06 October 2010

Dr Mahathir sudah sembuh, alhamdulillah.

Alhamdulillah, Dr Mahathir akhirnya telah keluar dari hospital Epworth, Melbourne setelah mendapat rawatan kerana dijangkiti kuman didada beliau. Beliau akan kembali ketanah air dalam masa 2 atau 3 hari lagi.

Beliau ditemani oleh Tun Dr Siti Hasmah yang sentiasa berada bersama dimana sahaja beliau berada. Saya berharap beliau akan beihat secukupnya sebelum beliau kembali aktif menerima jemputan dari banyak pihak terutamanya dari kalangan ahli dan kumpulan politik tanah air.

Ramai diantara rakyat telah menghantar ucapan kepada beliau dan termasuklah diri saya dan berharap agar beliau akan sembuh dengan sepenuhnya dalam jangka waktu yang singkat ini.

Saya agak terkilan juga dengan sikap beberapa orang pemimpin politik dan yang saya maksudkan ini ialah Encik Azmin Ali, Naib Presiden PKR yang berucap bergegar-gegar sambil bergembira dengan penyakit yang menghinggapi Dr Mahathir dengan berkata Dr Mahathir telah tersungkur.

Saya pada mulanya tidak ingin untuk membuat komen tentang apa yang telah diperkatakan oleh Azmin ini. Tetapi saya mengambil keputusan untuk membuat ulasan sedikit kerana ini merupakan perkara yang sangat penting untuk dinilai kerana Azmin merupakan seorang pemimpin parti yang besar dan sedang melakukan usaha untuk mendudukki kedudukkan yang lebih tinggi didalam partinya.

Azmin seorang yang bercita-cita tinggi dan tentunya beliau patut ditegur kerana ucapan beliau diGombak itu merupakan ucapan yang sangat hina disisi adat, budaya dan agama kita. Bagi saya mendoakan pihak yang tidak digemari untuk tersungkur itu sudah terlalu melewati adat dan budaya kita apatah lagi kita sebagai seorang penganut agama Islam yang suci ini.

Saya sendiri adalah pengkritik besar Dr Mahathir tetapi saya seperti juga manusia yang lain tetap akan mendoakan orang yang sedang sakit dengan kebaikkan. Mengkritik diatas dasar itu memang adat berpolitik, tetapi untuk mendoakan kehancuran kepada orang yang kita kritik itu memang satu tindakkan yang hina dan mengaibkan.

Kadangkala saya berfikir bagaimanakah Azmin bisa menjadi pemimpin jika sikap dan tabiinya itu sangat aib. Jika dia boleh mendoakan perkara yang uruk terhadap Dr Mahathir, apa yang boleh menahan beliau dari mencantas sesiapa yang tidak menyokong beliau?

Sebagai pemerhati dari luar saya berharap biarlah kemenangan dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR itu berpihak kepada Zaid Ibrahim. Nampaknya Azmin masih lagi keanak-anakkan dengan kata-katanya yang tidak bertimbang rasa kepada seorang insan yang sedang terlantar sakit itu.

Azmin lupa yang dia sendiri akan menjadi tua suatu hari nanti dan saya berharap beliau masih ada masa untuk setidak tidaknya memohan maaf kepada orang yang dihinanya itu. Azmin mesti ingat apabila dia menjadi tua belum lagi kita tahu apa penyakit yang akan dihadapinya. Cara dia bercakap itu seolah-olah dia tidak tua dan ditimpa penyakit dan ramai orang akan memerhatikan lonjak dan tarinya.

Jangan kita merasakan yang apa yang dialami oleh orang lain itu tidak akan datang kepada kita. Yang terjerat akan ingat sampai bila-bila, tetapi yang membuat terlalu banyak jerat itu akhirnya akan menjerat dirinya sendiri.

Sekarang masyarakat sudah mengenali siapa Azmin yang sebenar-benarnya Azmin. Tetapi tak tahulah kalau ahli-ahli parti itu masih ingin memberikan peluang untuk dia menerajui parti yang dianggotainya sejak penubuhannya.

Bagi orang yang ada sedikit perasaan kemanusiaannya Azmin memang belum boleh diberikan tanggungjawab yang besar untuk masa depan bangsa dan negaranya. Mungkin Zaid jugalah yang boleh menutupi kelemahan yang terlalu besar yang ada pada diri dan jiwa Azmin ini.

Mungkin Zaid boleh menyelamatkan keadaan masa depan parti itu.

8 comments:

  1. Bro, I appreciate your ability to differentiate between personal and politics.

    Congratulation bro.

    penyokong che det

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Sungguh pun saya antara pembaca tegar blog ini, baru kali ini saya rasa terpanggil untuk memberikan komen.

    Terima kasih atas pandangan bernas.

    Demi masa depan Malaysia, perlu ada sistem 2 parti yang kukuh. Untuk itu perlu ada Pakatan Rakyat yang kukuh.

    Oleh kerana PKR merupakan sendi yang menyatukan parti-parti komponen PR maka perlu adanya kepimpinan baru di dalam PKR.

    Kerana itu kami mahukan gandingan Zaid Ibrahim dan Khalid Ibrahim menerajui PKR dan seterusnya PR bagi PRU13.

    AMK Kelana Jaya

    ReplyDelete
  3. setuju dengan pak aspan. ada waktunya kita patut memahami waktu dan keadaan sebelum memberi komen.

    azmin tidak patut menjadikan kesihatan mahathir sebagai alat untuk menarik perhatian orang.

    azmin masih belum matang.

    Mungkin disebabkan 'sindrom terlalu benci' kepada mahathir barangkali. Dia masih perlu banyak belajar.

    secara peribadi, saya lebih suka jika zaid ibrahim adalah Timbalan Presiden PKR yang baru.

    Azmin pula...belajar lagi ttg bagaimana berpolitik cara orang matang.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sdr Aspan & semua,
    Sesungguhnya kepimpinan yang berteraskan nilai(leadership value based) adalah suatu yang semakin didambakan oleh semua khalayak di dunia begitu jugalah di Malaysia ini. maksudnya, Akar perjuangan jgn diasingkan dengan nilai. Saya setuju dgn sdr. tetapi dlm hal yg sama, apa bezanya si Azmin dan si Nazri?

    ReplyDelete
  5. bro aspan, how are you? hope you and your family are fine. actually i had just read an article that you won't be in KLIA to welcome Tengku Razaleigh as there will be too many hippocrites there this Saturday.
    Thinking of tumpang your car to meet Ku Li in person (never met him before) also tak jadi. So to meet and know you face to face also tak jadi.
    Really funny, before Ku Li announced anything he had been pre-empted by all those UMNO's statement.
    Look at what happn recently, corruption and the few elites try to waalop the country again. Syed Mokhtar wanted to buy UEM, RRI land, police land in Jalan Semarak infront of UTM etc.
    After Patrick Lim now we have Desmond Lim. YTL bullet train, don't we have any other businessman who are at least as capable as this few persons etc

    Anyway, yours and my hope of candle light for a better m'sian is getting dimmer if all the above are allowed to happen.

    Enough of bla bla bla, Teoh Beng Hock had passed away more than a year and justice had not been served. Now we have more and more racist remark as though they really want the country to fall to its knee.

    Anyway, selamat hari raya. Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  6. Aspan,

    Everything was rosy until the final “Challenge” to the No 2 Position when all hell broke loose…with the No 1 & his “Shadow Master?”

    Just to share this...

    Perpetrators’ public versus private personas – http://naffoundation.org/Illuminati%20Survivors.htm#How%20slaves%20to%20Illuminati%20members%20were%20chosen

    “The vast majority of the public does not understand that life “at the top” is often drastically different from the lifestyles and environments with which we are familiar.

    Too often, we make the very human, very understandable mistake of assuming that because we think, live and behave a certain way, then others must think, live and behave the same way. In reality, the world is full of diversity...

    To understand the world of the perpetrators, we must first mentally remove ourselves from what is familiar. To many, their world would be strange and foreign. For some, it would be a heady existence. For others, it would be a very uncomfortable place to live...

    Again, in reality, the only real information we are privy to, about the lives and activities of the high-ranking perpetrators, is what they allow us to know. Many of them have hired full-time public relations experts who promote clients’ fabricated personalities and activities to the public.

    Even without the help of PR professionals, however, perpetrators who are sociopaths have already spent thousands upon thousands of hours, practicing faking their behaviors, the smile lines beside their eyes, compassionate hugs and concerned queries, and much more, to gain our trust and favor, to make us think they are one of us. Because sociopaths are unable to emotionally connect with others, they have to pretend to be like others...

    That brings up many new concerns that we really don’t want to consider. We want our leaders to be who and what they say they are. We feel more secure if we believe they are predictable – based on who and what we are. Sociopathic perpetrators count on our laziness. They know that we are more likely to believe what they tell us, than to question whether or not they are telling us the truth about themselves.

    Realizing that some of our leaders may choose to deliberately betray and lie to us shakes us out of our comfort zone. Many people would prefer to cling to a leader’s lies, than to feel the discomfort that comes with the realization that he/she has chosen to deceive us, especially when the lie is made for the sake of personal gain.

    Our pain and fear multiply if the leader is a person in whom we have invested our safety and future, and the safety and future of our children. For this and other reasons, we actually aid and abet the perpetrators by enabling them to remain in their faked roles, and not keeping our eyes and minds open to record the discrepancies...

    Another tactic that some perpetrators appear to favor, when their behaviors or motives come into question, is to invite naive individuals – particularly journalists – to spend time with them in more intimate settings, such as on campaign trails and at their homes.

    Seasoned, smooth politicians who are sociopaths are often better at “turning on the charm” than any other part of society. One is more likely to come away from a encounter with them, feeling as if one has been under a very pleasant spell. Some people call this influence, “Charisma.” One might also call it “mind control...” Unquote.

    For Zaid…Maybe the the answer can be found...

    Looking back at 1998 when it all started...

    The old “UMNO Politically correct” Standard Operating Procedures (Bondage?)...

    You be the judge.

    Cheers.

    ReplyDelete
  7. kau demam ke Aspan!;

    terkezut sekejap aku .. takut-takut aku tersilap masuk blog..

    Maklumlah Aspan dan sinonim dengan anti Mahathirnya.. dah biasa baca blog Aspan.. hujung-hujung mesti kenenkan negarawan tersebut..

    Walaubagaimanapun saya harap Aspan ikhlas, hanya Aspan dan Allah saja yang mengetahui..

    ReplyDelete
  8. Kepada Anonymous 20.29.00.
    Saudara tidak tersalah masuk blog dan Aspan juga sebenarnya tidak demam. Izinkan saya membuat sedikit andaian tentang tulisan Aspan kali ini.

    Mungkin dia bukan sangat nak menyokong Dr Mahathir, tapi serangan fokus kepada batang tubuh Azmin itu sendiri.

    Seperti yang kita tahu, Azmin sedang dalam persaingan merebut jawatan timbalan Presiden PKR. Pesaing terdekatnya adalah Zaid Ibrahim, yang kebetulan merupakan sahabat kepada Encik Aspan. Serangan kepada Azmin sekaligus memberikan kredit kepada Zaid.

    Maafkan saya jika tersasar dalam membuat andaian.

    ReplyDelete