Ada seorang dari pembaca tulisan saya memberikan pandangan yang nilai Islam lebih nyata kewujuddannya dinegara barat dari disini.
Ini merupakan pandangan sama yang saya pernah menulisnya 2 tahun dahulu. DiEropah misalnya kehidupan mereka penuh etika dan etika yang diparaktiskan mereka kesemuanya berunsurkan nilai dan kehendak Islam.
Hanya disana mereka kebanyakkannya beragama Christian dan tidak begitu ramai yang beragama Islam.
Sesungguhnya nilai Islam itu merupaka nilai yang paling terpuji dan ianya merupakan cara kehidupan atau ‘addin’ yang selalu disebut oleh ulamak-ulamak yang bercakap tentang agama dikaca-kaca TV kita.
Etika atau ‘addin’ Islam merupakan kemuncak cara penghidupan bertemaddun manusia. Ini merupakan tuntutan Tuhan dan jika etika ini diikuti dengan baik, maka ianya boleh menjamin keutuhan hidup bermasyarakat dan bernegara tanpa menghadapi masalah yang besar.
Kita disini hanya diberitahu yang itu haram, yang ini halal dan yang sana makroh. Makan daging babi itu haram, minum arak itu haram, berzina itu dosa besar, makan ulam petai itu makroh dan sebagainya.
Jarang-jarang kita mendengar orang Islam diajar yang sesungguhnya dosa yang melibatkan kita sesame manusia itu adalah tersangat besar dosanya. Kita jarang-jarang diberitahu bahawa kalau kita tidak dapat selesaikan masalah ‘hablum minannas’, tidak mungkin kita akan dapat penyelesaian ‘Hablum minaalah’.
Dosa-dosa diantara ‘hablum minanas’ itu tentulah yang berkaitan dengan manusia yang lain dan semua yang mempunyai asas agama, akan mengakui yang sifat-sifat amarah dan mazmumah itu adalah dosa-dosa yang terbesar. Agama kita memberikan emfasis kepada sifat hina yang 13 itu, seperti dengki, khianat, cemburu, fitnah dan yang lain-lainnya.
Dalam kita begitu kuat memberikan ilmu fiqah yang memberi ketentuan tentang hukum halal haram itu kita tidak kesampaian untuk memberikan pengajaran yang lengkap tentang dosa-dosa yang terlingkung didalam kategori dosa-dosa dikalangan ‘hablum minannas’ itu tadi.
‘Hablum minannas’ itu sepatutnya bejalan secara ‘parallel’ dan selari dengan etika yang disebutkan tadi. Etika yang baik itu merupakan ciri keislaman yang sangat tinggi diperingkat syariatnya, kerana syariat itu adalah mercu segala hakikat.
DiEngland, Perancis dan mana-mana negara yang rakyatnya sudah maju, kita akan dapat melihat nilai-nilai keislaman yang tinggi diantara mereka walaupun mereka bukan penganut agama kita.
Disini terbukti bahawa hidup secara dan bernilaikan Islam itu merupaka cirri-ciri yang universal; maka itulah sebabnya Islam merupaka agama yang melengkapkan segala agama yang turun sebelum Islam itu sendiri.
Bagi mereka dinegara-negara maju mereka kebanyakkannya bukan Islam. Tetapi mereka membawa etika kehidupan secara Islam. Mereka hanya tidak berjumpa dengan mim ha mim dal sahaja.
Hormat kepada orang tua merupakan cirri yang sangat nyata menjadi cara hidup mereka. Saya begitu seronok misalnya apabila seorang anak muda lelaki British memberikan saya tempatnya didalam keretapi bawah tanah (tube) dikotaraya London misalnya.
Anak muda itu melihat saya sebagai seorang yang lebih tua darinya dan mereka memberikan tempat duduknya kepada saya tentunya dididik oleh cara dan etika kehidupan masyarakat mereka.
Dari segi kepimpinan politik, mereka akan meletakkan meletakkan jika mereka dipandang serong oleh masyarakat semata-mata untuk menjaga sistem dan semangat demokrasi mereka agar tidak tercemar.
Mereka tidak tunggu pilihanraya untuk berhenti tetapi mereka adalah manusia yang bertanggung jawab terhadap semangat demokrasinya dengan bersara sebelum pilihanraya sampai.
Disebuah negara barat ada seorang ahli jemaah kabinetnya telah meletakkan jawatan kerana kesilapan beliau membelikan cokolat untuk cucunya dengan menggunakan kad kredit kerajaan yang melibatkan hanya 48 euro. Saudara boleh bandingkan nilai ini dengan nilai yang difahami oleh pemimpin kerajaan kita.
Begitulah tingginya nilai kepimpinan yang digunapakai disana dan semuanya ini adalah nilai dan etika baik baik Islam.
Rasuah adalah musuh nombor 1 bagi rakyat dinegara maju dan jika ada pemimpin yang ada persepri masyarakat sebagai perasuah terus sahaja tidak laku kepada masyarakatnya.
Tetapi disebaliknya pemimpin yang terang-terangan melakukan rasuah masih mampu untuk bercakap besar dan memberi nasihat pula kepada rakyat untuk berkelakuan baik dan sebagainya.
Mereka-mereka yang berimej buruk mendapat tempat dan dihargai orang ramai. Yang penting seseorang itu mesti bergaya dan hidup nampak ‘glamorous’, maka mereka akan jadi pemimpin.
Walau bagaimana pun sudah ada sedikit kesedaran rakyat disini betapa pentingnya segala-gala yang dilakukan itu perlulah bersandarkan kepada agama dan tuhannya.
Setiap apa yang kita lakukan ada ibadahnya jika kita melakukan perkara yang baik niatnya. Sudah ada kesedaran orang ramai bahawa yang akan membawa manusia kesyurga ialah mereka yang memberikan tumpuan kepada fardhu kifayah dan mereka telah sedar yang mereka tidak akan sampai mereka kejannah dengan bersandarkan kepada fardhu ain semata-mata. Fardhu ain dan kifayah mesti berjalan secara 'parallel'.
Bagi melakukan fardhu kifayah itu seseorang mesti melakukannya dengan etika dan addin Islam tadi. Lain-lain perkataan segala-galanya adalah didasarkan kepada pekerjaan yang dituntut dan diredhoi tuhan sahaja.
Sudah ramai yang sedar bahawa fardhu ain yang disyariatkan itu merupakan perkara wajib dan itu hanyalah untuk manusia Islam hidup secara ‘civil’.
Itulah sebabnya saya selalu mengatakan bahawa dibarat kita nampak banyak Islamnya tetapi kurang muslimnya sedangkan disini kita lihat banyak muslimnya tetapi kurang Islamnya.
saya mendapat pelajaran yg baik ari tulisan sdr.
ReplyDeleteismail baki
Benarlah kata seorang pujangga besar islam, “bila aku ke Barat aku nampak Islam walaupun tiada Muslim, tetapi bila aku pulang ke Arab, aku tidak nampak Islam walaupun ramai Muslim”.
ReplyDeleteSaudara Aspan,
ReplyDeleteMalaysia kan negara Islam terbaik di dunia. Apa nak di risau, kalau makan rasuah, pergi saja haji atau umrah minta doa depan kaabah..bersih lah kita. Kalau di tanah suci, jemaah kita lah yang terbaik, yang lain semuanya tak betul..
Orang bukan islam berbuat baik semuanya sia-sia saja sebab akan masuk neraka..
Orang melayu lebih "teror" daripada tuhan sebab boleh menentukan siapa masuk syurga dan neraka walaupun terang2 itu adalah urusan tuhan...
Bangsa Jepun dan kebanyakan dibarat, kalau buat temu janji,sangat tepat pada waktu...Pergi sahaja ke public or private toilet..bole tidur.. sebab sangat bersih...Sungai2, tempat2 rekreasi atau hutan2 cukup cantik mata memandang. Bangsa2 ini juga yang banyak mencipta ciptaan2 yang menyenangkan hamba2 tuhan..
Yang hairan tu bangsa2 ini kalau gagal melaksanakan tugas yang diamanah oleh rakyat seperti "RASUAH" akan meletakan jawatan tanpa paksaan...
Sifat2 seperti bersih,telus, amanah,saling bantu membantu dan tiada penindasan ini memang menjadi tuntutan islam..
Tapi semua sifat2 ini ada pada orang kafir...
anon 01:49,
ReplyDeleteSindiran sdr menusuk. Benar dengan apa yg sdr katakan itu. Kalau bercakap pasal Islam disinilah yg paling hebat.
Hanya agama sahaja yg Islam tetapi nilai hidup sangat jauh dari ciri Islam.
What to do bro. No one seems to like comments that we give.
Bagi ramai org yang pandai-pandai disini tuhan pun boleh mereka bohongi.
Betul sdr, ambil banyak rasuah lepas itu pergi UMNRAH setahun 2 atau 3 kali.
Mad, isn't it?
Apa yang tuan nyatakan banyak benarnya. Tidakkah Dasar Pelajaran juga merupakan punca? Saya ingati semasa kecil belajar di sekolah agama (KAFA) memberi penerapan kepada asas-asas ugama tetapi anak-anak saya yang belajar di kelas KAFA nampaknya hanya diberi keutamaan untuk cemerlang dlm PSRA. Itu yang pergi ke kelas KAFA... yang tidak pergi?
ReplyDeleteterdengar perbualan dua orang anak saya dalam kereta, anak sulung saya kata hampir semua rakannya mengenali siapa Maher Zain sedangkan anak saya #2 pula kata hanya seorang rakannya yang kenal Maher Zain, geng Black Metal lebih dikenali ..... Anak saya sulong SMA , ke2 SMK..... walaupun bunyi simple...
Apa nak buat Aspan.. pusing mana-mana pun rasuah ni berleluasa..UMNO, PKR,DAP,PAS sama saja...Yang sedihnya saya parti Islam tapi bab nak pergi haji ada orang pulak nak sponsor, ambik rasuah tapi cakap derma.. apehal?
ReplyDeletetulisan tuan hari ini mengingatkan saya zaman sekolah dulu. Ramai sangat yang ter'alim' dulu, rasanya sampai sekarang masih ada lagi perangai macam ni, suka merasuah "Allah". Nawaitunya begini, kalau pas periksa aku nak puasa. Hmm... that simple. Saya ingat sekarang ni, geng2 yang beginilah, nawaitunya dah jadi begini, kalau aku dapat duit banyak aku nak gi umrah.Period. Cara dan gaya nak pas periksa dan nak kaya itu lain cerita, janji bila dapat aku kasi sket kat "Allah" tu.. hehehe... yang lebih cerdik sket, kalau kes guna orang untuk menyelesaikan kesukaran dia, dia tak beri apa yang sepatutnya dia beri pada yang berkenaan, sebaliknya dia cuba rasuah, sebab nak ikat kawan tu supaya dia saja yang boleh....
ReplyDeleteManusia kena ikut Islam sebab ia panduan dan petunjuk tetapi di Malaysia dan negara2 yang seumpama dengan Malaysia Islam kena ikut Manusia. Hal ini yang menjadi kacau bilau dan huruhara.Banyak komponen manusia telah punah ranah mulai komponen rumahtanga, Keluarga, Pendidikan rendah hingga tinggi, Pekerja awam dan swasta,komuniti kampong, Taman, Felda, Kondo, Flat dan Setingan.Komponen Belia hancur kalau periksa betul2 tiada ahli pertubuhan belia yang seperti dulu2 kena ada T-Shirt baru hadir program kalau tidak boleh BLAH.Mesyuarat PIBG dewan dipenuhi oleh Ibu... kaum bapa tak minat, Penceramah Agama banyak Adjust cara menyampaikan Ilmu ikut keadaan manusia hingga Fakta disembunyikan.... pendengar tak dapat bawa balik Fakta dan rujukan sebenar.... yang dibawa balik KELAKARnya... contohnya isu suamiisteri penceramah banyak menangkan kaum isteri konon untuk menjaga perasaan... Ikutlah fakta sebenar naikkan kewibawaan Kaum Bapa dan Keunggulan kaum bapa berdasarkan Rujukan Nabi dan Allah. Nilai2 kepatuhan seorang isteri terhadap Suami yang wajib dipatuhi , Gerun dengan Murka Allah.. Murka suami adalah murka Allah... Suami adalah Jambatan ke Syurga dan banyak lagi fakta2 Hadis yang memurnikan keunggulan Suami.... tak timbul Queen Control dan Lain2.komponen Politik lagi kacau bilau hingga pengamal politik mengunakan Alasan Politik menghalalkan setiap cara asalkan matlamat tercapai sehingga membunuh orang pun tak mengapa atas alasan keselamatan dan politik diguna pakai. Tidak Gerun kesah Ghoib Neraka... Agama dipermainkan ikut akal-akalan....
ReplyDeleteSir,
ReplyDeleteLife is truly is heaven (syurga dunia)for these "lucky" party leaders ain't it. Being born as a malay (islam), being born into a politically connected and wealthy family, being serve with untold power and money at an early age and to top it off, they are "guaranteed" a place in heaven IF they can at least once in their life time perform the Haj (whether they repented from committing sin or genuinely feel remorse (insaf) doesn't matter to them). As long as they went to Mecca, they are sinless and WILL go to heaven! No wonder Malaysian malays leaders are all involved in rasuah. Just like those mentioned in the quran (people who sees themselves as the chosen people), they feel that they are guaranteed a place in heaven no matter how evil or how heavy the sin they committed. They are the elite and they are the chosen one to rule "dulu, kini dan selamanya). All other Malaysian (malays, chinese indians, etc are lowlife to them. To them we the rakyat can go fly kite). This is their heaven and they are the master. Anyone who dares to raise a voice is a traitor to Melayu and by proxy a traitor to them.
Nick.
tak payah la cerita pasal muslim dan islam mcm nik aziz tu...
ReplyDeletesatu contoh dan satu cerita tak melambangkan semua sekali. itu streoetyping.
buat blog pasal politik la en. alias, lebih bagus dan pedas.
Bro,
ReplyDeleteBaru-baru ini Najib cakap pasal agama.
Semasa mauludirrasul Najib kata kita mesti ikut sifat nabi: siddiq, tabliq, amanah dan fatonah. Naik geli hati saya.
Kalau dia ikut sunnah nabi kenapa isterinya perperangai macam itu?
Lagi satu dia kata , 'biar miskin harta jangan miskin jiwa' Sebenarnya dia tak mungkin miskin harta dan tak mungkin kaya jiwanya'
Hanya pandai retorik saja. Kalau jiwanya kaya takkanlah semua projek kena dapat melalui Rosmah.
Ini gila..gila punya hippokrit Najib.
org dusun
Apa beza Sembah, Hadiah, Sedekah dan Rasuah. Jangan ikut Akal sebab akal ada pengaruh nafsu dan iblis cuba cari perbezaan berdasarkan bukti Ayat Alquran dan Ayat Al Hadis atau Fatwa majlis ulamak tak perlu tafsir2.... keluakan rujukan yang TULIN.
ReplyDeleteanon 11:43,
ReplyDeleteapa yf awak repekkan ini. Bukankah penulis memuji cara hidup orang yg maju itu mempunyai nilai Isam yg jelas? Kita bukan bercakap sebagai ulamak.
Jelas-jelasnya Asapn memuji perkara yang benar. Kalau sesorang itu hormat kepada yg tua, bukan kah itu nilai Islam. Kalau pemimpin berhenti kerana mengetahui org ramai sudah mensyakki dia terlibat, itu kan niali Islam.
Kalau nak guna isu hakikat bukan ini tempatnya. Mungkin sdr tahu sikit-sikit tentang ketuhanan, itu sebab dah pandai nak bercakap tentang perkara ketuhanan.
Anak muda julung berkeris, batang pisang pun nak sanggah.
maaf. jangan nak tunjuk pandai.
ibrahimkoyan
ibrahimkoyan,
ReplyDeleteikut fahaman saya anon 11:43sokong En. Aspan....baca betul2 tulisan tu. dia bukan nak tunjuk pandai cuma nak bincang benar dengan salah. contoh NAZAR dlm Islam "kalau aku berjaya dengan sesuatu hal saya nak buat kenduri..." Ini bukan rasuah kpd Tuhan... ini Nazar ...anon 11:43 buka minda aku...
Orang melayu mempunyai banyak pantang larang dalam budaya kaumnya.
ReplyDeleteSalah satu pantang larang yang dalam zaman moden ini adalah pembesar-pembesar melayu ini pantang sekali untuk meletakkan jawatan walaupun terang-terang ada kesalahan dilakukan.
Jawatan tetap dipertanan
Agak nya kulit muka sudah ditampal
dengan kulit ........menyebabkan sudah tidak mempunyai perasaan lagi.
...Mat pantang....
Umur Najib 57thn, umur Rosmah 59thn ++...mungkin pasal tu kot Rosmah pijak atas kepala Najib....haha
ReplyDeleteRosmah, kamu dan umur nk masuk 60thn, jangan pakai botox lagi...bahaya. Mesti sendi kaki pun dah rasa sakit kan pasal rajin jalan shopping kt kota London, Paris dan new York...
Saya ada satu petua, ini memang betul punya. Saya ada plumber (tukang paip) terkejut tgk dia masih kuat, umur 74 thn kuat bekerja dan kulit smooth macam umur 40thn...saya tanya apa rahsia??
Dia kata amalkan minum air suam, kurangkan ais dan gula dan yang paling penting... hari2 makan kacang hijau yang direbus....Kalau rosmah x dgr pun xpe, pembaca dan saudara aspan boleh cuba...hahahah
Saya amat bersetuju dengan penulisan ini (^.^)
ReplyDelete