Kes rasuah yang melibatkan Tun Ling Liong Sik ini adalah kes yang sangat penting diikuti oleh semua rakyat berbilang kaum dalam negara ini. Kes ini akan memerikan dua badai; samada untuk benar-benar sebagai tindakkan jujur untuk membeteras rasuah atau permainan politik pihak tertentu untuk meletakkan kesemua kesalahan kepada Tun Ling Liong Sik (LLS) seorang.
Apabila segala-galanya telah diselesaikan oleh Mahkamah maka semua akan tahu apa sebenarnya yang terselindung dari rakyat selama ini. Kes TLLS ini akan pasti diikuti dengan terperinci oleh rakyat dan juga masyarakat antarabangsa. Kes ini sangat penting kerana ianya akan melibat pandangan masyarakat tempatan dan antarabangsa bahawa ketidak jujuran kepimpinannya akhirnya akan diketahui umum juga akhirnya.
Apabila sudah dapat dinilai oleh orang ramai maka barulah rakyat tahu apa yang diperkatakan oleh pihak yang mengkritik pimpinan dahulu banyak benarnya dari yang kurang benar. Isu rasuah memang isu yang terlalu hebat dipersoalkan rakyat selama ini dan sekarang isu ini sudah menghampiri keadaan yang segala-galanya akan terbongkar dengan sendirinya.
‘Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru’. Sekuat mana pun usaha untuk melindunginya dari pengetahuan rakyat, ia akan tetap akan terbongkar akhirnya. TLLS telah berkata diluar Mahkamah semalam, “jika Mahathir kata saya bersalah maka bersalahlah saya”.
TLLS walau bagaimana pun mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada bekas PM kita itu, Dr Mahathir kerana bersetuju untuk menjadi saksi kepada perbicaraan ini. Dr Mahathir setkat ini tidak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan peribadinya terhadap isu perbicaraan TLLS ini.
Jumlah wang yang terlibat dalam pembelian tanah ini merupakan kes yang sudah pasti melibatkan ramai yang lain dari TLLS. Ianya melibatkan keseluruhan ahli-ahli Jemaah Kabinet Negara. Apa yang pasti ianya merupakan tindakkan yang tidak ada kejujuran dari individu-individu yang terlibat.
Dari segi moral demokrasinya, semua ahli Jemaah Kabinet mesti ‘accountable’ terhadap kes ini kerana ianya adalah keputusan kabinet. Ramai diantara Jemaah Menteri semasa itu masih berada didalam kabinet sekarang ini dan jika kes sebegini berlaku dinegara maju kesemua ahli Jemaah Menteri itu akan meletakkan jawatan.
Semasa TLLS berhadapan dengan PAC beliau telah memberitahu PAC bahawa yang melakukan pemantauan keatas penilaian tanah tersebut diketuai oleh PM sendiri, iaitu Dr Mahathir.
Mengikut kata Zaharah Shaari, Ketua Setiausaha Kementerian pengangkutan semasa itu, TLLS sedar bahawa jika pembelian tanah itu didasarkan kepada ‘Land Acquisition Act 1960, sebanyak RM600 juta wang rakyat boleh diselamatkan.
Zaharah memberi tahu yang TLLS sudah berbincang dengan Dr Mahathir tentang isu harga tanah ini. Disini sudah nyata bahawa apa yang dikatakan oleh TLLS itu merupakan indikasi yang dalam kes ini bukan beliau seorang bertanggunjawab tetapi ramai lagi yang patut dipersalahkan.
Sekarang TLLS memohon kepada Mahkamah untuk bertindak untuk membuat ‘declassification’ terhadap semua minit-minit mesyuarat kabinet dan ‘post Cabinet’ yang berkaitan dengan isu PKFZ ini. TLLS menuntut supaya semua minit-minit in di’ declassify’ bagi mempertankan dirinya dari pertuduhan ini diMahkamah.
Melakukan pertuduhan kepada seorang pemimpin besar seperti TLLS ini merupakan satu tindakkan yang sangat besar risikonya walau pun ramai orang termasuk diri saya ingin melihat apa sebenarnya yang berlaku sehinggakan berbillion ringgit wang oenat jerih rakyat disonglap begitu sahaja. TLLS adalah seorang ‘TUN” dan tentunya beliau merasa terkilan kerana dibawa keMahkamah kerana kesalahan ramai yang lain.
Jika beliau membawa ramai yang lain bersamanya untuk terlibat dalam kes ini pun, tidak ada siapa yang boleh menyalahkan TLLS. Dengan kata-kata beliau semalam jelas menunjukkan kepada kita yang beliau telah dijadikan kambing hitam dalam isu ini.
Dalam kes TLLS ini telah membuktikan apa yang blog ini pernah menulis; jika memerintah, ikut aturan yang ada. Kita tidak boleh mengambil keputusan peribadi semata-mata kerana kepentingan peribadi yang berkehendakkan kekayaan yang terlalu berlebihan. Kerajaan kita tidak boleh ditadbir mengikut nafsu sendiri, Negara ada peraturan dan amatlah menjijikkan jika pemimpin mentadbir negara seperti mentadbir persatuan sepak takraw.
Pertuduhan telah dibuat dan dari sekarang ianya telah terdaftar diMahkamah. Hanya kita dibawah-bawah ini mahukan pengadilan dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab. Jika ramai lagi yang terlibat, adalah lebih adil jika kesemua yang terlibat diadili oleh Mahkamah yang bebas dari tekanan politik dan eksekutif.
Jika LLS seorang yang bertangjawab biarlah beliau seorang yang mendapat penghakiman, tetapi jika ramai lagi yang melanggar undang-undang didalam isu ini kesemuanya wajib menghadapi apa yang sepatutnya mereka hadapi.
Kata orang tua-tua, ‘limau jangan masam sebelah’ kerana jika ‘limau masam sebelah’ ianya adalah satu tindakkan yang tidak adil. Kesemua yang terlibat mesti dihakimkan kerana jika tidak dihakimkan rakyat lagilah yang menanggung derita permainan rasuah yang hina ini.
Kepada LLS saya memohon supaya beliau menghadapinya dengan sabar dan tenang. Ini melibatkan wang rakyat dan jadikanlah pengalaman ini sebagai pelajaran yang wang rakyat itu adalah wang rakyat. Jangan kita persendakan rakyat sampai kesebigini jauh. Rakyat pun ramai yang sudah pergi sekolah yang tinggi-tingi; tidak seperti saya yang hanya bersekolah atap.
Mari kita ingatkan kita sesama kita; rasuah itu adalah musuh kepada ummah dan ianya sangat merbahaya kepada keamanan dunia. Ianya lebih bahaya dari penagihan dadah. Jika sudah merasa wang rasuah yang besar seseorang itu tidak akan dapat berhenti dari melakukanya berterusan. Ketagih rasuah lebih buruk akibatnya. Ianya tidak ada kesudahannya.
Semua pihak mesti memerangi rasuah ini seperti kita memerangi pengaruh zionis sebagaimana yang disebaut-sebut oleh pemimpin-pemimpin parti politik kita. Kalau kita hendak menjadikan ‘equation’ dengan bahaya zionis, pengaruh rasuah adalah lebih merbahaya dari pengaruh zionis itu kepada negara kita.
Tidak ada amalan yang lebih buruk dari rasuah. Agama kita pulak mengingatkan kita yang memakan rasuah itu seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Itu yang saya diajar. Tak tahu pulak kalau ada yang boleh menyanggah pendapat ini.
Itulah akibatnya kalau PM yang tidak jujur. Mahathir memang pandai menyorokkan tangannya yang kotor. Orang lain jadi mangsanya.
ReplyDeletekenapa salahkan mahathir...
ReplyDeletekalau mu beranggapan mahathir pun salah.. patut mu pun salahkan nik ajiz jugak bila exconya buat salah...
Sebab itu saya dari dulu lagi menyatakan seorang pemerintah term dia paling maksima 10 tahun. Kalau lebih dari itu tendency dia untuk menyeleweng amatlah tinggi melainkan orang yang benar benar bertaqwa.
ReplyDeleteMoga rakyat diselamatkan dari kecelakaan pemimpin sebegini.
Haron
Asalam saudara aspan, Pihak mahkamah akan menentukan keputusan muktamat, semantara rakyat akan menjadi permahati yg penuh minat. Sudah tentu pemerhatian rakyat akan tertumpu kpd bagai mana kes di kandalikan. Jgn macam yg lepas2 nampak tak ada ketelusan. Yang pasti rakyat kurang yakin dgn sistem pengadilan kita di bawah pemerintahan kini. Pak aspan biasa bila mana keadaan yg memaksa atau terpaksa, inilah mereka yg menpunyai kuasa akan menyalah guna kuasa. Menteri dalam negeri pak hishamudin, nak tengok dunia cyber, kalau ada hasutan, akan di ambil tindakan, sampai bila kita nak selesaikan, dan adili kes ini. Yg biasa kerajaan bn akan ambil tindakan yg double standara, itu yg lazim di buat umno dan bn. tq
ReplyDeleteSebagai parti yang dominan dalam sistem politik Malaysia, Umno merupakan sebuah rejim konservatif. Tetapi konservatif yang dimaksudkan di sini bukanlah dalam ertikata yang longgar dan pejorative seperti kuno atau terkebelakang. Jepun melalui Parti Liberal Demokratik memimpin sebuah negara yang paling maju di dunia tetapi rejimnya dianggap sebagai rejim konservatif yang mempraktikkan ideologi konservatisme.
ReplyDeleteIa juga ditandakan melalui kedudukan mereka yang berada dalam spektrum kanan dan dengan itu cenderung mempertahankan sistem yang sedia ada. Parti Komunis Soviet Union, Parti Kuomintang di Taiwan dan Parti Komunis China merupakan beberapa lagi contoh rejim konservatif yang dominan dalam hubungan ini.
Seperti juga situasi pada era Abdullah, suara-suara neokonservatif berada di pihak minoriti. Mereka ini termasuklah individu seperti Nazri Aziz, Khairy dan Shahrir Samad yang memaparkan satu bentuk penyimpangan dari mod perdana Umno dan sedaya upaya menyokong orde neokonservatif.
Dalam hubungan ini, antara strategi yang boleh dipertimbangkan Datuk Seri Najib Razak ialah membawa semula Datuk Shahrir Samad ke dalam kabinet dan melantik Khairy sebagai menteri atau timbalan menteri. Individu-individu seperti Shahrir, Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Nazri Aziz dan Saifuddin secara relatifnya merupakan suara-suara terbuka, menjunjung amalan politik baru, tidak bersikap perkauman dan konsisten menyuarakan pandangan bukan konvensional. Mereka merupakan individu yang tidak lagi mendukung era kehomogenan pendapat.
Abdullah bukanlah Mikhail Gorbachev seperti yang banyak diperkatakan tetapi lebih menyerupai Nikita Khruschev yang cuba melaksanakan de-Stalinisation. Walaupun pada awalnya beliau seakan-akan berjaya melakukan perkara tersebut, reformasi yang dilakukan Khruschev telah menjejaskan keseimbangan parti dan apparatus negara dan seterusnya mendatangkan libasan dari konservatif tradisional. Beliau akhirnya terkeluar dari koridor kekuasaan melalui tindakan partinya sendiri. Tiga puluh tahun selepasnya, legasi Khruschev diteruskan oleh Gorbachev yang mengambil inspirasi dari apa yang dilakukan Khruschev dalam memperjuangkan gagasan glasnost dan perestroika.
Najib kini mendukung sebahagian besar dari legasi Abdullah walaupun dengan penyesuaian tertentu. Sebagai seorang neokonservatif, Najib pastinya tidak mahu menjadi Gorbachev tetapi menjadi bekas Presiden Taiwan, Lee Teng-Hui ataupun bekas Perdana Menteri Jepun, Junichiro Koizumi yang berjaya membuktikan kejayaan reformasi aliran neokonservatif. Namun usaha ini pastinya sesuatu yang kekal menjadi persoalan khususnya dalam cabaran untuk mengimbangi suara konservatif tradisional Umno yang dicerminkan Mahathir atau juga suara ultra-konservatif seperti Datuk Ibrahim Ali.
* Muhamad Takiyuddin Ismail merupakan pensyarah di Jabatan Sains Politik UKM. Beliau sedang menyiapkan tesis PHD “Abdullah Ahmad Badawi: Legasi Neokonservatif” di USM.
Aspan,
ReplyDeleteJelas sikap anda yang selective di dalam milih fakta.
Anda inginkan jalan cerita mengikut yang ada di kotak fikiran anda.
Anda nampak jelas gembira.
Belum tentu lagi dunia ini seluas tempurung kita.
"Agama kita pulak mengingatkan kita yang memakan rasuah itu seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Itu yang saya diajar."
ReplyDeleteaku harap kickdefella boleh kasi ayat kau kat nik aziz atau pun kat anwar.
"Agama kita pulak mengingatkan kita yang memakan rasuah itu seperti kita memakan daging saudara kita sendiri. Itu yang saya diajar."
ReplyDeleteehh.. bukan ke "mengumpat" seperti makan daging saudara kita sendiri?
anon 16.09 dan anon 16.10,
ReplyDeleteKenapa bersikap defensive? kalau Aspan kata kita tidak baik kamu semua jawab, "orang lain pun jahat kenapa tak marah/"
kenapa kau nak ikut perkara tidak baik orang lain. Kita sesdang cuba mengingatkan kita dan tak kisah orang lain buat apa. hal mereka bukan hal kita. Yang penting kita betulkan kesalahan kita.
Nampak sangat kamu tidak dapat menjawab persoalan penting. Nampak sangat kau mengaku yang kita salah.
Itulah yang menyebabkan kita telungkup.
Tak habis-habis nak libatkan Nik Aziz dengan rasuah. Tercari-cari, terbelik-belik seperti orang mencari kutu.
ReplyDeleteSedangkan rasuah BN yang melibatkan ratusan billion cuba nak disorokkan.
UMNO UMNO. Satu kes PKFZ satu sahaja melibatkan 12 billion ringgit.
Binagi betul!!!!
rahmat mustafa
saudara aspan,
ReplyDeleteBila kita nak tukar nama dari 'Malaysia ' ke '1 Malaysia'
ataupun dah tukar unofficially ????
South Korean FM offers to resign over nepotism charge
ReplyDeletehttp://www.bbc.co.uk/news/world-asia-pacific-11186649
Kalau semua org Malaysia beretika macam ni bukan ke selamat Malaysia. Ini tidak penyangak macam ni yang paling banyak kat Malaysia termasuk Mahathir.
Salam Pak Aspan,
ReplyDeleteAkibat rasuah dan extra cost yang BN/UMNO dah buat, sekarang rakyat tanggung beban kenaikan kos sarahidup yang tinggi.
Apalagi yang nak kita gaduhkan pasal pemimpin BN/UMNO. Mereka harus diajar untuk hormati duit dan hak rakyat.
Biar rakyat (dengan izin Allah) mengadili mereka kelak.
Tukar sajalah.
Bro Aspan,
ReplyDelete1. Dalam isu PKFZ ini kita dapat melihat contoh yang jelas bagaimana konsep " bastardized NEP "at work. Dalam kes ini kita lihat kroni melayu dan kroni cina berpakat untuk rompak RM 12 Billions!
Inilah mother of all setakat ini. dulu-dulu depa songlap dalam juta-juta je. kemudian maju setapak dengan nilai puluhan juta, kemudian ratusan juta. Sekarang jumlah menjadi berbillion pulak?
2. Judging from comments by anon 13:36:00 GMT+08:00, anon 16:08:00 GMT+08:00, anon 16:09:00 GMT+08:00, anon 16:10:00 GMT+08:00 pun termasuk geng yang nak songlap RM 12 billion tu jugak kot....patut le sengal semacam je!
3. On serious note, apa yang kita lihat sekarang, there is no way pemimpin-pemimpin utama UMNO(baru) akan melakukan reformasi yang amat diperlukan oleh UMNO(Baru).
Melihat comments anons diatas, nampaknya harapan kepada ahli-ahli UMNO(Baru) pun tinggal harapan mat jenin sahajalah. Apa yang boleh kita harap dengan ahli-ahli yang mempunyai kualiti seperti ini.
kalau itulah mentaliti ahli-ahli UMNO(baru) yang ada hari ini - jangan terkejut masa depan kita orang melayu akan gelap dan hancus seperti nasib red indian di amerika!
bat8
I do see namewee kutuk the chinese new year song and the chinaman tradition.... the rest of the chinese dont bother about him or just pass it off as a joke or unwanted song...so why umno malays so sensitive and wanna AMOK ??
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=4bjjUm593v4&feature=related
be cool...
be like Jay Leno and David Letterman...
"Mahathir memang pandai menyorokkan tangannya yang kotor"
ReplyDeleteMahathir tidak benarkan anak Menterinya bersuara tetapi menggunakan Ibrahim Perkasa untuk mencetuskan kerusuhan. Ibrahim, jaga-jaga, jangan kelak minta sedekah macam LLS.
Salam....
ReplyDeleteJangan pening-pening... pilihan raya nie kita buat perubahan.... tak payah undi pemimpin-pemimpin BN yang penuh korupsi.... bak kata pepatah moden ... bangkai semut boleh tutup dengan jari ...bangkai T-rex boleh tutup dengan tangan ke?....
Bergandingan tangan untuk perubahan dan masa hadapan yang lebih baik.... kita semua rakyat Malaysia..
'SAY NO TO CORRUPTION AND RACISM'
'Kuli Batak'
bat8,
ReplyDeleteApa yang sdr katakan itulah yang benar. banyak yang mahu perubahan tetapi mereka tidak mahu melakukan apa-apa yang patut dilakukan untuk perubahan itu.
Orang yang mengetuai kumpulan yang merosakkan negara mana mungkin boleh melakukan pembersihan. Bagaimana orang yang 'penagih rsuah' bisa melakukan pembersihan.
Ada diantara kita yang mahukan perubahan tetapi tidak mahukan perubahan kepada barisan yang memimpin kita.
Sasmpai bila-bila pun perubahan dan transformasi yang diretorikkan itu tidak akan tercapai.
Ketagih rasuah ini tidak akan dapat dibuang dengan senang. Sedangkan ketagih rokok pun susah hendak kita tinggalkan, masakan ketagih rasuah ini boleh ditinggalkan begitu sahaja.
Walaupun saya berharap sangat rasuah dihapuskan, tetapi naluri saya tetap mengatakan bahawa rasuah tidak akan dapat dihapuskan oleh pimpinan yang ada pada hari ini.
Oleh kerana pimpinan negara adalah dari pimpinan UMNO maka UMNO mahu tidak mahu terpaksa menghadapi masalah keyakinan dari rakyat. Ini lah yang menyeksakan perasaan ramai Melayu terutamanya.
Kalau kita kritik, kita pula yang dituduh tidak sayangkan UMNO, tetapi pemimpin UMNO tidak melakukan usaha-usaha yang disayangi oleh rakyat khususnya orang Melayu.
Mereka mahukan kita menyokong UMNO habis-habisan walaupun mereka adalah kumpulan yang gagal membawa kebaikkan seperti pemimpin UMNO dahulu kala.
Kita terima sahaja apa yang akan berlaku. Itu kehendak mereka, bukan kehendak kita.
Kalau UMNO jatuh itu kehendak mereka sendiri dan tidak ada kena mengena denga lita bat8.
Sekarang sudah sampai peringkat, 'lahaulawala'. Hanya yang Maha Esa akan menentukannya.
Jika ditakdirkan UMNO jatuh saya berharap mereka tidak akan menyalahkan kita, kerana mereka yang menempah maut untuk parti kita ini.
bat8, buat sehari dua ini marilah kita merayakan Syawal yang mubarak ini sambil bersalaman dan bermaafan diantara kita sesama kita. Semoga kita semua berada didalam sepenuh keredhoanNya selalu.
SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri.
Hapuskan semua Perasuah in the next GE!!!
ReplyDeleteWoi Shanker. Apa lu cakap nak tukar nama to 1Malaysia.
ReplyDeleteYou dah ketinggalan zaman lor.
Ada yang dah cadangkan nama Chinasia.
Tak suka ke???
Oh My God - They Are Still In Denial
ReplyDeleteQuiet Despair,
ReplyDeleteAku mana nak tukar nama msia... tapi aku tengok mana2 tempat cakap 1 malaysia... salam 1msia, ketupat 1msia, nasi lemak terbesar hulu selangor 1 msia (oleh IBU kesayangan UMNO rosmah), batik 1 msia, pakaian merdeka 1msia dipilih najib, billboard 1msia,
semua benda yang dulu panggil malaysia, sekarang jadi brand baru , 1Malaysia..... so najib memang dah tukar nama malaysia ini secara tak langsung... pukul 8pm, RTM akan kata salam 1malaysia.
so awak tidur lah dengan 1malaysia.
KLIA pun dah ada iklan 1Malaysia. Nanti pelancong pun ingat nama negara ini 1Malaysia... hahahahahah
bengap betul UMNO ini. Mana itu Apa Nama....Mahathir... bukan... itu ISLAM HADHARI ???? Mana perginya slogan ini. Bak kata pepatah orang PAS, ISLAM HADHARI ini adalah ada Had ada Hari nya.....
Lepas Najib turun, ada lagi ker 1 malaysia....nanti rugi pulak kawan ISRAEL kamu dalam APCO..... Melayu umno kan suka ISRAEL.
sebab apa, adakah CIA, Israel dan Singapura ugut nejib dan rosmah berkenaan bukti2 rasuah kapal selam, gambar dgn altantuya di singapura dan di Paris ?? CIA dan MOSSAD memang pandai tangkap orang dgn cara ini dan jadikan pemimpin negara lain sebagai BONEKA.
UMNO nampak gayanya dah jadi BONEKA singapura, amerika dan ISRAEL. Senang jer bagi balik tanah KTMB ke Spore. Nasib baik lah Lee Kuan Yew dan Lee Hsien Long bukan kaki perempuan macam Najib ni. Kalau tak mereka pun jadi boneka pada orang luar....
Boleh Faham, si Bendul ????
what do you think of this scandal by Najib involving China company, CHEC asking komisyen 200million for Najib family, as well as rosmah in 1.1 billion ringgit mark up for ktmb EMU trains contract (which value KTM says only at 300million not 1.4 billion)
ReplyDeletehttp://malaysia-today.net/mtcolumns/34319-how-playing-golf-with-the-prime-minister-can-earn-you-billions
Salam Saudara Aspan
ReplyDeleteTDM tak tahu menahu apa yang berlaku dalam mana-mana projek dimana ramai dapat/yang mengaut habuan?
A: siapa yang mampu beri arahan tugas-tugas khas bagi ACA, AG, etc mempedamkan bukti/rekod yang mungkin menginkriminasikan pihak tertentu?
B: siapa yang mampu beri arahan untuk bukti-bukti diserahkan untuk simpinannya untuk dipergunakan sebagai kuasa/alat untuk kontrol mana-mana sipelaku belakang hari?
saudara aspan,
ReplyDeletesaya baru tgk berita (propaganda) TV3, kenapa Musa Hassan macam nak nangis jer hilang jawatan ???
Dia tuduh pulak Kementerian Dalam negeri kacau urusan polis...
Bukan kah PDRM dibawah KDN.... Dia complain ada orang KDN bypass bagi arahan tanpa pengetahuan IGP ....
Kenapa berlaku, saya rasa KDN pun tahu Musang ini tidak boleh dipercayai, lagi teruk dari pemimpin UMNO....
schenker78,
ReplyDeletePandangan saya mudah sahaja. Itulah hasilnya apabila pembuat dasar tidak dihormati oleh pelaksana (Polis-Musa Hasan) dan Musa pula tidak mahu melaksanakan tugas dengan jujur.
Musa mungkin sudah biasa melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
Selama ini banyak cerita yang tidak kita perkenan sangat dengan Musa ini dan juga kementerian yang tidak berlaku baik terhadap pelaksana.
Jadi kedua-duanya itu tidak betul. Kata orang kampong saya; seorang panjat tiang deorang panjat bendul.
Kita tengok pulak selepas ini samada ada tindakkan terhadap Attorney General.
Attorney General patu berada didalam kabinet supaya dapat dijaga oleh jemaah kabinet.
Dia ini pun banyak cerita yang bukan-bukan. Itu sebabnya tahap keyakinan terhadap badan perundangan tidak boleh meningkat.