Muhyiddin berkata UMNO tidak ‘eksyen’ (berlagak) lagi sekarang ini. Dengan kata-kata Timbalan Presiden itu beliau mengakui salah satu sebabnya UMNO gagal dalam pilihanraya dulu ialah kerana UMNO itu ‘eksyen’ atau berlagak. Tetapi sekarang dah tak 'eksyen' lagi…dah baik dah, kata beliau.
UMNO memang sepatutnya tidak boleh ‘eksyen’ kerana tidak ada apa yang nak di’eksyen’kan lagi. Kerusi dikedua-dua Dewan Legilatif dinegeri-negeri dan Parlimen pun sudah banyak yang kalah. Apa yang nak di’eksyen’kan?
Dalam pilihanraya yang akan datang pun nampaknya lebih merbahaya lagi jika dibandingkan dengan PRU12 yang lalu. Justru itu memang lah UMNO tidak mampu nak ‘eksyen’ seperti dulu.
Semasa berucap dalam majlis Juara Rakyat diGombak semalam Muhyiddin mengakui yang kita terlalu ‘eksyen’ dulu tetapi sekarang tidak lagi begitu. UMNO dah tidak ‘eksyen’ lagi dah. Cakap beliau itu bunyinya seperti cakap P Ramlee dalam salah sebuah filemnya, bila beliau berkata beliau dah baik….sembahyang!!
Setakat itu Muhyiddin merupakan pemimpin yang berani mengakui kesilapan sendiri dan ini adalah sifat terpuji. Cara beliau bercakap itu pun sudah tidak ‘eksyen’ lagi.
Tetapi selepas ayat itu Muhyiddin kembali kepada kesilapan biasa kerana menuduh rakyat menolak UMNO kerana percaya kepada tipu helah pembangkang kononnya, bukannya kerana rakyat benci dengan UMNO yang ‘eksyen’ tadi. Beliau mula bercakap ‘eksyen’ semula.
Pada hal pada hakikatnya rakyat menolak UMNO itu kerana parti itu ‘eksyen’ sangat seperti mana yang diakuinya semenit dua sebelum itu.
Itulah sebabnya saya menulis dalam posting saya semalam bahawa kita kena bersihkan pekung kita dahulu sebelum kita nak bersihkan kudis-kudis orang lain.
Selalu saya sebutkan agar kita melakukan introspeksi diri dan parti kita kenapa tidak berjaya yang meyakinkan dalam pilihanraya umum dan pilihanray-pilihanraya kecil yang lalu?
Kalau kita introspeksi dan tahu apa-apa kelemahan kita maka kita tidak payahlah menuduh pembangkang dan menunjukkan kelemahan kita kepada orang ramai. Sendiri punya salah jangan lemparkan kesalahan kita kepada orang lain pula.
Ada diantara pembaca blog saya meminta saya menyalahkan parti pembangkang kerana pekung pembangkang pun ada, katanya.
Kenapa saya nak suruh parti pembangkang itu menjadi bersih, sedangkan saya bukan ahli parti-parti itu? Saya meminta parti saya menjadi bersih untuk membezakan diantara parti kita dengan parti mereka. Kalau saya yang meminta parti pembangkang itu bersih bermakna saya adalah ahli parti-parti tersebut.
Lagi pula betul ke parti pembangkang itu lebih kotor dari UMNO? Kalau mereka lebih kotor dari UMNO kenapa yang kita dan pemimpin kita bersikap seperti orang yang ‘meghoyan’ ini?
Selalunya sesiapa yang gagal untuk menjadi bersih mereka akan membandingkan serta menuduh parti pembangkang pun kotor. Kalau dah sama-sama kotor kenapa sibuk mengata DAP dan PAS itu parti tidak baok kepada rakyat?
Pemimpin parti PAS atau DAP belum lagi ada rekod menggunakan duit PETRONAS untuk ‘bail out’ seorang anak PM dari UMNO.
PAS belum lagi membuktikan yang mempunyai seorang orang kuatnya pernah merugikan Bank Negara Malaysia melebihi 30 billion ringgit semasa perniagaan membeli dan menjual mata-wang asing.
Orang yang bertanggungjawab itu kemudian dilantik oleh Dr Mahathir menjadi Penasihat ekonomi negara. Apa nasihat ekonomi yang diberkannya pun kita tidak tahu dan sekarang masih menjadi Menteri kita.
Batu-baru ini Setiausaha Politiknya ditangkap dengan jumlah wang jutaan ringgit dikediamannya dan sehingga hari ini belum kedengaran beliau dibawa kemuka pengadilan.
PAS atau DAP belum lagi kedengaran merugikan wang rakyat sebanyak 600 juta ringgit dalam kes MAMINCO dahulu kerana Dr Mahathir memandai-mandai nak melakukan manipulasi diLME (London Metal Exchange).
Belum lagi kita dengar bekas pemimpin PAS atau DAP yang terbang kesana dan kemari dengan Jet Eksekutif Global Express keseluruh dunia setelah bersara tetapi itu berlaku dikalangan bekas pemimpin kita.
Belum lagi kita dengar pemimpin PAS atau DAP mempunyai isteri yang boros membelanjakan wang negara seperti membelanjakan wang datuk nenek dia sendiri.
Belum juga saya melihat isteri pemimpin PAS berucap dalam mana-mana ‘function’ dan disiarkan melalui semua stesyen TV kita, dan berlagak lebih dari PM sendiri.
Belum kita dengar lagi isteri-isteri pemimpin PAS dan DAP berbelanja jutaan ringgit untuk ‘shopping’ dikotaraya-kotaraya terkenal didunia ini dengan menggunakan wang yang bukan wang sendiri. Dalam sejarah dunia hanya isteri Presiden Marcos, yang bernama Imelda yang mempunyai imej itu.
Pemimpin-pemimpin PAS dan DAP itu beristeri juga seperti pemimpin kita, tetapi belum kita dengan isteri-isteri pemimpin parti-parti itu menyibuk seperti isteri-isteri pemimpin kita. Isteri-isteri pemimpin PAS hanya melakukan apa yang seorang isteri wajib lakukan.
Justru itu, apa yang dikatakan oleh Muhyiddin itu ada benarnya yang UMNO dulu ‘eksyen’ dan saya nak bertanya kepada Muhyiddin supaya memberitahu apa yang di’eksyen’kan oleh pemimpin UMNO itu? Bagaimana pula cara nak hilangkan sifat ‘eksyen’ itu?
Itu yang secebis yang kita sempat sebut, bagaiman yang lain-lainnya? Oleh itu kenapa kita sibuk hendak tercari-cari kesalahan pembangkan sahaja. Kenapa gajah didepan mata kita tidak nampak? Kenapa kita hanya nampak kuman diseberang laut?
Kepada Muhyiddin, saya ingin memberitahu yang rakyat nak bertanya; macam mana nak tutup ini semua, kerana bangkai gajah tidak tertutup oleh nyiru yang kecil.
Mungkin cara yang terbaik untuk penyelesaiannya ialah dengan mengambil contoh negara Perancis yang bertindak membuang semua pemain bola sepaknya kerana gagal untuk bermain dengan baik diPiala Dunia diAfrika Selatan baru-baru ini.
Lagi pun Najib pernah berucap 2 kali untuk kita mencontohi seperti pemainan bole sepak kalau kita ingat. Kalau begitu kenapa tidak kita ikut sahaja cara Perancis membuang semua pemain negaranya semalam?
Perancis telah membuang kesemua pemain bola sepak negaranya termasuk Terry Henry sendiri. Bagaimana kalau kita ikut sahaja contoh tindakkan negara Perancis itu?
Saya mencadangkan untuk bertanya kepada Najib dengan soalan ini kerana beliau meminta kita semua bertindak seperti pemain bola sepak Piala Dunia itu.
Muhyiddin mungkin boleh beritahu semua rakyat apa tindakkan yang diambil oleh UMNO yang dikatakan sudah tidak ‘eksyen’ lagi itu? Rakyat hendak juga tahu.
Hehehe, kartun jugak Muhyiddin ni!
ReplyDeleteibrahimkoyan
Muhyddin mengata MB Selangor, Khalid Ibrahim. Tetapi kita msih ingat apa dia buat semasa dia jadi MB Johor dulu.
ReplyDelete'We remember what he did last summer'
Dia patut ingat apa dia buat diJohor dulu. Kita boleh keluarkan kalau nak.
Mat muar.
Biasalah Melayu, kalau dia dapat semua elok dan halal, kalau dia tak dapat tapi org lain dapat maka semua haram dan tak betul.
ReplyDeleteCermin diri sendiri sebelum nak mengata.
Menyampah tengok manusia hipokrit.
Saya masih ingat lagi kata2 beberapa ketua umno tertinggi (antaranya ketua penerangan umno madzlan apa namanya kalau tak silap). UMNO kalah sebab:-
ReplyDelete1) Kekalahan dalam bentuk propaganda maklumat terutamanya di internet.
2) UMNO kalah sebab persepsi yang salah.
Ada beberapa lagi tapi contoh2 di atas menunjukkan mereka menyangka (atau pura-pura menyangka) bahawa UMNO tu betul semua cuma kalah dalam penyebaran maklumat. Ialah parti kohok tak pandai menggunakan cyber-space, so kat internet orang boleh sebar macam-macam so orang ramai ikut dan depa pun kalah.
Macam tulah tanggapan orang2 kuat UMNO sehingga beberapa bulan lepas. Mereka tidak mahu merenung diri dan seterusnya memperbaiki diri dengan sebenar-benarnya (bak kata orang islam taubat nasuha). Malah banyak kali macam wayang kulit, pura2 buat tapi belakang buat juga cuma dah banyak kali kantoi.
Suratkhabar2 BN semuanya berkata yang manis2 mengenai BN, korupsi sebesar gajah disorok manakala korupsi pembangkang walaupun kecil dan tak betul (misinformation) dibesar2kan. Sebab itulah dah banyak kali dah kes2 serupa macam kes pasir ni saya dok diam je tengok. Alih2 mmg gitulah orang2 UMNO macam Khir Toyo, cari isu besar2 isu dgn pertolongan media BN seperti TV3 dan kebanyakan suratkhabar lain. Memang cara buat kerja itu macam lah takde agama, janji dapat habuan di dunia.
LovelyAni,
ReplyDeleteKekalahan BN bukan kerana persepsi salah terhadap BN. Sebenarnya terbalik. Sebenarnya kerana orang rami sudah mendapatkan persepsi yang sebenarnya dan yang betul.
Sir,
ReplyDeleteI'm always astonished with the "cream of the crop" UMNO leaders who somehow are able to deliver very convincing, irreproachable, laden with facts and historical anecdotes arguments about the evil, the wrongdoings, the lies and also (my favorite) the destructive intention (read..traitorous and communist tendencies)of the pembangkang (does this mean it includes Khir toyo, Mahadzir and Azhar Ibrahim too since now they are pembangkang in those PR controlled states, I wonder?)!
I'm so awed with Muhyiddin's sincerity in proclaiming that UMNO is no longer "eksyen" and his steadfastness to the pledge of never becoming eksyen ever again! His two minutes herculean effort of not becoming "eksyen" has opened my eyes to the ultimate realization that He and on behalf of his president (inclusive of all the top leaders of UMNO and BN) are TOTALLY and UTTERLY committed to CHANGE and FAIRNESS and JUSTICE AND EVERYTHING that is nice! His speech has brokered new and groundbreaking perception of UMNO and BN. GOOD WORK Muhyiddin! Keep it up!
And to those fanatical UMNO cyber trooper (they are totally different from you, Sir {the liberal UMNO totok}) who are relentless (and without seeking any monetary rewards) in their effort to counter the lies, to expose the unfabricated criminal intention and bringing just prosecution to "the communist and traitorous element of every pembangkang inclined Malaysian" and in doing so with hard evidences, sound and articulate arguments and best of all, clean and clear statement of facts and figures and (unlike the pembangkang) never resorting to ugly, vulgar name calling and seditious labels such as "politik gampang", ejen asing, musuh negara, ajaran sesat, murtad bangsa and my favorite, B.A.B.I! I SALUTE YOU!
They (unsung cyber troopers)have in fact with their posts and comments (with clear and concise arguments) have manage to convinced the rakyat (that by just reading a single paragraph of their thought) that UMNO and BN are no doubt THE BEST AND IS GOD's GIFTS TO MALAYSIA. And UMNO and BN has and will forever remain THE BEST as their motto proclaim as such (the past, present and forever ever after - Dulu, Kini dan Selamanya. I wonder what GOD has to say about that motto, but that's a question for another day).
To all of UMNO and BN leaders especially Najib and his deputy and those nameless thousands (PM's dept has 43 thousands staff, Wow!) of hard working foot soldiers involved in this cyber war, I thank you for you noble, just and sincere effort! I thank you on behalf of all Malaysian who might otherwise be deceived by the PR propaganda and lies if not for your smart, intelligent and forward looking effort! All Malaysian salute you and we can't wait to see you in this country and by that I mean not absconding to another country after the next GE. We are waiting for you to give you your just reward! Hip! Hip! Hooray!. Akhir kata 'Majulah sistem perundangan kita"!
Nick.
Hakikatnya UMNO banyak membuat kesilapan. Ini adalah lumrah. Mana-mana parti politik yang telah memerintah sekian lama tidak akan dapat lari dari membuat kesilapan. Soalnya apakah mereka sedar kesilapan yang dilakukan ini.Kalau tidak,mereka memang perlu disedarkan.
ReplyDeleteKe arah itu, yang paling penting ialah mengenalpasti APAKAH yang silap. Bukannya tidak berhenti-henti merungut dan berleter orang itu salah,orang ini salah - seolah-olah orang-orang berkenaan buruk segala-nya.Tidak ada langsung jasanya kepada negara.
Kemudian kalau hebat sangat, tunjukkan jalannya secara konkrit bagaimana mengubati penyakit sebenar yang ditanggung UMNO bukan sekadar simptomnya. Bukan pakai hentam sembrono. Specific solution to specific problem.
Orang kata peperangan akan hanya boleh dimenangi dengan membina kekuatan sendiri terlebih dahulu dan seterusnya mengeksploitasi kelemahan pihak lawan.
Kalau kita betul2 lihat dengan penuh keinsafan riak muka pemimpin2 umno, semuanya muka "BONGKAK & TAK JUJUR"..Firasat kita akan berkata begitu...
ReplyDeleteAnak malaysia progresif
hmm,
ReplyDeleteNick is talking nonsense.
Saya x tau u ni dari mana, tapi UMNO rosak pasal orang jahil macam kamu. Duit Malaysia dah abis.
Mungkin madu UMNO banyak manis kat rumah Nick ini.....
Kalau BN menang pun GE13, aku pun tak tau apa akan berlaku dalam 5thn tersebut. Lagi naya kita semua. kalau PR naik kerajaan pun, tak pasti sama ada sempat 'Selamatkan Malaysia'....
UMNO tak eksyen?? Dalam 2 thn ni, byk projek lulus tanpa tender...
masih teruskan MRT rm43 billion ++ tanpa kajian terperinci (Spore studied from 1970s to 1982), Naza group land, Felda HQ, Sime Darby dan Bakun, Armoured car for ATM tanpa tender, cakap2 gantikan MIG, enjin hilang dan aniaya 1 org India pangkat bawahan sahaja (scapegoat)?? Teoh Beng Hock, Amirul ditembak polis dan IGP + Ketua Polis Selangor buat bodoh, Sg besi Airforce base, Taek Jho Low + Paris Hilton + Niza Najib ????
Aku dah bosan lahhhhhh....Tak tahu minggu ni skandal apa plk....
Minggu lepas, RPK kata Saiful Bukhari bonking DPP Farah....Mana moralnya ???
Dari kononnya 3 juta ahli UMNO, saya nampak ada mcm 3 sahaja pemimpin berpotensi.
ReplyDeleteKu Li
Aspan Alias
Sak Mongkol AK47
Malangnya 3 orang ini dibenci ataupun mungkin di 'blacklist' oleh pimpinan MT atau diperhatikan SB tertentu>>??? Aspan Alias kalau mahu menulis kolumn kat Utusan Msia boleh dapat ker??
Aspan Alias mana larat nk lawan nya awang Selamat (editor Utusan???) dan mualaf serba tahu, Ridhuan Tee Abdullah setiap hari Ahad....
Tak sama frekuensi Aspan ni.....
Tadi saya yang sebenarnya LovelyAni, that was my wife he he...
ReplyDeleteSaya sambung sikit... sekadar meluahkan perasaan yang saya rasa memanglah betul (saya tidak berkata atas gossip2 atau kata2 angin sepoi bahasa bagi mengelakkan fitnah).
Yang sebenarnya saya nampak ada *potensi* sikit2 ialah Najib, sekurang-kurangnya dia ada mengatakan perkara yang ditunggu sekian lama (UMNO mesti berubah, bukan option kalau tidak akan pupus dan lupus seperti LDP di Jepun).
Analisa saya yang tak seberapa ialah ada KEMUNGKINAN bahawa Najib ni boleh diharapkan tapi parti elitist seperti UMNO telah sekian lama bergantung kepada duit untuk segala-galanya. Contohnya seperti yang dilaporkan, untuk mengadakan meeting di tempat sendiri (Pekan) semuanya perlukan habuan duit. Kalau tak ada duit, tak ada meeting, jadi takde action dan nak senang, no money no talk. Gone is the time when cikgu-cikgi bersemangat memperjuangkan Tanah Melayu dengan harapan semua pihak akan mendapat keuntungannya. Tun Abdul Razak sendiri dilaporkan susah hati dan mengarahkan satu kipas ofis dipulangkan selepas seorang penjawat awam ni yang bersara sukakan kipas itu dan membawa kipas balik ke rumah for good. Itulah ketelusan yang kita hendak dengar, ketelusan dari hati yang tak berkarat he he.
Berbalik pada 'money is everything' - persoalan besarnya, mana nak korek duit? Adakah gaji MP/ADUN cukup?? Itulah yang terjadi - tak viable projek dibuat (tak perlu pun takpe) diberi pada kroni yang pada harga yang overprice, siap under-spec, tak siap projek pun dah dapat full payment etc. Lebihan dari projek2 macam inilah yang disalurkan utk mereka2 yang berkuasa untuk kekal berkuasa, itulah secara ringkasnya - Tuan Aspan dan ramai pembaca blog pun sedia maklum.
Yang mana saya berani mengatakan korupsi wang di atas adalah berpunca dari zaman TDM. Dialah yang menyuburkan culture ni sehingga berakar umbi, sehingga tidak boleh dipisahkan lagi. Kalau di pisahkan ibarat kata P Ramlee, manakah dapat dipisahkan irama dan lagu akan hilanglah serinya. Kekuasaan DrM selama 22 tahun menyebabkan perkara2 itu berakar umbi sehingga pengganti2nya tidak dapat mengatasinya dengan kadar yang memuaskan hati rakyat.
Itulah yang berlaku pada PakLah, Pak Lah cuba buat reformasi tapi malangnya kerana political maneuvernya adalah lemah, maka dia *kalah* seperti yang kita semua tahu. Niat baik tapi lemah execution-nya akan makan diri. Saya tidaklah mengatakan bahawa PakLah itu bagus (banyak benda2 tak elok kita semua dengar), cuma dari segi konteks 'dismantling TDM's legacies', dia jadi mangsa sbb tak kuat dari segi politik, dan lemah perlaksanaannya.
Untuk UMNO kuat semula, ia perlukan seorang pemimpin yang berkata benar kerana ia benar bukan kerana ia adalah popular dan manis didengar. Dan pemimpin itu naik kerana sokongan orang2 bawahannya yang sukakan kepimpinan-nya bukan kerana duit. Dan rasa2 takde harapan dah, kapal besar dah nampak batu karang depan mata mana boleh pusing mengelakkan-nya seperti bot2 kecil. Kena awal2 dah planning nak pusing mana.
Kita kena cari orang orang Melayu marhen memerintah, rak leh dah pakai puak puak bangsawan lagi, nanti jadi macam ini lah, bangsa one.
ReplyDeleteSkrg nak bersatu dgn pas..x malu..
ReplyDeleteSaying others that you are no longer arrogant is ridiculous. Actually, you are telling people that you are still arrogant. Well, i can see Mr.Muhyidin is trying to bring out cleaner image on him but it still shows foolishness of top guns in our country.
ReplyDeleteYes, like your previous post, don't point your 1Malaysia finger towards others about the bend of metal, instead, use the strength we got to make it straight again. Honestly, there is none of clean, capable, dedicated and honest leaders in BN. That's why, even with many of them came from a very corrupted background, yet our Mr. Najib still pick them up. It's picking up rubbish to make more rubbish. Pity.
They are spreading the mentality that all problems in Malaysia come from Pakatan Rakyat. They ambush you that it is like a sin to vote the opponents. I love Malaysia but i am so shame to have these kind of leaders.
My dear Aspan, pointing fingers is the only thing they know best apart from stealing country's assets. We are not blind by the colors and the rainbow of the media praising BN. We do know things that they (BN) do not want us to know, even they spoon-fed us with bullshits.
I really want to say more and even want to post national issue in my blog, but i am bound with the scholarship thingy. Which mean, i can't utter or write anything about the government of the day. otherwise, i will starve to death. The scholarship is clearly forbid me in interfering with national issue. Just expressing my regret.
Dear non 17:50,
ReplyDeleteI see that you see what every one sees.
Bro, I just want to point out one pertinent issue for you here.
Why does that scholarship becomes a problem for you to say anything that is right?
The scholarship that was given to you was from tax payers money and it didn't come from UMNO or any leader's purse.
Your father and my father or even your own good self pays taxes to the government in many forms.
Do not feel apprehended to say things which you should be paying.
The scholarship awarded to you was to make you learn how to think straight and honest.
Just say it bro. No one is going to starve you to death. God don't starve his honest subjects. Bear that in mind bro.
There are big numbers of people like you. I know you are honest and keep it up bro.
Aspan,
ReplyDeleteWhat muhyiddin should be telling us is whether UMNO leaders are still stealing rakyat's money.
zainal
Mat Sabu dari PAS lagi sesuai jadi TPM mahupun PM daripada Mudin dan Najib....
ReplyDeleteCara dia berfikir dan berhujah lebih baik daripada wayang Najib Mudin....
Bro Aspan,LovelyAini dan pembahas sekalian,
ReplyDelete1. Sememangnya UMNO(Baru) memerlukan seorang pemimpin yang agung untuk memulihkan keadaanya. Pemimpin tersebut mestilah hebat serba serbi macam superheroes dalam komik aka seperti superman, batman dll.
Hanya pemimpin berkemampuan seperti superheroes ini sahaja boleh merubah dan menyelamatkan UMNO(Baru) sebagaimana superheroes ini menyelamatkan dunia seperti cerita-cerita dalam komik.
persoalannya ada ke manusia dalam UMNO(Baru) yang memiliki keupayaan seperti superman ini?
2. Cara yang paling mudah adalah membubarkan sahaja UMNO(Baru). Memang dah tak boleh diselamatkan lagi dan kita tidak nampak ada pemimpin yang berupaya membetulkannya. Lets think outside the box lah!Namakan juga dengan nama UMNO! lagi lama dibiarkan akan makin banyak kerosakan dan kemusnahan kepada bangsa melayu dan negara.
3. apa yang susah sangat. dalam tahun 1988 dulu ada pemimpin besar UMNO(Baru) mematikan UMNO dan menubuhkan UMNO(Baru) kerana survival politik peribadinya. Kita ulang sejarah tersebut. Lagipun UMNO(Baru) yang ada hari ini bukannya UMNO yang pertama dalam sejarah politik orang melayu.
4. dalam parti baru ini, pilih dan tapis ahli-ahli baru sebagaimana yang dilakukan dalam tahun 1988 dulu. Kali ini, kaki ampu, kaki menumpang, kaki rasuah dan lain-lain jenis makhlok perosak jangan dibenarkan menjadi ahli parti baru. Nick diatas juga jangan diterima menjadi ahli...hehehe
3. apa kata bro aspan? Inilah tranformasi yang terbaik dan tuntas untuk memastikan orang melayu dapat maju di bumi bertuah ini.
bat8
Saudara Aspan
ReplyDeleteSebelum dia beralih kuasa ramai sudah lebeh mengetahui yang Najib bukan PM yang berkebolehan, lebih-lebih lagi dengan masaalah kewibaannya berikutan terutamanya kes Altantunya. Tetapi "spin doctoring" berjaya mendapati dia itu adalah yang paling sesuai.
Sudah pun "spin doctoring" bermula bagi Muhyuddin pulak. Macam boleh diadakan yang dia ketika MB Johor dulu tak pernah korup?
Walau pun "spin doctoring" itu berjaya bagi Najib, dia takut membuat transformasi kepada UMNO. Lebih jelas Najib kini macam tak mampu seolah-olah dia telah "tergadai" dan makin menampakkan dia sebegitu "lameduck PM"
Spin doctoring adalah pembohongan yang hanya menipu diri sendiri. TV3 dan Utusan Malaysia sudah tak mampu, apa spin doctor sehebat yahudi APCO mampu menegakkan benang basah?
Membazirkan duit kita sahaja!
to aspan:
ReplyDeletewhat you said to anon 17:50 is true but not applicable in real life..
bat8,
ReplyDeleteSaya 'gumbira' kerana memahami asas yang sebnarnya kenapa kekalutan hari ini berlaku.
Saya juga sangat bersemangat kerana masih ada diantara kita yang faham kenapa orang Melayu dan seterusnya negara menjadi begitu keliru.
Saya berterima kasih kepada saudara yang agak faham sedikit sebanyak bahawasenya keadaan tidak menetu ini terjadi kerana ada pihak tertentu memcahkan parti kerana survival politik perobadi.
Orang yang memecahkan UMNO dan menubuhkan parti baru itu bertujuan untuk menghalang pihak yang dianggapnya akan menjadi penghalang kepada usahanya untuk berkuasa dengan jangka waktu yang lama.
Pemimpin yang bertanggungjawab itu sekarang mengambil peluang untuk mengkritik keadaan kacau bilau yang beliau mulakan.
Baiklah, saya selalu memberikan pandangan yang kita wajar memulakan politik dan negara yang baru.
Kita mulakan kembali memberikan kesedaran kepada orang ramai yang perpecahan ini bukan kerana rakyat tetapi oleh kerana pemimpin yang tidak bertanggunjawb hampir 3 dekad dahulu.
Kita kena kembali kepada rakyat melalui kepimpinan dari kaum-kaum yang terbesar dan menacari formula baru.
Jika kita terpaksa mengambil kembali ciri-ciri lama seperti yang sdr sebutkan itu maka kita jgn teragak-agak untuk mengambilnya sekali lagi.
Tetapi saya ada mengatakan yang usaha untuk formula yang baru itu tidak boleh disertai oleh kepimpinan pada hari ini kerana mereka adalah pihak yang terlibat yang menyuburkan kekalutan ini.
Saya bersetuju dengan pandangan sdr yang UMNO baru) ini sukar sekali untuk diselamatkan dan di perkuatkan, kerana kelemahan sifat juang diantara mereka yang memimpin.
Apabila wang ringgit termasuk didalam usaha pencarian ini apa-apa yang dibuat tidak akan pergi kemana-mana.
Rasuah itu musuh semua negara dalam dunia.
Salam Saudara Aspan dan semua
ReplyDeleteKita semua patut menyanjung Muhyiddin kerana dengan tulus mengaku UMNO eksyen dulu.
Janganlah kita mengutuknya pula kerana nak cuba mengekalkan UMNO tidak aksyen lagi.
Saya tertarik dengan ungkapan tidak ada pemimpin PAS atau DAP menyalahgunakan wang Petronas.
Tentulah mereka tidak dapat berbuat demikian kerana mereka bukan parti memerintah.
Mungkin juga mereka lebih teruk dari BN jika mendapat kuasa memerintah.
Apakah Anwar telah buat semasa menjadi anak emas Mahathir dan diparachute menjadi TPM?
Hebat ke dia??
Tidakkah dia macam pemimpin UMNO yang lain??
Sekarang dia macam dulang serpih.
Sir,
ReplyDeleteIt would seem most of your readers are too smart and too intelligent to understand my message (my bet is that they are not able to grasp the full import of my long sentences and winding syntax). It is sad and quite frustrating to see that most of my malay brethren are so advanced and highly intelligent that they cannot understand my simple and broken down English. Ah well, I think that is a part of the problem plaguing the Malays just like the malay proverb which rings true even now in this modern age "Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh di ikut". I feel sad for my bangsa.
Nick.
P.s BTW I was never an UMNO member and GOD willing never will be (so Bat8, I will never or better yet I have not the slightest desire to be a member of UMNO)! I feel even sadder about those people who now are the supporter of PR just because it is the "IN" thing or it's the fashionable thing to do right now.I am wondering where were their affiliation placed when TDM was ruling and pillaging this country? Were they part of the melayu who shouted and raised their voice condemning the royalty along side TDM? Were they the part of the melayu group who supported TDM because during that period of time their pocket were lined heavily and UMNO was very generous with the state loot??? I feel even sadder thinking about that! Just think if PR won Putrajaya, these are the malays who would be clamoring and shouting that they are the strongest supporter of PR and they require rewards for their support (just like what they are doing now when UMNO is in power and to certain extend what they are asking the PR state gomen to do for them). Truly these are the malays that need to be educated and changed (mentally and principle of faith strengthened). Enough said!
Dear nick,
ReplyDeleteI am pleased that you alredy understand the feeling interacting with some people who are already entrenched with the current evil politics.
I understand what is inside you and I do appreciate it.
You see, I too have been stoned with unkind comments.
When I say that DAP or PAS has not misused PETRONAS funds they come out and tell they are not in power yet, that is why they have not been able misuse the funds.
Nick, they think there's nobody who is unlike UMNO. They think once one is in power they think they will be like the current government leaders.
Worst of it all they are implying that they don't fuck care with how the funds are being managed.
Maybe these few 'smart' people were still young when we were enjoying seeing the country and Petronas were managed without incidences of malpractices.
These people bro nick, they think everyone is like them.
Nick, biar kita ambil pelajaran dari kejadian alam yg terbentang ini.
Kita hidup mesti berjiwa yang hidup bukan jiwa yang mati.
Contohnya ikan yang berada didasar laut puluhan tahun lamanya itu, jika kita keluarkan dari laut hidup-hidup ikan itu tidak masin.
Ini adalah disebabkan kerana ikan itu hidup.
Disebaliknya jika kita rendam ikan yang mati hanya selama 3 hari, apabila dijemur ikan itu akan menjadi ikan masin, kerana ikan mati boleh diresapi oleh elemen luaran dan dalam kes ini elemen garam yang masin.
Jadi sdr ku nick, jangan susah hati. Let us smile last but the sweetest bro.
Nyawa nabi nuh diancam dan dikatakan gila oleh semua masyarakat zaman baginda kerana membina bahtera dipadang pasir.
Akhirnya nuh dengan 83 orang pengikutnya yang jumpa dengan kebenaran. Anak dan isteri baginda pun hanyut sekali didalam bah besar itu.
Lagi pun nick, kita hidup diakhir zaman. Jangan sekali-kali kita menjadi pembawa dalil. Diakhir zaman ini salah satu dalilnya ialah yang salah itu nampak benar dan yang benar itu nampak salah.
Yang bathil berkuasa yang haq akan dihimpit.
Yang benar itu hanya timbul kemudian. Ingat nick, jalan kesyurga itu beronak-onak dan berduri, tetapi jalan keneraka itu dipenuhi keju dan roti.
Nick, I appreciate you. Don't be disheartened. You will soon arrive at the ultimate of truth, god willing.
Sir,
ReplyDeleteI feel your pain and it pains me too that my bangsa are still stuck in an unchanging mindset of greed, sloth, holier than thou, frog under a coconut shell and worse, religion as a set of ritual and traditions instead of a way of life. And all of these quagmire of mindset affect both those in UMNO and PR too. Your post of muslim without the islam and islam without being a muslim is terrifying real here in this "negara islam". It truly is terrifying to contemplate that IF PR were successful in changing the govt, we are still going to be regressive if these large portion of citizen does not change their mindset and reorganize (as in strengthening and use the correct material) their pillar of faith. As long as their mindset remain the same, maybe 20 years down the road we will still repeat the same mistake and go down the same evil path (history being played all over again and lo and behold we'll have another TDM, AAB and Najib in our midst). May GOD deliver us from that.
Good day sir and thanks for listening.
Nick.
P.s to Schenker78 and Bat8, please read all comments carefully(or in your case s.l.o.w.l.y)before showing us your mental prowess.
Sir,
ReplyDeleteBTW it would seem that most malays (those who read your blog, anyway) don't really understand sarcasm, do they?
Nick.
Bro,
ReplyDeletesaya penyokong tegar Anwar atas dasar simpati dgn daya tahan beliau atas tekanan yang kena keatas diri dan keluarganya ....kalau saya kena macam dia mungkin dah BIOL. Dulu saya penentang Anwar ... inilah perasaan kemanusiaan ...
Sidek J.Bharu
Saudara Aspan
ReplyDeleteAda beberapa komen dalam blog saudara yang sering memanjangkan fitnah dan mendokong perlakuan dosa Qazaf mengenai Anwar dituduh meliwat dan atas alasan/perkara ini merumuskan Anwar tak layak dari segi moral memimipin Malaysia sekiranya berkesempatan setelah PRU 13.
Tak tahu ke orang yang memfitnah dengan mendakwa seseorang telah melakukan zina/liwat tanpa mengikut syarak telah berdosa mengikut dasar/hukum Qazaf?
Tiada maaf baginya dan akan dituntut di akhirat oleh si tertuduh! Jelas TDM dan pengikutnya serta pak-pak turut dalam penghakiman telah dan terus menerus berdosa membuat tuduhan ini, tetapi mengapa pula ada yang begitu bodoh ingin/sedia sangat memikul dosa yang taubat tak laku kerana ini adalah dosa antara sesama manusia?
Bila umum telah berkata Anwar tak layak jadi pemimpin kerana dia adalah peliwat, bukankah dosa fitnah itu seberat dosa membunuh?
Janganlah kita sewenang-wenangnya membawa fitnah sedemikian kerana kita juga akan bertanggung dosa bersama yang telah membuat fitnah!
Bukankah kami ini hanya mampu menasihat!
nick,
ReplyDelete1. minta maaflah jika saya tersalah tanggap tulisan sdra diatas. Disini rasanya bukan forum MENSA. Kebanyakan kita adalah insan-insan biasa yang bercakap dan berbicara sebagai insan biasa.
2. Sebenarnya forum seperti ini adalah sesuatu yang baik untuk kita orang melayu untuk mengasah bakat berartikulasi mengenai sesuatu isu yang dekat dengan dengan hati kita. yang selalu dikatakan tentang orang melayu, kita ni banyak memendam perasaan, tidak bijak mengutarakan apa yang berada dibenak fikiran. last-last kita meletup dan mengamuk.
3. walaubagaimanapun, kita disini sedang belajar untuk menghormati pendapat orang lain tanpa menjadi emisional. Belaja untuk berbeda pendapat dan akhirnya bersetuju untuk tidak bersetuju...orang putih kata...agree to disagree.
4. Pun begitu, partisipasi sdra nick diruangan ini memberi pendapat amat-amat dihargai dan dialu-alukan. Dengan itu kita sama-sama belajar untuk maju kehadapan.Teruskan sdra nick...
bat8
Saya sudah bosan degan politik rasuah. Perubahan amat di perlukan tak kira melalui tangan PM ataupun tangan kita. Kita undi pembangkang pula.
ReplyDeleteSaudara Aspan
ReplyDeleteFor the benefit of people clamoring that Anwar be judged and found guilty as being set up in the Sodomy 2 trial, his plea to have been tried under Shariah Law was not supported by Raja-raja Melayu and all their ulamas/ muftis. (O ye who proclaim thyself defenders of the faith, beware of thy responsibility not discharged for thee are but the army that flee the battle!).
Then people will know what dosa Qazaf would mean, wouldn't it? Especially TDM would be censured by a court that he is a Fasiq and his words/witness shall never be held in any court!
As if it's none too soon, we will be seeing what Allah SWT shall show us what TDM had been/ will become as what the emasculated shariah court in Malaysia should have found!
Najib akui dulu UMNO eksen, sekarang tak lagi..penyakit eksen dah dapat pula pada PAS (itu cerita lain).
ReplyDeleteBila dah tak eksen, penyakit baru apa pula yang hinggap pada UMNO, denial syndrom???
Najib kata orang Melayu tak meluat pada UMNO.
Jadi, Muhyiddin kena jelaskan: Dulu orang melayu meluat pada UMNO, sekarang tak lagi.. gitu ke??
Najib sedang sebok pecah roboh rumah UMNO, nak buat rupa bentuk baru..ala Rosmah. Sedangkan Muhyiddin sebok nak tampal dan repair itu ini - tak sehaluan.
kenapa orang ini tidak tahu protokol....
ReplyDeletelihat gambar...
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/07/siapa-perdana-menteri-ni-rosmah-atau.html