01 October 2010

TR - berguna masa terdesak, dilupakan setelah selesa.

Saya mendapat ratusan SMS dari ramai kenakan yang berpolitik dan ‘a-politic’ yang bertanyakan kepada saya kenapa UMNO mengambil sikap yang luar dari lazimnya dengan melantik Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri, Galas dalam Bahagian dan Parlimen Gua Musang.

Saya faham kenapa mereka bertanyakan isu itu kepada saya kerana saya adalah berimejkan sebagai seorang penyokong ‘totok’ TR dalam perjuangan siasah. Tetapi mereka bertanyakan kepada salah orang keranan saya bukanlah orang yang pandai dan berkemampuan untuk menjawab kerana ini merupakan satu isu yang sangat payah untuk diulit dan baca dengan tepat walau bagaimana teliti pun bacaan yang datang dari saya.

Saya tidak berani untuk membuat pandangan yang ‘conclusive’ kerana kita orang bawahan yang tidak mungkin tahu apa-apa yang sedang berlaku dalam politik atasan. Cuma saya mungkin boleh memberikan pandangan mengikut kemampuan seorang ahli biasa. Pandangan ahli biasa tidak semestinya betul tetapi kita juga mengaku persepsi ramai itu mempunyai impak yang besar kepada imej parti UMNO yang memerintah ini.

Isu yang dimainkan oleh banyak pihak sekarang ini ialah UMNO yang desperado terpaksa memanggil untuk meminta pertolongan seorang pemimpin yang ditakuti oleh banyak pihak khususnya kepada mereka yang terlibat secara ‘direct’ dengan rasuah. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, atau bagaimana pun permainan kotor dilakukan terhadap beliau TR berkemungkinan menerima tanggungjawab yang sangat besar ertinya kepada UMNO itu walaupun UMNO telah melakukan banyak perkara yang memilukan hati pemimpin Melayu ini.

Beliau sangat terasa hati melihat asas ekonomi negara yang beliau bina semasa diberikan tanggunjawab itu dahulu diperkosa oleh pihak yang tidak mempunyai perasaan terhadap dasar kukuh yang dibina dahulu.

Tetapi ramai yang telah menyediakan ‘template-template’ kenyataan pemimpin-pemimpin UMNOjika parti berjayq didalam PRK ini.

Salah satu ‘templatenya’ ialah, ‘UMNO sudah kembali diterima rakyat dan akan kembali berkuasa diKelantan’.

Diantara ‘template’ yang lain ialah, (a) ‘UMNO sudah diterima kembali oleh rakyat dan kemenangan ini merupakan tanda-tanda pemulihan UMNO dari pandangan rakyat’.

(b) ‘Ini merupakan tanda awal yang PAS akan kecundang dan akan tewas dalam pilihanraya umum nanti’

(c) Kemenangan ini menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap slogan 1Malaysia.

Ada pula yang telah menelah apa yang akan dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO jika kita gagal untuk mendapatkan kembali DUN Galas itu. Diantaranya ialah:

(a) Kita gagal keranan permainan kotor PAS dan yang bersekongkol dengannya.
(b) Ini adalah kegalan TR kerana pengaruh beliau tidak sekuat dahulu.
(c) Kalah kerana TR tidak melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya denga parti dan mempunyai permainan politik dengan PAS dan parti-parti yang bersekongkol dengannya.

Banyak lagi kata-kata yang akan memindahkan segala kesalahan kepada Tengku Razaleigh jika kekalahan berpihak kepada UMNO.

Walaubagaimana pun seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, elok pilihanraya ini dilakukan secara memilih satu diantara dua pihak, jangan pertandingan diantara dua pihak yang bermusuhan.

Lagi pun pemilihan ini adalah pemilihan diantara dua pihak yang sebangsa, seAgama dan budaya. Jika kejayaan berada dipihak UMNO maka kita mesti mengakui yang kemenangan itu bukan kemengan mutlak UMNO sebagai sebuah parti. Ianya hanyalah kemenangan dengan menumpang pengaruh eorang individu yang selama ini dipandang sepi oleh UMNO.

Sejarah akan berulang; TR hanya dipergunakan semasa UMNO dalam keadaan tenat dan akan dilupakan kembali jika UMNO kembali kuat dan pulih dari sakit dan penyakit yang tenat.

UMNO juga yang meminta dari kebaikkan TR untuk membubarkan S46 dahulu. Rupa-rupanya UMNO sudah mengetahui yang UMNO akan berpecah tidak lama kemudian dengan pergaduhan diantara Anwar dan PM yang tidak jemu-jemu dengan keserornokkan berkuasa.

Apabila UMNO kuat selepas itu TR dibiarkan lagi dan tidak ada pun dari pihak UMNO untuk memberikan ucapan terima kasih, jauh sekali untuk memberikan beliau penghormatan yang sepatutnya didapati oleh beliau.

Kali in sekali lagi TR diminta berkhidmat kepada parti yang sudah hampir terkulai dan akan mati. Kesetiaan TR sekali lagi diuji dan beliau khabarnya akan menerima dan memikul tanggungjawab ini kerana pimpinan kita tidak berkeyakinan untuk berjaya tanpa sokongan pemimpin veteran ini.

Kepada TR saya hanya berdoa agar beliau berjaya membawa kemenangan untuk UMNO dan saya juga ingin memberikan peringatan supaya beliau bersedia untuk dilupakan oleh pemimpin UMNO sekali lagi. Lagi pun beliau sudah pun lali dengan layanan dari pemimpin-pemimpi yang masih merah dalam perjuangan ini.

12 comments:

  1. UMNO tidak boleh menerima pandangan berbeza dengan pucuk pimpinannya. Tengku Razaleigh selalu dilihat sebagai pengacau kerana selalu berbeza pendapat dengan pucuk pimpinan, contohnya isu royalti minyak Kelantan.

    Kes skandal pinjaman BMF selalu dikaitkan dengan TR, UMNO menjadikan skandal BMF sebagai senjata untuk memburukkan politik TR. Padahal sampai sekarang tidak ada bukti jelas yang beliau bersalah dalam isu BMF itu.

    ReplyDelete
  2. Sayu membaca tulisan tuan kali ini. Apa nak dikata semua ini adalah kenyataan. Saya berpendapat TR patut menolak tugas ini dan biarkan pada yang berwajib untuk memikul tanggungjawabnya. Justeru mengelakkan TR dipersalahkan dalam apa keadaan sekalipun.

    ReplyDelete
  3. syukurlah ada lagi orang yang nak kat TR ni.. Orang PAS nakkan TR kerana isu tuntutan royalti Petronas..orang UMNO nak kan TR kerana TR berpengaruh kat Gua Musang tu, kalau menang kat sana adalah harapan nak tawan Kelantan..

    dunia poltik macam tulah.. digunakan dan dipergunakan..asalkan dapat mata politik..

    Dulu PAS dan DAP benci betul kat Anwar.. sekarang dah suka pulak.. kentutnya pun bau wangi sebab ada harapan boleh dipergunakan.,

    ReplyDelete
  4. UMNO tidak pernah meninggalkan TR. TR pernah cuba meninggalkan UMNO. Sudah la, jgn la cuba memecah belah kan UMNO dgn memain kan sentimen yg UMNO sentiasa mempergunakan TR.
    Tidak pernah berlaku seperti saudara cakap.
    Mungkin kerana org yg pernah saudara tolong melupakan saudara, maka dgn itu pengalaman pahit saudara cuba utk melepaskan geram dgn memainkan isu TR ngan UMNO.
    Cukup la saudara, ingatlah, jgn la kerana pengalaman saudara dan segilintir org dlm UMNO yg cuba memain kan sentimen ini (mungkin spy anwar atau PAS) maka bila org membaca artikel ini seolah olah betul isu ini wujud.
    Jangan la jadi mcm sakmongkol tu, berlagak tahu kearana lama dalam arena politik, rupanya tak tahu dgn alasan telah lama dlm arena politik. Cukup la.

    ReplyDelete
  5. Bro ASpan,

    1.Personally saya merasakan TR patut tolak tawaran ini. dalam semua perkara lain melibatkan parti dan negara, Kuli mereka buat macam dah tak wujud. Mereka sombong, bongkak seolah-olah merekalah pemimpin yang paling hebat sekali yang ada di malaysia.

    2. Hakikatnya, mereka ini jika dibandingkan dengan kuli, nak banding dengan tahi kuku Kuli pun tak layak. Kuli is in a class of his own, hatta TDM pun.

    mereka yang ada hari ini sampai bilapun tidak tidak akan berjaya duduk sama league dengan kuli.

    3. Kuli tak payahlah mencemarkan maruahnya melayan stail politik murahan begini. Di hujung usianya kini, tidak ada lagi yang ingin beliau buktikan dan yang tidak dapat dibukti, bawalah bersama kehujungnya.

    That is what l feel bro...politik murahan dari mereka-mereka yang xde class langsung!...maaflah jika bunyi kasar dan biadap, rasanya bro memahami apa yang terbuku dihati ini.

    bat8

    ReplyDelete
  6. Salam AA,
    Ku Li terima sebab beliau seorang pemimpin UMNO yang baik. Sebagai pemimpin UMNO bila pucuk pimpinan minta disokong oleh majoriti ahli, Ku Li perlu terima. Soal pemimpin tertinggi UMNO mahu melupakan Ku Li katakan selepas berjaya dengan tugas beliau di Galas nanti itu tidak perlu Ku Li fikirkan. Masa, sejarah, generasi akan datang dan Allah yang akan menilai dan memberi ganjarannya.

    ReplyDelete
  7. Anon 22;46,

    Elok sdr membaca sedikit sebanyak supaya sdr tidak terpesong.

    TR tidak pernah cuba meninggalkan UMNO.

    Pemimpin2 yang lain matikan UMNO dan tubuh parti baru pada Feb 1988.

    Itu sebab TR cuba pulihkan UMNO lama dengan menggunakan s46 dengan harapan dapat kemenangan dan terus hidupkan UMNO lama.

    Sebenarnya mahathir dan yang lain tinggalkan UMNO dan masuk parti baru yg namanya UMNO baru.

    Saya sudah selalu menulis tentang ini, hanya sdr sahaja yang susah nak faham, tetapi cuba nak mengomen pulak.

    Saya minta sdr tak usah bercakap kalau tidak tahu fakta yang hakiki.

    Berdiam itu lebih baik dari beramal sepanjang tahun. Kalau tak tahu mana ekor mana kepala elok dengar saja orang lain bercakap.

    ReplyDelete
  8. Bro Aspan,

    1. Dengan ahli-ahli seperti Anon 22:46 inilah, pemimpin-pemimpin UMNO(Baru) yang ada hari ini terus berkuasa dan terus merompak harta rakyat. Merka tahu dengan adanya ahli-ahli seperti ini, mereka tidak perlu takut dan rasa bersalah diatas segala kemungkaran/kezaliman yang mereka lalukan dan akan terus lakukan.

    2. Tetapi ahli-ahli UMNO(Baru) seperti Anon 22:46 ini lupa, akibat dari kerakusan pemimpin-pemimpin yang mereka anggap tuhan ini, juga akan menimpa mereka seperti rakyat-rakyat yang lain juga.

    Kesengsaraan yang mereka rasai, kesusahan yang akan ditanggung oleh anak cucu mereka dimasa hadapan juga sama dengan rakyat lain.

    3. dengan twisted logic yang disuap oleh pemimpin-pemimpin mereka, mereka ingat mereka terlepas dari sebarang kesusahan dan malapetaka jika negara kita ini merundum dalam serba serbi.

    Mereka ingat mereka terlepas darimenanggung beban seperti pemimpin-pemimpin yang mereka dok julang itu.

    Bilalah melayu ni nak cerdik...bilalah nak sedar bahawa pemimpin mereka hidup kaya raya dengan rasuah dsb tetapi hidup mereka sama susah seperti rakyat-rakyat lain juga.


    wak jerman

    ReplyDelete
  9. Aku sokong wak jerman, itulah hakikat penyokong-penyokong umno yang tak mempunyai "analytical mind", kurang membaca dan mengkaji. hanya tahu mengampu

    Mat Belanda

    ReplyDelete
  10. Asalam saudara aspan, Biarlah tr membuat petimbangan sebijak mungkin, seandai tr menerima tawaran untuk mengapala prk galas ini ,sudah tentu ramalan yg di coret oleh tuan ada kebenaan dan akan menjadi kenyataan. Umno dan bn akan senantiasa menguna apa jua , yg penting dapat menang, walaupun tr telah di selekeh sekian lama oleh umno. Mungkin lebih baik kalau tr sendiri jadi calon, sudah pasti pihak lawan mungkin memberi timbang tara agar tr dapat menang dgn mudah, dgn syarat biar ladasan perjuangan itu tak sama, namun perjuangan untuk rakyat mesti diutamakan, bukan sahaja rakyat kelatan tapi seluruh malaysia,. Pemimpin yg bijak dan matang harus memikirkan rakyat bukan umno atau pas, parti ini sebagai ladasan yg memberi ruang kpd pemimpin yg berjiwa rakyat memperjuang perkara yg benar. yang menguntungkan rakyat bukan pemimpin dan kroni, misal hal tuntutan royalti minyak, sepatut umno memberi dokong dalam memperjuangan hak rakyat, namun politik yg kurang matang di kelangan umno bn tidak berlaku. Mereka masih mementing perjuangan yg jumut. Mengikut berita tr akan memberi keputusan, selepas pulang dari luar negara. tq

    ReplyDelete
  11. UMNO tak mengenang dan melupakan jasa TR.
    agaknya itu la tajuk artikel ni kalau UMNO tak calon TR.
    apa la kau ni aspan.

    ReplyDelete
  12. kalau Ku li terima apa juga yg ditawar oleh UMNO, Ku Li akan hilang penyokong2 setianya selama ini yg merasakan telah jemu dengan sikap terlalu baik Ku li yg sanggup dipermainkan oleh UMNO. Kami telah menderita lama bukan dari segi rezeki krana kami yakin rezeki datang dari Allah bukan umno, tapi kami menderita dengan penghinaan umno kepada kami dan juga Ku li,selama ini.

    ReplyDelete