Matlamat ETP ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Cita-cita PM Najib untuk melihat negara mencapai sasaran itu sudah digembar gemburkan dengan meluas dan pihak yang akan membangunkan bagunan pencakar langit itu ialah PNB. Hamad Kama Piah Ketua Eksekutif PNB memberitahu media yang dana yang akan digunakan untuk pembangunan menara Warisan Merdeka itu datangnya dari sumber dalaman PNB.
Banyak pihak yang telah menentang usaha Najib untuk melaksanakan projek ini dan ada pihak yang telah mengambil tanda tangan ratusan ribu rakyat untuk menzahirkan tentangan mereka terhadap pembinaan Warisan Merdeka ini. Saya adalah kumpulan awal yang menyertai PNB sebagai pegawai kecilan tetapi saya masih merasakan bagaimana penat dan lelahnya kami memenuhi tuntutan kerajaan untuk menjayakan PNB itu.
Sedikit sebanyak saya tahu sikit-sikit dan menumpang berbangga dengan kejayaan PNB seperti yang kita lihat pada masa ini. PNB telah terasas diatas desakkan untuk menjayakan DEB dengan memegang ‘trustee’ bagi pihak orang Melayu dan Bumiputra dengan memegang kekayaan asset dan pelaburan bagi pihak mereka.
PNB ditugaskan untuk memegang saham-saham syarikat-syarikat awam yang berjaya dan seterusnya untuk memindahkan pegangan itu kepada orang Melayu. Itu adalah asas penubuhan PNB dan wajib diketahui oleh pemimpin dan rakyat yang berbangsa Melayu dan Peribumi kerana kesemua yang dimilikki oleh PNB itu adalah milik mereka.
Bagi saya PNB sepatutnya tidak lari dari tanggungjawab asasnya untuk menambah pegangan saham-saham dalam syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur yang mampu memberikan pulangan yang baik, yang tinggi sedikit dari kadar inflasi negara. PNB sepatutnya menumpukan kepada matlamat asasnya untuk memindahkan kekayaan ini kepada Bumiputra bagi mereka menikmati kekayaan negara melalui dividen yang diterima dari pelaburan dalam syarikat-syarikat terpilih dinegara ini.
Oleh kerana orang Melayu belum lagi berkemampuan untuk memilikki pegangan saham ini secara terus PNB sepatutnya meneruskan usaha pemindahan ini melalui Sekim Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh pengurus Sekim tersebut yang dikenali sebagai Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sebuah anak syarikat milik penuh PNB.
Saya mendapat input yang agak banyak juga melalui email saya dan saya merasakan tentangan terhadap niat Najib untuk menunjukkan perbezaan kepimpinan beliau dengan membina menara yang tinggi ini. Untuk mencapai ketahap negara maju tidak memerlukan menara-menara yang tinggi untuk mengesahkan kemajuan negara.
Kesebelasan negara-negara Scandinavia merupakan negara dalam mana rakyat mereka merupakan rakyat yang berpendapatan yang tertinggi didunia ini, malahan pendapatan per Kapita nya adalah 25 peratus lebih tinggi dari negara-negara G-8. Di negara-negara tersebut tidak mempunyai menara-menara yang tinggi dan tidak ada tiang bendera yang tertinggi didunia. Disamping mendapat pendapatan yang tertinggi dinegara-negara tersebut pelajaran dan pendidikkan rakyatnya adalah percuma sehingga peringkat yang tertinggi.
Disana tidak ada rakyat yang sudah keluar dari university terus menanggung hutang seperti yang dialami oleh graduan-graduan kita dengan PTPTN. Anak-anak kita disini hampir kesemuanya terus menanggung hutang yang besar sebelum mereka dapat mensetabilkan kehidupan mereka. Ramai diantara graduan yang sepatutnya menggunakan pendapatan awal mereka untuk membantu ibu bapa mereka tidak kesampaian untuk membayar hutang kepada PTPTN yang selalu mendesak dengan surat-surat tutntutan yang datang setiap bulan.
Apabila hutang dengan PTPTN sudah hampir selesai ibu bapa yang mereka hendak bantu itu sudah pun terlalu tua untuk menikmati pelaburan terhadap anak-anak mereka. Inikah dia yang kita namakan sebagai sebuah negara maju?
Pemimpin-pemimpin negara-negara termaju dalam kumpulan negara Scandinavia ini menumpukan segala usaha untuk memberikan nikmat kehidupan kepada rakyat mereka. Itulah sebabnya PM dan pemimpin-pemimpin negara ini tidak dikenali oleh masyarakat antarabangsa kerana pemimpin mereka hanya fokus terhadap memajkan rakyat mereka. Saya percaya lebih dari 90 peratus pembaca blog saya ini tidak pernah mendengar nama PM Norway, Switzerland, Denmark dan lain-lain negara Scandinavia.
Pemimpin mereka tidak mencari nama untuk menjadi hero diarena antarabangsa tetapi hanya menumpukan kepada mentadbir negara mereka dengan baik dan sempurna. Dinegara Scandinavia tidak ada kita mendengar ‘First Lady’ mereka membelanjakan wang rakyat untuk seminar atau ‘summit’ bagi wanita pertama mereka. Tetapi negara mereka adalah negara-negara termaju dan negara-negara Scandinavia lah kelompok negara yang hampir mencapai ‘sifar rasuah’.
5 billion ringgit bukannya satu angka yang kecil. Sesiapa boleh menjadikan pelaburan jangka panjang sebagai alasan untuk melaksanakan projek ini. PNB sepatutnya kekal dengan matlamat asal untuk melabur didalam syarikat-syarikat yang berdaya saing diBursa Saham dan syarikat-syarikat besar dan maju yang tidak tersenarai diBursa Saham KL.
Jika Najib benar-benar jujur untuk menjadikan negara ini negara maju elemen yang terpenting yang wajib usahakan dengan gigih ialah untuk membina sikap atau ‘attitude’ yang betul sejajar dengan ‘attribute’ pemimpin-pemimpin dan rakyat negara maju. Terbinanya menara tertinggi didunia dinegara kita bukannya tali pengukur kepada kemajuan negara kita.
Pertamanya pemimpin sendiri mesti bersikap seperti pemimpin negara maju. Pemimpin negara maju selalunya bersifat ‘gentlman’. Jika mereka merasakan yang mereka memberikan masalah atau tidak mampu mentadbir, mereka akan bersara dan jika rakyatnya menolak kepimpinannya mereka akan berundur secara terhormat. Dalam tempuh 4 jam sahaja Gordon Brown meletakkan jawatan selapas parti buruh kalah didalam pilihanraya Britain beberapa bulan yang lalu. Brown tidak cuba untuk kekalkan jawatan yang dipegangnya dengan melakukan helah-helah politik kerana Brown tahu jika beliau lakukan itu ianya akan memecah belahkan rakyat.
Dinegara maju pemimpin politik tidak ada yang membiarkan partinya mati untuk menyambung kekuasaan dengan menubuhkan parti baru misalnya. Margerat Thatcher meletakkan jawatan walaupun beliau menang pemilihan parti apabila Hesseltine menandingi beliau. Oleh kerana kemenangan beliau hanya kemenangan tipis maka beliau akhirnya menyerahkan jawatan beliau kepada John Major setelah menjadi PM Britain selama 11 tahun. Itu sifat pemimpin negara maju.
Sebaliknya disini pemimpin akan berusaha mengekalkan kuasa dengan apa cara sekali pun sehinggakan sanggup membiarkan partinya mati dan membawa kesemua ahli untuk menyertai parti baru lebih dua dekad dahulu. Matlamat peribadi telah menhalalkan semua cara untuk berkuasa. Jika kita buangkan elemen moral didalam kepimpinan, mana-mana pemimpin pun boleh mengekalkan kuasa sampai bila-bila.
Justru, kita telah dan sedang melihat ‘attribute’ politik dunia ketiga masih mencengkami politik tanah air kita. Malah ada pemimpin yang telah begitu banyak melakukan kerja tidak bermoral masih ingin melaksanakan agenda peribadi untuk menguasai Putrajaya walaupun persepsi rakyat sangat buruk terhadapnya kerana turun naik mahkamah atas tuduhan-tuduhan tidak bermoral terhadapnya.
Jika dinegara-negara maju pemimpin seperti Anwar Ibrahim itu sudah lama mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada pemimpin yang berkemampuan didalam partinya. Kalau moral diambil sebagai tonggak kepada kepimpinan, Anwar memang sepatutnya bersara dan carilah kerja-kerja lain yang lebih baik bagi dirinya. Selagi beliau masih menguasai PKR selagi itulah PKR akan menghadapi masalah berterusan.
Dalam PKR bukan tidak ada pemimpin yang berkemampuan untuk memimpin dan memberikan kekuatan untuk parti serpihan kepada UMNO ini yang juga merupakan serpihan kepada UMNO yang asal dahulu. PKR sepatutnya memberikan tumpuan kepada memperkuatkan parti untuk membantu menyelasaikan isu rakyat, bukannya untuk mempertahankan pemimpin individu didalamnya.
Anwar sepatutnya berehat sementara kes beliau masih didalam perbicaraan. Seandainya beliau berjaya membuktikan yang beliau tidak bersalah barulah beliau boleh kembali dan meneruskan cita-cita beliau. Dengan cara itu maka beliau tidak memberikan beban kepada partinya dalam politik tanah air.
Masing-masing hendak menjadi juara dan pemimpin besar negara, tetapi tidak berdaya untuk nmengekalkan keperibadian sebagai pemimpin yang bermoral. Baik dalam UMNO mahu pun PKR keadaan sangat menjolok mata. Pemimpin sepatutnya sibuk menyelesaikan masalah rakyat, tetapi sebaliknya rakyat pula yang dibebankan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh pemimpin kepada mereka.
Bak kato orang tuo-tuo dikampong sayo, ‘yang mudo buek ragam, yang tuo monahan ragam’. Tetapi didalam UMNO dan parti kelahiran darinya PKR pula, ‘yang tuo buek ragam, dan yang mudo pulak monahan ragam’.
Aspan,
ReplyDeletePemimpin kita tidak mempunyai moral yang tinggi justeru tidak mampu menjadi pemimpin sesebuah negara maju.
Saya teringin nak lihat Anwar jadi PM bukan kerana saya nak beliau jadi PM, tapi saya nak lihat beliau heret Mahathir dan semua pemimpin yang perasuah sebelum ini ke mahkamah. Saya teringin nak lihat anak anak Mahathir jatuh papa kedana dan semua hakim hakim yang yang bolih di jual beli di tendang keluar. Lepas tu, setelah lima tahun, kalau Anwar dan PR tak perform, kita tendang pula beliau keluar. Semua mereka yang makan duit rakyat perlu di hukum dengan setimpal nya...agar menjadi pengajaran kepada pemimpin yang lain..
ReplyDeleteBang, artikel ni say tabik ! Difficult to counter effectively arguments based on personal experience. No wonder the stress on 'anjakan paradigma' and 'transform calls'. Using our normal logical way of thinking, Najib wouldnt stand a chance in promoting his ideas.
ReplyDeleteMight want to c&p exceprts from this article in my future related post.
Terimakasih bang for ur insightful views.
5 billion kalau baiki pengankutan awam lagi bagus. Rakyat semua rasa nikmat.Tak payah memandu lagi pergi kerja.
ReplyDeleteBangunan 100 tingkat akan menambahkan trafic jam di KL. Rakyat bertambah susah.
ReplyDeletehmm... cili ada, gula ada, kelat ada, masam pun ada. Cian bebudak muda kita, kesian lagi mak bapak yang dah tua. Hidup tak dapat merasa apa2. Semua Kera-jaan sapu. Memang hak orang pun dia sapu. Mungkin dirasakan P(erasan)H(ebat)d(ah) dia mampu menyelesaikan semua masaalah. Dia sendiri yang bermasaalah masih tak sedar2. Betullah kata2 baris terakhir abang aspan tu.
ReplyDelete...adioss....
Rakyat yang dalam katogeri miskin dan sederhana paling ramai dalam mana2 negara sekalipun termasuk Malaysia. Rakyat yang kaya raya sedikit. Elok 5 billion sasarkan kepada faedah rakyat terbanyak kerana undi terbanyak dlm PRU nanti yang akan pegang kuasa takut kuasa pindah ke PKR.
ReplyDeleteDefini maju yang difahami oleh setengah2 orang ialah Bangunan tinggi2. Setengah2 orang maju itu bermakna Pemikiran dan moral rakyatnya dan pemimpinya tinggi dan kadar jenayah serta rasuah rendah.
ReplyDeleteSalam Saudara Aspan
ReplyDeleteSalah kita memberi orang-orang yang terbiasa dan tersedia menipu, membohong and mengkhianat amanah dengan kerajaan dan kekayaan kita. Kita bodoh dan tidak peduli diperbodoh membiarkan mereka merampas kuasa dan membolot harta kita.
Encik Aspan,
ReplyDeleteAs leaders you would expect them to have high moral ground and have certain qualities to articulate as what you just presented or even expected to come-up with better ideas. They have many advisors, thinkers and scholars that can make the government look smart with brilliant concepts that many of us have difficulties to argue.
Unfortunately government ideas now are easily disputed by the lay men people like you and me. The government plan appear to shallow in thoughts and have to be masked with rhetoric. That is why the oppositions are taking advantage of the situation and more and more people think that PR hare becoming more appealing at least for the next election.
Makes me wonder why they (especially the UMNO) are still succumb the same mentality that could push them out from Putra-Jaya. The worst part their actions has create an impression to Malay race as being unintelligent and lazy.
This representations has ripple effect in the corporate world. Even Malay CEOs (GLCs companies) are hiring more non Malay at critical posts except for HR which is generally held by Malay. Obviously the situation is more apparent in other dominated companies.
Red Alfa, sesungguhnya itulah hakikat nya. Jika diteliti dengan cermatmemanglah kesalahan kepada kita kerana memberikan sokongan kepada mereka yang tidak bersih kepimpinannya.
ReplyDeleteRakayat selalu menjadi mangsa kepada 'these deceitful leaders' selama ini dan yang susah rakyat juga. Tetapi nampaknya rakyat kian sedar dan pimpinan terpaksa mengambil tindakkan setangkas yang boleh untuk menyelesaikannya.
Tetapi jauh dalam sudut hati saya sekarang sudah agak terlambat kerana jika kita serius, pertamanya pimpinan yang ada perlu ketepi dahulu.
Persoalannya mahu kah mereka berkorban?
Asam pedas,
ReplyDeleteI have written numerous times on this issue early last year as the Malays are already sidelined in almost all big corporate entities.
While DEB was in progress in the mid seventies until early eighties all public companies especially put up Malay reasonable number of Malay Management personnel in their companies through their Management Trainee programs as that was emphasized by the government to fulfill the obligation of DEB.
But during Mahathir's time the DEB was not built up but instead was obviously ignored, so therefore all corporate fraternity did not focus anymore on such exercises.
Now matters are becomming worst when the current administration employs non Malays at all important positions in the GLC's.
GLC's are certainly going wayward from their original responsibilities to be the trustees of the Bumiputra and in many cases the GLC's are competing with the Bumiputras.
It is saddened that Bumi's have to compete with the non Malays and with the GLC's. To me the Malays will never be able to be at what they should be because of the incompetent leaders that we have.
Saudara Aspan
ReplyDeleteBlogg Sakmongkol47 kena block!
Lebih daripada Hak dan Kuasa Rakyat dirampas apabila kita dihalang menyuarakan kerakusan pemimpin-pemimpin kita. Credibility dan Integrity institusi kita seperti MSM, Judiciary dan Royalty jelas tiada kerana gagal jadi benteng-benteng yang boleh diharapkan.
Disini-lah kekurangan kita yang sangat menonjol, Malaysia tidak akan dapat mencapai taraf dunia pertama selagi pemimpin-pemimpin kita takut rakyat bercelik!
Kalau Pengangutan Awam bertaraf Negara Maju aku rasa Peningkatan pelancung Luar akan bertambah.Hasil negara bertambah. Sesiapa yang mengunakan pengakutan Awam di London tidak akan sesat kecuali buta huruf.
ReplyDeleteAku akan pertahankan umno tapi nak sampai bercerai tulang dengan daging ... minta maap...
ReplyDeleteJangan tanya macam mana pemimpin nak maju.
ReplyDeleteTanya dulu kita nak maju atau tidak.
Nak buat Menara 100 tingkatpun dah marah. Dah bising. Riuh rendah satu Malaya.
Itukan bangunan PNB yang melambangkan kemajuan Melayu sejak Merdeka.
Apa pasal bila Cina membuat one after another pencakar lagi, tak pula gempak.
La ni penuh Facebook daripada bangsa lain yang anti Menara Merdeka.
Sekilas ikan di laut, dah tahu jantan betinanya.
Quiet Despair, malunya aku membaca komen dari kau. You are not Quiet Despair. You are Quite Desperate. Keep yr lonesome view to yrself.
ReplyDeletefuad
Quiet Despair
ReplyDeleteCina buat pencakar langit, kurang RASUAH...
Woi Quiet Despair...
ReplyDeleteAku sorang dari Melayu yg anti Menara Merdeka tu..
Daripada sokong Melayu rasuah...mentekedarah duit haram biar aku sokong bangsa lain yg tak rasuah.
Mus
asalam saudara aspan,,,Perancangaan begitu hebat dan cangih yg di rancang oleh pm najib,,,mampukah di capai menjadi negara maju dan berpendapat tinggi menjelang 2020????. Maaf kalau di perkata begini,,, perkara asas dan pokok belum dapat di selesai dgn baik seperti kemudahan asas untuk rakyat ,, umpama bekalan air, elektrik, jalan jalan yg baik ??? Betul lah kata tuan, pemikiran harus jua menjadi maju dan advabce,,, kalau kerajaan umno dan bn yg ada, polittikus yg ada kini lansung tidak ada petunjuk kepada kematangan yg negara maju ada...Negara maju yg mungkin menjadi sebutan pm najib, mungkin amerika, g bretain, jepun??? Apakah bisa mencampai seperti yg di ingin,, atau cara kemajuan ala malaysia,,, di mana media persuratan dan media electronic lansung tidak menunjuk kearah itu,, sedang ficility yg kita ada kini sudah maju, seperti negara maju jua, namun daya pemikiran yg ada dalam kerajaan kita yg bercakap mahu kemajuan tidak bisa mengikut perkembangan kemajuan,, , sebab pemikiran yg kita ada tidak bisa di robah ???? Ok dgn idea yg mahu membena bangunan 100 tkt ??? Pemikiran secara rational apa perlu di buat??? Sedangkan rakyat memerlu kemudahan yg lebih asas, yg akan memberi kesan kepada rakyat...Inilah tabiat kerajaan kita, yg konon memperjuangkan kehendak rakyat, namun biasa, apa jua kelohan rakyat tidak di ambil kira ????. Ok Pnb.. Kerena telah terlamaju dan banyak sumber, sebab oleh kepentingkan parti dan president umno dan bn,, walaupun tujuan asal untuk memperkokohkan pegangan saham oleh bumi... ini yg membuat rakyat sangat kecewa,, demikian juga apa yg terjadi dgn felda,,,? Terlalu banyak perkara yg sedemikian berlaku di mata rakyat??? Berkenaan dgn datuk sri anwar,,, walaupu n dgn bermacam fitnah yg di lempar oleh kerajaan bn, dgn memperlekehkan soal peribadi,,, namun perjuangan yg di teruskan demi rakyat yg tertindas...masih di hargai dan di dokong oleh rakyat banyak. Perjuangan anwar telah terbokti memberi harapan yg cukup jelas kepada rakyat,,, walaupun dgn kes maruah di mata tuan ,tapi di mata rakyat satu fitnah yg cukup lecih oleh kerajaan bn umno. Mana mungkin dgn perbicaraan yg ada sangat2 meragukan,??? Keadaan keadilan yg ada dalm negara tidak dapat memberi keadilan kepada rakyat, tapi memberi keadilan kepada pembesar kita. Mana mungkin rakyat bisa di yakini oleh sistem yg kita ada. terlalu banyak persoalan yg masih tertungak dan tertanguh??????. Pm najib bukan seorang perdana menteri yg cukup bijak??? Umno yg memang telah menjadi lemah dan tidak bermaya,,, tidak dapat anjakan kekuatan nya. Tidak sperti tum m,, tun hussein lemah namun tun bisa mengerakan umno dan bndgn cemerlang ketika itu,,, soal lain, itu cerita lain...salam sejastera.
ReplyDeleteAnon Mus, Anon 16.46 dan yang sewaktu dengan mereka.
ReplyDeleteApa punya logic ni, wahai bangsaku?
Melayu buat pencakar langit rasuah. Cina tidak.
Cina boleh buat pencakar langit.
Melayu tak boleh.
Sekolah pondok mana you all pergi.
Anyways, whatever projects will always benefit the non-Malays.
So what's the beef, my brothers???
Aspan, sebagai ahli UMNO yg setia, sdr seharusnya cuba perbetul parti yg sdr sayangi tu dulu. Umum tahu kenapa pemimpin-pemimpin UMNO kebal dari tindakan undang-undang. Umum juga tahu kalau didakwa,pemimpin kesayangan sdr akan terkincit sebelum habis dibaca dakwaan..
ReplyDeleteQuiet Despair,
ReplyDeleteKamu yang duduk dalam tempurung. seluruh malaysia malah satu dunia dah tahu malaysia salah satu dari negara RASUAH.Sila lihat transparency international index
Kalau buat satu2 projek harga projek sudah tentu escalate daripada harga asal. Hanya kamu saja buat2 tak tahu.