02 September 2010

Bersihkan tahi-tahi , hilanglah ulat-ulat tahi

Untuk membawa perubahan kepada sesebuah negara bukan setakat mengubah dasar yang mungkin diterima rakyat tetapi yang lebih penting lagi ialah siapa yang hendak melaksanakan perubahan kepada dasar-dasar tersebut dengan betul.

Jika dasar yang sudah ditolak rakyat ia tidak semestinya boleh diubati dengan hanya mengubah haluan dasar yang tertulis diatas kertas secara hitam putih. Banyak dasar selama ini adalah dasar yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak dilakukan dengan baik oleh pelaksananya maka dasar itu gagal untuk mencapai matlamatnya.

Dalam zaman sekarang ramai ahli-ahli politik dan penggubal dasar telah lari dari fungsi mereka yang sebenarnya. Disetiap Kementerian misalnya Ketua Setiausaha Kementerian itu adalah ketua kepada pelaksana dasar dan dialah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan apa yang telah digubal oleh penggubal dasar khususnya dasar yang berkait dengan Kementeriannya.

DiKementerian yang sama, ada Menterinya serta Tmbalan-Timbalannya dan mereka ini adalah wakil kepada penggubal dasar diKementerian tersebut. Tugas seorang Menteri ialah untuk memantau pegawai-pegawai pelaksana mereka itu menjalankan tugas selari dengan dasar yang telah digubal oleh penggubal dasar yang mereka adalah diantaranya.

Menteri itu ditugaskan untuk mempastikan tidak ada perkara yang tidak baik seperti rasuah dan salah gunakuasa dilakukan oleh pelaksana dibawah mereka. Mereka merupakan mata dan telinga kepada rakyat agar pelaksana tidak melanggar dasar yang telah digubal dengan niat yang baik itu.

Jika tata cara pelaksanaannya dilaksanakan dengan baik maka tidak akan ada elemen-elemen yang tidak baik sperti kegiatan rasuah dan salah guna kuasa berlaku disetiap Kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan. Tetapi kenapa rasuah tetap juga berlaku sedangkan disetiap Kementerian ada Menterinya yang mewakili rakyat bagi menjaga serta memantau harta benda rakyat tidak dicuri melalui rasuah dan salah guna kuasa tadi?

Menteri-menteri mesti ingat yang mereka diletakkan oleh rakyat untuk memperjuangkan nasib mereka sekarang dan masa depan untuk mereka dan melindungi mereka dari apa-apa yang boleh merosakkan kehidupan dan masa depan mereka dan generasi yang akan datang dalam negara ini.

Mereka diletakkan diKementerian-Kementerian itu dengan dibayar upah yang besar; gaji yang lumayan. Minyak kereta rakyat yang bayar, sewa rumah rakyat yang bayar, pemandu rakyat yang bayar serta bibik-bibik dan pekerja buruh dirumah pun rakyat yang bayar. Pinjaman rumah yang besar diberikan tanpa membayar faedah keatas pinjaman tersebut.

Perjalanan menggunakan pesawat duduknya dikelas pertama. Cuti tahunan kelas pertama juga dibayar oleh rakyat. Malahan semuanya ditanggung oleh rakyat yang telah mengeluarkan darah dan keringat mengisi kantung kerajaan.

Tetapi pemimpin ini yang diangkat menjadi Menteri untuk memagar harta rakyat tidak melaksanakan tugas malah mereka bersekongkol dengan pelaksana yang rasuah untuk projek-projek besar rakyat sambil mengambil kesempatan untuk menagih keuntungan peribadi bersama. Maka berlakulah apa yang dikatakan oleh perbilangan, ‘harapkan pagar, pagar memakan padi’.

Oleh kerana itu pegawai kerajaan pun tidak lagi memberikan penghormatan kepada mereka walaupun mereka adalah diantara penggubal dasar dan undang-undang negara. Keadaan seperti ini sudah berlarutan sehingga tidak ada kawalan atau pun tidak ada siapa yang layak lagi untuk mengawalnya. Maka pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan juga merupakan sumber sokongan pembangkan didalam beberapa pilihanraya yang lalu.

Apabila rasuah itu sudah menjadi ‘kemestian’ dan seperti ‘kemestian mengambil sarapan pagi, maka wujudlah satu budaya rasuah yang diterima oleh masyarakat dan kerja hina ini sudah tidak dipandang hina lagi. Bagi mereka yang berkuasa, bernama dan bergelar kerja rasuah mereka kadangkala di tutup oleh pihak-pihak penguat kuasa kerana kuasa besar yang ada pada mereka.

Mencuri wang rakyat melalui projek-projek runding terus, terus berlaku sehingga sekarang. Rasuah tidak boleh lagi dipisahkan dari sanubari mereka dan ia tidak mungkin dapat dihapuskan dengan mudah. Jika mereka tidak mengambil rasuah mereka dianggap tidak pandai menggunakan kuasa kononnya. Hidup mereka tidak boleh lagi berada dalam keadaan dan ‘environment’ yang bersih lagi. Kehidupan mereka sudah seperti ulat tahi.

Ulat tahi tidak boleh hidup dalam keadaan bersih dan ulat-ulat ini hanya selesa hidup didalam tahi yang kotor itu sahaja. Kalau ulat-ulat tahi ini dikeluarkan dari tahi itu ianya akan mati dalam sekelip mata.

Itulah sebabnya kalau kita hendak menghilangkan ulat-ulat dalam tahi itu maka kita mesti buang semua tahi-tahi ini sehingga bersih. Hilang tahi hilanglah ulat-ulat tahinya.

9 comments:

  1. Asalam tuan aspan, Hanya rakyat yg akan menentukan kedudukan umno bn, sperti yg tuan cakap mereka seumpama ulat dan tahi, kita bagi signal rebuan kali, itulah mereka tetap di tahap yg lama. Mereka dah biasa dgn cara ayam baja, segala tak perlu usaha kuat, cukup masa ada org bagi makan dan minum. Tapi bila cukup masa ya akan tetap di sembeleh. tq

    ReplyDelete
  2. Tuan , Terima kasih kerana bercerita tentang perkara ini. Mo kata cukup masa akan tetap di sembeleh tapi siapa yang akan kena sembeleh? Mereka yang tuan blog kata atau kita rakyat bisa ni?
    Setakat hri ini kami rakyat bisa yang dok kena sembelah. Direct nego sedang giat berlangsung, rembat duit rakyat sedang rancak..rembat dan rembat sebelum terlambat. Sedih apabila melihat keadaan sekarang. Malang sungguh rakyat biasa Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Tuan Aspan, betul lah harapkan pagar, pagar makan padi, amanah rakyat telah diabaikan dek kehendak nafsu pemimpin dan pelaksana. Allah akan menurunkan balaNya seperti mana yang telah dilakukanNya sebelum ini pada orang orang yang engkar.

    ReplyDelete
  4. Salam Pak Aspan,
    Mereka yang bertahkta memasang niat untuk mengaut untung seberapa banyak selagi berkuasa.
    Mereka sedang memakan padi. Biar rakyat (dengan izin Allah) yang sembur racun agar mereka hapus.

    Dare to change.

    ReplyDelete
  5. Aspan,

    There is only one living figure who can survive UMNO if everyone in the party is sincerely wanting to see UMNO/BN to be relevant.

    Joe Joe

    ReplyDelete
  6. Bro,

    Oleh kerana pemerintah skrg ialah UMNO/BN, maka tahinya UMNO/BN lah bro. Oleh itu UMNO/BN lah yang kena dibersihkan.

    Cuba bro bagi idea sikit macam mana nak bersihkan tahi2 ni. Idea bro memang bernas. Nak berubah senang saja. Just do the right thing. Tapi bro ingat UMNO nak dengar dan buat ke idea bro? UMNO dah jadi angkuh, pekak, tuli dan sombong. Maaf cakap, ini benar.

    Nak bersih UMNO dah tak boleh dah. Kena buang saja. Tak begitu bro?
    Cakap directlah bro, takkan ahli UMNO yang tak ada kepentingan macam bro pun tak berani cakap direct. Takut kena pecat dari UMNO ke? Sampai dah berulat parti UMNO, bro masih sayang?

    Saya boleh bagi sedikit idea macam mana nak banteras atau mengurangkan gejala rasuah kalau UMNO ada kemahuan. Begini :

    1. Letak MACC dibawah parliament macam di H. Kong i.e answerable only to parliament. Kuasa pendakwaan diserahkan kepada MACC dan bukan AG yang ternyata berada di bawah telunjuk Perdana Menteri dan orang2 kanan beliau. Ini akan mengurangkan "the perceived selective prosecution" dikalangan orang ramai.

    2. Empower the MACC to investigate all individuals (even without reports), who are known to live way beyond their legal income. Individu2 macam ni ramai dalam pasaran, terutama UMNO warlords and civil servants. Dengan cara ini, perasaan takut rasuah tu (sebenar takut pada hukuman) akan sedikit sebanyak tersemak dalam hati mereka.

    If it cannot be proven that they are on the take and they can prove that they have other legal or biz income, still charge them but under Income Tax Act if it is found that they did not declare their other income. Rasanya ramai yang kena!

    3. Give amnesty. Close the book. For e.g offences committed before a certain date were forgiven except maybe those involving substantial sums of money (in the millions). But amnesty must be given with a strong WARNING : If you do it again after the amnesty, the punishment will be very severe. This will put some fear in them.

    By doing this, those that have repented will not be too scared (fear of reprisals) to expose those who are still indulging in corruption as they have been given amnesty.

    4. To avoid another Teoh Beng Hock, all interrogations by MACC must be recorded on video and kept by both parties in case of disputes later.

    But then the BIG question is :

    Will the UMNO/BN govt implement it for the sake of transparency and intergrity?

    If the answer is a big NO, then we have to change the govt. There is nothing wrong in changing the govt in a democracy.

    And if the new govt do not walk the talk as well, then we can throw them out too, and bring back UMNO/BN. This way, who ever comes to power will always be on their toes and the rakyat and country will benefit.

    Have a nice day, bro.

    ReplyDelete
  7. Aspan...UMNO leader are truly pests. i hope they will be put aside in the general election. Ada UMNO pun terpaksa memekakan telinga dan membisukan mulut. They are not fir to lead us any longer bro. Think of our future.

    jamadil

    ReplyDelete
  8. Bro Aspan,

    1. Adalah satu perkara yang ironis dan asking too much mengharapkan pemimpin-pemimpin utama UMNO(Baru) membersihkan UMNO(Baru) kerana mereka yang menjadi pemimpin hari ini pula yang mendapat manafaat dari sistemperampokan yang diasaskan oleh TDM.

    2.Sowhere does this leave us to? Jika kepaala buat pekak kerana kenyang dengan sistem yang ada, maka tanggungjawab ini terletak kepada ahli-ahli UMNO(Baru) untuk membuat pembersihan. Gerakan pembersihan kena dibuat dari bawah keatas.

    3. Dengan struktur feudalistic yang ada, masih adakah ahli-ahli UMNO(Baru) yang sanggup untuk melakukan satu revolusi dari bawah untuk memulihkan UMNO(Baru).

    4. Jika kita melihat sejarah perjalanan UMNO(Baru), budaya political patronage setiap peringkat adalah merupakan modus operandi UMNO(Baru) sejak ditubuhkan hinggalah hari ini.

    Pada peringkat awal penubuhannya, habuan untuk mendapat sokongan dari bekas ahli-ahli UMNO lama digunakan kerana pada masa itu ramai bekas ahli UMNO lama yang skeptikal dengan UMNO(Baru). Benefits yang ditaburkan ini pada peringkat awalnya menarik minat a new kind of malays. atleast this what happened in kelantan.

    In kelantan, mereka terpaksa mendaftarkan bekas ahli-ahli UMNO lama tanpa pengetahuan empunya diri untuk mendapatkan ahli-ahli baru. maka setiap bahagian dan cawangan akan ada satu kelompok barua yang kerjanya mengambil upah mengisi borang-borang keahlian baru. saya berkata demikian sebab saya sering berkumpul dengan kumpulan-kumpulan ini semasa mereka mengisi borang.

    5. Sistem patronage yang bermula untuk mengekal dan mendapat sokongan ini kemudian berkembang ketahap yang ada hari ini.

    Dari mana pemimpin-pemimpin mendapatkan sumber kewangan untuk melancarkan perjalanan sistem patronage ini?....dari kontrak-kontrak kerajaan dsb.

    Along the way, pemimpin-pemimpin UMNO(Baru) ini mendapati selain mendapatkan sumber kewangan untuk mengekalkan sokongan kepada parti/pemimpin, mereka juga telah mendapati begitu senang untuk mendapatkan sumber kewangan untuk kepentingan diri sendiri. The rest semuanya kita semua dah tahu.

    in the 90s, semua pemimpin-pemimpin UMNO(baru) besar dan kecil segitu ghairah turun naik putrajaya untuk melobi mendapatkan habuan-habuan kontrak ini. But this time, its more to enrich themselves.

    So what there to reform? Memang dah dari mula start macam tu!

    6. Then there also some ex UMNO lama members yang joined UMNO(Baru) kerana menerima realiti bahawa there was no way UMNO lama akan dihidupkan lagi but hoped to continue the struggle of UMNO lama dalam UMNO(Baru). people like allahyarham Tun abdul Ghaffar Baba, bro aspan dll. But they belongs to a minority group dalam UMNO(Baru). Mereka terpinggir dari arus perdana kepimpinan.

    saya menghormati perjuangan mereka. Namun realitinya, mereka tidak berupaya menongkah arus yang begitu deras mengikut rentak majoriti.

    Syabas diucapkan atas usaha gigih dan tidak pernah putus harapan mereka memperjuangan kenyakinan mereka. May be perjuangan mereka ini akan dirakamkan oleh sejarah sebagai satu footnote sejarah UMNO(baru).

    bat8

    ReplyDelete
  9. Trend UMNO sekarang ialah menunjukkan UMNO begitu taat dan sayang dengan Raja2 Melayu sebagai benteng kekuatan perjuangan UMNO. Dulu kalau boleh Raja2 Melayu pun nak dibuang... Pindaan Perlembagaan masa TDM dulu menghina Raja2 lekat dalam ingatan saya. inilah "Hanyutisma" yang diamalkan oleh UMNO. Macam mana org melayu nak yakin dengan Kepimpinan UMNO yang sentiasa berubah mengikut selera Pemimpinnya bukan mengikut Prinsip Raja Berpelembagaan.... eeeeeee jijik betul aku bila tengok tokoh2 umno bila bercakap tentang isu ni..

    ReplyDelete