04 October 2010

PKR boleh diterima jika............

Pakatan Rakyat mampu berkuasa selepas pilihanraya umum yang akan datang jika perkara-perkara dan elemen-elemen penting dapat diketengahkan. Saya lebih bermaksud untuk memberi teguran kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam tulisan saya kali ini. Saya secara peribadi melihat PKR mesti memberikan keutamaan kepada beberapa perkara pokok didalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Ramai khuatir jika PKR merasakan parti itu mendapat sokongan dalam pilihanraya yang lalu adalah kerana sokongan kuat rakyat kepada parti itu kerana kekuatan parti itu. Jika itu pandangan pucuk pimpinan PKR maka itu merupakan pandangan dan penerimaan yang agak salah.

Rakyat telah menerima parti-parti dalam PR adalah semata-mata kerana kemarahan rakyat terhadap UMNO dan sekutu-sekutunya dalam BN dan sesiapa sahaja yang diletakkan oleh PKR didalam pilihanraya itu mendapat undi rakyat. Kesangsian mereka kepada BN terlalu tinggi maka parti alternatiflah menjadi pilihan mereka.

Tetapi jika PR mahukan mandat rakyat untuk berkuasa kali ini PKR terpaksa menurunkan calun yang baik, setidak-tidaknya calun yang bernama dan mempunyai sedikit sebanyak pengalaman politik. PKR tidak lagi boleh meletakkan calun sembarangan seperti yang berlaku semasa pilihanraya yang lalu. Oleh kerana kemarahan rakyat yang memuncak maka rakyat memberikan undi kepada calun-calun PKR yang tidak berkebolehan dan elok dipandang orang ramai.

Tetapi jika PKR masih mengekalkan calun-calun yang menang dikalangan mereka yang diambil secara tangkap muat dulu maka PKR tidak akan sampai hajat dan cita-cita untuk menjadi parti yang berkuasa selepas PRU yang akan datang. Kali ini PKR memang sebuah parti yang diminati oleh ramai orang maka kali ini memilih calun yang boleh dibawa ketengah wajib dilakukan.

PKR mesti lakukan seperti yang dilakukan oleh DAP dan PAS. Parti-parti DAP dan PAS merupakan parti-parti yang serius, maka itulah sebabnya mereka diwakili oleh ramai pemimpin yang berkaliber tinggi dan tidak seperti calun-calun PKR. Orang ramai banyak yang beranggapan yang ‘personality’ pemimpin Melayu PKR jauh lebih berkurangan jika dibandingkan dengan ‘personality’ pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.

Saya telah pun menyentuh sedikit sebanyak tentang isu ini seminggu dua yang lepas apabila saya membuat kenyataan yang jika PKR NS telah menurunkan seorang dua calun yang berkaliber dalam pilihanraya yang lepas PKR dan PR memang sepatutnya telah menguasai kerajaan NS.

Tetapi keadaan semasa itu menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk bertanding kerana mereka tidak menyangka yang PKR dan PR mampu untuk memenangi 14 kerusi Dewan Undangan Negeri walaupun calun-calun PKR dipilih secara tangkap muat sahaja. Kali ini jika diturunkan juga beberapa orang yang lemah yang menang kerana tsunami politik BN dulu, maka saya percaya PR khususnya PKR belum tahu lagi akan mencapai matlamat menubuhkan kerajaan Negeri.

Mereka akan hanya dipilih semula oleh rakyat jika berlaku tsunami pilitik diNS kerana tidak ada perubahan kepada kepimpinan UMNO dan BN NS.

PKR dan siapa juga sedang memerhatikan apa yang berlaku didalam kepimpinan UMNO NS. Seandainya UMNO NS boleh mencadangkan seorang tokoh bnaru yang diyakini maka PKR akan sush untuk menyaingi imej penampilan didalam PRU nanti. Tetapi jika UMNO NS tidak nampak serius untuk mencari seorang tokoh yang tidak terlibat dalam rasuah dan salahguna kuasa maka PKR/PR mungkin boleh membawa kemenangan.

PKR sepatutnya mengambil kesempatan dalam pemilihan diperingkat Cabang dan Pusat kali ini untuk memilih tokoh-tokoh yang terbaik dari ramai yang baik itu. Perubahan dalam PKR bukan sahaja patut berlaku diperingkat cabang-cabangnya, tetapi juga diperingkat pusat bagi menaikkan imej parti itu dipandangan rakyat yang akan mengundi.

Diperingkat pusat Zaid Ibrahim telah memberikan pilihan untuk jawatan kedua tertinggi kepada parti dan ini merupakan penawaran yang sangat baik bagi parti itu untuk menjadi parti yang kuat dan bukan lagi parti yang dikuasai oleh segelintir pemimpin yang rapat dengan kelurga Anwar Ibrahim sahaja.

Mahu tidak mahu kita mesti akur kepada kenyataan yang hakiki; jika sesebuah parti itu diwujudkan kerana kekcewaan seorang dua pemimpin diatas kesilapan mereka sendiri, parti itu tidak akan kekal relevan dalam jangka masa yang panjang. Jika hakikat ini dapat diterima, insyaallah PKR akan menjadi relevan kerana kewujuddan parti itu adalah diatas dasar perjuangan yang baik.

Jika parti dipergunakan untuk Azmin Ali sahaja maka PKR tidak akan menjadi parti untuk orang ramai tetapi ianya akan menjadi parti untuk Anwar Ibrahim sahaja. Saya ada sikit-sikit intuition didalam saya; saya rasa jika Wan Azizah ada sedikit peluang utuk menzahirkan perasaan sebenar yang ada didalam jiwanya, saya merasakan beliau akan memilih Zaid Ibrahim.

Tidak ada sesiapa yang memberitahu saya tetapi oleh kerana lamanya diri saya ini menghampiri politik maka saya ada sedikit pengalaman untuk membaca naluri pemin wanita yang tahan lazak ini. Saya selalu sebutkan yang saya boleh ‘menyelam air dalam tunggak’.

Saya percaya jika ini dapat dibaca oleh ahli-ahli PKR maka tidak mustahil kemenangan akan berada dipihak Zaid Ibrahim didalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR November ini.

PKR masih boleh memperbaikki keadaan. PKR patut belajar dari kesilapan dalam UMNO kerana pemimpin tidak boleh dipilih dengan bebas kerana banyak halangan yang diletakkan oleh mereka yang berkuasa. Didalam UMNO apa-apa ‘arbitration’ tidak boleh dibawa kemahkamah dan UMNOlah satu-satunya pertubuhan dalam negara maju dan sedang membangun dimana masalah ‘arbitration’ tidak boleh dibawa kemahkamah diatas alasan takut perpecahan dalam parti. Carilah dimana-mana negara jika ada pertubuhan tidak boleh pergi kemahkamah jika kedapatan masalah pelacuran keadilan.

Belajar dari kesilapan orang lain adalah cara pembelajaran yang terbaik. Tetapi jika PKR masih hendak belajar melalui kesalahan dan pengalama mereka sendiri, terpulanglah kepada mereka. Saya hanya setakat memberikan pandangan sahaja. Saya tidak pun ahli kepada parti itu.

9 comments:

  1. Kami juga resah melihat Anwar memhak dengan begitu jelas terhadap Azmin. Azmin hanya hidup dengan bermain politik dan dia tidak mampu untuk menjadi tonggak kepada perjuangan.

    ahli biasa PKR

    ReplyDelete
  2. Bro, seandainya Anwar masuk kedalam beliau takut jika PKR jatuh ketangan orang lain dari keluarganya. Itu sebabnya dia hendakkan Azmin...dapat dia kontrl. Itu sahaja.


    zain ahmad, jelai

    ReplyDelete
  3. I am James of Kelang and I agree with your opinion. We shall see the inevitable culture of UMNO in PKR if Anwar takes side in the rush for D/President of the Party.

    Anwar is not learning any lesson from his past experience. Azmin can be a very wrong person to lead the party in the absence of Anwar (If he is imprisoned.

    PKR may go to prison together with him. Don't you think so?

    ReplyDelete
  4. Azmin is very loyal to PKR,so is Toyol,Tg Adnan,Bung and many opportunists to UMNO who do not necessary mean they can become good leaders.Azmin hardly articulate on all issues whereas Zaid is not afraid to speak his mind for the benefit of the people.As an elegant silencer,how can Azmin face the proven merciless onslaught from Umno if he leads?The Pakatan govmen may collapse in no time with defections if their leader(PM)is so soft,hardly say anything.You need a bull to fight a cow,not a rabbit fight a buffalo.

    ReplyDelete
  5. Asalam saudara aspan,, Dalam pandangan tuan , ada kebenaran yg tuan percakapkan. Tapi dari apa yg patut beri sesikit renongan, mampukah ahli pkr yg ada kini memberi pertimbangan yg adil , maksud nya pemilih pemipin yg bisa dan berkalayakan untuk menjadi pemimpin yg berwibawa?? mungkin dgn sistem yg terlalu lama telah menjadi budaya di malaysia, ahli tidak melihat perkara ini sebagai keteria sebagai asas pemilhan, biasa mereka akan ceapat terpengaruh dgn cerita lama, personel attack, cerita di reka2kan, emosi,. Ini yg menjadi masaalah. Sebagai ahli sepaptut kita bijak menilai kemampuan calon yg kita nak pilih. Sebagai org luar disini, perwakilan harus memberi tumpuan kepada misi dan agena yg di majukan oleh calon. Dalam erti kata, walaupun kawan, ketua, sudah lama, ini bukan keteria untuk asas kita nak pilih. Pilih org yg berkemampuan, bila mana org yg berkampuan kita pilih sudah tentu agenda yg di ketengah akan menjadi realiti. Biarlah menjadiahli yg bijak dan berpandang jauh. Sudah tentu akan lebih berjaya dalam ge 13. TG

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. Bagi sejuta USD pun saya tak akan terima PKR.
    Parti Kelentong Rakyat.
    Huru-hara sekarang, Tunggu nak hancur.

    ReplyDelete
  8. Quiet Despair, PKR is not falling apart as long as UMNO is still in denial. Just wait, time will tell.

    ReplyDelete
  9. I respect your decision to delete my comments but please pass the message to Azmin anyway. May he rot in hell for all eternity for all his comments on the Malays

    Arcadia

    ReplyDelete