01 December 2010

I shall smile last but the sweetest

UMNO telah nmengambil ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan pada tahun hadapan selama 18 bulan dan nampaknya penangguhan pemilihan sudah menjadi ‘norm’ kepada UMNO. Ianya juga dikatakan oleh sesetengah pihak sebagai petanda jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada tahun hadapan.

Samada benar atau tidak pilihanraya akan diadakan bukanlah isunya. Tetapi dengan keputusan ini ianya menunjukkan bahawa UMNO masih tidak berani untuk mengadakan proses pemilihan kepimpinan di seluruh peringkat dalam parti. Segala rancangan yang kononnya untuk membawa keadaan dan situasi baru dalam parti hanya tinggal rancangan semata-mata.

Ketidakyakinan parti untuk mengadakan pemilihan ini jelas memberikan bayangan bahawa UMNO dalam pada mempunyai politik yang begitu kukuh kini sedang menghadapi masalah besar. Jika benar UMNO itu sebuah parti yang berwibawa ia tidak akan menggunakan klausa yang membolehkan pemilihan itu ditangguhkan.

Klausa ini telah digunakan setiap kali sampai waktu parti sepatutnya mengadakan pemilihan dan ianya sudah dimulakan oleh Dr Mahathir sejak penubuhan UMNO (Baru) pada tahun 1988 yang lalu. Rancangan ahli-ahli untuk memilih pemimpin di setiap peringkat untuk mencari ‘winnable candidate’ dalam sistem pemilihan baru masih tidak akan dilakukan oleh parti.

Berbagai-bagai rancangan dilakukan untuk parti tetapi tidak berani untuk melaksanakannya walaupun itu sudah diputuskan di dalam perhimpunan agung parti. Kita hanya pandai merancang tetapi tidak mempunyai kudrat untuk melaksanakan perancangan yang telah diluluskan oeh perwakilan dalam perhimpunan Agung UMNO.

Najib memberikan alasan yang penangguhan itu disebabkan parti tidak mahu tahun hadapan menjadi tahun pergelutan dan perpecahan seperti apa yang berlaku di dalam parti-parti politik yang lain. Najib mengakui bahawa UMNO akan terhimpit dengan isu perpecahan jika pemilihan diadakan pada Oktober tahun hadapan.

Ramai ahli di peringkat bawahan kecuali yang sedang berkuasa di bahagian-bahagian, mahukan sistem pemilihan yang baru diadakan supaya kita dapat memilih calon-calon yang lebih ‘legitimate’ untuk diturunkan dalam pilihanraya yang akan datang. UMNO telah pun meminda beberapa atur-peraturan yang terkandung di dalam perlembagaan parti dan untuk mendapatkan barisan dimbahagian-bahagian serta di peringkat pucuk pimpinan, UMNO telah menambah bilangan perwakilan sehingga melebihi 140,000 orang dan dengan cara ini UMNO akan mendapat pemimpin yang lebih ‘representative’ yang diterima ramai.

Apabila sudah ada sistem ini UMNO tidak pula mahu melaksanakan itu. Maka kita terpaksa memilih dari mereka yang ada sekarang yang tidak begitu ‘legitimate’ kerana mereka berada di atas itu terdiri daripada mereka yang terlibat dengan rasuah politik yang besar. Itulah yang saya sebutkan awal-awal tadi bahawa UMNO hanya pandai merancang tetapi perancangan-perancangan itu tidak pernah terlaksana.

Semasa bercakap kepada media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi semalam Najib juga mengumumkan bahawa pimpinan perhubungan di sesetengah negeri akan dilakukan beberapa ‘adjustments’ untuk memantapkan parti di peringkat negeri untuk menghadapi pilihanraya umum nanti. Kita tidak sabar untuk menunggu apakah rupa dan ‘facet’ baru yang dikatakan akan berlaku di setengah-setengah negeri.

Kita berharap apa yang dispekulasikan oleh media yang ‘adjustments’ yang akan dilakukan itu hanya perubahan dan pertukaran tanggungjawab semata-mata. Jika diberikan tanggungjawab kepada Ahmad Said untuk menjadi pengerusi perhubungan Terengganu dan Idris Jusuh dihantar ke pusat untuk memberikan ‘political leverage’ semata-mata maka itu bukan perubahan.

Sebenarnya perubahan yang dimaksudkan ialah perubahan secara ‘structural’ yang melibatkan pemberhentian ramai pemimpin yang tidak membawa kebaikan kepada parti. Kita mesti mengakui bahawa ramai di kalangan pemimpin yang ada sekarang ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada parti. Kehadiran sesetengah di antara mereka tidak akan menambahbaikkan imej dan persepsi rakyat terhadap parti.

Jadi jika mereka masih dilihat berada di dalam barisan kepimpinan, walaupun telah diubah fungsi dan tanggungjawab mereka rakyat tidak akan dapat menerima perubahan itu sebagai perubahan yang diharapkan oleh mereka. Percayalah, jika masih ada pemimpin yang mempunyai persepsi rakyat walaupun belum lagi disabitkan kesalahan nescaya rakyat tidak akan memberikan sokongan.

Walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk sesiapa membuat telahan apa yang akan dilakukan oleh PM Najib. Jika perubahan tidak dapat memberikan lonjakan kepada imej dan persepsi rakyat terhadap parti maka bersedialah kita untuk menghadapi kekesalan pada masa yang akan datang.

Kita tetap berharap Najib akan mampu untuk memaparkan imej UMNO yang baru walaupun di dalam hati kecil saya beliau akan masih mengekalkan pemimpin yang tidak ‘senonoh’ untuk terus bergiat dengan tanggungjawab yang diberikan oleh PM Najib.

Jika pemimpin-pemimpin yang lemah dan tidak ‘senonoh’ itu masih berada di dalam hieraki parti kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak termasuk parti pembangkang jika rakyat terus menolak BN dan UMNO khususnya di dalam pilihanraya yang akan datang.

Apabila keadaan berlaku mungkin masa itu barulah semua yang mengkritik saya selama ini akan mengaku tentang kejujuran nurani saya menuliskan perasaan saya di dalam blog ini. Buat masa ini teruskanlah kritikan terhadap saya sepuas hati sebelum saya dapat membuktikan apa yang saya telah dan agak itu akan menjadi kenyataan.

I promise you that I shall smile last, but the sweetest.

7 comments:

  1. Saudara Aspan

    Selanjutnya dari perkembangan sepertimana saudara telah mula tidak menyenangi, adakah ianya memberi kredibiliti/kebenaran kepada dahulu hanya syak kini ada desas-desusnya; iaitu pada PRU 13 akan datang, UMNO/BN "tetap akan menang" (menang dengan cara atau dengan apajua pun)?

    Jadi tak kisahlah samada yang dicalonkan berwibawa atau selainnya kerana sedia ada rancangan "tetap terus berkuasa walaupun dikalahkan" demi mempertahankan Ketuanan Melayu.

    Apa kita maseh terus tidak akan menduga kewibawaan PRU di Malaysia boleh merosot jatuh ke tahap-tahap seperti yang telah berlaku di Afghanistan, Kenya atau Zimbabwe?

    ReplyDelete
  2. Red Alfa... UMNO tetap menang walaupun telah kalah... mengingatkan saya pada cara "menangnya" untuk menguasai Perak..
    So don't worry.. UMNO akan menang, cuma orang macam saya tak mungkin mengundi UMNO. Tukar lah kepalanya, rasanya tak laku juga. Semuanya telah dicop KAKI RASUAH.
    Cuma kenyataan ini juga tidak memenangkan PKR jua. Masalahnya tiada lagi parti politik dalam malaysia yang boleh dipercayai...
    Kita main lempar dadu saja sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau tililkan Aspan betul; yang menang adalah Cina dan DAP dan yang Akan kecewa dan kalah adalah Melayu; PAS, PKR dan UMNO. Fikirkanlah.

    Nak ke jadi macam tu...

    ReplyDelete
  4. Saudara Aspan!Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Begitulah yang berlaku dalam parti UMNO. Menyerang parti lawan tak kira siang dan malam, tapi tahi mereka penuh di gelegar.

    Bak kata layman, "kalau kepala dah tak betul, begitulah ekornya". Oleh yang demikian parti Umno bukanlah parti yang suci dalam debu seperti Umno lama(Umno Tunku Abdul Rahman) yang banyak memartabatkan bangsa. Parti Umno sekarang adalah parti Mahathir. Ingat tu. Jadi ketuanan Mahathir banyak mencorakkan Umno sekarang. Generasi muda jangan terpedaya dengan modus operandi umno sekarang.

    Penangguhan persidangan umno secara tak langsung menunjukkan parti umno sudah menjadi lemah syahwat. Ada pepatah mengatakan, if you are good, you have nothing to worry about, dalam apa-apa keadaan. Nampaknya kelemahan parti umno sudah terserlah pada rakyat. Jadi umno perlu pada 'political will' untuk membersihkan parti mereka dari pemimpin-pemimpin yang korup, kaki bodek, tak tau buat kerja, asyik lapar duit dan sebagainya. Tetapi setakat ini tiada apa-apa perubahan pada parti umno dari peringkat cawangan, bahagian dan hinggalah ke Presidennya. Kalau umno tak mahu ditalkinkan rakyat semua pemimpin-pemimpin dalam umno sekarang harus di buang secara total, terutama sekali yang telah kalah dalam PRU yang lalu kerana rakyat sudah meluat. Walaupun ia adalah ubat yang sungguh pahit, tetapi itulah penawarnya termasuklah presiden parti umno itu patut di ketepikan, sebab rakyat dah meluatt..

    ReplyDelete
  5. "yang menang adalah Cina dan DAP dan yang Akan kecewa dan kalah adalah Melayu; PAS, PKR dan UMNO. Fikirkanlah"

    - kat mana-mana blog pun, itu ajelah modalnya, takde fikiran yang bernas, itulah melayu tulen. suka menakut-nakutkan orang lain, nama nak berubah menjadi Melayu yang lebih baik tu takdelah. korup pun koruplah, jahat pun jahatlah, janji UMNO. bila masyarakat mundur, salahkan rakyat, salahkan Melayu kununnya genetik lemah, padahal pemimpinnya kepala penyangak.

    FAIZAL

    ReplyDelete
  6. adakah kerana takut cina & DAP menang, maka orang melayu harus terus memilih pemimpin yang korup dan tidak amanah untuk meminpin?..Kalau benar yang menang cina dan DAP, jgn salahkan mereka tapi salahkan pemimpin kita yang tidak amanah dan korup...

    ReplyDelete
  7. Jelas ada banyak tahu tentang hal ini. Saya pikir Anda membuat beberapa poin baik di Fitur juga. Tetap bekerja, pekerjaan yang besar!.

    ReplyDelete