UMNO/BN akhirnya mengambil ketetapan bahawa mereka tidak mahu berkompromi dengan lagak laku PERKASA dalam politik negara kita. Ramai pemimpin UMNO telah membuat kenyataan selari dengan pemimpin BN yang lain dan nampaknya mereka sudah hilang segala kesabaran menghadapi tekanan PERKASA.
Mereka anggap PERKASA telah memerosotkan sokongan rakyat berbilang kaum terhadap coalition parti-parti yang memerintah. Selagi BN tidak mengambil sikap berpisah secara formal terhadap NGO politik Melayu ini selagi itulah UMNO khususnya dan BN amnya akan terjejas dalam menghadapi rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Dalam hari-hari terakhir ini ramai pemimpin UMNO telah menyelar Ibrahim Ali secara terbuka. Tengku Adnan Mansor, Setiausaha Agung UMNO yang nampaknya sebagai suara yang mewakili BN terang-terang menyatakan bahawa Ibrahim Ali akan menghadapi calon UMNO selain daripada calon PAS di Pasir Mas.
Kerusi yang sekarang diduduki oleh Ibrahim setelah memenangi kerusi tersebut hasil daripada understanding dengan PAS dalam pilihanraya yang lalu. Sekarang Ibrahim Ali sudah meninggalkan rakan yang memberikan beliau tempat di Parlimen dengan banyak alasan yang hanya beliau sendiri yang tahu.
Khairy Jamaluddin dan Nazri Aziz merupakan antara pemimpin UMNO yang merasakan kepahitan dengan wujudnya PERKASA yang dianggap mereka sebagai tempat dan ‘syurga’ bagi mereka-mereka yang kecewa dalam politik.
MCA terutamanya pemimpin utama mereka Chua Soi Lek dan Ketua Pemudanya dari awal telah menyelar Ibrahim dan PERKASA dan meminta UMNO mengambil sikap yang betul terhadap kehaziran PERKASA dalam politik tanah air.
Tindakkan ‘ultra’ Melayu PERKASA merupakan elemen yang amat merbahaya bagi BN kerana ianya telah jelas menjauhkan orang bukan Melayu dari memberikan sokongan kepada BN selagi BN tidak menunjukkan sikap penentangan terhadap PERKASA.
Hanya Dr Mahathir yang merupakan penaung kepada pertubuhan PERKASA yang mempertahankan NGO itu kerana Dr Mahathir beranggapan yang UMNO telah gagal membawa penyatuan kepada ahli-ahli UMNO dan kebanyakkan ahli-ahli PERKASA itu adalah terdiri dari Ahli-ahli UMNO yang tidak berpuas hati terhadap parti itu.
Pemimpin pembangkang juga memberikan komen-komen tentang isu perbalahan diantara BN dan PERKASA dan perselisihan faham diantara Melayu PERKASA dan Melayu UMNO. PKR mempersoalkan kenapa Dr Mahathir memberikan sokongan kepada PERKASA sedangkan UMNO menengahnya.
Difahamkan Najib telah membisikkan kepada pemimpin-pemimpin UMNO dan BN supaya menjauhkan diri mereka dari PERKASA kerana PERKASA telah jelas merosotkan sokongan orang Melayu kepada UMNO dan memberikan masalah kepada BN keseluruhannya. Khairy terpaksa menyelitkan dirinya dibawah ketiak Wee Ka Siong untuk dilihat relevan sebagai pemimpin BN dan bukannya pemimpin Pemuda kepada UMNO.
Yang lebih menjadi tanda tanya kenapa Muhyiddin senyap sepi dan ramami telah menganggap beliau sedang menunggu giliran untu menjadi PM jika Najib ter[paksa menuruti tekanan kuat dari beberapa pihak yang mahukan beliau meletakkan jawatan.
Dalam hal ini jangan dipersalahakan kepada Najib seorang kerana segala-galanya adalah kesilapan bersama. Mereka bersama-sama berada didalam kabinet dan Majlis Tertinggi Parti dan keputusan yang diambil mestilah dianggap sebagai keputusan bersama dan semuanya mesti ‘accountable’ terhadap apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh parti dan kerajaan.
Jika Najib terpaksa pergi seluruh kepimpinan yang diatas itu waib pergi kerana segala keputusan parti diputuskan oleh semua yang ada didalam MT itu dan selutuh anggota kabinet.
Selagi tanggungjawab tidak terlaksana ‘collective’ selagi itulah BN dan UMNO akan hilang pengaruh sedikit demi sedikit dan akhirnya akan hanya menjadi bahan bacaan para sejarawan yang akan datang seperti ramai yang membaca sejarah kewujuddan UMNO sehinggalah parti itu dibiarkan mati oleh Dr Mahathir dahulu.
Soi Lek mengakui bahawa orang-orang Cina telah memilih untuk memberikan sokongan kepada DAP salah sebuah rakan kongsi Pakatan Rakyat. MCA dan GERAKKN hanya mampu untuk meraih sebanyak 20 peratus sokongan orang Cina sekarang ini. Soi Lek menyalahkan PERKASA kerana kemerosotan sokong orang Cina terhadap BN sedangka PERKASA hanya wujud selepas MCA sudah hilang sokongan pada pilihanraya yang lalu.
Salah menyalahkan diantara parti-parti komponen serta PERKASA menyebabkan BN dan Melayu tidak menyokong UMNO seperti yang pernah mereka lakukan dahulu. Lain pulak keadaannya dengan bangsa India. Perpecahan dalam MIC yang begitu teruk telah menambah wakil India dialam Parlimn dan DUN-DUN dibeberapa buah negeri.
Kaum India ada wakilnya dalam banyak parti seperti MIC, PKR, DAP, PPP dan sebagainya. India berpecah tetapi wakilnya didalam Parlimen bertambah, maka orang Melayu merasakan untuk cenderung menyokong PAS dan PKR kerana mereka boleh menam,bah perwakilan Melayu didewan –dewan Lagislatif negara.
DAP juga boleh mengambil kesempatan untuk menurunkan beberapa muka dari kaum Melayu dalam pilihanraya yang akan datang. Jika ini terjadi Melayu juga mampu untuk menambah wakil mereka diParlimen jika mereka merasakan yang UMNO sudah tidak ada moral lagi untuk mewakili Melayu dalam Parlimen.
Bagaimana pula dengan reaksi PERKASA? Bagaimana pula Ibrahim Ali? Bagaimana ahli-ahli PERKASA yang kebanyakkannya adalah ahli-ahli UMNO? Adakah UMNO akan mengambil ahli-ahli PERKASA menjadi calum UMNO jika ada yang layak dan diterima pengundi? Atau adakah PERKASA akan meletakkan calun sebagai calun bebas dan mampukah untuk memenangi sesdikir kwerusi?
Bagaimana pula jika IbrahimAli bertindak bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas diatas tiket bebas bersama UMNO dan PAS? Jika PERKASA benar-benar disisihkan oleh UMNO bagaimana pula prestasi UMNO dalam pilihanraya nanti jika PERKASA meletakkan calun sendiri?
Jika PERKASA meletakkan calunnya bagaimana pula pendirian Dr Mahathir? Adakah Mahathir akan menyokong calun PERKASA dan kita mesti ingat yang Mahathir berkemampuan untuk keluar parti jika kehendaknya tidak ditunaikan.
Dr Mahathir tidak boleh menafikan yang beliau mahukan Muhyiddin untuk menjadi PM dan mampukah Muhyiddin menaikki tangga menjadi PM jika Najib ditolak oleh rakyat.
Wajar kita kupas dalam sehari dua lagi.
Sekejap kau sokong Perkasa, sekejap kau kata tak betul.
ReplyDeleteSekejap kau puji Zaid Ibrahim, sekejap kau prihatin pasal UMNO.
Sekejap kau puji Pakatan,
sekejap kau mahu UMNO berubah. Tapi balik pesyen lama masa zaman kamu.
Pasti kamu ada alasan perincian untuk memberi justifikasi kepada pendirian kau tidak gambaran besar yang sentiasa berubah2.
Pastinya kamu hanya taat dan setia kepada kuda tua Ku Li sehingga ketaksuban kamu kepadanya mengaburi realiti.
Apa sekali sebabnya, samada kamu atau lain yang betul sudah tidak penting lagi, jelasnya kamu masih mentangisi kekalahan Ku Li selama lebih 20 tahun menuju 30 tahun.
Kamu mungkin ada isu terhadap Dr Mahathir tetapi jika tidak henti-henti selama 20 menuju 30 tahun, itu sudah berdendam namanya.
Sebab kekalahan itu, kamu tidak henti merajuk dengan menembak jemaah yang kamu kembali. Di mana kesetiaan kamu?
Kalau UMNO sudah tidak betul atau lebih tepat tidak sesempura yang diimpikan Ku Li, kenapa kamu kembali kepadanya?
Sepatutnya kamu menggunakan pengalaman dan keupayaan kamu memperbaiki dan menyumbang. Menyumnbang tak mahu tapi tuba yang kamu beri.
In the bigger analysis, you are sore loser in a current state of confusion and sentimental of the past.
You want to return to the time of your youth and likely the prosperity you enjoyed during Ku Li's ministership.
There is nothing worthy of use in this blog but just you being melancholic. Off course, as someone with the experiance, you have your own interesting angle.
The ship has sailed and it cant return. Decide what ship you wish to sail with instead of putting hole on the one you are on board.
Think carefully, look how Zaid is being damaged by PKR with the same political ammunition UMNO used against Zaid during Hulu Selangor campaign.
The ship you wish to sail with is full of holes. Same like the holes in UMNO.
P/S This comment is unlikely to be published by you. It is too hurtful a criticism, is it?
Saya rasa Melayu masih menanti dan berharap UMNO berhenti menyalahkan pihak lain dan PERTAMA KALI mencermin diri sendiri. Selagi mecari kambing hitam selagi itu Umno tidak akan berubah kerana sikap egoistik yang terlalu tinggi untuk mengaku kesalahan diri.
ReplyDeleteApa yang mereka lakukan hanya menambah sokongan Melayu terhadap Perkasa.
Sebenarnya saya ingin memberikan tajuk UnMalayNincompoopOrganisation tetapi saya tone down kepada UnMalay Nonrelevant Organisation
ReplyDeleteAsalam tuan asfan, Ini hari kedua kita marayakan lebaran aidul fitri. Nampak nya tuan terus menulis tentang politik semasa. Umno Vs Perkasa. Dalam pendapat saya persoalan ini bukan lah pokok tapi sekadar ranting, yg sedikit sebanyak memberi kesan juga. Namun pokok yg telah terlalu tua, semantara tidak di jaga dgn betol maka sudah tentu pokok yg tua itu menjadi reput. Dan ranting akan berguguran. Umno dan perkasa, ia di jadikan oleh blessing org umno juga, kalau tak kan org kuat umno tun, ahli lain bersama dgn ibarhim ali. Perhitungan umno untuk menjadikan perkasa mungkin tersasar sikit dgn harapan org melayu boleh di momok dgn isu ketuanan melayu, generasi muda terbanyak tak boleh terima idia tersebut pun. Zaman telah berubah, idea seumpama itu tak boleh di jual lagi, tak laku.??? Saudara asfan, sendiri tulis umno itu ayam daging, semakin tua semakin tua semakin lemah, sebab daging terlalu banyak, ayam menjadi gemok, akhir tak boleh berjalan lagi, tapi masih bernafas, tapi memerluan org memberi makan , kalau tak kebuluran, persoalan hingga bila ayam itu harus bergantung kepada iksan org? Nak di sebeleh daging dah tak bernilai lagi???? Ok tentang ibrahim ali dan perkasa, ibrahim ali sendiri ada umpama katak yg suka melompat, dari aspek akauntabiliti boleh, sangat di ragukan. Mungkin org2 umno yg kurang bernafas yg ikut ibrahim ali, org pemikiran sempit dgn agenda ketuanan melayu. Hungga sekarang pperkasa menuntut hak org melayu, yg saya tahu belum satupun hak yg hilang??? Yg umum tahu umno yg telah memperkudakan hak org melayu demi untuk kepentingan umno dan org yg di sukai. Maka kini org melayu dah semakin sedar, tidak lagi memberi kepercayaan kpd umno ??? Saudara sendiri pernah menulis umno bn tiu seumpama tahi dan ulat. Itu lah mungkin penyelesaian yg terbaik, namun yg menjadi ulat dalam tahi , siapa nak buang, sangup org umno nak buang??? sebab mereka tergolong kepada yg sama. Hanya ada satu jalan org luar harus berani membuang dan bertekat demi kebesihan semua, dan akan hilang bau2 yg busuk dan ulat pun mati tampa tahi. Wasalam.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya, Tuan.
ReplyDeleteArtikel Tuan memang meliputi tajuk2/nota2 yang yang harus di bincangkan. Tuan memang member UMNO yang adil and berpendapat luas.
Ibrahim ali tu memang otak bengap. Dia tu hanya tau buat kacau bilau di kalangan rakyat. Dia tu patut di kurung di Kamunting dibawah ISA.
Kenapa KDN tak tangkap dia?
orang kampung
undi cina beralih kepada DAP kerana hasil kongsi gelap antara MA,GERAKAN dan MIC.
ReplyDeletekalau BN menang di PP.yg jadi KM cina.tetapi yg memegang terajunya orang melayu.
jadi bila mereka ini berpakat melalui kongsi gelap.undi cina beralih kepada DAP dan PAKATAN maka yg jadi KM menteri tetap cina juga yg memegang tali adalah cina.
inilah hasil dari sabotaj dan perkhianatan 2 parti cina dalam BN.
orang melayu di anggap rakyat kelas 2 seperti di singapura.
UMNO terpaksa berjuang bersendirian dalam PRU13 nanti.
walau di mana sekali pun dalam dunia ini...CINA TETAP CINA....
yang mereka utamakan...bangsa mereka sendiri...
sayang...ramai pemimpin melayu telah dibeli..
lupa sejarah dan lekas memaafi apa yg orang telah lalukan pada kita.
brahim ali ni tunggu masa je. pru 13 nnt lingkup la. dgn perkasa sekali lingkup.
ReplyDeletedia skrg jd ahli parlimen sbb sokongan ahli pas, bukan sbb org nak dia sangat. dulu masa prk permatang pasir, 400+ je undi dia dpt. umno dan pas dua-dua dpt 7000+
Saya tak kisah kalau Cina memerintah asalkan mereka lebih telus, lebih jujur, tidak rasuah dan tidak ada ketirisan, membazir dan menipu daripada saya menyokong Melayu yg kononnya Islam tapi mereka tidak mengamalkan Islam dengan penuh rasuah, menipu, tiris dan pecah amanah.
ReplyDeleteKalau PM pun Cina tapi penuh nilai Islam saya sedia sokong dari Melayu Islam yg jahat.
Saidol
Dr Z,
ReplyDeleteawak ni betul ker doktor atau pun pegang phD alibaba??? Jangan bikin perangai Dr. Chua soi lek di hotel sudah lah....
komen awak sungguh bodoh sekali, aku x mau ulas banyak.
saudara aspan,
umur mudin 63, najib umo 57, rosmah umo 60...mana rosmah najib nak lepas kuasa....terpaksa lah pak mudin lawan.. ada tengok berita tv3 semalam ?? lihat ajer gerak tubuh najib/rosmah dan mudin/bini kt rumah terbuka.
tahun 1995, bila ibrahim ali lwn umno lwn pas, 3 penjuru, ibrahim ali hilang deposit dan dapat UNDI 145 sahaja kalau x silap... so man la brader gila ni nak menang....lagi baik bersara ajer...
kepada kaki bodek mahathir, najib dan Brahim mee kat sini, awak tanya diri sendiri, kenapa 4 negeri pengeluar minyak di msia adalah negeri paling miskin di MSIA?? Padahal kalau di luar negara, kawasan2 ini adalah cukup kaya dan ekonomi kompetetif.
Taib sungguh kaya, tapi orang swak sungguh miskin dan daif, air elektrik pun byk tempat xde. Penan plk dirogol dan hutan mereka dirampas.
RPK wrote....
ReplyDeleteBut don’t let this discourage you from your plan of making Malaysia your retirement home. As the Indonesians say: dalam kesempitan ada kesempatan. This can be translated to mean that there is opportunity in a crisis. The only thing is you should stay away until after the crisis and then go in for easy pickings.
I can still remember what Siew Nim Chee, the one-time economic adviser to Genting, once told me about the 13 May 1969 race riots. Chinese were dumping their assets and investments at fire-sale prices so that they could leave the country, said Nim Chee, and he bought them up very cheaply.
I asked him why he bought up everything when others were selling and he replied that he had been through WWII, which was worse than May 13, and the country bounced back after that. “So what is May 13 compared to WWII?” he said.
So, going by Nim Chee’s ‘philosophy’, the country may go broke and even go through a period of turmoil and civil commotion, but one day it will bounce back. The only thing is you and I may no longer be alive by then but at least our children and grandchildren will be able to see better days again.
I suppose, therefore, our struggle should not be about ourselves. Our days are numbered anyway and we shall, in a decade or so, be buried in the ground. But 20 or 30 years from now when we are no longer around our children and grandchildren will benefit. That should be our aim.
Anyway, Tony, I am rambling, so allow me to stop here and thank you once again for remembering me on this day called Hari Raya. Hari means day and Raya means celebration or festival. Honestly, I do not see what there is to celebrate with the country going to the dogs. Maybe it is just as well I no longer celebrate Hari Raya. It is like having a party during someone’s funeral. Would that not be in bad taste?
And please send my love to everyone at home and I pray we shall meet again one day soon.
Cheers mate.
Pete
"Saya tak kisah kalau Cina memerintah asalkan mereka lebih telus, lebih jujur, tidak rasuah dan tidak ada ketirisan, membazir dan menipu daripada saya menyokong Melayu yg kononnya Islam tapi mereka tidak mengamalkan Islam dengan penuh rasuah, menipu, tiris dan pecah amanah.
ReplyDeleteKalau PM pun Cina tapi penuh nilai Islam saya sedia sokong dari Melayu Islam yg jahat. "
saya setuju dengan saudara Saidol