Besok, insyaallah, bermulalah bulan Ramadhan Almubarak dalam mana umat Islam akan melakukan satu ibadah yang telah disyariatkan, iaitu berpuasa keseluruhan bulan itu pada siang hari.
Kita dituntut untuk menahan makan dan minum disiang hari serta mengelakkan dan menahan nafsu dari melakukan apa-apa perkara yang berdosa siang dan malam.
Ianya bukan sahaja menahan dari kita makan dan minum tetapi melatih kita supaya jangan membiarkan diri yang sebenarnya diri kita itu (bathin kita) dari mengerjakan semua sifat Amarah dan Mazmumah yang terkeji, seperti dengki, khianat, cemburu, memfitnah, takbur, ujub dan yang lain-lain yang berhubung kait dengan manusia sesama manusia (hubungan hablum minannaas).
Lain-lain perkatann kita dituntut untuk mengelakkan diri kita dari melakukan dosa syariat (dosa dengan tuhan) serta dosa hakikat (dosa sesama manusia) bagi membersihkan diri (jasad dan batin) kita dari segala dosa dan noda.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan diri saya serta ahli keluarga untuk mengelakkan diri dari melakukan yang mungkar tetapi mengerjakan amalan yang makruf seperti yang dituntut oleh syariat agama dan hakikatNya.
Kebimbangan yang ada bagi umat yang menganuti agama suci kita dan apa-apa agama sekali pun ialah samada bathin kita bersama-sama berpuasa selari dengan puasa yang disyariatkan kepada tubuh kita yang tidak makan dan minum disiang hari itu.
Sebagai manusia yang serba lemah dan kekurangan ini ramai, lebih-lebih lagi bagi diri saya yang selalu berdosa ini untuk mengawal perjalanan syariat dan hakikat yang selari (parallel); iaitu kita berpuasa pada syariatnya dan amalan puasa itu benar-benar dilakukan oleh diri yang sebenarnya diri kita itu, iaitu bathin kita.
Dugaan untuk tidak makan dan minum pada siang hari itu merupakan dugaan yang mudah kita atasi tetapi yang sangat susah bagi kita ialah dugaan bathin kita untuk mengelakkan dari 13 sifat keji itu: dengki, khianat cemburu, ujub, takbur sombong dan lain-lain, yang kesemuanya melibatkan perhubungan manusia dan manusia itu (hablum minannaas).
Jika kita berjaya mengatasi dugaan hakikat ini maka nescaya berjayalah ibadah dan amalan berpuasa itu. Pendeknya ibadah (kerja tubuh yang tidak makan dan minum) selalunya mudah diatasi tetapi amalan (kerja bathin kita) hakikat itu merupakan dugaan yang amat sukar untuk dilepasi. Berjaya atau tidaknya amalan hakikat itu hanyalah diri kita yang sebenar-benarnya diri kita sahaja yang tahu.
Besok hari bermulalah latihan kita untuk membersihkan tubuh dan diri yang sebenarnya diri itu selama sebulan pada bulan Ramadhan dan diharap latihan pada bulan almubarak ini akan berlanjutan kebulan-bulan yang lain dalam takwim kehidupan kita, tidak kira pada siang atau pun pada malam hari, insyaallah.
Akhirnya saya melalui blog saya ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat mengerjakan Ibadah serta Amalan berpuasa pada pada ahli keluarga dan rakan-rakan kenalan pada keseluruhan bulan Mubarak, Ramadhan yang bermula pada esok hari.
Semoga kita semua berada didalam sepenuh keredhoanNya disepanjang bulan puasa ini dan dalam bulan-bulan serta tahun-tahun yang seterusnya.
Insyaallah brader,
ReplyDeleteSama-sama kita mengingati diantara satu dengan yang lain. Hang mailah kat Tg Dawai, sama-sama buka puasa.
halim ahmad.
Salam Aspan,
ReplyDeletecoretan ringkas tapi amat dalam.
halim ahmad,
ReplyDeleteHang baik hati ajak saya berbuka diTg Dawai.
Punyalah jauh nak pergi buka puasa. Anyway aku ucapkan Terima Kasihlah kerana ingatan saudara terhadap saya ni.
nanti kita jumpa bila saya naik keutara.
Aspan,
ReplyDeletekita puasa betui-betui. Dan kita raya betui-betui.
Apa ada didalam antara kita dengan tuhan.
Kita saja yang tau bro. Samada kita betui ke tak betui kita tunggu diyaumil mahsya.
dear sir aspan,
ReplyDeleteit had been more than a year that i had not write to you.
remember when the late teoh beng hock was found dead and all of us were so angry.
i promised to buy you lunch if the late teoh's will be given the Teoh be given a fair trial nad i ha dwaited for so long to buy you a simple lunch.
It seems someone in the government is not feeling easy for both of us to have lunch together as you are malay and i am chinese as there keep on fanning racial issues more more and more as each day pass. all issue is about protecting malay rights, malay unity, insulting of sultan etc. My puzzle is who is against all these? M'sian chinese again?look at what mahathir said a few days, what perkasa had done for the past few months. they really want to destroy this country.
anyway enough mumbling from me,
wish you and your family selamat berpuasa and take care
Hey how,
ReplyDeleteWhere have you been disappearing for ages?
Good to hear from you again lah! We'll go for the lunch. Let me know when and where.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa di Ramadhan ini.
Generasi saya majoritinya tak ada asas agama Islam yang kukuh untuk beribadah ... ramai yang berkata 'bulan saja yang puasa, orang tak puasa'.
Melayu Islam atau Islam Melayu. tinggal Melayu saja.
baca artikel terbaru RPK, gatal kepala..... your name was mentioned, sekolah aku pun dia mentioned... kengkawan pun pening - malu ler weiii... ha ha ha
ReplyDeleteanyway, selamat mejalani ibadah puasa