22 November 2010

Kok tolangga maso naik dan tolando maso turun, hanya kemaafan yang saya pinta


Saya tidak mendekati komputer sejak lebih dari satu minggu kerana agak sibuk dengan persediaan majlis makan malam sempena perkahwinan anak lelaki saya Wan Mohd Shafiq dan pasangannya Rini. Alhamdulillah ramai rakan dan sahabat saya yang hadir dan hampir kesemua jemputan seramai 1,500 orang itu menghormati undangan saya sekeluarga. Saya bersyukur kerana masih ramai kawan-kawan yang mahu menerima jemputan saya walaupun sesetengahnya sudah lama tidak saya temui.

Saya menjunjung kasih yang tidak terhingga kepada Kebawah Duli Tuanku Yang DiPertuan Besar NS Darul Khusus di atas sudi pekenan Tuanku mencemar duli ke majlis saya yang tidak sepertinya itu. Keberangkatan Tuanku memberikan seri kepada majlis saya itu dan kehadiran YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga memberikan inspirasi kepada saya sekeluarga.


Rakan-rakan dan teman-teman seperjuangan ramai yang hadir. Antaranya ialah YB Khairy Jamaluddin dan Datuk Zaid Ibrahim. Saya bergembira menerima kedatangan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Dato' Manan Othman, Dato' Mazlan Harun, Tamrin Ghaffar, Dato' Osu Haji Sukam, Dato’ Fahmi Ibrahim dan ramai lagi rakan-rakan yang tidak dapat saya sebutkan nama mereka satu persatu.

Di kalangan rakan blogger pun ada yang muncul menerima jemputan ikhlas saya; antaranya ialah Sdr Sayuti Omar, Sallahuddin dan Zakir. Tidak dapat saya mengucapkan perkataan yang lebih tinggi daripada ucapan terima kasih daun keladi, kalau saya jemput mesti datang lagi.

Kehadiran sahabat-sahabat lama ini sangat memberikan perangsang kepada saya dan ianya membayangkan bahawa saya masih ada yang bersedia untuk berkawan dan bersahabat dengan saya. Yang lebih menggembirkan ialah perjumpaan di antara kawan-kawan yang sudah lama tidak berjumpa. Saya dapat perhatikan perasaan kegembiraan di antara mereka sambil menjamah hidangan yang saya berikan yang saya tidak tahu samada sedap atau pun tidak. Tetapi yang penting sahabat-sahabat saya bertemu kembali di dalam majlis anjuran saya dan itu membuatkan saya gembira.



Para jemputan nampaknya agak seronok dengan hidangan lagu-lagu moden dan tradisi dan ditambah pula dengan kehadiran dan persembahan Steve Thornton, seorang pemuzik percussion antarabangsa yang terkenal yang kebetulan menjadi salah seorang daripada tetamu saya pada malam itu. Persembahan permainan percussion dari Steve itu memberikan hiburan yang sangat memberangsangkan pada malam itu.

Saya tidak mampu untuk memanjangkan jemputan kepada semua yang saya kenali kerana ruang yang tidak mencukupi di rumah saya. Ruang hanya mampu untuk menempatkan 1,500 orang sahaja dan saya akan menjemput rakan-rakan yang lain yang belum saya jemput di dalam majlis perkahwinan anak-anak saya yang lain nanti.

Pengakhirnya saya tetap bersyukur di atas kelancaran majlis perkahwinan anak lelaki saya itu dalam keadaan cuaca yang baik. Mendapat cuaca yang baik dalam musim hujan ini merupakan kesyukuran yang tidak terperi besarnya kepada Allah swt kerana menurunkan rahmat yang tidak terhingga kepada saya seisi keluarga.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian tetamu undangan saya untuk menghadirkan diri-diri mereka dan budi baik serta ingatan mereka saya hargai sampai bila-bila.

Bercabang tiga gunung daik,
Di kaki subur pohonnya meranti,
Budi leluhur dibalas baik,
Dalam kenangan bersimpul mati.

Kok kurang susunannya bak sirih,
Kok kurang merahnya bak saga,
Kok kurang kuningnya bak kunyit,
Kok kurang lemaknya bak santan,
Dan kok kurang kuriknya bak batu permata,

Hanya kemaafan yang saya pinta.

Manalah tahu, kok tolangga maso naik, dan tolando maso turun, ampunkan saya dan jangan tak terima pula jemputan saya lain kali.

16 comments:

  1. Tahniah... Semoga tahun hadapan buat Kenduri Cukur Jambul pula...

    ReplyDelete
  2. mahaza,

    Itulah sebenarnya yang saya sangat tunggu-tunggu. Dah tua-tua ni apa lagi yang nak ditunggu. Tunggu cuculah!!!

    ReplyDelete
  3. salam,

    selamat teghimo menantu. semugo dapek gamai cucu.

    ... tapi abah eh tak tuo2 pun...!

    ReplyDelete
  4. bujai,
    Sobona eh tu lah masalah yg den hadapi. Tak mau tuo-tuo. Apo sobab eh tak tau.

    ReplyDelete
  5. Encik Aspan,

    Saya dan isteri bertuah kerana dijemput menghadari majlis perkhawinan anak Encik Aspan kat Kolo Pilah.

    Tahniah. Majlis yang meriah, berunsurkan kebudayaan Melayu dalam suasana kampung dan tidak membezakan antara VVIP dan orang biasa telah menjadikan satu majlis yang berjaya.

    Saya pernah menghadiri majlis perkhawinan 5 star di hotel tapi saya rasa majlis perkhawinan yang amat berjaya dan bermakna. Saya harap lebih banyak orang kita membawa perkhawinan kekampung daripada buat dihotel2. Sekurang2nya dapat merapatkan silatul-rahim sesama saudara dan rakan taulan.

    Terima kasih kepada hos dan isteri yang baik. Saya doakan pasangan baru dapat hidup bersama bahagia sampai keanak cucu.

    P/S Nanyian hebat dengan Sri Mersing. Bilo pulak nak nanyi Poi Pokan Naik Basikal.

    Salam

    ReplyDelete
  6. kok kenduri nimo menantu tak nyomput yo bang?
    Dari: org kg birah.

    ReplyDelete
  7. Saudara Aspan! Dah tua-tua ni ni bukanlah penting sangat nak tunggu cucu-cucu. Keraplah berkunjung ke masjid berjamaah kerana setelah seseorang itu meninggal dunia, barulah seseorang itu menyesal dan meminta Tuhannya menghantarkannya semula kedunia untuk beramal pada Tuhannya, tapi ia sudah terlambat. Jadi bertindak sekarang sebelum terlambat. Hanya doa anak-anaknya yang soleh sahaja kepadanya dapat membantu ibubapanya ketika di alam kubur.Sudahkah anak-anak kita bersedia mendoakan kepada ibubapanya?

    ReplyDelete
  8. lagu sri mersing sodap!

    ReplyDelete
  9. Wow bro. Tahniah. Grand wedding ya with the prescence of Who's Who in Malaysia.
    Anak pertama yang kawin tu? Ingatkan dah ada cucu.
    Takpe, lepas ini brbaris-baris. Berkali-kali terima title Datuk.

    ReplyDelete
  10. http://www.youtube.com/watch?v=YENYqxgNYiI

    Here's the Sri Mersing video link. :)

    ReplyDelete
  11. Quiet Despair,

    Anak perempuan saya yg sulung telah berkahwin 9 tahun dahulu dan saya sudah pun bercucu seramai 3 orang.

    Kali kedua ini adalah perkahwinan anak lelaki saya dan sedang berdoa agar mendapat cucu yang berbaris seperti menyusun paku.

    Hei bro, I am already an old man...older than many of you. I am just younger than my mother.

    ReplyDelete
  12. Syabas bro masih ganteng bak kata orang Indon.
    Eeh jealous I you kenal Khairy. Itulah orang yang saya nak sangat jumpa.
    Sebab his reputation precedes him.
    I think I can connect with him since I am not much older than him.

    ReplyDelete
  13. syok jugak bilo dah tuo nyambut menantu dan main-main cucu. kok lapang ghaso fikiran yo. tapi jgn dapek menantu jadi hantu.

    ReplyDelete
  14. Mano pogi Tok Mat Hassan. Ekau tak jomput ko?

    -curious-

    ReplyDelete
  15. Aspan tak geng dgn Mat Hassan, dio dgn Isa gesel2 pipi. Nampak Zaid keseorangan mlm tu. Takdo yg nak nyapo dio..sal apo gek eh.

    ReplyDelete