Perhimpunan Agong UMNO telah bermula semalam. Maka selesailah perhimpunan sayap-sayap parti, Pemuda ,Wanita dan Puteri. Saya mengikuti ucapan ketiga-tiga ketua sayap parti kita dengan agak teliti kali ini kerana ingin melihat jika ada perbezaan yang terdapat dalam perhimpunan tersebut kalau dibandingkan dengan perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu.
Bagi pandangan saya, perhimpunan kali ini tidak ada bezanya jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lalu kerana perhimpunan kali ini tidak ada perwakilan yang dari Perhubungan-perhubungan pemuda negeri yang memberikan cadangan yang bernas untuk menghadapi pilihanraya umum yang bakal tiba. Tidak ada keputusan yang dirumuskan dengan jelas dalam perhimpun ketiga-tiga sayap ini.
Yang dilihat dan didengar hanyalah ucapan berapi-api Ketua Pemuda dan Puteri tetapi apa yang diharapkan oleh orang ramai untuik mendengar ucapan yang memberikan perancangan untuk parti dimasa hadapan tidak kesampaian sehingga akhir persidangan itu semalam.
Kita hanya mendengar isu yang biasa; isu Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan TGNA serta ancaman terhadap Kerajaan PAS Kedah. Setiap perhimpunan seperti ini setiap tahun kita mendengar kutukkan tentang pemimpin pembangkang sehinggakan pemimpin-pemimpin pembangkang menjadi begitu popular dalam perhimpunan agung UMNO.
Perwakilan Kedah telah membidas kepimpinan PAS kedah khususnya terhadap MBnya iaitu Dato Seri Azizan. Perwakilan pemuda Kedah itu tidak pula memberikan cadangan-cadangan yang ‘solid’ bagaimana UMNO boleh kembali berkuasa dinegeri jelapang padi itu. Hanya yang kita semua dengar ialah untuk meminta pucuk pimpinan supaya menggantikan Pengerusi Perhubungannya ,Shafie Apdal dengan pemimpin tempatan Kedah.
Tidak ada terkeluar isu bagaimana pemimpin-pemimpin perhubungan tempatan Kedah yang tidak ada daya tarikkan kepimpinan untuk ditukar. Saya percaya Shafie Apdal lebih senang untuk tidak menjadi Pengerusi Perhubungan Kedah kerana sikap dan perangai pemimpin UMNO yang sudah dianggap ‘spent force’ oleh masyarakat ramai itu masih berkeliaran untuk bermain politik. Mana mugkin pemimpin-pemimpin yang mereka tolak boleh membawa perubahan untuk negeri dan negara?
Perwakilan Kedah itu hanya membuat kutukkan terhadap MB Azizan tetapi tidak memberikan cadangan yang konkrit untuk mengatasi pengaruh PAS dinegeri itu. Pemuda mesti ingat, bahawa pemimpin-pemimpin UMNO diKedah merupadiberikan tugas untuk membetulkan serta membaik pulhi UMNO diKedah maka hasilnya adalah ‘predictable’; tak mungkin berjaya.
Pemuda Kedah seolah-olah tidak mahu menerima yang perubahan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang belum lagi tercemar dan mereka mestilah dari kumpulan yang baru dan masih bersih politik mereka dari sudut pandangan umum.
Begitu jugalah perwakilan Pemuda dan Wanita PulauPinang; tidak terlepas dari membidas Lim Guan Eng. UMNO mesti sedar mereka memilih Guan Eng dan DAP kerana kelemahan pimpinan UMNO itu sendiri. Jadi elok pemimpin UMNO dan sekutunya dalam BN menumpukan kepada usaha pemulihan imej parti sahaja dari memberikan tumpuan dan tenaga untuk memncari kesalahan pihak lawan.
Kalau nak dicari kesalahan kita lebih banyak lagi dari kesalahan pihak lawan; kalau tidak masakan mereka memilih lawan kita untuk mentadbir pulau pinang. DiPulau Pinang UMNO mesti bersikap sebagai parti alternative bukannya bersifat sebagai pembangkang. Jika kita bersikap seperti pembangkang maka sampai bila pun UMNO akan menjadi pembangkang dinegeri itu.
Pulau Pinang juga perlu mencari barisan darah-darah yang baru untuk melakukan perubahan. Jika masih dipimpin oleh pemimpin yang sudah diketepikan rakyat usaha untuk membawa mereka kembali tidak akan menjadi.
Masa dan ruang terlalu sempit untuk memuatkan hujjah-hujjah yang kuat tetapi percayalah kepada formula ini; barisan yang sudah ditolak mempunayi harapan tipis untuk dikembalikan kuasa oleh rakyat. PM Najib jika benar-benar mahu melihat kemenagan, beliau berwajib untuk mencari ‘talent’ yang baru untuk membetulkan apa-kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh pimpinan parti dinegeri-negeri yang dikuasai oleh PR rakyat ini.
UMNO tidak boleh bersikap seperti isteri yang dimadukan. Selalunya isteri yang telah dimadukan akan menyerang madu yang muda tanpa berfikir panjang. Akhirnya sisuami akan menghabiskan banyak masa dengan isteri yang muda kerana tidak tahan leteran isteri yang dimadukan itu.
Setelah dimadukan barulah nak menghias diri serta mula makan herba kacip Fatimah. Tetapi tindakkan isteri tua itu sudah terlambat kerana suami sudah naik jelak dengan leteran yang tidak berhenti-henti. Isteri tua sepatutnya dari dulu tidak melakukan kesilapan dengan tidak mengambil indah tentang keterampilannya. Kalau UMNO yang sudah ditinggalkan itu baru sekarang nak bersolek dan bergincu maka masyarakat keliling akan memandangnya sebagai orang yang sedang ‘buang tebiat’.
UMNO sudah hilang keterampilan yang dahulu. Pagi ini kita akan mendengar ucapan dasar Presiden, DS Najib. Kita sama-sama dengar dan buatlah penilaiannya.
Akan adakah unsur-unsur perubahan yang ‘organic’ dan ‘realitik’ terdapat dalam ucapan beliau pagi ini? Kita berharap Najib tidak akan menekankan ucapannya kepada gaya berucap sahaja, tetapi kepada 'content' yang membawa harapan untuk kebaikkan kita semua.
Sediakan payung sebelum hujan paling sesuai sekali untuk menerangkan keadaan yang telah diterangkan disini.
ReplyDeleteSudah di jangka setiap Perhimpunan Agung UMNO lebih memanparkan rhetoric dari membincang usul2 yang lebih kritikal.
ReplyDeleteBaru saja tenguk akbar the STAR yang memamparkan gambar2 Puteri bersolek, ahli makan, berpeluk2an dan gambaran artis2. Saya harap mereka tidak berbangga dengan gambaran tu kerana lebih mengambaran Melayu malas dan suka bergaya dari berbincang isu penting.
Yang saya belum lagi dengar, pembahasan mengenai:-
Tidak ada yang mempersoal kerajaan kenapa masih lagi kurang melayu yang berjaya mendapt tempat tertinggi di Ivy league university.
Apa perlu buat renovation 64 juta untuk rumah PM.
Kenapa perlu PNB membina 100 tingkat dan berpindah dari bangunan sekarang.
Apa usaha kerajaan untuk membentuk Melayu untuk lebih berjaya dalam ekonomi didalam negara.
Isu 1st Lady.
Beleh dijangka selepas perhimpunan masing2 yang berucap berapi2 tu balik tukar kulit yang asal dengan kehidupan serba kesenangan. Tidak kurangnya lebih kebaratan dari orang barat.
Tuan,
ReplyDeleteBiasanya begitu la, tapi kalau betul betul serius, mungkin ada harapan. tapi, yang tak elok dan basi tu kena ketepikan, bagi ruang pada yang bukan aje nampak macam baik, tapi betul betul boleh membawa kebaikan.
Tapi rasanya macam susah aje. Khairi ada kata, bagi peluang lah pada yang muda, tapi masa dulu tu kalau ambil peluang tak perasan pula.
Dunia politik ini memang haru betul.
Saya masih percaya cara terbaik adalah Sistem 2 parti, kerana ia akan membuatkan setiap yang terbabit membuktikan mereka boleh melaksanakan yang terbaik.
Tapi dik kerana Numeric 1, sekarang tengah hot, Numeric 2 orang tak pandang pun. Saya cadangkan PNB buat design Numeric 1 sebagai asas bangunan baru mereka, paling tidak kita akan ada Numeric 1 tertinggi di dunia.
Mesti orang jealous punye.
A.Alshukor.
Bismillahirahmanirahim.
ReplyDeleteSaudara Aspan,
Kemungkinian besar Khairy Jamaluddin itu agen singapore. Kemungkinan besar ds najib dibawah kuasa mossad singapore.
Jadi apa nak jadi.
Cara satu penyelesaian ialah ahli umno membuat peralihan kuasa secara demokratik dengan menyahkan ds najib dan khairy jamaluddin.
Inipun penyelesaian sementara.
Apa sebab? Sebab nya doa orang umno sudah tidak makbul. Apa sebab? Kebanyakan pemimpinnya telah makan duit rasuah , duit comission, duit putar belit dan sebagainya. Jadi?
Jadi sebuah parti melayu baru yang diterajui olih orang melayu yang betul-betul bersih (dan doanya diterima olih Allah swt) mesti ditubuhkan.
Jika tidak? Jika tidak mampus orang melayu -orang melayu yang bersih dipukul olih demon-demon yang najib bagi masuk melalui apco, oligarch-oligarch ( yakni yang kaya raya ) yang lain, kumpulan yahudi lain, pihak singapore sdsb nya.
Saya dah tengok perkara ini berbulan sebelum mencapai rumusan diatas.
Wallahualam bissawab.
Pendapat Saya.
Asalam saudara aspan,,, Di zaman sebelum najib jadi pm,,, Ramai kawan ajak dengar apa yg ada dalam perhimpunan umno melalui tv,,, kininampak bila di ajak tengok tv , tonton, perhimpunan umno,,,kawan cakap tak payah, buang masa, tak ada perubahan, dia org ashek cakap org lain tak betul ,umno sahaja yg betul, ashek nak kutuk orang lain ,seolah mereka yg terbaik dari umat yg lain. Umno sebenar tidak akan berubah selagi semua pemimpin yg ada sekarang sama, mereka takut berubah ??? Yg dia org berani dan suka buat gertak org lain dgn kuasa yg ada. Biar umno dgn misi yg dia mawa najib, tapi misi yg sesat dan menyesatkan >>>
ReplyDelete