26 August 2010

Perperangan Khandak dan Uhud - Apa ertinya kepada kita?

Salah satu peperangan yang paling hebat dalam sejarah Islam ialah peperangan Khandak dalam mana tentera Islam hampir tertewas. Setelah berperangan itu berlaku dalam beberapa minggu barulah tentera Islam memenangi peperangan itu tetapi ramai diantara tentera Islam mati dalam syahid.

Peperangan itu benar-benar mencemaskan pihak tentera Muhammad saw dan apabila perperangan berakhir dengan kemenangan pihak Islam Saidina Ali karamallah huwajha telah bertanya kepada Rasulallah, “Ya Rasulallah, apakah perperangan yang lebih hebat dari perperangan Khandak ini?” Muhammad menjawab, “Perperangan Khandak ini bukannya perperangan yang terbesar, Peperangan yang lebih besardan syahid ialah perperangan melawan diri kita sendiri yakni perperangan melawan nafsu kita yang senantiasa perlu dilakukan sepanjang hayat kita”

Dalam dialog yang singkat diantara Rasulallah dengan Ali itu kita dapat memunafaatkan hakikat bahawa yang selalu kita kalah ialah apabila kita tidak berdaya melawan nafsu syahwat kita sendiri. Kita tidak dapat melawan nafsu untuk mejadi tamak; tamak untuk mengekalkan kuasa dan nafsu itu membisikkan kepada kita untuk melakukan apa sahaja untuk kepentingan dan haloba kita sendiri.

Kita dan pemimpin sendiri tidak dapat menahan diri dari hasutan nafsu untuk mengaut harta orang lain seperti harta rakyat yang telah memberikan kepada kita amanah untuk dijaga dan pertahankan. Kita selalu melanggar perintah Tuhan dan sebaliknya memenuhi kehendak keinginan dan hawa nafsu kita sehinggakan sanggup mencuri dan menyalah gunakan kuasa yang dipinjamkan Tuhan untuk melakukan kejahatan kepada ummah dan manusia yang kita pimpin.

Menunjuk-nunjuk dengan kekayaan dari harta curi pun sudah tidak menjadi kesalahan lagi bagi mereka yang tamak kuasa dan glamor hidup dialam fana’ ini. DAN kumpulan ini juga tidak lagi mempunyai rasa malu kerana mengikuti arahan jahat nafsu tadi.

Maka itulah sebabnya apa yang dikatakan oleh Muhammad kepada Ali itu memang sudah menjadi kenyataan. Ramai umat pada hari ini tidak dapat menjadikan apa yang berlaku semasa zaman Muhammad dulu sebagai pelajaran hidup.

Kegagalan melawan diri sendiri boleh membawa kegagalan dalam menjayakan perjuangan telah ditunjukkan oleh Tuhan dalam perperangan Uhud dalam mana tentera Islam telah tewas ditangan tentera musyrikin dengan teruknya..

Segala stategy Muhammad tidak dapat dilaksanakan kerana tentera Islam tidak fokus untuk berperang kerana nafsu untuk mendapatkan harta rampasan peperangan lebih diutamakan oleh mereka. Mereka berperang sambil memandang kepada harta yang banyak dan berperang dalam keadaan mabuk tatkala itu.

Akhirnya perjuangan asal uintuk memenangi perperangan itu telah gagal kerana tentera Islam mempunyai agenda peribadi dari peperangan tersebut. Selepas peperangan Uhud jugalah minuman keras diharamkan secara mutlak oleh junjungan besar kita.

Pemimpin kita perlu mengambil iktibar dari insiden kekalahan tentera Islam ini kerana sebab itu jugalah yang menyebabkan kita gagal untuk meneruskan perjuangan kerana masing-masing mendahulukan kepentingan peribadi yang keterlaluan daripada melaksanakan tutututan perjuangan sebagai pemimpin negara yang bertuah ini.

Jika UMNO yang memimpin umat Islam ini tidak berjaya untuk melawan nafsu untuk melakukan rasuah dan salah guna kuasa, maka kekalahan kita dihari muka tetap akan kita alami seperti yang dialami oleh tentera Islam didalam peperangan diBukit Uhud itu.

Jika Tuhan boleh memberi pengajaran kepada pejuang-pejuang Islam dizaman Muhammad itu, apa kah tidak ada kemungkinan kita juga akan mendapat pengajaran yang sama dari Tuhan seperti yang berlaku didalam perperangan Uhud itu?

Hanya keimanan yang ada pada diri kita sahaja yang mampu memberikan jawapannya. Lagi pun hanya Tuhan sahaja yang boleh menilai taraf keimanan seseorang itu disisinya.

Apa yang terperosok didalam qalbi kita itu adalah hak Tuhan semata-mata untuk mengetahuinya. Jika kita terbiahkan dari segi zahiriahnya, kita dan pemimpin kita mempunyai kelemahan yang sama atau pun lebih lagi dengan kelemahan tentera Islam semasa perperangan Uhud itu.

6 comments:

  1. salam bro, tulisan pendek yang menikam sanubari saya.

    ibrahimkoyan

    ReplyDelete
  2. Bro, your versatility of topics in your blog makes some difference with others.

    Historically the war of Khandak and the Uhud happened in the month of Ramadhan.

    The morals of these 2 wars of religion should make our forefront leaders more alert with moral.

    Simple but nice.


    tajudin

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Aspan,
    Dalam pergaulan saya dengan orang-orang kuat UMNO (mungkin dah tak jadi orang kuat sebab UMNO dah melemah) mereka tak akan mencontohi atau mengambil tauladan daripada sejarah Nabi Muhammad SAW, sebab yang utama kalau mengambil Islam sebagai contoh dan tauladan, baik masuk PAS. Itulah masalah umat Islam Melayu atau Melayu Islam yang ada dalam persekitaran saya (saya cuma ceritakan apa yang berlaku di sekitar saya saja, sebab tempat lain mungkin berbeza).
    Kesimpulannya, penerimaan dan penghayatan Islam dalam generasi baru Melayu sangat kurang dan lemah. Sepi terhadap agama Islam.
    Adakah pemerintah sedar perkara ini? Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Saudara Aspan

    Cukup tepat saudara memberi gambaran kepada penyokong tegar/pimpinan UMNO agar dapat berinsaf bakal merasai dan seterusnya menerima kekalahan PRU 13 dengan mengaitkan pengajaran dari kegagalan perang uhud dalam zaman Rasulullah SAW.

    Berkait juga perkara yang belum banyak dibincang setakat ini adalah polisi dan usaha yang mengutamakan hak-hak Melayu dan kesultanan Melayu dibawah konsep Ketuanan Melayu merupakan banyak ketidakadilan dan ada yang tidak menepati kehendak Islam dalam perkara kesaksamaan hak. Kita seharusnya memahami mana-mana polisi dan usaha yang tidak adil mengikut Islam tidak akan membawa berkat, bermasaalah yang tidak diduga, gagal mencapai matlamat yang diinginkan dan hanya akan mengundang bala yang merata.

    ReplyDelete
  5. Kalau dalam Umno, watak Muhamad dan Ali dalam perang Khandak dan Uhud pun "Kaki SAPU"....
    Itu yang susah tu..

    ReplyDelete
  6. Jika UMNO terkubur maka tidak ada salah siapa kerana pejuang UMNO tidak fokus seperti pejuanga dan tentera Islam dalam peperangan UHUD.
    Aspan, awak sungguh pandai memilih topik untuk pelajaran pembaca kamu. Itu adalah dakwah dengan sendirinya.
    Salam.

    ReplyDelete