setiap kali ada pihanraya, dapatlah kaum Cina habuan - spt berjuta2 utk sekolah2 Cina, pinjaman PTPTN utk pelajar Cina yg berkelulusan sekolah Cina persendirian, dll.
5. MCA dan Gerakan hanya akan bertindak sbg musuh dlm selimut dalam BN di PRU13 nanti. Kaum Cina akan tetap mengundi DAP utk mendapatkan kuasa politik.
6. Anwar tetap akan dijadikan PM utk sementara waktu. Seorang dari PAS akan jadi TPM. Seperti bila PR berkuasa di Perak dahulu, Anwar akan jadi PM boneka sahaja. Kuasa memerintah tetap akan berada pada DAP.
7. Perlembagaan Malaysia akan dipinda utk menghapuskan kuasa politik orang Melayu. Orang Melayu dalam PKR dan PAS tidak akan berani bersuara utk membela nasib kaum Melayu spt yg sedang berlaku di Penang dan Selangor.
8. Akan bermulalah mimpi ngeri bagi kaum Melayu di Malaysia!
9. Pemimpin2 Melayu dari UMNO, PKR dan PAS sudah mengumpul kekayaan yg tak akan habis utk 7 keturunan. Apa susah mereka?
Sekiranya pakatan memerintah ahli parlimen melayu dalam pas dan pkr ada 38 orang sahaja sedangkan bukan melayu ada 94 orang. Ini bermakna melayu cuma 30% dan bukan melayu ada 70%. Oleh itu kabinet menteri akan dilantik 9 melayu dan 18 bukan melayu. Apakah akan berlaku nasib kepada agama Islam, tanah-tanah kerajaan dan bangsa melayu?
ReplyDeleteSaudara Aspan,
ReplyDeletemasyarakat Cina kebanyakannya tidak lagi akan sokong BN. Maklumlah dalam BN , UMNO ialah "senior partner". Dalam PR , tiada parti Melayu yang ada kedudukan seperti UMNO dalm BN.
Jadi jika ditakdirkan jika BN tumbang, yang untungnya orang Cina kerana DAP akan memerintah.
Jadi saya nasihatkan UMNO tumpukan pada masyarakat melayu kerana kini sokongan Melayu padanya meningkat sementara sokongan Melayu pada PKR hampir pupus sementara PAS pula hadapi sokongan Melayu yang merosot.
Pada Najib, jangan ulangi kesalahan yang Pak Lah lakukan iaitu membiarkan Khairi jadi kontroversi. Sekarang persepsi masyarakat ialah Datin rosmah campur tangan dalam hal kerajaan.
Samada betul atau tidak saya tak pasti. yang pastinya ianya akan jadi isu yang menjatuhkan UMNO.
Dan janganlah dalam keghairahan 1Malaysia melekakan Najib tentang hak orang Melayu.
UMNO jangan malu pertahankan orang Melayu. Jika mahu terus ujud dalam mukabumi ini.
Quite Despair,
ReplyDeleteI am oblige to answer a bit on your comment.
Bro, don't comfort yourself by saying that what I wrote is just the opinion of a small cyber readers.
You may think that way. BUT I can assure you this portion of small cyber readers is part of the feelings of the silent majority.
It takes a serious person who used to be involved in politics on the ground will be able to convince you that you miss the whole comings and goings in UMNO.
As to your question why TDM is so quiet about PM Najib's conduct, is only god that knows.
Bro, get to the pulse of the rakyat, and you will realize something which you may not even imagine.
Anon 13:22:00 GMT+08:00
ReplyDelete1. Jangan terlalu pesimis. DAP dan bukan melayu PKR menang dikerusi majmuk atau majoriti bukan melayu. Dengan kata lain, mereka menang kerusi-kerusi MCA,MIC, Gerakan dll. kerusi-kerusi ini tidak sebanyak kerusi majoriti melayu dan seumpamanya.
Kerusi PAS dan melayu tidak bertambah kerana UMNO masih masih dimenangi oleh UMNO.
2. Jika BN nak jadi pembangkang lepaS pru13, UMNO kena kalah lebih banyak dari PRU 12 yang lalu. Jika UMNO kalah dikerusi-kerusi ini, yang menang tentulah calon-calon PAS atau calon melayu dari PKR.
Jika ini berlaku, bermakna jumlah kerusi yang dimiliki oleh PAS dan melyu PKR juga bertambah.
4. DAP tidak mungkin dapat mendominasi kerajaan Pakatan kerana mereka tidak mampu untuk bertanding lebih banyak kerusi dari yang mereka tandingi dalam PRU12. Mereka hanya akan bertanding dimana calon MCA,MIC, Gerakan dll lain-lain parti komponen bukan melayu bertanding.
5. Juga kita perlu ingat, kita mengamalkan sistem demokrasi dimana setiap 5 tahun akan diadakan PRU untuk memilih kerajaan. memandangkan kita sedang me3nuju kepada sistem 2 parti, jika rakyat tak suka parti yang memerintah, mereka boleh pilih yang satu lagi. Jika tak suka juga, selepas 5 tahun , boleh pilih yang asal.
6. cara sdra berhujah, seolah-olah PRU 13 nanti adalah pilihanraya yang terakhir. Tidak akan ada lagi PRU. Jika kita tersilap pilih, kita akan menderita selama-lamanya. Rasanya pendapat sdra itu agak goyah.
BN jadi pembangkang dan Pakatan Rakyat jadi pemerintah Malaysia selepas PRU 13 ?
ReplyDeleteAda kemungkinan berlaku dan mungkin tidak berlaku.
Katalah kemungkinan berlaku. BN kalah. Walaupun begitu belum tentu Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.
Jangan lupa "Lompat-Melompat" tidak mustahil akan berlaku juga.
Saudara
ReplyDeleteBukan tak percaya,tapi tak nak percaya. Dalam denial mode.
Saya berkongsi fikiran Mohd 100 peratus.
Saya amat bimbang UMNO tumbang kerana orang Melayu tidak mengundi.
Saya rasa MIC, MCA dan Gerakan adalah kawan samasa menang sahaja.
Orang Cina dah tentu mengundi DAP.
Saya tidak pecaya langsung kepada Anwar.
Saya takut dia menggadaikan Malaysia ni.
Kalau PAS, saya boleh percaya.
Saya bedoa PAS boleh bergabung dengan UMNO setelah Nik Aziz letak jawatan.
Saya berpendapat kita tak boleh cuba-cuba beri kepada Pakatan peluang untuk memerintah.
Sekali hilang tak akan dapat balik.
Salam Sdr ASpan,
ReplyDeleteMemangnya gambaran yg Sdr paparkan itu amat membimbang dan menakutkan kerana bayangannya cukup jelas Umno/BN akan kecundang dalam PRU 13 nanti.Jika itu berlau,Negara kita berkemungkinan besar akan ditimpa bala dan malapetaka,dan kita orang Melayu akan hilang segala-galanya dan selama-lamanya.
Kekalahan UMNO/BN akan menyebabkan keadaan politik negara menjadi tidak stabil keran kerajaan yg baru itu, kemungkinan besar, menang tipis dan tidak cukup kuat untuk memerintah dengan efektif.Kesannya ialah keadaan ekonomi akan merudum,sentimen rakyat akan bercalaru dan akan menjadi terlampau sensitif.Dengan sedikit hasutan ,(yg mana perkara ini akan menjadi mainan kegemaran orang politik yg kecewa dan desperado) semangat perkauman terus membara dan membakar.Dengan kawalan dan tindakan yg tidak berkesan dari kerajaan yg lemah dan juga jentera dan agensi kerajaan yg tidak berupaya dan terdaya kerana lumpuh,hasilnya amat mengerun dan menakutkan untuk dinyatakan.
Apa yg Sdr katakan berkenaan UMNO sekarang tepat sekali.Keadaannya tenat"rotten to the core".Itu diakui ramai walaupun tidak diperakui oleh para pemimpin UMNO.Jika mereka memperakuinya,suda pasti mereka akan membuat sesuatu yg drastik dan segera,bertindak selaku membawa pesakit kebilek Emegensi.Keadaan bertambah kritikal apabila ketiga-tiga sayap,iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri semua ternampak semacam kaku dan lumpuh.Padahal kumpulan inilah dulunya yg menjadi pengempur dan penyerang.
Apa yg lebih malang lagi ialah kepimpinan DS Najib kini dilihat sebagai gagal walaupun pada mulanya cukup memberansang dan meyakinkan.Sikap Flip-flopnya lebih hebat lagi daripada Tun Abdullah.Sifat mengalah nya yg amat terserlah yg dapat dilihat dalam MBEnya seperti yg dibangkitkan oleh PERKASA.Orang Melayu,mungkin juga orang UMNO, amat kecewa dan meluat dengan sikap yg ditunjukkan DS Najib ini.Inilah akan menjadi faktor utama orang Melayu akan menolak UMNO dalam PRU akan datang ini.
Orang Melayu yg sayangkan Bangsa dan Agamanya perlu membuat sesuatu yg tegas dan berani untuk menentukan perkara yg disebut di atas tidak berlaku.
Askar Tua
Bro Aspan,
ReplyDelete1. Pendapat sdra Quiet Despair ia itu " Saya berpendapat kita tak boleh cuba-cuba beri kepada Pakatan peluang untuk memerintah" membuat saya berfikir dan memerlukan penerangan lanjut untuk lebih memahami maksudnya.
2. 53 tahun kita beri amanah kepada Perikatan/BN yang diketuai oleh UMNO memerintah negara kita ang kaya dengan pelbagai sumber asli.
Setelah 53 tahun, kita menghadapi pelbagai masalah dan keperitan hidup. harga barangan semakin hari semakin naik. Duit semakin kecil dsb. jenayah semakin meningkat. kehidupan kita semakin tak selamat.
2. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan bahawa negara kita akan muflis dalam 9 tahun lagi.
Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai kejutan dengan pelbagai kenyataan pemimpin negara yang menambahkan lagi rasa cemas kita sebagai rakyat, seperti ura-ura pengurangan subsidi, ura-ura perlaksanaan GST, pengeluaran lesen judi sukan dsb.
3. Ini belum cerita pasal perkara-perkara lain seperti perangai pemimpin-pemimpin kita yang dok memperkayakan diri mereka lagi, suhu politikperkauman yang semakin hangat....bak kata semua segi dah caca marba, semua benda dah punah ranah.
sedangkan kita lihat pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai kuasa tidak berbuat apa-apa pun yang drastik dan signifikan untuk memperbaiki keadaan. Kalau ada, saya nak tahu...
4. Against the backdrop yang ada hari ini, ia mencetuskan dilema kepada saya untuk menyahut seruan Quiet despair.
Jika disahut, kita sudah tahu apa akan jadi kepada kita...hancur lebur! Track record sejak 30 tahun yang lalu dan realiti hari ini amat merisaukan kita. So bagaimana?
Anyone care to give some convincing explaination as to why l should heed to Quiet Despair advice?
bat8
Saudara Aspan,
ReplyDelete1. Satu perkara yang pemimpin UMNO/BN perlu sedar ialah rakyat pada hari ini lebih sedar dan celik politik berbanding masa lalu. Secara rambang bolehlah dikatakan bahawa rakyat dan pengundi hari ini lebih berpelajaran dan lebih berfikiran terbuka dan kritikal terutamanya golongan muda.
2. Rakyat hari ini sudah mampu melihat dan membezakan siapa kaca dan siapa intan. Siapa yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu bekerja. Mereka tahu siapa yang amanah dan siapa yang tidak.
3. Kalau dulu tiada perbandingan, sekarang rakyat boleh menilai antara prestasi kerajaan di bawah BN/UMNO dan kerajaan di bawah Pembangkang/Pakatan. Rakyat juga boleh menilai prestasi antara wakil-wakil rakyat UMNO/BN dan Pakatan.
4. Rakyat juga kian sedar apa yang kerajaan patut lakukan vis-a-vis kepentingan rakyat. Mereka boleh nampak dan menilai samada UMNO/BN benar-benar menjaga kepentingan rakyat atau lebih kepada menjaga kepentingan tembolok sendiri.
5. Sekiranya UMNO/BN masih lagi berfikiran ditakuk lama dan hanya mengharap kemenangan dengan menabur wang dikala pilihanraya; adalah tidak mustahil bagi UMNO/BN akan menjadi pembangkang dalam PRU13 nanti.
6. Sikap dan tindak-tanduk para pemimpin UMNO dan lain-lain parti komponen BN semakin hari semakin menjadikan rakyat meluat. Mereka dilihat tidak simpati kepada rakyat yang semakin susah, malah mereka lebih gemar berbuat sesuatu yang lebih kepada kepentingan diri.
7. Mungkin ada baiknya bagi negara jika rakyat berpakat menolak UMNO/BN di PRU13 nanti.
Tuan Askar Tua,
ReplyDelete1. nasib orang melayu telahpun tenat sejak 20 tahun dulu. Sebahagian besar hak-hak orang melayu telah hilang kecuali beberapa perkara kecil-kecilan/cebisan-cebisan sahaja. Ini berlaku dalam pada hak-hak keistimewaan orang melayu termaktub kukuh di dalam perlembagaan. Dalam pada ada sebuah parti melayu yang wujudnya berjuang untuk orang melayu!
Sebagaimana kata sdra Aspan, biasiswa untuk belajar keluar negara pun, 70% diberi kepada buakn melayu. Perkara ini tidak berlaku 30 tahun dulu.
2. Bagaimana pula dengan nasib orang-orang melayu kita yang majoritinya berada diluar bandar hari ini? Bagaimana nasib mereka dimasa depan, nasib anak cucu mereka?Ada sesiapa antara pemimpin kita yang memperdulikan mereka?
3. Sebagai bandingan, tengoklah gelagat pemimpin-pemimpin parti yang berjuang untuk orang melayu pada setiap PRK. Tengok kereta-kereta mereka. tengok rumah-rumah mereka, tengok anak bini mereka.
4. So dont tell me we are going to be in deeper shit and/or will loose everything if UMNO looses the coming PRU13. We, ordinary malays, kat bandar ke, kat kampong ke lost most things a long time ago!
bat8
Najib's approval rating has risen to 72%.
ReplyDeleteWhy are we here saying BN is unpopular?
Wow...najib's rating has risen to 72%. Wonderful lah.
ReplyDeleteKalau buat survey dikalangan budak-budak tadika kemas, gerenti dapat 99.99%.
sdr Quiet Despair,
ReplyDeleteitu bermakna 72% dari yang disoal dan ditanya itu nakkan Najib gugur.
isna
Salam sejahtera Saudara Aspan,
ReplyDeleteJika dilihat kepada cara berpolitik negara maju sebaiknya ujudkan sistem dua parti diMalaysia seperti USA atau UK dan lain2. Rakyat mempunyai pilihan dan memilih yang terbaik dari yang baik atau yang baik dari yang buruk. Setiap parti akan bersaing dengan positif kearah kesejahteraan rakyat dan negara terutama dalam soal mentadbir Perbendaharaan Negara termasuklah duit PETRONAS.
Bagaimanapun negara kita ini unik, mempunyai berbagai bangsa dan ugama dan setiap bangsa mempunyai perasaan untuk memperjuangkan bangsanya ditambah lagi dengan sejarah perhubungan kaum diMalaysia maka saya rasa konsep perkongsian kuasa ala BN adalah terbaik, dimana setiap pemimpin bangsa/parti membawa tuntutan/isu didalam mesyuarat Badan tertinggi BN dan diputuskan sebelum dilaksanakan termasuk hal2 sensitif kepada rakyat . Didalam proses ini tawar menawar dan tolak ansur berlaku dengan baik didalam bilik mesyuarat dengan dipengerusikan oleh Melayu/UMNO secara tak langsung berteraskan politik melayu.
Oleh sebab itu, Kebanyakan insan melayu masih ada rasa bimbang jika pemerintahan negara tidak berteraskan melayu seperti konsep BN dimana UMNO menjadi teras kepada BN , tidak terkecuali saya sendiri kerana saya hidup sebelum DEB dan selepas DEB ujud. Sebelum DEB kedudukan melayu lebih teruk kerana tidak ada program membantu melayu kerana kerajaan masa itu sibuk dengan masalah komunis, konfrantasi dan perkauman. Dizaman Tun razak banyak polisi digubal untuk membantu melayu disamping menyusun semula masyarakat termasuk kuota ke universiti. P.awam dan lain2.
Oleh kerana saya hasil DEB itu, saya sangat sayang kepada Tun Razak atas jasa2 nya melalui UMNO/BN. Kepimpinan dan kejujuran beliau membuatkan orang melayu menghormati beliau dan mengangap beliau sebagai penyelamat bangsa melayu selepas peristiwa hitam 1969dan pemergian nya menjadi satu kehilangan.
Persoalannya sekarang kenapa orang melayu kurang menyayangi dan menghormati UMNO/BN. bila ditanya kawan2 yang tidak aktif berparti mereka pun mempunyai perasaan yang sama seolah2 mereka bersikap sinis kepada parti UMNO/BN.
Pada pendapat saya UMNO mesti mengambil tindakan drastik dengan mengekalkan dasar yang telah digubal oleh Tun Razak dulu(DEB) supaya orang melayu kembali menyokong UMNO. Baca kembali Perlembagaan UMNO dan matlamat perjuangannya. Jangan lari dari matlamat penubuhannya. Jika bukan lagi memperjuangkan melayu ia tak layak dipanggil UMNO. Jangan takut kepada bayang2 kalah P.Raya. Jangan jadikan nasib orang melayu menjadi tukaran kepada undi bukan melayu. Pemimpin diangkat untuk memimpin dan mesti cerdik, tegas, berpandangan jauh, berani ambil risiko, ada plan'A', 'B' dan 'C'.
Tidak ada salah DEB cuma kegagalannya sedikit disebabkan disalahguna segelintir pemimpin (dalam era saudara pun tahu)dalam perlaksanaannya yang membuat bukan melayu kurang puas hati ini ditambah lagi dengan kurangnya amalan 'good governance' didalam pemerintahan.(Banyak ada direct nego macam filem P.Ramli Nujum Pak belalang,dua penyamun dalam gua)Masalah dan skandal disapu dibawah kapet dan tiada kesunguhan memerangi rasuah. Jika ini semua boleh diubah rakyat akan kembali kepada BN termasuk diri saya demi kestabilan politik dan hubungan kaum. Pendapat saya mungkin akan disanggah tetapi itu pendapat saya.Tidak boleh paksa orang bersetuju seperti saudara juga.
Apa yang saudara dah banyak tulis mengenai UMNO itu adalah satu pandangan yang baik dan iklas dari ahli senior dan sebagai peringatan kepada generasi muda dan pertengahan UMNO sekarang yang akan mengambilalih parti jika ditakdirkan masih ujud hasil dari kesedaran tadi. Syabas saudara Aspan teruskan menulis.
Salam Sdr Aspan,
ReplyDeleteSdr bat8,
Terima kasih kerana memberi pandangan terhadap komen saya di atas.Kalau betul orang Melayu tenat sejak 20 tahun lalu sepertimana Sdr katakan itu saya berasa sungguh kecewa dan dukacita kerana sekian lama pemimpin-pemimpin Melayu,tidak kira dari mana mana parti sekali pun tergamak membiarkan anak Bangsa mereka merepak dan terbiar dalam kemiskinan dan "tenat" di bumi yg makmur ini.Saya kecewa kerana orang Melayu seolah-olah tidak pandai hidup untuk memajukan diri sendiri dalam jangka waktu yg lama walau pun dibantu dengan pelbagai macam kemudahan dan insentif.
Saya tidak dapat menafikan pendapat Sdr itu kerana saya tidak tahu dari aspek mana yg dikatakan orang Melayu "Tenat" itu.Dari sudut fisikal nampaknya orang Melayu semakin mewah.Kalau 2o tahun dahulu dalam satu kampung hanya terdapat kurang daripada 10 buah kereta,tetapi kini boleh dikatakan setiap rumah ada kereta.Peratusan paras kemiskinan orang Melayu telah meningkat dengan ketara.Dari aspek pendidikan pula, peratusan orang Melayu di IPTA berada pada tahap 70-80%,berbanding dengan dahulunya,bilangannya tidak seberapa.Berkenaan pemberian biasiswa sebanyak 70% kepada kaum buka Melayu untuk keluar negara itu berlaku dalam masa kebelakangan ini sahaja.Begitu juga denga segala bentuk bantuan,kemudahan dan insentif yg diperuntukan dibawah Fasal 153,hak istemewa orang Melayu dan Bumiputera masih berkuatkuasa sehinggalah,barangkali, MBE yg dirangka oleh pentadbiran PM Najib dilaksanakan nanti.
Saudara ada bertanya bagaimana nasib orang Melayu kita yg majoritinya berada diluar bandar hari ini. Saudara juga bertanya bagaimana nasib mereka dimasa depan,nasib anak cucu mereka, dan sesiapa antara pemimpin kita yg memperdulikan mereka.Soal nasib bangsa kita,tidak kira dimana mereka berada,dan juga nasib anak cucu bangsa kita inilah yg menjadi pokok persoalan dan kebimbangan kita semua yg masih ada rasa cinta dan sayangkan kepada bangsa kita ini.Lantaran itulah kita perlu mencari jalan dan bertindak secara pratikal,bukan sekadar berpolemik secara teori dan perbincangan sahaja.Sementara kita begitu marah kepada pemimpin kita yg dkatakan gagal membela nasib bangsa sendiri,pada yg sama kita juga perlu bertanya dimana kita dan apa telah kita buat dan sebanyak mana sumbangan kita untuk membaiki nasib bangsa kita selama 20 tahun itu.
Saudara bat8,please allow me,to wishper softly to you that we,the Malays are going to be in bigger hole and very much deeper shit and will definitely loose almost everything when you have lost your political power which is the only thing that we still have, though much of it has been eroded.
Jika kita melihat dari prospektif yg lebih jauh terhadap kesan kehilangan kuasa politik maka kita akan dapat mengtahui dengan lebih mendalam tentang apa yg dikatakan "hilang segala-galanya".
Cuba gambarkan bagaimana keadaannya apabila kuasa ekonomi,kuasa ilmu dan intelek,dayausaha dan daya kerja dan ditambah pula dengan kuasa politik,semuanya ada ditangan kaum lain.Apa yg kita ada hanya nama sahaja,sedangkan jati diri dan semangat nasionalisma yg menjadi teras kekuatan kita sudah lama terhakis dan hampir pupus.
Bertolak dari keadaan itu kita semua harus merenung jauh dengan serius untuk bertindak bagi membuat sesuatu bagi memperkukuhkan kedudukan orang Melayu walau dengan apa cara sekali pun.
Saudara Aspan,sebagai satu usaha kearah itu,saya kira amat elok kiranya sdr agihkan posting sdr ini berserta dengan komen pembahas kepada semua ketua UMNO Bahagian di seluruh Malaysia ini untuk memberi kesedaran kepada mereka semua.
Askar Tua
Bro Aspan,
ReplyDeleteare you aware that till today the mentality that "others are better than us" still exist ?
It explains a lot of the "insecurities " felt by most of your commentators concern of losing everything especially "power" to rule over others.
What happen to intellect power and people power ?
What happen to the needs to improve Malaysians' living standards ?
Nothing of that sort mentioned.
It's like "nothing else matters" as long as we still stay in power ?
Perhaps, that is why Malaysia has stagnated and some say deteriorated.
It's my humble opinion PAP Singapore stayed in power because the have the " attracted the BEST "
to manage the country. The opposition cannot outwit or outsmart them. While there are people who are not satisfied with PAP, majority are fine with PAP ruling. Compare Malaysia and Singapore in terms of living standards, what do you see ?
Let's be honest.
But I can't say much about Singaporeans though, Malaysians still "down to earth" people.
Malaysians boleh.
Saudara Aspan
ReplyDeleteSaya rela Cina memerintah jika mereka lebih jujur, amanah, transparensi dan kompenten dalam segala kerja mereka berbanding dengan Melayu yg rasuah, pecah amanah, penipu, pengkhianat dan kotor dalam segala galanya...walaupun beragama Islam.
Sabudin
BARAH YANG DAH MEREBAK : ITULAH GAMBARAN SEBENAR UMNO
ReplyDeletePAS, PKR, DAP SEBENARNYA TIDAK KUAT, TETAPI OLEH KERANA UMNO SUDAH TUA WALAUPUN DIPIMPIN GENERASI MUDA, TAPI KERANA NASIHAT YANG TUA SUDAH TIDAK DIENDAHKAN MAKA YANG MUDA GELOJOH MELAHAP APA SAHAJA HARTA PUSAKA YANG DITINGALKAN SI TUA.
AKU SETUJU, WAIMA JADI PEMBANGKANG SEKALIPUN, UMNO TETAP LEMAH, KERENA PEMIMPIN MEREKA BUKAN PEJUANG SEBENAR.
KENAPA UMNO DI KELANTAN LESU .. PEMIMPIN UMNO LEBIH SENANG JADI PEMBANGKANG KERANA LEBIH MUDAH MENGEPIT FAIL PROJEK KESANA KEMARI. MENGAPA WALAUPUN MENJADI PEMBANGKANG BERPULUH TAHUN PEMIMPIN UMNO KELANTAN BOLEH HIDUP MEWAH?
UMNO IS ALL ABOUT MONEY BUKAN PERJUANGAN LAGI ... UMNO IS PROJEK, UMNO IS MONEY POLITICS .. UMNO PLATFORM UNTUK JADI SENANG, UMNO IS AN INVESTMENT ... UMNO DAH PARAH, ORANG MELAYU SEDAR, TAPI ORANG UMNO MASIH DIBUAI MIMPI ...