19 August 2010

MCA akan menyaksikan akibat sikap buruknya.

MCA sudah menjadi duri dalam daging kepada BN. Ianya menjadi begitu kerana parti itu sudah hilang keyakinan dari kaumnya sendiri yang kini sedang memberikan lonjakkan kepada DAP.

DAP yang suatu ketika dahulu dimomok-momokkan sebagai parti yang ‘chauvinis’ seolah-olah parti itu serupakan dengan Parti Kominis Malaya (PKM) yang diharamkan oleh kerajaan kita itu sudah secara terang diterima oleh masyarakat, terutamanya kaum Cina.

Setelah GERAKKAN dan MCA menjadi parti yang kecil, ianya tentulah menjadikan musuh tradisinya DAP menjadi besar dan kuat. Kerugian kepada MCA adalah keuntungan kepada DAP.

Itulah keprcayaan bangsa Cina; iaitu mereka utamakan perubahan dalam kehidupan mereka dan kepada mereka perubahan itulah yang menjadikan mereka mampu untuk maju dan berjaya. Mereka memandang kepada DAP sebagai parti pilihan mereka.

Mereka percaya DAP patut diberikan kepercayaan kali ini kerana mereka berpendapat DAP merupakan parti yang sudah matang setelah melalui badai perjuangan yang panjang. Orang Cina mengaggap yang DAP mempunyai pemimpin perjuangan kerana tidak ada pemiminpin parti itu yang tidak pernah ditahan dalam penjara dan mereka terusan kekal dengan perjuangan mereka.

Sehingga tidak berapa lama dahulu, orang Melayu tidak mahu melalui perubahan kerana diyakini bahawa memberikan pilihan untuk memerintah adalah satu tindakkan yang tidak baik kerana tiada ‘continuity’ dan kononya akan membantutkan pembangunan negara dan bangsa.

Maka itulah sebabnya UMNO sentiasa menjadi pilihan mereka dan jika ada suara-suara yang mengkritik parti ini, maka seluruh jentera kerajaan akan bertindak menghentam suara-suara perubahan ini tanpa segan dan silu. Ramai juga pemimpin-pemimpin PAS berada didalam tahanan ISA dan akta inilah yang telah menekan perkembangan parti ini sejak beberapa lama.

Aklhirnya PAS menjadi pilihan apabila UMNO sudah mula hilang keyakinan dari rakyat kerana menjadi parti yang jumud dan terlibat dalam rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang tidak berpatutan.

Orang Melayu mulai sedar bahawa jika tidak ada perubahan maka UMNO akan terus dijadikan ‘sanctuary’ bagi perasuah dan pengkhianat dalam mana pemimpin-pemimpinnya mempunyai persepsi yang amat buruk oleh rakyat.

Hanya sejak beberapa tahun yang lepas orang Melayu mulai melalui perubahan dan menjadi sensitif dalam isu politik negara khususnya dikalangan orang Melayu yang tinggal dibarat Semenanjung ini. Orang-orang Melayu dipantai timur memang sudah lama berupaya untuk melakukan perubahan yang drastik dengan memberikan kepada pihak lain untuk mentadbir mereka.

Kalau dahulunya UMNO mampu untuk memberikan tekanan untuk rakyat Melayu terus menyokong mereka, sekarang parti itu sudah duduk dipihak yang defensif. Pihak UMNO sudah terkial-kial untuk menjawab kritikkan pihak yang membangkang dan selalunya mereka (UMNO) akan membalas dengan kata-kata yang ada elemen-elemen ugutan dan paksaan..

UMNO selalunya memainkan isu rasis dan menjadikan isu 13 Mei sebagai alat untuk mengugut rakyat supaya terus menyokong mereka bagi mengelak trajedi ini tidak berulang.

Lama kelamaan isu itu sudah menjadi lali bagi orang Melayu, dan jika benar-benar pun mereka menahan pemimpin dan penyokong pembangkang maka mereka akan diketepikan oleh rakyat dalam pilihanraya umum. DAN orang Malayu telah pun melakukannya sejak beberapa kali pru yang lalu.

Tidak seperti pihak-pihak lain UMNO tidak mahu berubah walaupun berbagai-bagai pihak telah memberikan kritikkan tajam diatas tindakkan mereka terus menerus melakukan rasuah-rasuah besar yang jelas nampak oleh rakyat.

Oleh kerana sikap degil pemimpin-pemimpin parti yang begitu lama memerintah itu maka sekarang sampai ketahap yang kegiatan yang hina itu sudah tidak lagi dapat dibendung lagi.

Rasuah sudah menjadi ‘ketagihan’ yang tidak dapat dibuang lagi, samalah seperti orang yang ketagihan dadah. Pemimpin-pemimpin UMNO sedang menghadapi penyakit ketagihan rasuah yang tegar dan mereka tidak boleh menjalani hidup tanpa rasuah seperti penagih dadah yang tidak boleh hidup tanpa dadah.

Pemimpin-pemimpin kita belum menyakini yang rasuah itu merupakan kegiatan yang sangat merbahaya; lebih merbahaya dari bahaya penagih dadah dan kegiatan membuang bayi yang sedang berlaku dengan begitu meluas sekarang ini.

Apabila seseorang itu sudah terlalu biasa dengan kegiatan rasuah ianya akan dengan sendirinya hilang sifat malu malah dia pula akan menuduh orang lain pula yang rasuah seperti yang kita dengar berlaku diSelangor sekarang ini.

Rasuah PKFZ BN yang melibatkan jumlah RM 12 billion diketepikan dan tidak disentuh oleh UMNO Selangor sedangkan ianya berlaku diSelangor. Sebaliknya UMNO menggunakan isu royalty pasir untuk memberikan tekanan terhadap kerajaan negeri.

Akhirnya kerajaan negeri meminta MACC untuk duduk didalam KSSB untuk memuaskan pihak tertentu. Tetapi sehingga hari ini belum lagi ada apa-apa jawapan dari MACC terhadap jemputan itu.

MCA jelas menggunakan 13 resolusi Kongressnya untuk menalihkan pandangan dan tumpuan terhadap kelemahannya sendiri. Dalam ukuran apa sekali pun DAP sudah berjaya mengambil tempat yang selama ini didudukki oleh MCA.

UMNO dan MCA cuba untuk melindungi kesalahan mereka dengan melakukan lebih banyak kesalahan. MCA membunuh minat dan sokongan orang Melayu dengan mengeluarkan kenyataan yang chauvinistik dan membina tembok pemisah diantara orang melayu dengan partinya. Parti itu menekan kerajaan untuk mengurangkan secara beransur kuota istimewa orang Melayu sehingga ianya terhapus semeskali.

Dengan perceraian orang Melayu dengan MCA, saya tidak nampak bagaimana BN boleh mengekalkan kuasa.

BN masih ada harapan untuk mengekalkan kuasa ‘marginal’ dalam kerajaan Persekutuan jika BN Sarawak masih boleh pertahankan kemenagan mutlaknya dalam pilihanraya yang akan datang. TETAPI keadaan itu tidak mungkin lagi berlaku kerana penyakit yang dialami oleh BN diSemenanjung juga dialami oleh BN Sarawak.

Jika dalam pilihanraya 1999 pembangkang berdoa agar Wan Mokhtar kekal menjadi MB sampai pilihanraya tahun tersebut pembangkang diSarawak juga berdoa agar Taib Mahmud terus menerajui BN Sarawak dalam pilihanraya yang akan datang.

Sebabnya mudah. Trengganu jatuh pada tahun 1999 dahulu kerana mengekalkan Wan Mokhtar maka Sarawak berkemungkinan menerima nasib yang sama jika Taib Mahmud masih kekal berkuasa sehingga pilihanraya yang akan datang. Taib telah pun diumumkan akan bertanding dan terus menerajui Sarawak. Maka Sarawak merupakan satu lagi lubuk yang sangat besar kapada PR.

Begitu juga keadaan yang sama diNS. Jika Mohammad masih menerajui NS dan mengetuai pilihanraya umum bagiNS, maka NS merupakan satu lagi lubuk yang amat menyelerakan untuk PR.

Keadaan diSabah terus tidak dapat dibaca. Sabah akan mengikut apa yang berlaku kepada jirannya dan di Semenanjung. Bagi Sabah, mereka hanya mengikut rentak politik diSemenjung dan Sarawak.

Dalam keadaan sekarang Sabah ibarat ikan mati, ‘it swims with the flow’. BN yang diterajui UMNO sudah sampai kepersimpangan untuk mengambil keputusan yang amat sukar ini. Pergesiran MCA dengan UMNO diSemenanjung ini merupakan katalis bagi BN mendudukki kerusi-kerusi pembangkang didalam dewan-dewan Lagislatif negara.

UMNO dan BN sekarang ini terpaksa pilih satu diantara dua pilihan; bertukar atau ditukar.

10 comments:

  1. ha..ha...ha. Everyone is saying what you have just said bro.

    Anwar, Najib, Mahathir, Muhyiddin, Hishamuddin dan lain-lain mesti cabut dahulu sebelum dicabut.

    Apa boleh buat....kalau PAS memerintah pun boleh. UMNO dah begini keadaannya.

    Jangan Anwar jadi pengganti cukuplah. Yang lain-lain boleh.

    ReplyDelete
  2. UMNO seolah-olah macam tak nak bagi orang lain khususnya yang bukan Melayu untuk bersuara langsung.

    Apa salahnya mendengar pandangan mereka. 13 resolusi Kongress Cina tidak ada apa salahnya. Yang penting UMNO/Kerajaan perlu mendengar dan menerimanya sebagai satu feed back. Jangan mudah melenting dan banyak perasangka. Jika UMNO perlu menjaga kepentingan Melayu begitu jugalah mereka.

    Najib perlu bersikap terbuka. Panggil Mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan bincangkan. Jangan asyik-asyik UMNO dan Perkasa jer yang boleh bersuara dan menyatakan apa sahaja. Orang lain bila hendak beri pandangan kena guna saluran. TPM, Hishamudin dan Ibrahim Ali bebas cakap apa sahaja. Macam ini orang Melayu sendiri pun fedup.

    Melayu Tulin yang dah mula bosan.

    ReplyDelete
  3. Pergaduhan MCA UMNO ini nampaknya macam dirancang, lihat macam mana CSL menarik DAP kedalam pergolakan mereka, lepas ni UMNO-BN akan laksanakan ops lalang ke-2, yang ditangkap dan disumbat kedalam ISA adalah pemimpin-pemimpin PR, harap pemimpin PR berhati-hati dan tak makan umpan yang dipasang.

    ReplyDelete
  4. Saya sama pandangan dengan ajen peribahan.
    Tetapi UMNO tak perlu cabut.
    Gegak gempita, sorak teriak CSL cuma nak lepas ngap sahaja.
    Maklumlah parti dah mati pucuk. Kenalah cari ubat kuat.
    Takde apa-apalah.
    Yang seronok Uncle Lim. Kerja dia sekarang dibuat oleh CSL.
    Sila tangan sahaja, ye Uncle Lim
    Kalau PAS memerintah, dia boleh tumpang semangkuk.
    Mr Aljay Anwar, Salam perpisahan.

    ReplyDelete
  5. TR should come out. i am certain he can be the white night. Only then UMNO has hope to exist longer. Keep prejudice aside for the sake of us all.

    habib

    ReplyDelete
  6. UMNO dah busuk, dah rosak, MCA dah berair, lacur,lembek, lunyai dikerjakan Chua - bergabung atau tidak, berstu atau tidak, MCA dan UMNO akan alami nasib yang sama.

    ReplyDelete
  7. Asalam saudara asfan, dulu kita tidak terdedah dgn berita yg lain, melainkan berita dari kerajaan bn umno, ini bukanlah bn itu tidak berkesan dan tidak mampu, umno dan perjuangan nya telah jauh pergi dari perjuangan asal, memperkasakan rukun negara yg menjadi asas kepada kejadian malaysia yg kita cintai semua. Semenjak tun mahathir menjadi pm malaysia, malaysia menjadi ghah di peringkat negara dan luar negara, namun dasar yg di bawa oleh tun, dasar pembangunan negara telah membawa padah yg cukup buruk utk malaysia dan rakyatnya. Di mana dasar pengswasta, runding terus, taraf bumi,melalui pkk dan bebagai lagi, ini mungkin menyebab terlalu banyak kerenah hinga melibatkan rasuah, yg pangkat tinngi lagi besarlah rasuahnya, yg kecil, kecil lah rasuahnya. Jadi prpermasaalahan ini terus menerus hingga kini. Permasaalah umno ialah rakyat hilang keyakinan pada pemimpin yg ada kini.Umno cakap nak berubah, hinga kini tak berubah, yg rakyat nampak umno dan pemimpinnya hanya ingin menpertahan kedudukan masing2, tapi hakikat sebenar mereka sendiri yg memusnahkan diri. Di saat ini biarlah rakyat akan menentukan keputusan ge13 akan dtg, rakyat malaysia memang sudah mahu perubahan yg meyakinkan. tq wasalam.

    ReplyDelete
  8. Dunia sudah berubah....ini bukan tahun 1970....sudah 40 tahun la....Quiet Despair

    QD, kau kena ingat lepas peristiwa terancang UMNO Selangor semasa May 13, 1969...banjir besar berlaku di Kuala Lumpur yang tidak pernah dijangkakan....itulah musibah....

    Jangan buat dosa lagi UMNO....Tsunami Gempa Bumi mungkin akan melanda lagi....lagi teruk kita semua kalau terus menyokong parti Setan ini...

    ReplyDelete
  9. Masa sudah lebih separuh penggal berlalu sejak 8 mac 2008....UMNO sudah terlambat....tak ada apa yang boleh dilakukan...to undo all the bad things...

    kepala lembu pun dah kena pijak, surau dan gereja sudah dibakar, Perkasa pun sudah muncul, Ridhuan Tee dan awang selamat pun dibiarkan menghina kaum bukan melayu setiap ahad dalam utusan, keadaan hari ni dibawah UMNO lagi teruk semasa zaman Pak Lah...

    Pak Lah memang kaki tidur dan kaki Koridor berbillion2, tetapi kurang perselisihan antara kaum....

    Bawah najib, melayu umno dan cina MCA berlaga....kami tukang pandang jer....

    MB NS dan MB Sarawak ni bukannya macam tony blair, margaret tatcher ataupun PM Australia yang berundur bila x dapat sokongan....mereka akan dok kerusi sampai kalah....seperti jugak Samy Vellu.....MIC pun berpecah 3 pasal samy vellu....padan muka...

    Najib x akan berani panggil mana2 MB berundur, nanti sokongan negeri tersebut beralih kepada Mudin Yassin....

    orang UMNO berani panggil YDP Agong sebagai N*tang, pasal Idris Jusoh tidak dipilih sebagai MB,

    UMNO adalah spesis hypokrit, kononnya menentang Yahudi, tetapi bersikap lagi teruk macam Nazi Fascist dan Komunis.....

    ReplyDelete
  10. Masaalah terbesar Pemimpin2 Utama UMNO/BN adalah terlampau lama memerintah sehingga menanggap Negara ini mereka yang punya, dah macam "LIVING GOD".Mereka boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka. Kalau yang kaya itu dah macam kaya "GILA BABI" sampai tak habis 7 keturunan. Mempunyai harta2diluar negara tanpa perlu berasa risau dari sumber mana kekayaan mereka perolehi. Ini kerana PDRM,SPRM,HAKIM dan lain2 agensi kerajaan semuanya dibawah telunjuk mereka seolah-olah seperti mereka yang membayar gaji para penjawat2 awam.

    Kini dah sampai masa bagi mereka2 (UMNO/BN) ini dilupuskan dari sistem demokrasi yang ada sekarang dan Parti Alternatif iaitu PR mengambil alih mengemudi negara kita ini. Ini lah cara paling baik untuk melupuskan muka2 PEROMPAK ini dari mengganas merompak hasil negara kita.

    Kita Orang Melayu sebagai bangsa UTAMA negara ini tidak perlu berasa prajudis terhadap orang bukan Melayu dengan berasa kedudukan kita tergugat jikalau PR memerintah dan rata2 orang melayu telah diprogram oleh UMNO untuk membenci DAP sehingga ketahap ekstrim. Mengapa kita boleh percaya dengan MCA, GERAKAN? padahal pemimpin2 mereka adalah Kaya-Raya jika dibandingkan dengan DAP dan adalah juga Penindas2 atau cukong-cukong kapitalis yang merembat tanah2 reserve melayu dan mendapat RESTU Umno.

    Kalau Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang menjadi tanda-tanya kejujuran mereka, Itu bukan alasan untuk kita berasa TIDAK selamat jikalau individu2 tersebut menjadi PM. Pakatan Rakyat yang kita ada sekarang mempunyai ramai lagi PEMIMPIN2 yang berwibawa seperti TGNA, Nizar Jamaluddin, LGE, Husam Musa, dimana DSAI atau LKS tidak akan sewenang-wenangya utuk memerintah sekeriranya di beri peluang dengan mengikut agenda2 mereka sahaja.

    Mereka2 ini sudah tentu akan dipantau oleh Pemimpin2 Utama PR.
    Bagi saya, pemimpin vateran DAP seperti LKS, Karpal Singh sudah ke penghujung karier masing2. Tak perlu dirisaukan kehadiran mereka kerana generasi dari anak2 mereka mempunyai pandangan POLITIK berbilang kaum yang jauh berbeza. LGE banyak mempelajari keilmuan Islam dari Rakan2 PAS beliau, jadi sudah tentulah cara pendekatan LGE dengan bapanya berbeza.

    ReplyDelete